Friday 30 March 2012

Kalau Sijil Kursus Kahwin Hilang...?

As Salam,
Hai laaa mood nak update ke laut.. busy teramat dah sekarang ni, malam² tidur lambat.. balik kerja terus mengadap bunga pahar & etc..fenattt.


________________________________________________________________________________________________

Semalam kisahnya..
Pagi² bangun sembahyang subuh tetiba teringat borang nikah aku belum isi.

Purrrlp! aku lupa langsung..serius lupa dekat mana aku simpan borang nikah yang dah aku kepelkan sekali sijil kursus kahwin, salinan yang dimintak semua dalam tu. Ini lah kelemahan aku kalau terlalu berhati² nak menyimpan barang yang penting sampai lupa. Yang aku ingat memang aku letak dalam kereta. Gila tak sabar bersiap nak g kerja nak turun bawah tengok dalam kereta. sumpah gelabah cari tak jumpa bukak bonet semua pun takda. Masuk dalam rumah semula check dalam bilik pun takda. Subhanallah!

Tak keruan aku masuk opis pagi ni, call mak aku tanya ada kat kampung ke tapi tapi jawapan yang negetif! call pejabat agama sungai petani tanya macam mana kalau hilang, depa kata kena mintak pengesahan daripada tempat kursus kahwin tu then g pejabat agama negeri. Call WANIS KURSUS KAHWIN, hampeh start pukul 9-11 aku call no body pick up! sampai dah berpuluhan kali aku call akhirnya dia call semula. Dengan jawapan kerek yang sumpah aku tak jangka daripada manusia yang nampak sungguh mulia dimata aku. malas nak mention nama manusia tu, kang siapa yang g kursus kat situ termengumpat dia pulak kan. jawapan negetif yang aku dapat. " kita tak boleh keluarkan 2 kali, lagi pun awak punya sijil 2 tahun dah out daripada system kita. pengeluaran ni daripada JAKIM" "apa kata awak datang kursus semula bagi saya nama penuh & no. ic saya masuk register sekarang" (ayat ni aku ubah suai)

Kelas ayat depa...padahal aku dah pun call JAKIM terlebih dahulu. JAKIM cakap ambil surat pengesahan daripada tempat kursus kahwin tu, make sure ingat tarikh & tahun kursus haritu then bawak g jabatan apa entah tak ingat buat surat akuan sumpah pastu bawak surat pengesahan & akuan sumpah tu ke JAKIM untuk pengesahan sebelum submit ke kariah aku tu. simple kan..? yang depa kerek bukan main lagi. saja aku tak bagitau yang aku dah call JAKIM dulu..memang bebal kot aku semalam.

Dah la badan rasa tak sihat dengan kepala otak asyik fikir sijil tu jeee.. terus apply cuti separuh hari. Sampai rumah je geledah drawer bawah tv.. Tadaaaaaaaaaaa!! ahkak aku la ambil simpan tempat lain ishh..

Alhamdulillah..

Lepas tu tak puas hati lagi ni, search jugak mengenai kehilangan sijil kursus kahwin. Rupanya procedure dia sama je dengan yang JAKIM bagitau aku tu..tak perlu g kursus lagi sekali. Nampak lah sangat tempat kursus kahwin aku tu nak untung je..

Pengajaran.

Till then,

p/s : Sekali panjang daaa entri ni, hihi

Wednesday 28 March 2012

Folic Acid

As Salam


________________________________________________________________________________________________


Sekeping (10pcs) RM 1.00


Sunday 25 March 2012

Semi Inner

As Salam


___________________________________________________________________________________________

Dah lama aku cari semi inner camni, tapi color putih.. nak pakai masa sanding..hehe so tadak lah berlapis² sangat nanti kan..coz yang jarang tu part lengan.



Color of rangoli lagi.. pilih² price p tanya owner. aku dah dapat price hewww..

Apasal semi inner lagi mahal daripada inner biasa tu (baju).. #pelik

Kesimpulan : Semakin tak cukup kain semakin mahal..huahauau

Sumber : Puan Maharani fb

Bai,

Saturday 24 March 2012

Bunga Bunga Cinta Kekwa

As Salam,
Hai..lupakan entri semalam, ayuh kita bergembira..hiks

_____________________________________________________________________________________________

Pemilihan hand bouquet..
Aku kan aneh yang turun dari planet lain, of coz aku suka lain daripada yang lain.. selalunya kan bride guna  roses kan pastu tambahan bunga kecik² tu entah apa tah nama dia..hihi tapi aku nak bunga 'kekwa' sangat melayu nama ni..kihkih

 Try mintak quotation pada vendor ni, gambaq yang aku tunjuk tu bunga daisy bukan 'kekwa' waawawawaa malu.. akak tu quote daisy camni guna 10-12kuntum ja coz bunga besaq², rm60..? mahal dak..? heheeee saja tanya hb aku bridal sediakan sesaja nak merisik :P

Dah google search baru perasan ini bunga 'kekwa' ituuuu nama orang putih chrysanthemum, terbelit lidah aku, terus teringat teh bunga..huhu #jakun



Color camni yang aku suka

 sekali imbas macam bunga taik ayam but nice..unik u'olls ;)

Berbalik pada daisy ye (cewah) tetiba dah tukaq selera tak mau 'kekwa' lagi dah. Nak daisy ber-color color.hek baru lah color of rangoli :D






Nama sebenaq bunga ni Gerbera Daisy. akak tu dah reply..hihi

Sumber : Google

Till then,

p/s :Title post langsung tiada kena mengena..

 


Siapa Yang Nak Kahwin Sebenarnya...??

As Salam
Entri luahan perasaan..
Siapa tak suka, sila click button (x) di atas.
________________________________________________________________________________________________

Tak tahu lah mood aku ni nak kategorikan sebagai apa.. korang pikirkan laah

Tetiba sangat frust this week.. baru aku tau banyak betul pancaroba selama nak mendirikan masjid sendiri, terlalu banyak sampaikan aku rasa diri aku tak berguna.

Untuk wedding aku boleh kata 80% adalah atas dasar keputusan orang lain itu ternasuk jugak keputusan tok imam tak nak nikahkan kami pada waktu & tarikh yang dipilih. Tersangat frust.. segala perbelanjaan yang aku nak cover lepas ni tetiba mencanak naik. Takpa aku turutkan jugak untuk kesenangan abg & ayah aku kemudian hari, kalau ikutkan hati aku memang aku nak mintak ayah aku bantah tapi bak kata abg aku mengenangkan nanti apa pulak imam tu cakap2 masa ayah aku g masjid kan..aku REDHA..

Betul aku mintak maaf kepada yang terlibat, terpaksa tambah cuti..terpaksa tambah baju (hehe). Seperti  semua yang terlibat sedia maklum (ayat essay) bukan ini yang aku nak, aku betul nak save cost..kalau boleh lagi lah nk cut cost tapi harus lah aku tak berdaya.

Maybe jugak aku yang bongsu..yang jugak anak penghabisan stock yang akan kahwin semua orang terlalu 'mengambil berat' urusan kahwin aku, mula2 aku ok tapi bila dah lama2 aku rasa rimas. Aku buat itu tak kena ini tak kena. Itu tak ok ini tak ok..oh Tuhan.. Bagi je pendapat " eh..apasal buat camtu, nanti orang lain tengok cakap apa pulak" eh, terfikir aku siapa yang nak kahwin ni...?

fyi, majlis aku adalah yang paling berbajet.. asalnya dulu anganan tu bukan camni.. sangat kecil gambaran majlis yang aku inginkan.. Aku tak kisah orang cakap apasal itu apasal ini, rimas..tapi plz cakap sekali sudah.. aku yang nak kahwin aku yang serabut jangan ditambahkan lagi.

Family aku bukan orang berada, serba serbi kekurangan. Aku tak nak konon nak hebat tapi aku menyusahkan mak & ayah aku. Apa yang aku dah habiskan ni, inilah yang paling kedekut daripada aku.. betapa banyak aku cut cost. Tapi masih ada yang cakap aku membazir.. ya tunang aku tau betapa banyak aku nak berjimat, thanks sayang #tetiba & akak aku jugak dia dah panggil aku hajah baghil tapi dia sangat baik walaupun kadang2 buat aku nak larik rumah.

Terfikir aku, duit aku majlis aku tapi orang lain banyak cekadak, apakah..?
Setakat ni syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi.

Tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah, tiada yang lebih memahami aku melainkan orang2 kesayangan

Aku tak tuju pada sesiapa pun luahan ni, bukan ada sorang pun ahli sedara sepapat tau kewujudan blog ni. Melainkan tunang ku ituwwwww yang selalu baca, pastu dah baca g buat kesimpulan untuk aku..weskeskes

Hampa tak payah lah baca banyak2 kat atas tu, meh aku simpulkan huraian tu..
MAJLIS SENDIRI JANGAN BIARKAN ORANG LAIN ATURKAN, jangan jadi cam aku terlajak perahu..

Sekian,
Have a good sleep :)

p/s : Rasa cam meracau pun ada, entri pulak tengah malam buta..
upadate : Lawak pulak aku tulis 'anak penghabisan stock' hehe

Wednesday 21 March 2012

Penukaran Tarikh

As Salam,
Hai semua..bajet cam ramai yang baca blog aku..huhu

________________________________________________________________________________________________

Semalam adalah hari yang mengerunkan! hari yang mendukacitakan! hari yang...macam² lah

Pagi² lagi, ayah aku dah call cakap hal catering..bla..bla..bla.. oowh terasa dah dugaan yang hebat disitu. Then tak sampai pun tengah hari abang aku pulak call

Abg    : dik.. tarikh nikah hang kena tukaq ke hari jumaat tarikh ___ lah
Adik   : Hah.....?? pasal apa..? #sesambil bunyik cengkerik
Abg    : Tadi ayah dengan abang p jumpa tok lebai ___ dia tak mau buat pagi hari yang sama 
           dengan hari sanding, kalut nanti.
Adik   : Lah, apa masalahnya dah nikah pagi dekat masjid pulak tu..ish
Abg    : Dia tak mau, dia dah laaa susah kira sikit ikut ja laaa samada lepas sembahyang jumaat     
           atau lepas asar. Tanya Hafiz dulu. Lagipun dia nak Hafiz sembahyang jumaat berjemaah  
           dekat masjid tu..hehe
Adik   : Hahahahaaa..ok, nanti aku tanya Hafiz

Dialoq tu tak boleh blah..huhu

So, laju² aku call tunang story dari A to Z cuma yang dia kena berjemaah dengan tok imam tu je aku belum bagitau..heheh #harap² dia baca sini :P

Dah decide selepas sembahyang jumaat

Maka segalanya berubah laaah.. make up, photographer, catering..etc get it..?
Aku dah mula nak migrain, nak fikir phothographer lagi..make up sah² aku guna semula pakej daripada bridal ok settle.. tapi aku kena p make up dibutik..fuhhhh! pelamin pun kena pasang awal, kalau ikut flow yang before ni akak tu datang pasang lepas sembahyang jumaat, so semalam aku request pagi..dia cakap ok!

Then, photographer..aku dah pedon dah.. aku dengan jiwa yang berjimat cermat ni habis habisan nak cut cost! akak aku tolong settle dengan OP aku, heheee fyi, memang start daripada mintak quotation, deal price, booking semua akak aku yang tolong..aku hanya BAYAR..muahahahaa. semalam jugak settle, ada sikit penambahan tapi masih under bajet, OP cakap nasib baik bagitau awal takut dia dah ada job lain.. heeeeeeeee mekasih

So, dengan ini..aku takde lah lagi persamaan tarikh nikah dengan Kikin.. heeeeehe

Till then

Tuesday 20 March 2012

Makin Ramai Makin Banyak Ragam

As Salam
eh, ni entri fresh from oven...hahaaa
Kalau tak semua schedule post.. :P

_______________________________________________________________________________________________

Macam² topic dah kat B2B Group (FB) sekarang ni, bila dah banyak topic banyak lah jugak pendapat.. bila dah banyak pendapat ada yang setuju & ada yang tak setuju.

Well, group itu di wujudkan adalah bertujuan berkongsi pendapat, informasi mengenai engagement & wedding preparation kan...?

Tapi bila dah semakin ramai, semakin banyak pe'el.. bercerita pun bukan setakat hal engagement or wedd lagi dah.Dah jadi pelbagai.. tapi aku aku ok jeee, best tengok macam² ragam. Tapi yang tak bestnya bila mana ada yang tak suka dalam group ni terdapat cerita yang lain daripada perihal yang sepatutnya. Tapi aku masih ok je...hehe

Biasa laah bila dah happy kalau boleh nak cerita satu dunia kan..itu hak kau, siapa yang nak komen sila laaah yang tak nak buat je lah bodoh cam aku..hahaha walaupun ada sesetengah tu terasa sangat annoying, sumpah ini memang aku mengaku..huhu

Adat manusia juga yang hanya boleh terima pendapat sendiri SAHAJA! pendapat orang lain semua tak betul..then, nak mengamuk², apakah..? sumpah meluat..

Banyak lagi perasaan aku mengenai group ni sekarang tapi kang panjang berjela entri ni

Aku respect b2b yang sedia menerima teguran orang lain walau dalam apa jua keadaan, kekadang kita tak nampak salah sendiri..

Siapa terasa ambil.. sorry to say!
Sila terima pendapat saya...wakakakaka

k, till then..

Monday 19 March 2012

47 Days To Go

As Salam,
Waaaaa...isnin yang bermalas malasan boss pulak outstation..
Tapi malangnya dah outstation masih tinggalkan kerja..damn!

_______________________________________________________________________________________________

Weekend semalam (ahad & sabtu) sangat bermakna, cewaaah! Sabtu lepas kerja g ambil baju nikah.. weeeeeeee sangat berdebar ok, risau outcome tu camne laaa kan.. tapi alhamdulillah, seperti yang dijangka itu lah outcome nya.. even aku rasa pricy sikit (padahal under budget, hihi) tapi aku nak lagi murah..huhu dasarr

Tak perlu teaser bagai, coz baju aku sangat simple..itu yang aku nak..cuma aku rasa sendat tang perut muahahaa..ish ketara ok! dah balik test lagi kat rumah akak aku cakap, risau tengok kang pecah..kahkah yer lah 100% untuk baju aku guna lace lining chiffon superb nipis.

Ok, settle hal baju nikah..nak try diet sikit supaya lebih sopan..hihi

Now perkara yang paling penting doc. kebenaran untuk nikah.. tunang masih belum settle.. tunggu dia dah settle nak kurier bagi ayah aku hantar g kariah then next month boleh balik kampung untuk ke pejabat agama.

Bulan ni dan bulan depan jugak duit akan lebih mencurah-curah keluar..even this month pun aku dah terasa sangat kopak, tersangattttttt ok..huhu T__T"

Atas sebab ini lah jugak tetiba rasa nak cepat kahwin, tak nak tengok duit makin meluncur laju keluar..

Tapi rumah pun tak dapat lagi..huhu

Entri entah apa-apa lah carcamarba

Doakan saya... ^___^

Till then,

Saturday 17 March 2012

Contoh Pelamin

As Salam,
Mood meng'update' tengah best harus up entri dulu...uewwww uewwww!!

_____________________________________________________________________________________________

Baru 2 hari lepas selesai pemilihan pelamin.. padahal ada masa lagi sebulan setengah je kan. Bukan nak lengah tapi aku sendiri tak dapat decide aku nak jenis macam mana, rambang mata aku ni kalau boleh aku nak combine semua yang aku dah select tu jadi 1 pelamin..hikhik

So, dengan itu aku memerlukan khidmat akak aku laaa siapa lagi..


Kalau ikutkan hati aku nak yang super simple.. tapi akak aku memang peminat tegar kerawang², dia bagi pilihan lebih kurang camni laaa 2-3 pict. tapi masih kerawang yang sama.. apa daaaaa..

Pemilihan tema juga dia laaaa, eh cam melebih pulak aku yang nak kahwin kan..huhu tema yang sebelum ni semua bertukar 90% , 10% adalah baju sanding yang maintain color..huuuuhu

Percentage tu semua akak aku lah punya kerja siap mention color ini 70% and bla..bla..blaa... cerewet melebihi aku.

Dah submit bagi WP tapi belum ada respond kenapakah..? haritu bukan main mintak aku submit je nanti dia komen. Nak cakap tak online ada je aku tengok.. hurmm, ini yang mengetarkan jiwa aku nih..

Aku idok ler mintak 100% kan, dah tau ni copy & paste.. at least iras² pun jadilah.. nak meriah² kang bapak aku ketuk kepala 60kali, ini pun jenuh pujuk nak pelamin..haih

Ok, till then

p/s : Harini misi collect nikah attire..hihi, wish me luck :D

Friday 16 March 2012

Ber-Bunting Lah Kiteeee.....

As Salam,
Ke laut mood..dah ke laut china selatan ke apa..

________________________________________________________________________________________________

Isu bunting..
Actually bunting ni langsung tak termasuk dalam checklist aku, memang rata² b2b buat. Tapi aku..? heeeee

Tapi insya'allah aku akan buat jugak, itu pun atas permintaan omak den! oh mak..... nampaknya beliau lebih excited bila mana anak bongsu ini nak kahwin :P

Dah tu demand lagi, aku baru berangan nak bunting comel² cute macam aku corak ala² rambut Morgana tapi dia request bergambar u'olls. Tak nak kalah, huhu. Terkedu aku.. katanya nanti kang kalau tetamu datang kot² that time aku tak ada boleh jugak tengok rupa pengantin, muhaahaha amboi mak cek nak p mana habis sangat p photoshoot outdoor ja..

Di atas permintaan itu, jenuh aku search yang berkaitan




Jenuh lah sangat padahal aku search kat CheapCheap je pun..

Aku suka comel² macam ni saja kot..

Tapi mak aku high class sikit nak yang camni


Thanks CheapCheap i pinjam pict. u'olls, heeeeee suka design comel² dorang ni...

Tapi aku survey dekat Nilai je laaa, senang dekat sangat dengan rumah.. boleh tukar design 5-60 kali kan..

2x4 - RM20
2x5 - RM25
2x6 - RM30

Sama je price dengan CheapCheap comel ni..


Direction Bunting dia bagi price RM10/pc.. size aku tak ingat..ngeh²

Design untuk bunting & direction bunting adalah free ye sayang²..

Tapi satu hampeh pun tak design lagi, aku kan kayu.. kena tunggu akak aku lah jugak.. :D

Till then,

p/s : Mana nak cari kaki untuk bunting tu..? 


Thursday 15 March 2012

Iklan² - Urgent!

STICKY..

Mencari rumah sewa area Cheras, Ampang, Bandar Tun Hussein Onn, Balakong, Seri Kembangan & Serdang..

plz email shuria3@yahoo.com
Mekasih ;)

Tuesday 13 March 2012

Bergetar Jiwa..

As Salam,
Haish malas sungguh nak update disaat hati berperang hebat dengan hati & pemikiran..
Ayat apakah..? kahkah aku pun tak faham.. Yang aku faham aku tengah banyak kerja sekarang ni, benci dengan tender..BQ..tender..BQ.. sumpah benci!

Ok, ke laut lah kiteeeeeee...

_______________________________________________________________________________________________

Bergetar jiwa tu bukan apa pun...

Bergetar jiwa sebab sabtu ni nak g ambil baju nikah. Seronok! excited semua cukup.. tapi tunang suruh simpankan sikit perasaan kecewa, kot² outcome tak seperti yang dijangka..huhu apa daaa dia ni, ish² luv u (tetiba)

Minggu depan lagi satu dapat kad kahwin.

Huhu.. tu je la pun..

Aku terfikir pasal OP.. tadi saja dengan sengajanya godek personal fb beliau..hihi jahat hang nih! nak add entah kenapa lah aku takut..gila! akhirnya ter'add juga tadi.

Actually aku tak kenal langsung OP ni, akak aku yang pilihkan setelah di short listed oleh aku..huhu (ayat apakah lagi) aku suka OP ni sebab pict. dia cerah² dan putih² tak tau camna nak cakap. huhu

Pendek kata pict. cam gini, sebab tu theme aku white.. kahkah langsung tak ada kena mengena.

Disebabkan tak kenal OP ni maka aku agak terhegeh² berfikir camne lah nak posing kang ni woii aku dah jenis keras cam kayu..nak senyum² memang fail habis, gelak besor aku pandai laaaah sampai keras perut


Cer tengok pict. ni.. sampai kan tunang cakap senyum jenis apakah..? huhuhuuuu
(ni photographer amatur sajo)

Ok, till then..

p/s : Tetiba kehabisan idea untuk habiskan entri..hikhik

update : OP dah approve friend request kiteeeee... #gedik :P

Monday 12 March 2012

Bila Tiba Saat Ini..Rasa Nak Kahwin Esok!

As Salam

_______________________________________________________________________________________________

Mood down terus hari ni, tak tau sebab Monday blues ke apa tapi memang down & sarat. Walaupun hampir 80% preparation dah settle tapi entah kenapa lah rasa ada lagi yang belum settle..maybe terlepas pandang.

Tetiba rasa arghh!! nak kahwin esok je lah!! malas nak pikir² lagi.. rasa semak..

Paling² buat aku semak serabut, bila mana aku terlalu banyak terasa hati dengan orang dan mudah tersentuh.. terasa hati yang aku langsung tak boleh luahkan.. Betul cakap orang akibat suka sangat memendam rasa diri sendiri rasa nak meletop.

Zahirnya aku mampu ketawa.. dalam hati kau tau..?

Ok, diam....

Friday 9 March 2012

Subhanallah.. Ibu Itu.....

Subhanallah..
Apa nak jadi dengan dunia nih weh...?
Tak ada otak agaknya anak makcik ni..?
Apa salah mak kau ni hah..?
Batak betul pemikiran kau nih..! Dah mak bapak bela dari kecik sampai dah dewasa jadi setan pulak perangai



Tengok lah gambar dari Hmetro ni, sayu hati aku sebaknya Ya Allah.. sampainya hati, tergamaknya hati..

Ini cerita orang lain yang langsung tak ada hati & perasaan! woii jantan tak guna kau baca blog aku..bangang betul!!

Aku ni kalau nampak pakcik & makcik tepi jalan naik motor ke jalan kaki, aku dah sebak teringat mak & ayah aku kat kampung.. serius aku tak suka bab camni, tapi dah tadi terbaca terjurai airmata keayuan aku nih..

Subhanallah..ibu itu dah lah lumpuh.. T______T

p/s : Rindu mak & ayah sayaaaaa

Celcom Sayang Saya Kah..?

As Salam,
hah hambik...punya lah hilang mood dengan vendor kad kahwin, blog pun malas nak usik..hahaha actually bukan tu saja yang menganggu mood aku ni tapi kes rumah sewa pun asik bermain² dalam kepala otak ni.. masih tak dapat cari lagi..huuuu.. -.-"

Ok, ke laut...~~~

_____________________________________________________________________________________________

Dah 2 hari tak ber-online dirumah, broadband den hilang..entah mana aku campak, sikit pun tak ingat.. ala² hilang ingatan lah kan.. kat rumah takdak kat opis takdak, entah ada ke toyol yang tangan panjang! line pun aku dah barred tapi monthly fees masih berjalan, nak terminate aduh macam² hal.

Semalam dah call celcom nak barred, ok settle. Then balik rumah try lagi tak jumpa jugak tunang suruh terminate terus.. -.-" ok fineeeee, g branch dorang cakap kena call center. Try lah sok sek dengan budak celcom tu dia cakap kenapa tak terminate temporary dulu kot² nanti dah jumpa boleh call center je buka semula line..ah kak aku pulak nak jugak line ni.. ok call center nak terminate temporary banyak lah pulak cekadak nak itu ini, fineeeee saya nak terminate permanent!! terus pass line ke orang lain, sesi pujuk memujuk..huhuhu dorang offer aku untuk april tak payah bayar, then g branch ambik moderm baru rm100 + simcard rm5.. wahh! cam best.. jap nak call husband saya tanya dulu, muahaha tipu sunat.

Now, sedang menunggu keputusan 'husband' kahkahkah cam best pulak :P takpa laah biarkan 'husband' g hospital tengok abah dia dulu, admitted hospital seremban untuk operation mata.. semoga abah 'husband' kite cepat sembuh.. hee..

Tetiba hilang pengakhiran ayat.

Till then,

Wednesday 7 March 2012

Kenapa Dengan Kau Ni Vendor

Geram ni..
Macam nak putus urat punya sakit hati..
Sampai lupa nak bagi salam dulu

As Salam,
Cool....

________________________________________________________________________________________________

Dah tahap geram dengan vendor kad kahwin nih, ingat aku nak kahwin main² ke..? Time discussion haritu bukan main lagi ok itu ini, akan cepat..alah jangan risau kita cetak dalam 7-10 hari paling lewat! Tapi ni untuk draft saja pun dah nak masuk 2 minggu.. sekali ketuk sekali jalan!

Draft yang first tu pun aku sms tanya macam mana dengan draft, then cakap ok akan email hari ini atau esok.. ok fine, esok tu tunang dah dapat email dorang.. so aku telek² banyak jugak kesalahan, then ada yang aku tak nak ada like ayat² Al-Quran, nama Allah, Assalammualaikum semua tu pun time discussion dah bagitau dah tapi masa draft ada lagi, ok fineeeee lagi aku siap edit bagitau yang mana nak buang dan replace etc. so aku dah email hari sabtu lagi.. sampai hari isnin aku sms dia cakap esok atau lusa.. ni harini dah tulat.. habuk pun takda jangan katakan ulat lah kan..

Teringin gila ooh nak call or sms dia tapi kena tunggu hati aku bertenang dulu.. kang msj aku lain macam jadinya..

Bukan tak boleh nak sabar, coz dia janji lain.. kalau ikutkan lepas discussion haritu memang aku nak cari vendor lain sebab tetiba rasa mahal tapi tunang cakap dah rezeki tu untuk dorang, thats why aku percaya tapi ni lain jadinya..

Ayah aku pulak dah tanya mana kad, mana kad..dorang dah nak start distribute ke Langkawi dalam bulan ni.. adeh laaah..

p/s : Mohon diberi tahap kesabaran yang cukup tinggi..

Tuesday 6 March 2012

Susahnya Nak Dapat Rumah Sewa

As Salam,
Rasa macam dah seminggu tak update blog, kalau ikutkan memang pun..coz semua entri yang publish tu schedule post..ngeee~~ #pemalas camni lah

Ok, yang bawah ni entri fresh from oven :P


________________________________________________________________________________________________

Dalam seminggu dua ni kerja aku buka Mudah.my je lah kan.. lepas tu searching sana sini.. rasanya owner Mudah.my tu pun dah boleh cam IP address PC opis dengan lappy aku..huk²

Dah PERLU sangat dah cari rumah sekarang nih, kalau boleh nak area Seri Kembangan, Serdang, Balakong optional if takada area tu nak jugak area Cheras, Ampang.. dah itu yang paling dekat dengan opis aku.. Ampang tunang agak berat sikit coz aku nak datang kerja kang jammed lagi, dia ok lah kerja Pandan Indah.. kira itu yang paling las lah.

Niat hati siapa tak nak rumah terrace woii.. tapi memandangkan rumah terrace kalau dapat pun range dalam 850-1000 tu pun busuk² lah kan.. gilos, kuasa aku.. aku nak kumpul duit beli rumah sendiri. daripada bayar sampai camtu..hikhik

Aku takda nak demand bagai, tapi ciri² cerewet tu tertimbul sikit lah tapi untuk masa depan jugak. lol

1) Bersih persekitaran
2) Dekat dengan kedai² / pasar basah
3) Kalau apartment jangan lah sampai tingkat 4-5, masak aku karang..sian mak ayah / mertua nak datang jenguk anak menantu tercungap² dulu baru sampai
4) Kalau boleh covered parking, hikhik

Tu ja untuk setakat ni, yang lain belum terfikir..haha

Tolonglah bantu aku yang keding ni cari rumah, (hahahah) tapi sabtu ni nak g tengok apartment yang dekat dengan The Mines tu, hope ada lah harapan.. yaww! kalau dapat boleh lah berjiran dengan Cik Embun, hikhik

Till then,

Monday 5 March 2012

Veil Idaman

As Salam,
Update sementara rajin's..

________________________________________________________________________________________________

Dah lama aku suka veil yang macam ni, Baru² ni pulak Diyang Azura ada buat sales apa entah tapi saya sangat sukaaaaa

 Sumber : Diyang Azura

Lebih kurang juga veil Lisa Surihani nikah, sorry nah aku tak pandai cari pic. yang cun.

Sumber : Beautifulnara



Ni veil sanding Lisa Surihani, pun jatuh cintaa... yes! i know laaa price mesti bikin pengsan.. :P

Aku suka veil berbentul Oval.. pastu panjang..baru ala² princess berangan..

Till then,

Saturday 3 March 2012

Guest Book Corner

As Salam,
Hai..saya bekerja, anda...? damn!

______________________________________________________________________________________________

Sungguh rasa makan gaji buta kalau hari sabtu. Ini lah kerja buta aku harini..weeeeee




Jatuh cintaaaa terus dengan Guest Book Corner KerjaKahwin ni. Tak pulak ku tahu yang depa ni boleh ambil tempahan sampai ke kedah, kalau tak SAYA MESTI PILIH!! now dah melepas..

Firstly, call mak aku nak cakap dengan ayah coz dia dulunya part time tukang kot² dia boleh lah tolong si anak yang mengada² ni tapi mak aku kat rumah kenduri pulak..hampa kot, dalam keadaan yang sangat teruja harus aku solve jugak perkara ni.

Teringat subcon kat bawah, heeeee terus sketch bodoh², ambil gambar masuk hp konon nak tunjuk lah tapi hampeh sekor pun tak faham gambar dalam hp.. tapi yang aku sketch bodoh² tu boleh pulak faham, aih tak faham aku. Siap dah tung tang tung tang itu ini jenis kayu semua & saiz (nasib baik ex-purchaser, tau lah rupa barang) ok, decide nak kayu jenis Timber Frame.. alorr tak sampai RM10.00 untuk 12kaki. Siap bagitau bajet tak tahan sungguh sewel dasar kedekut.

 Buruk gila takde seni :P

Meja pulak consider lain cerita, kan best kalau aku boleh kidnap meja camtu kat opis ni..ada je dalam bilik bos aku tu camni punya rupa.. semua subcon buatkan.. material pun berlambak dekat site dah jadi scrap.. huhuu bos, i want it.. i want it.. #hentak kaki

Sudahlah jangan bermimpi

Oh! harap² dia boleh tolong aku..heeee.. yang perlu di ingatkan, saiz frame tu MESTI muat masuk kereta comelku..

Source :  http://kerjakahwin.blogspot.com

Till then,

Friday 2 March 2012

'Kekonon Centerpieces'

As Salam,

Dah jumaat (padahal ini schedule post, huhu) apasal makin cepat, semalam baru je khamis..kenapa tak rabu dulu lepas tu selasa..

_____________________________________________________________________________________

Centerpieces yang aku langsung tak ada idea..camne eh...?




Then, terperasan ada yang guna tin susu sebagai vase..hehe cun jugak eh



Yesss..i like tin camni.. ini lah budaya kita penjimatan, hakhak



Ohhh, nampak macam akan mudah kerja aku nanti kalau guna idea ni. Tin boleh mintak abg aku simpankan.. nak lagi mudah mintak dia tolong spray putih sekali...heheheee lepas tu aku guna je bunga tisu yang aku dah buat hampir 100pcs tu..

Tunggu je laaah outcome! sebab tu lah title post aku tu boleh memainkan peranan 'Kekonon Centerpieces' kalau aku tak buat tak ada rasa annoying sangat...weeeeeeee :D

Till then,
bai..

Thursday 1 March 2012

2 Bulan 5 Hari

As Salam,

Dah masuk March u'olls.. tapi aku still menganga² kekonon nak kahwin lagi 2 tahun, padahal lagi 2 bulan. Kalau kira bulan boleh lah consider 'alaaah..2 bulan lagi, cer kau kira hari..kot ada yang terberak² fikir gilos banyak benda tak buat..' hakhak

Boleh lah kalau nak list down semula benda apa yang kekonon aku nak DIY sendiri tu, tapi boleh makan diri kang..haha

1) Yassin cover
2) Paper bag - Dah lebih 2 bulan aku punya proses tak siap lagi..
3) Handbouquet - Ini dah macam terfikir nak kensel, malass
4) Centerpieces - Ini baru nak berangan buat
5) Baju family - Color dah decide tapi belum beli
6) Curtain - Mak beli...hikhik (suko yoooo yang ni)
7) Signage - Rasa cam nak buat last minutes..ish
8) Guest book - Ini pun cam dah malas nak buat, ingat nk beli yang ready made, huhu

Benda yang dah boleh aku collect bulan ni pun cuma baju nikah & insya'allah kad kahwin. Bunting pun entah kat mana² lah lagi...

Tudung nikah belum decide nak yang macam mana, veil pun belum decide..ingat nk guna sikit lace baju tapi nak kena tunggu baju siap dulu pertengahan bulan ni. Habis camna nak hantar bagi orang tolong buat..? dah bulan 4 dah terang² aku nak settle habis semua..tak sempat jawapannya!!  Tudung untuk sanding kalau boleh tak mau yang bridal bagi, demand! nak beli sendiri..yang awning senang, nak g beli tempat yang sama masa bertunang haritu..hikhik Jalan TAR tungguuuuuu

Hantaran pun dah kena rombak, ada 2-3 barang kena beli semula..rasa membazir tapi tunang nak belanjaa... auewww! sukanyaaa tapi kesian pun ada..huk²

Till then,
bai