Friday 27 February 2015

Apabila Suami Outstation.

Assalammualaikum,

Rasa macam lama sangat tak update, bukan kata update log in pun tak. Tetiba nak cerita pasal husband, meloya orang baca karang hahahah~~~

Husband nak outstation start Ahad ni sampai Rabu. Ini paling lama. Selalunya paling lama 2hari hahahaha. Itu pun setiap kali dia outstation aku cabut bali Nilai rumah akak aku. Dasar sangat.

So this time dia berulang kali tanya aku macam mana, nak stay rumah ke nak ke Nilai. Aku buntu lagi ni. Keberanian tu insyaAllah ada, lagi pun Dhafea dah besar dah boleh bawak berborak acara Mak Enon. Akak aku pun dok tanya nak datang Nilai ke idok. Aku tak buat keputusan lagi.

Kes nak cabut ke Nilai tu bukan apa, rumah aku ni bertingket² tak ada lift. Tingkat 2. Hari² husband turun bawak kan barang tak pun dukung si Dhafea. Daku ni 40kg je nak mendukung anak dara tu pastu dengan diapers beg, beg bekal dia yang segala mak nenek. Berat! Tiap² petang pulak kalau husband balik kerja lambat aku je naik dulu dengan Dhafea barang² tinggal dalam kereta nanti dia ambil. Kronik kan rutin aku. hahaha aku tak boleh mengangkat bebenan yang berat. Bukan tak nak bagi Dhafea berjalan sendiri tapi nak turun naik tangga tu jadi lama, buang masa aku kekdahnya makcik tu. Naik 1 anak tangga berborak, naik 1 tegur cat. Elok 5minit jadi setengah jam. Selalu ayah dia je melayan aku jangan la harap.

So sekarang ni otak aku berlegar² berfikir. Akak aku tu pun bukan apa dia kalau husband aku outstation senang la dia nak ajak aku berjalan hahaa. Selalu husband oustation Jumat Sabtu so best la aku ke Nilai sebab weekend tapi ni hari bekerja.

Tapi dalam otak aku rasa macam Ahad pagi tu nak keluar sekali husband tapi aku ke Nilai. Isnin pergi kerja dari Nilai ke Balakong. Petang Balik Cheras. Macam best jugak, ekekeke


p/s : Beg bekal Dhafea tu lagi berat daripada diapers beg dia. (ada : fresh milk 1liter, buah 2bekas, nasik putih, oat/roti, lauk dan sup, spaghetti/pasta, kekacang)

3 comments:

  1. alaa blk la nilai ptg ni esok leh la p jmpa suria dgn si dhafea tu. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..comel je. eh,berat kita sama lah suria :) dari 5min jadi 30min..habis semua dia nak tegur eh..saila pun kalau suami outstation rasa mcm hilang 10 orang sekali gus. nmpk x mengada tu..haha

    ReplyDelete
  3. hahaha..mmg tetiap hari beg anak melebihi muatan..berat lbh dr berat beg kite sendiri kan..

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)