Wednesday, 1 April 2015

Cabaran Bawa Bekal.

Assalammualaikum,

Minggu ni dah masuk minggu kedua aku semarakkan diri untuk bawa bekal ke opis..hihi so far success. Sabtu saja skip, beli nasi lemak RM1.00. Tapi kalau husband yang hantar datang kerja sabtu bajet aku mesti up to RM10.00 hahaha. Nyampasss

Ok, bekal aku bukannya gempak sangat. Sekadar mengenyangkan perut. Satu lauk ja pun setiap hari dengan nasi putih. Breakfast roti yang dah siap aku frozen, jimat! :P


Suka pinggan ni, mak mertua i kasi tau..best dapat full set. 52pcs ke 48pcs entah. Suka corak yang full gini, hehhe

Bekal aku tu sebenarnya sama ja dengan bekal si Dhafea, ekekeke. Cuma kekadang ja kalau aku rasa nak makan sambal baru berlainan lah lauk kitaorang. Itu kena bangun awal sikit lah!

Dhafea pun dah start table food, dia dah tak mau baby version. Suka tomyam, masak lemak cili api. Ini confirm habis bekal dia. Kalau sup pun kena letak cili sikit kasi pedas. 

So far sejak bawa bekal ni jimat banyak. Jimat petrol tak payah start enjin pergi membungkus, huhu kalau bungkus RM7.00 - RM8.00 sehari tak sah. Breakfast paling koman RM2.00 (nasi lemak RM1.00, kuih RM1.00). Lunch mesti RM6.00 - RM7.00 termasuk buah kekadang tambah air terusjadi  RM10.00.



Sekarang roti, buah, nasi semua bawa. Aku spend every week beli barang basah almost RM40.00 - RM50.00 per / week termasuk masak untuk dinner, bekal aku dan Dhafea. Jimat sangat bagi aku. Husband pulak jarang lunch, selalu ambik breakfast saja. Dinner memang aku masak nasi. Kadang dalam satu minggu ada lah sekali camtu makan luar, weekend memang selalu jugak makan luar. Husband kasi reward katanya. hihihi love u more lah!


Ada satu malam tu husband cakap tak nak nasi, dia cakap dah gemuk, aku buat pizza. Kisahnya letak cheese melimpah ruah, baik makan nasi. hahahhahaha

Gambar bekal aku non-hado pun. Mana nak sempat pagi² nak snap gambar bagai, setiap pagi bangun ngam² ja masa. Dalam IG pun kebanyakkan dinner. 

Aku selalu dok berdoa semoga aku sihat kuat rajin untuk teruskan misi ini. huhu husband tak mau bawa susah sebab dia kerja site. Kang celah mana nak cari microvawe. huhu.



















1 comment:

  1. malam malam selalu berangan nak bawak bekal ..

    tapi bila bangun pagi..
    angan angan memang tinggal angan-angan sebab tak sempat..
    sempat masak untuk safiyya je..
    huhu..

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)