Monday, 13 April 2015

Rindu

Assalammualaikum,

Rindu..

Ya rindu, rindu dengan arwah abang.

Dah 27 tahun berlalu. Walaupun masa kejadian tu aku baru 2 tahun lebih, kesan tu tetap ada sampai sekarang.

Sejak kejadian tu, rumah aku kosong tanpa sebijik frame gambar pun. Semua mak dah simpan rapi. Mak sikit pun tak boleh tengok.

Perginya tak kembali, pinjaman yang hanya sekejap tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Dah 2 tahun rasanya aku tak ke pusara arwah. Sebenarnya ayah pun tak bagi kami pergi, dia pilu. Hanya dia pergi, hari biasa pun kalau dia rasa nak ziarah dia pergi sorang². Setiap kali lepas sembahyang raya dia sendiri akan pergi. Sebelum raya dah siap bersihkan pusara.

Kalau diajak, "tak payah lah, ayah dah bersihkan..kita doa saja disini" sebenarnya dia sebak. Bila semua berada di pusara tu.

Dah banyak kali sekeluarga pergi ziarah, sudahnya masa bacaan doa semua dah menangis. Sebak. Sebab tu ayah tak bagi, katanya arwah lagi sedih kita menangis mengenang dia.

Betul lah cakap orang, anak yang sangat berlainan rupa paras. Hanya pinjaman yang sekejap.


Yang paling kanan.

Julai semakin hampir..serius aku rindu. Rindu. Aku tak pernah mimpikan beliau. Teringin nak mimpi arwah. Mak cakap mungkin kita selalu teringatkan dia, sedekah doa buat dia.

Kekadang menangis tapi tak terungkap. 

Subhanaallah.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Hello cantik's.. ;)