Tuesday, 13 January 2015

Sebelum Kahwin Seorang Pekerja Yang Berdedikasi, Sekarang...........

Assalammualaikum,

Sesaja teringat balik zaman sebelum kahwin.

Aku dulu pekerja yang berdedikasi tau, jarang cuti..jarang MC. Cuti aku setiap tahun bawa ke depan, sekarang ni siap -ve lagi. Attendance aku pun lawa je. Hijauuuuu ekekeke

Dulu aku rasa, aku lah staff kesayangan boss sikit² hahaha adoii. Increment pun best, 3tahun berturut² 2kali setahun naik gaji. Hasil kerja aku semua mantap. Documentation aku semua orang mudah nak cari kalau aku cuti. Hebat gila boleh puji diri sendiri wakakakak

Lepas dah kahwin.

Pregnant.
Selalu masuk lambat, kes morning sickness. Kadang check up menjangkau ke separuh hari.

Ada Anak
HARI-HARI aku lambat masuk opis. haha average pukul 8.35am. 5minit terlebih. Dalam sebulan mesti ada EL, MC. Anak tak sihat, BS nak cuti. MC tu ada sekali dua je yang betul² aku tak sihat yang lain MC atas Dhafea. Anak demam mak dapat MC :D
Boss aku ada bising dia cakap aku tak productive, kerja dah slow. Selalu cuti. Dia ada complain aku ambil masa mengepam susu yang lama. Ini kes memang ada balachi buat cerita. Nasib baik dia dah berambus. Aku pasrah bila diberi teguran selalu ambil masa untuk mengepam. So aku hanya pam 2kali sehari time tu, lunch time dengan after 5. Time orang dah balik.

Azam tahun 2015 ingat nak kurangkan cuti² ni. Mohon berdoa pada Tuhan Dhafea dengan husband diberi kesihatan yang baik. Aku pun insya Allah.

Tapi rekod aku asal masuk januari je mesti ada cuti. haha tahun lepas aku yang demam 2hari berturut MC. Tahun ni 3hari lepas aku dah EL Dhafea demam. Itu pun lepas tu husband demam tinggi aku tak dapat nak ambil cuti. Ikut hati memang nak cuti, kesian la. Lagipun aku kat opis kepala otak fikir ke laki. guane.

Ini mak aku ada kat rumah aku ni, ku tahan jee nak apply cuti..hahaha


3 comments:

  1. Biasa la tu. Tapi cuti tu hak milik kita. Asalkan tak cuti masa ada important meeting ke important events ke saya rasa okay je. Saya selalu amik cuti. habiskan cuti. Sebab macam kitaorang tak boleh carry forward.

    ReplyDelete
  2. haha tula suria. sama rina pn. sejak ada anak asyik cuti n mc. biasalah dah jd mak smua benda nak tgk. tp kdg2 bos ni tak paham. especially kalau bos kita laki or pempuan yg tak kahwin. huhuhu

    ReplyDelete
  3. hahaa..

    same la kita..

    dulu bujang..nak cuti pon taknak..
    pk keje je..

    skrg ni..
    kene pk anak n bs pulak..

    setakat 14 januari ni pon, cuti dah amek 3 hari..
    pitam nak tunggu sampai ujung tahun..
    ntah ade ke tak cuti tahun..

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)