Saturday 31 December 2011

Cerita Lace Lagi..!!

Morning darl...
Entry sebelum tirai 2011 berlabuh.. ;)

Masih lagi dengan lace! sawan agaknya aku nih, semalam akak aku dah balik dari bandung ofcoz aku tak sabar nak tengok lace yang dibelikan tu. Seperti yang dijangka aku memang gila suka lace yang akak aku beli tu! Before tu berkali² juga aku bagitau tak nak lace yang typical bride pakai, nak lace tak ada beaded
(tiru Rina, huhu sorry)

Last sekali dapat jugak dia cari, bagitau aku price semua tapi aku tak nak sebab sangat mahal. Then tak puas hati aku call lagi dia cakap dah beli yang tadi, tapi dapat harga murah sikit.. gilosss!! tak apa dah orang beli jangan tolak.. huhuhu~~ first time aku dengar lace pun ada nama PRADA. hahahahah jakun

Oh my kakak.. hahahahah :D

Dia pun gedik beli jugak lace macam tu cuma dia beli yang local saja, material kalau sekali pandang memang sama, tapi fail dari segi berat.. lace aku ringan, lebih soft.. yang dia punya berat sikit permukaan agak kasar


Lace akak aku punya tu sebiji yang Dinas pakai ni, color pun sama... hahahahaha teruk betul!!!

Alhamdulillah.. kain nikah, cadar, telekung dah settle oleh akak aku. now nak cari tailor saja. Haritu ingat nak bagi maksu aku jahit je tetiba akak aku suruh cari yang lebih professional lagi sebab kain mahal katanya.. yeaaah! itu diaaaa... masuk bajet baru! aku baru nak jimat kalau maksu boleh jahitkan hahahahhaampeh

Actually first time aku tengok lace ni kat blog Rina, dia pun tercari².. dah alang² akak aku g bandung, chiffon beaded pulak tak ada kat sana terus aku fikir nak cotton lace!! huhu~~ Rina, many thanks syg ;) halalkan persamaan ini...hihi

WELCOME 2012 


Friday 30 December 2011

Saya Nak Jadi Isteri SOLEHAH...

Salam Jumaat darl........

Bangun pagi² senyum simpul sampai ke telinga kain nikah dah settle, then tadi akak aku call tanya nak ke tak cadar 100% cotton, harga sangat berbaloi RM 105.00 sahaja setelah convert ringgit..white color lagi.. terus on, lagi lah bertambah senyum simpul.. huhuhu~~

Oh! topik ke laut, nak mention benda lain actually... keh³ :P

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak² ni rajin sungguh aku melayan fanpage Ustaz Azhar Idrus, hiks.. banyak info yang aku dapat, nak tanya malu aku baca je lah dekat page Print Screen Ustaz Azhar Idrus tu..

Banyak jugak aku download masuk folder sendiri, untuk rujukan lah katakan.. kah³

Melencong lagik

Lepas kahwin andai nafsu syaitan tak berapa hebat, aku nak deactive account fb ku ituwwwww (auwwww!!) al-kisahnya sebab aku terbaca yang apabila perempuan dah bersuami, adalah berdosa baginya berinteraksi dengan lelaki bukan muhrim tanpa izin suami. Sungguh aku takut menambah dosa yang sememangnya banyak!

Ye lah dah nama pun laman sosial kan, sesiapa pun boleh berinteraksi sesama sendiri. Idak ler terdaya setiap kali nak reply comment kawan² lelaki nak call / mesej suami bagitau kan, kang kau makan pelempang semanis kurma ganggu orang kerja..huk³

Untuk menjadi isteri solehah (wakakakakak) aku rela berbuat demikian, tak pun meh kita share account fb secara berjemaah boleh..? sharing is sexy bak kata Kina ;P

ok, bai..

p/s : Tetiba blurr tak tau nak buat ayat akhir untuk entry, huhuhu~~ :D

Thursday 29 December 2011

Lace Untuk Baju Nikah

Morning sayang's..!

Sedang communicate dengan akak aku yang ada di Bandung sekarang ni, aku mintak dia belikan kain untuk baju nikah nanti, color..? tuttt tuttt tutt.. keh³ :P

Sangat aneh akak aku mesej pagi² tdai bagitau dekat Bandung tak ada Chiffon Beaded..!! terus kelabu otak aku, sebab itu yang aku nak.. jenuh search, cari contoh lace yang biasa bride pakai tapi langsung tak menepati piawaian aku coz aku nak pakai balik baju nikah tu untuk pergi mana² wedding nanti idak ler membazirkan kain mahal² pakai sekali.. then, terfikir pulak cotton lace macam yang Rina mention kat blog dia last time! ramai yang cakap banyak kat Bandung pun ada, laju² call akak aku, slow talk supaya dia paham lace yang aku nak tu.. alhamdulillah kawan dia tau lace tu coz dia pernah nampak Dinas Mokhtar pakai long time ago.. kahkahkah cam lama sangat

  Credit : Oh Bulan

Lebih kurang lah kan dengan yang Rina maksudkan. (cantik yang Rina pilih tu)



Material yang sebenar² yang aku nak macam yang atas ni (tak pasti samada itu lace/chiffon beaded), aku dah pernah tunjuk dekat akak aku ni tapi dia lupa pulak..ishhhhhhh!!! 

Kalau lace biasa pun tapi cantik, tak serabut aku OK je cuma jangan ada blink² lip lap lip lap.. phewwww cerewet :)

Akak aku cakap ada cotton lace yang memang sangat cun tanya punya tanya RM 400++ / meter.. muahahahahaha so, reject..itu cotton lace from Italy weh..

Tawakal saja sekarang ni, mudah-mudahan..

p/s : Tak risau sangat, coz kebanyakan pilihan akak aku tu memang sedap aku memandang, nak sedapkan hati :P


Wednesday 28 December 2011

Sekali Dah Confirm, Jangan Survey Lagi..!

Morning!
Dah nak tengah hari rupanya..huhu~~

Balik kampung haritu, langsung aku  tak dapat confirm Butik mana yang aku nak.. hampir sepuluh butik dah aku masuk! Disebabkan hati tak tetap, maka balik Nilai dengan kepala yang agak serabut..

Betul cakap orang, sekali kita dah berkenan..baik terus confirm dan jangan gatal² survey lagi.. padah jadinyaaa.. *cam aku lah

Urut dada, semoga minggu ni dapat jugak buat keputusan.. tak nak tangguh², banyak lagi benda nak fikir.. wedding theme pun dah terbabas.. lantak lerr haih, huhu~~~


*Permudahkan lah urusanku, murahkan lah rezeki kahwin ku..hiks ;)

Thursday 22 December 2011

Bapak² Jangan Buat Main..!! Mood : Gila

Serius boleh naik gila aku kalau ada yang suka sangat main bapak² ni.. gurau sikit, "eh, bapak kau lah.." "macam bapak kau lah.."

Bagi aku manusia macam ni memang lahanat..!! see, geram betul aku... *sabar²

Soalan yang ditanya tu lain tapi dijawabnya berlandaskan bapak kita, kau memang betul lah bangang kan! nak cakap kurang ajar, aku rasa semua ibu bapa kat dunia ni ajar anak² yang baik belaka..

Dan² jugak aku rasa, "xde kawan cam ko pun xpe lah wooiii.. ingat aku hadap sangat ke hah..?"

Andai bergurau depan aku pun, tapi aku masih boleh tersengih apa kau rasa tak luluh hati aku orang jadikan bapak aku bahan gurauan...??

Sungguh biadap!!! @#&^%?/*&^...!!!!
Agaknya kau suka kot kalau orang lain boleh gurau main² mengata² bapak kau.. gila kesin hidup kau...

T_______________T


p/s : Ya Allah.. Sejukan hatiku....

Steve Mcgarret, Arthur & Morgana

Morning!
Bukan entry pasal nak kahwin..hikhik

Steve Mcgarret

Arthur

Evil Morgana

Steve Mcgarret yang style, Arthur yang comel² manja.. Morgana si perempuan sihir tapi cun

Layan tv saja since lappy sedang dirawat, sob..sob..sob

Mana² episode yang terlepas semua aku dah cover balik.. aku layan filem / drama berlandaskan pelakon yang aku rasa cun² dan hensem² saja..muahahahaha buruk perangai

Semua episode yang terlepas habis dah aku cover..huhu

p/s : Sabtu lepas p wedd. member, pakai baju kurung serba hitam..dan² terasa bagai Morgana perempuan sihir, gila mental.. hakhakahkah :D


Tuesday 20 December 2011

Kekasih, Sahabat & Keluarga

Morning! update laju² meraikan boss belum masuk opis lagi, hihihi

On the way datang kerja tadi dengar Hot FM topik pagi Dear Farah, antara kekasih hati, pilihan keluarga yang juga sahabat baik.

Anisah kot nama yang emelkan kisah dia tu, dia dah ada boyfriend tapi keluarga dia lebih sukakan kawan baik dia, dan nak jodohkan dorang..huhu (kalau aku larik rumah, heheheh)

Sedih ok, lepas tu  ada seorang caller tu cerita kisah dia yang mana boyfriend dia ditunangkan dengan pilihan keluarga..sebak rasa hati aku masa dengar tu, hehe

Aku tak ada lah pengalaman ni, syukur alhamdulillah keluarga ok saja dengan pilihan hati, hikhik

Tapi bagi aku daripada sahabat nak convert ke suami, amatlah susah untuk aku terima orang lain aku tak tau lah kan. Dah serik kehilangan kawan disebabkan hati & perasaan, lebih baik mengelak.. betul cakap orang lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik yang terlalu agong, akan timbul lah suatu perasaan yang berbeza seperti Cinta, cewaaahhh!

Tapi semua tu zaman sekolah, monyet² bergayut..dah satu class lagi ajak berkapel.. no..no..no..


p/s : Sejak 6 tahun, sorang saja bertahta dalam hati...huhuhu :P

Monday 19 December 2011

Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Assalammualaikum :)
Senyum² kambing aku baca habis Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus tadi, kelakar ok..huhu

Tapi sangat berguna, sangat banyak info yang aku dapat tadi. Pelbagai soal jawab, tapi yang menarik minat aku mesti lah Pertunangan & Perkahwinan, hehehehe

Ada satu pertanyaan ni yang betul² buat aku terkedu.


Kalau rujuk pada soalan dan jawapan di atas ni, nauzubillah... rata² majlis akad yang pernah aku hadir menggunakan Cek untuk Mas Kahwin. Tapi tak tau lah sama ada, bank draft ke apa ke sebab tak pulak aku teliti betul².

Menurut apa yang aku baca, seandainya Mas Kahwin dibayar dengan menggunakan Cek, hendaklah disebut hutang bukan tunai.. wallahualam, tak mungkin juga kadi serta imam tak perasan akan perkara ni. Ikut pada komen Ustaz Azhar Idrus, perlu akad semula..

Kesimpulannya, sediakan wang tunai lebih afdal.. tiada lagi sebarang kemusykilan.. cewah cam iklan pulak huhu :D

k, bai.. kepala berdenyut, gigih update entry.


p/s : Lappy sedang dirawat, blogwalking time office hour saja.. :P

Friday 16 December 2011

Mencari Rumah Untuk Disewa

Morning..
Jumaat yang langsung tak ada mood buat kerja

Masih lagi dalam mood pening² lalat, serabut perut gara² nak kahwin..huhu

Sekarang ni dah boleh survey rumah untuk sewa, macam jenis survey.. harga, tempat, jenis rumah.. aku prefer single story or apartment..kalau double storey aku tak nak takut, ngeh³. Tempat pulak antara Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Ampang, Cheras.. dan kalau boleh aku dapat job baru area Nilai, aku lebih suka dok Nilai.. sungguh aman damai macam sekarang ni ;)

Rate untuk area Seri Kembangan, Ampang, Serdang, Cheras ni memang boleh telan air liur puluhan kali. Rata² rate yang aku survey RM 850 - RM 1,500 ++. Nak sewa tu tetiba rasa sangat rugi..rugi..rugi!! baik beli rumah sendiri, monthly rate camtu jugak.. (blame my self)

Sesiapa yang tau ada rumah untuk disewa area yang aku sertakan tu, plz let me know.. ;)

k, bai.. ;)

Thursday 15 December 2011

Door Gift : White Box Or Brown Paper Bag..?

Memang serabut..
Yang sebenar-benarnya aku yang jadikan ianya serabut..padan muka!! hahahahaa

October lepas, dah up entry mengenai Door Gift ni dengan harapan nak DIY Brown Paper Bag.  Tetiba harini rasa macam tak nak guna Brown Paper Bag tu, rasa macam leceh kalau nak buat sampai 1000pcs & aku rasa tak sempat..huhu

Then, terfikir White Box yang aku jadikan Door Gift masa E-Day haritu. Ini pun project last minit 2-3 days before E-Day baru aku buat. Simple je kerja aku..tampal doily paper yang tak sempat nak print thank you tag, ikat reben..siap!!

Kalau nak senang, beli je paper bag yang biasa orang lain guna tu.. dekat Nilai 3 bermacam jenis ada.. tapi aku lah yang tak nak..kahkahkah!

Jom, serabut secara berjemaah..

p/s : Entry apa la harini..ish.. -.-"

Saturday 10 December 2011

Outdoor @ Gunung Jerai, Kedah

Sorry title sangat annoying, hahahahaa.. tak tau nak letak title apa :P

Mengodek fb pagi² nih, ternampak OP a.k. Abg Syam yang sedang aku runding untuk jadi OP aku nanti upload wedding pictures client dia (yang jugak schoolmate aku dulu)

Teruja aku tengok Outdoor Pictures tuuuu, bertempat di Gunung Jerai.. wallaaaaaaah! i loiike kabus²..




Yang paling aku suka sebab pokok ini laaaaaa...pokok nan sebatang ke sepohon entah!! macam Lagenda Budak Setan, kalau area KL ni yang aku tau kat UPM, Serdang.. tapi susah nak masuk buat photoshoot


Cantik kan...? berkabus²... aku tak kisah lah tak nampk muka sekali pun, asalkan angle cun.. huhu terbalik :P
Sebenarnya aku tak reti tafsir picture, asalkan angle cantik, pengantin cantik.. memang cantik lah  picture tu..huhu~~ 

"Disetiap Gambar Ada Lagu.." - Yuna

Pictures Credit To : Syamsyarizal Blog

p/s : Jom berdoa supaya urusan aku dengan OP dapat dipermudahkan.. amin :)


Thursday 8 December 2011

Vendor 'Ni' Pandang Sebelah Mata Pun Tak Mau

Memang betul b2b lain complaint mengenai 'sesetengah vendor' kekwat.. kekonon vendor dah cukup meletop mana nak dilayan customer yang low class a.k.a pengantin bajet macam aku ni..? serius sedih.. sob.. sob..sob

Kita dah add, dah pm inbox fb then rasa tak puas hati coz dah one week langsung tak ada feedback, email lagi.. rasanya dah complete segala info yang selalunya bagi pada vendor.. tapi h*r*m tak reply..!! see, naik tekanan darah aku.. nak kata tak perasan mesej aku kat inbox dia tu macam tak logic sebab friend request boleh pulak approve..

Sungguh kekwat manusia nih kalau tak boleh pandang 2 belah mata, at least sebelah pun jadi lah..!! sumpah kau tolak rezeki.. mana la tau tetiba pakej kau tu dapat menarik perhatin pengantin bajet ni (merujuk kepada aku laah..huhu) kan.. atas dasar pakej kau yang meletop rela aku ambil kau untuk menyempurnakan majlis aku nanti walaupun terpaksa gali simpanan..

Sekarang ni, aku nampak saja laaa vendor ni keluar dekat 'News Feed' aku setiap hari.. nak saja aku komen status dia "Weh bangang..!!" sebagai tanda hormat, boleh..??!!

Dengan rasa rendah diri, aku nak remove vendor tersebut dari friendlist..balas dendam, simpan pun buat dosa aku saja asyik nak maki kan.. hahhahahaha

Tuesday 6 December 2011

Bajet Kasar

  1. Catering + Canopy                                       - RM 7,000.00
  2. Wedding Outfit + MUA + Dais + Bedroom         - RM 1,500.00
  3. Hantaran                                                    - RM 1,000.00
  4. OP (Reception + Solemnization)                     - RM 1,500.00
  5. Miscellaneous                                             - RM 1,000.00
  6. Door Gift                                                    - Sponsor

Ini memang betul² KASAR.. perlu lagi diperhalusi..hehe

  • Catering - Ini dah handover bagi abg aku settle, first haritu dia survey RM8.00/pack tapi caterer tu tak include canopy + kerusi + meja bagai.. aku pulak terangkan, caterer mesti ada pakej tu if kita ambil 1000 pack ke atas..baru dia pergi tanya kat lain, then bagitau ada RM6.50/pack c/w 5 canopy kerusi meja..ini ada orang rekemen katanya..lauk semua dia dah pergi test, alhamdullillah..
  • Wedding Outfit + Dais + MUA + Bedroom - Ini semua pun dah complete dalam 1 pakej, dah mesej email bagai mak andam tu siap mintak aku buat booking..bla..bla.. tapi aku tak boleh nak go on camtu saja, nak jugak pergi butik tengok..know what RM1,500.00 tu 2psg baju L/P baju boleh design sendiri, makeup 2 times, pelamin panel, hiasan meja makan, bantal nikah, alat merenjis, HB fresh flower, payung..ini yang dia offer selepas aku tak nak hiasan bedroom..murah...???
  • Hantaran - Dah tukar dari asal 5-7 dah ke 7-9, tapi barang² yang aku beli 5 je (beg, sandal, etc..) lagi 4 dulang, ahkak ku sponsor sebab tu bajet RM1,000.00 saja..huuuuhuu senyum lebauu :D
  • OP - Dah dapat pun untuk price ni, tapi kalau boleh aku nak cut off lagi, sebab harga ni before discount.. mudah-mudahan.. :D
  • Miscellaneous - Ini yang aku rasa akan ada penambahan, sebab segala project karut marut aku semua masuk dalam bajet ni..hehe
  • Door Gift - Alhamdulillah abg nak sponsor, aku cuma settle paper bag saja (ini masuk dalam misc)

Ini baru lah boleh dikatakan pengantin bajet, hahahahaa..dalam otak selalu perkasa kan ayat "lepas kahwin lagi banyak nak guna duit, sewa rumah, kelengkapan rumah..." insya'allah Tuhan dah tetapkan rezeki masing².. bersederhana itu penting..buat setakat yang mampu jangan sampai menyusahkan orang lain dengan KEHENDAK kita yang tinggi melangit.. tepuk dada tanya selera.. :D

Monday 5 December 2011

Vendor

Dah decide nak balik kampung Christmas nanti untuk meraikan  perkahwinan BBF (ayat skema) alang² menyeluk pekasam, aku set appointment dengan vendors Butik Andaman . Buat masa sekarang baru ada 2.. kahkahkah sound like puluhan vendor, cissss..cissss!!

Kalau dapat settle time balik nih, alhamdullillah.. kalau tak, terpaksa aku buat appointment lagi sekali untuk Chinese New Year next Januari pulak. Itu saja masa yang aku ada.. yang sebenarnya aku rasa aku tak ada masa

OP still searching..nak yang murah, pictures awesome memang PAYAH lah.. dah dasar cerewet. setakat ni semua OP yang aku mintak quotation 99% reply, 1% tu konon recommended laaaa sangat by others.. tapi sungguh kekwat.

Satu problem aku ni ialah, aku terlalu segan nak mintak discount, huhuhuhu.. nak buat ayat tu Ya Rabbi boleh ambil masa one week, hihihi.. so, nak tak nak aku create ayat yang paling awesome tapi rahsia..harap² dorang ni lembut hati...hahhahahaaa gila

Masih menunggu feedback... :P

p/s : Kalau boleh nak buat makeup test sekali nanti..huhu

Friday 2 December 2011

Kedah Cuti Oii Hari Jumaat!

Berkobar² nak tunggu hari jumaat nak call Jabatan Agama Islam Kedah, nak tau procedure nikah dengan segala borang etc....

Sekali...takdo orang pick up..damn! daku lupa kedah cuti hari jumaat.. al maklum sejak dok nilai langsung lupa daratan, cisssss...

Kena tunggu hari Isnin pulak, ouh..geram sungguh dah lah website pun SEDANG DISELENGGARAKAN..

Susah pulak rasa bila nak kahwin, nak² pulak tempat kerja lain negeri..aduh bikin grrrrrrrrrr :/