Monday, 30 March 2015

Tantrum Si Dhafea

Assalammualaikum,

Dhafea sekarang ni start dari minggu BS dia cuti, aku dengan husband take over jaga dia dah pandai tantrum. Sebelum ni semuanya masih under control, kira boleh dibawa berbincang, haha tapi sekarang ni tak ada maknanya. Dia jugak nak betul, nak menang. Pastu bila dah bagi apa yang dia nak tu pun masih buat perangai.

Pening jugak kepala layan tantrum ni.

Tapi mengingatkan dulu mak aku cerita aku punya tantrum kat tempat awam lagi lah, nak baju ke benda entah tak dapat aku berguling atas tanah..oh maiii malu gila hahhahahaa harap² Dhafea tak menurut sifat buruk ibu dia. huhu

Ada satu malam tu, kami bagi dia tengok ABC, Alif Ba Ta songs dan sewaktu dengannya lah. Dah la pandai memilih nak buka ini, tak mau buka itu tak mau. Tak ke angin kus² mak bapak dia ni. Sudahnya husband tutup TV. Dia punya mengamuk urut dada aku, pujuk semua tak jalan. Selalunya dia kalah dengan nenen tapi kali tu dia langsung tak heran. Geram aku. Terlepas jugak suara ziana zain. Lepas tu husband pun surrender. Tinggal aku, pujuk² ada berpuluh kali kot, dalam teresak² tu datang menempel bagi nenen terus lelap. Tidur sambil teresak². Bagi esok pagi bengkak boom mata dia, dah la sepet.

Esok tu aku berjaga² cakap dengan husband please lah jangan sakat dia, aku penat semalam pun belum habis. huhu

Ada jugak 2-3x dia nak jadi, bila dia start nak buat perangai tu aku alihkan perhatian dia kebenda lain. Dhafea ni kalau tantrum tak jalan dengan petua² peluk anak bisik jangan buat itu ini tak baik.haha maybe lain budak, lain penjagaan. Dont judge lah!

Dah 2-3harini sekali sekala dia menangis tak tentu hala memang aku buat bodoh ja. Hang menangis lah sorang². Bayangkan menangis tak ada punca, aku nak tukar baju dia tak bagi?? suruh pakai semula baju tu. tak ke pening mak ni oiiii.

Semalam dia menangis kat rumah atuk dia, kes aku angkat dari kolam mandi. Dah lemas tenggelam tak kan aku nak biar. Aku tak suka, once dah tak elok terjadi menangis atau tak memang aku tak akan bagi. Sakit demam dia aku yang tak tidur. Dia menangis meraung² siapa nak dukung pun aku tak bagi aku pesan jangan sesiapa pujuk nanti dia naik kepala, aku bawak masuk bilik. Menangis kat situ. Aku dok sebelah tenung ja dia, last² datang sendiri peluk teresak² mintak nenen terus tidur. Itu kes pun terjadi sebab mengantuk pun iya.

Alhamdulillah baru 2-3x kali aku try buat time out macam huda suggest, menjadi untuk dia.

Hope tak teruk sangat la tantrum dia ni, pening kepala mak. Besarkan anak sorang dah hiruk pikuk...hahhahaa









3 comments:

  1. comel tenyum camtuu...

    :)

    suke tengok layout blog baru ni ha..
    kemas..

    ReplyDelete
  2. woww blog berubah wajah. hahaha. waaa tkutnya nak tempuhi tantrum budak. helena dah mula start tantrum. ishhh xdpt bygkan nak handle cmna nti.

    ReplyDelete
  3. alahaiii dhafea..mcm perangai aunty je masa kecik2 dulu..haha! melissa nanti kalau ikut perangai mak dia habis lah..harap ikut perangai pak dia ;p

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)