Tuesday 14 April 2015

Mengimbau : UPT Pertama

Assalammualaikum,

Bersempena esok 15/04/2015 hari kelahiran puteri harum mewangi hanya di waktu  pagi beta Dhafea Shurafa Bt. Din Al Hafiz teringin nak mengimbau kembali kejadian, hihikhik

Tarikh dah tak ingat, yang ingatnya due untuk next period sehari sebelum hari raya (2012). Yakni bulan ke 2 ke 3 kahwin entah, tapi selepas cycle ke2.

Untuk 2 bulan pertama tu  jangan cakap lah semangat nak pregnant tu tinggi apatah lagi yang kahwin lambat daripada aku pun dah pregnant.

2hari sebelum raya aku balik kampung kedah. Kali ni aku memang serius tak berfikir langsung pasal ni. Hanya enjoy nak balik kampung, makan sedap² saja. Bila due period pun aku dah tak kira lagi hari, bukan tak ambik tahu tapi lupa. Masa on the way tu aku pangku anak buah husband. Abang ipar tumpang sampai butterworth. Aku asyik lah pening, dah balik tengah malam aku memang jenis orang drive aku tidur tapi kali ni aku tak dapat tidur asal pejam ja pening bukan kepalang pakej nak muntah. Tahan mata. Ada jugak hikmah dah pangku anak buah buatnya aku tertidur terjelepuk budak tu kang..haha

Hari raya macam biasa, berlalu macam tu saja. Makan..makan..makan. Kekadang emo. Eee emo ni teruk jugak asal dengan husband nak emo, menyampah. Raya ke2 tu on the way nak balik seremban dalam kereta baru teringat yang belum period. Mula mengelabah haha, Sebelum sampai rumah inlaw singgah beli upt brand gardian RM5.00 huhu beli 1 ja. Tapi aku langsung tak ada pening meloya, sakit bahagian breast semua tak ada tanda.

Esok pagi² bangun terus gigih test, ini bukan 1st time aku buat. Dah kali ke 3 ke 2 entah, hihi. Masa drop urine tu perati ja nampak 1 line saja, emm..ok laa delay ja kot esok lusa period lah tu. Kecewa tak sangat dah sebab sebelum ni dah pernah hahah. Letak ja upt kat sinki, aku mandi macam biasa. Nak keluar bilik air tu ambik lah upt tu. Tengok ada 2line walaupun tak terang macam line pertama tu tapi line tu memang nampak jelas mata kasar. Rasa nak lompat, terus masuk bilik tu tunjuk kat husband yang tengah mamai².

Selepas delay almost 2 week baru aku terus pergi KK. Sebelum ni pun doktor dah cakap kalau buat upt +ve terus ja datang buat buku pink.

Aku simpan lagi upt tu tak buang cuma tak tau letak mana. huhu

Lepas dah tahu pregnant baru perangai morning sickness pun menjelma.







4 comments:

  1. I setiap kali buat UTP mesti simpan juga, banyak gila, yang negatif pun i simpan

    :))

    ReplyDelete
  2. hahahahaha iols plak buang upt tu. T___T

    ReplyDelete
  3. kenangan btl kalau ckp psl UPT hehehehe..happy birthday dhafea :) :)

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)