Thursday, 5 February 2015

Mengajar Dan 'Back-up' Anak

Assalammualaikum,

Entri dah lamaaa terperam..

Sejak Dhafea dah banyak yang dia dah faham apa aku cakap ni makin mencabar. Dengan tantrum yang entah apa²..kekadang aku memang jadi naga. Bukan aku saja husband pun kekadang jadi singa.

Husband jenis kalau dia tegur atau marahkan Dhafea dia tak bagi aku back up. So aku pun just pujuk dan alihkan perhatian dia. Dhafea so far ok..kalau tengah menangis nak buat sesuatu yang tak boleh aku ajak dia buat benda lain, sambil² tu cakap lembut² "Dhafea tak boleh main camni..bla..bla.."

Sebenarnya dia tahuuuuuuu. Tu kadang aku jadi naga. haha 2-3hari lepas tu kalau dia buat lagi benda tu, aku pandang je dia baru dia cakap balik "bu..tak baik" sambil sengih. geram tau tak? hahaha. Misalnya dia buat apa² guna kaki, aku tengah sekali. Lepas tu dia buat lagi then cakap "tak baik" mau tak geram aku..

Ok itu bab kat rumah weols laa..yang ada aku, husband dan Dhafea.

Bila balik rumah atuk nenek dia ni aku jadi hilang fokus. haha semua orang tau kalau dengan cucu ni yang salah pun jadi betul. Yang tak boleh pun akan dibolehkan. Cucu kesayangan kan. Tak boleh nak halang, kasih atuk dan nenek ni. Tapi aku try sikit² tak nak obvious sangat kang nampak benor naga-nya haha

Kalau dengan mak ayah aku so far aku bagitau lah kalau Dhafea salah ke itu ini jangan back up hahhahaha macam jahat pulak dengan anak sendiri. Tapi ni untuk kebaikan dia jugak. Dia patut tahu benda betul dan salah. Mak dengan ayah aku memang dah tau aku jenis straight pasal makan Dhafea. No compromise!

Tapi kalau dengan inlaw aku lembik sikit..pendek kata aku light² hahaha adoii ayat gila. Aku lebih mengharapkan husband yang mengetuai.kahkah Rasa macam kurang cemerlang kalau aku yang dok tegah, hihi. So far husband berjaya menegah hehehee pasal food anak dia jangan main² nak bagi, dia korek habis keluar dari mulut Dhafea..ekekeke

Aku memang kalau boleh atuk nenek jangan back up cucu kalau dia buat salah. Dia akan jadi manja dan akan berterusan buat benda yang salah tu sebab ada yang back up.

Zaman sekarang ni anak itu ini orang akan cakap "Dah mak bapak dia ajar dia camtu, sebab tu budak tu jadi gitu" see..ada ke yang cakap "Dah jiran dia ajar gitu" mana ada!

Manusia kan suka pandang keburukan orang melebihi kebaikan. So keburukan si anak akan pergi ke mak bapak, dah itu akar tunjang dia.

Harap Dhafea dah besar nanti tahu lah kenapa mak bapak dia kekadang jadi naga, semua ni untuk kebaikan dia juga..hehheee




1 comment:

Hello cantik's.. ;)