Wednesday 14 January 2015

HFMD

Assalammualaikum,

Husband iols kena HFMD.

Tak tahu mana dia dapat. Start dari Dhafea demam 2hari lepas tu dia pulak demam. Kali ni dia demam memang tahap panas, terjaga tengah² malam sakit badan sakit kepala. Tak pernah lagi selama kahwin ni dia demam macam tu. Selalunya demam malam esok pagi dah ok. Ini makan ubat dah 3-4kali tak surut. Pastu sakit tekak. Lepas naik bintik² kat hujung² jari tangan, lepas tu kaki. Tekak dia sakit sangat katanya..nak minum air pun terpejam² mata.

Kisahnya SIL pun gitu. Masing² demam hari yang sama.

Tak tahu datang dari siapa, duduk rumah asing², time demam tu je baru masing² berjumpa. Mula² SIL cakap datang dari Dhafea, aku bantah lah hehee. Sebab Dhafea dah bawak pergi klinik doktor cakap demam biasa, tonsil bengkak merah. Bintik² pun tak ada naik. Lepas 2hari demam dah ok.. tonsil hilang selepas 3hari.

Husband pun demam kuat 2hari. Panas Ya Rabbi.

Dah elok dari demam sakit tekak melarat². Sampai harini pun sakit lagi.

Aku dah beli ALCOCLAIR untuk ulser tu, konon beli untuk Dhafea tapi dia dah sihat tak sempat guna, hahaha boleh pulak lupa nak bagi husband. Aduhaii.. kang surut pulak badan pakcik tu... hikhikhik

Ini first time aku berdepan dengan HFMD. Dah la mak dengan ayah aku datang rumah, risau kang berjangkit ke depa pulak. Tapi tak kan nak suruh balik. T___T

Aku search petua mengurangkan HFMD ni tak ada. Semuanya yang aku baca tu HFMD akan hilang dengan sendiri dalam masa 7-10hari. Lama oiii...

Aku berjaga-jaga jugak ni takut terkena ke Dhafea, budak tu dah la tak boleh berenggang dengan ayah dia.





1 comment:

  1. hai..assalamualaikum,
    nk share ubat ms anak sy kena HFMD..guna ubat fucidin ointment. n minum yakult :)
    try tnye doc bole x guna ubat ni..sbb ms anak kena, tekak pun kena..smp drip air..mmg sakit...huhu
    GWS!!!

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)