Saturday 3 January 2015

Macam Buruk Sangat Kerja Dengan Sektor Swasta

Assalammualaikum,

Skema punya tittle.

Aku dah jadi tahap menyampah meluat yang meluap² dah ni. Apa jenayah yang aku buat kalau aku kerja swasta. Serius tak paham.

Yes, aku suka position sekarang..rezeki alhamdullilah. Dah almost 9tahun aku kerja dengan company ni. Daripada zaman anak dara, kahwin dan ada anak. Rezeki aku setakat sekarang Tuhan tetapkan DISINI. Selama aku kerja company ni, dah 3position aku merasa. Memang aku start daripada bawah, merangkak ke tengah dan hampir ke atas.

Selalu jadi persoalan aku kerja sabtu half day, yeee half day yang sangat orang tak suka. Ingat aku suka? dengan laki cuti aku datang kerja. Tapi dah itu yang ditetapkan sejak aku masuk sini. Aku tak suka orang pertikaikan apa yang aku kerja ni. Baik sabtu half day, public holiday, etc.

Selama aku stay sini, sangat senang. Boss yang masih boleh bertoleransi. Walaupun kadang² dia pun ada angin, bising aku selalu cuti. Cakap dengan aku kau kerja dekat mana kalau selalu cuti boss tak bising? total untuk 2014 cuti aku 34hari termasuk EL, unpadi, Anual leaves, MC. bila aku el, aku direct sms big boss. The next day aku datang aku explain, anak tak sihat etc. So dia boleh accept.

Kalau public holiday yes memang ada beberapa hari yang company aku tak ambil. Aku tak ingat. Sebabnya public holiday tu optional daripada Labour Law. Depends kepada company samada nak ambil atau tak. So company aku kerja ni ada ambil ada tak. Yang wajib semua ambil. Ada yang optional management tahan cuti tu postpone bawak ke CNY untuk dapat cuti yang panjang. Tak kan aku perlu jelaskan sampai macam tu??

Dan jangan lah kau samakan company aku kerja dengan company kau kerja, itu pilihan management kau. Management kau mana sama dengan aku. Kalau kau gomen pun tak payah nak samakan. Itu rezeki kau. Aku pun ada jugak bebel² boring kadang² orang lain cuti aku kerja. Tapi aku bebel sorang² je la. Diam². Tapi kau tak payah lah nak datang ceramah dekat aku "susah kerja swasta, cuti itu ini tak ada" so what? kau pergi bising dengan JTK yang tetapkan certain public holiday adalah optional.

Lepas tu bila time swasta dapat bonus kau bagi ayat sinis "untung laa kerja private, bonus melambung" so apa masalah kau sebenarnya ni? sana sini tak kena. Serius tak paham.

Itu semua rezeki, dekat mana saja kau kerja itu rezeki Allah SWT bagi. Maybe punca rezeki aku pada masa ini Allah tetapkan disini. Aku kerja sini pun sesuka hati aku dapat keluar pergi tengok anak, pergi sana sini. Nak hutang dengan management pun boleh. Bila nak bayar, berapa semua tu. Mudah!

Tengok semua kebenda aku dah explain sini. Sekali lagi kau pertikaikan kerja aku, kawan tak kawan. Sumpah aku malas!




3 comments:

  1. Abaikan je ckp2 org ni..yg pnting kt hepy dgn apa kt buat..

    ReplyDelete
  2. sama jugak kita tak suke bila orang kata kita takde keje..padahal dia tahu ke keje kita camne...

    sabar suria..

    nak ikot cakap orang..kita boleh mati..jadi p mati la dengan depa..

    ReplyDelete
  3. biasa la tu, sesetengah orang ni dia ada pandangan tersendiri pada orang yang keje swasta.
    nak beza-bezakan benefit la apa la..
    company saya pun swasta dan banyak je, public holiday yang management tak amik, awal muharam, maulidur rasul contohnya..
    biar la apa orang nak kata, dorang ada mulut..
    yang penting kita tau apa kerja kita dan happy dengan apa yang ada. ok?

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)