Wednesday, 22 April 2015

Picky Eater?

Assalammualaikum,

Dhafea Shurafa ni dah datang fasa tak nak makan. Macam² dah aku pujuk, buat semua tak jalan. Pelik aku tak lapar ke budak ni? Pagi makan biskut, fresh milk. Tengah hari nasik 2-3suap. Pastu asyik minum air masak tak pun fresh milk. Malam nasik 2-3 suap je jugak.

Dah masuk 2tahun 15 April lepas, berat dia masih 10kg, sama berat 2 bulan sebelum. Tinggi 87cm.

Dia macam picky eater kot. Ada certain food dia makan, mee, laksa. Laksa tu hantu betul dia boleh seharian makan laksa hoii. Ini sebiji bapak dia.

Dulu iye aku halalkan dia makan sendiri, tumpah merata alam asalkan awak makan nak oii, tapi lain jadinya. Letak nasik, ikan, sayur dalam plate dia tapi yang habis dulu sayur lepas tu ikan / ayam / udang / sotong. Nasik tak nampak berubah. Ada la kot dia makan 3-4butir, bukan 3-4 suap hahahaha.

Nak pancing dia makan buat masak lemak cili api, confirm setel. Aku kena pedaskan sikit, tak rasa pedas tu dia tak layan. Tapi tak kan la hari² nak makan lauk yang sama, aku yang tukang memasak ni pun bosan. huhu tapi aku tak ada sampai nak design food dia bagai tu, tak reti mak nak buat tangan tak berseni.

Sampai kekadang aku umpan dia dengan tengok ABC sambil makan, walaupun sebelum ni aku memang hadkan, kalau time makan..kena makan saja tak boleh tv, tak boleh main. Tapi sekarang aku jadi kecelaruan ummah hahahah. Kena buat gitu untuk masuk food dalam badan dia, over sangat.

Mak aku cakap maybe faktor cuaca, musim panas kekadang kita pun tak ada selera nak makan. Aku cakap entah laa sebab aku lalu ja makan. hahahha

Aku syak cacing, cakap husband nak beli daun kucai mandikan Dhafea. Dia cakap kenapa nak mandikan kenapa tak bagi makan je, kan cacing dalam perut hahaha. Well aku tak ada jawapan! dah itu petua orang dulu² hahahahhahaha

Siapa ada jawapan? kahkahkah




No comments:

Post a Comment

Hello cantik's.. ;)