Thursday, 22 January 2015

Homeopathy Al Mazriz - Part 1

Assalammualaikum,

Harini nak review klinik Homeopathy Al Mazriz.

First time aku google pasal klinik Homeopathy berdekatan dengan rumah aku keluar klinik Homeopathy Al Mazriz ni, Taman Dagang, Ampang.

Gigih google ni masa bulan april tahun lepas. Masa tu Dhafea demam tapi dah habis demam batuk dan selsema tak hilang² hampir 2minggu. Itu first time dia batuk. Dah dapat contact no. terus aku call nak buat appointment. Doktor ni lembutnya ya ampun, hehe berlainan sungguh dengan aku yang ganas bercakap ni haha. Ikutkan aku lepas kerja tu terus nak pergi klinik dia tp rupanya klinik tu dalam rumah dia je open malam dan weekend saja, kira base pada appointment.

So malam tu 8:30 punya appoitment, 8:00 dah keluar rumah. Husband cakap dia tak berapa pasti lokasi rumah doktor tu. Rupanya senang gila hihi.

Register semua bagai, doktor tu check leher dada semua la aku mintak dia check dah alang² kan. Aku mintak ubat air. Masa tu Dhafea baru ngam² masuk setahun, kalau ubat biji kang tercekik pulak. Doktor tu terus bagi minum sikit saja, 1 penutup botol ubat tu sebelum bagi minum tu dia pesan "ibu sambil suap selawat dan mintak pertolongan daripada Allah SWT sembuhkan anak, kita hanya boleh ikhtiar saja selebihnya dengan izin Allah SWT". Ada 2jenis ubat kalau tak salah kena habiskan one by one.

Macam² lah yang aku tanya, pasal food, susu segala jenis berkaitan baby.

Bayaran RM25.00 saja, murahkan? siapa tak suka kalau murah, dah tu siap boleh tanya macam² ekekeke

Sampai je rumah doktor cakap boleh bagi lagi sekali, so aku bagi lagi sekali sebelum tidur. Ajaibnya malam tu Dhafea tidur dengan aman. Langsung tak ada batuk lagi. Ubat tu aku teruskan jugak sampai 3-4hari macam tu lah. Syukur!

Ini contact no. serta alamat.

HOMEOPATHY AL MAZRIZ
Hajah Mazrina Mohd Mokhtar
Tel  : 012 - 627 7599

No.251, Jalan Dagang 2/6,
Taman Dagang,
68000 Ampang, Selangor.

Aku dah pun rekemen dekat officemate aku seorang chinese, dia pun dah jadi regular customer klinik ni. :)

Ada lagi beberapa kali aku pergi klinik ni, stop sini dulu next time masuk entri baru. Baru laa menampakkan aku rajin update blog..hahhahahaa



2 comments:

  1. wah..menarik..dkt pon dekat.. nnt bleh try

    ReplyDelete
  2. mmg bagos homeopathy ni...

    kat umah tu ada ubat demam dan untuk ketahanan imun homeopathy tapi tak abes bagi safiyya makan pon...emaknye malasss...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)