Thursday 31 May 2012

Kecewa Dengan Ex-MUA

As Salam,
Hye sayang..mood merudum ni, tak tau lah..

_________________________________________________________________________________________________

Baca title post macam good² je kan..? huhu
Yes! aku ada sedikit prob dengan ex-MUA (sanding)

Gini ceritanya.
Aku & hubby tersangat puas hati dengan make up dan disiplin sorang MUA ni, datang awal hasil pun cantik. Cuma attitude sebenar tu kitaorang baru tau, tak baik aku lah jugak like dedahkan aib orang tapi untuk b2b luar sana jugak kan.

Baru semalam dia upload gambar aku kat fb, ok fine salah aku lah kan ingat² lupa samada aku bagitau ke tak jangan upload gambar yang tak  bertudung, so dia pun upload before & after. First aku tengok, alamak gambar terdedah rambut. Aku pun pm dia mintak disable gambar tu coz hubby MEMANG tak suka. Then dia cakap ok nanti dia delete. Pastu dia pm cakap dah delete tapi sampai malam tadi still ada. Ok hubby cakap, it's ok kita dah bagitau dia so terpulang pada dia, dia yang berdosa. So aku pun cool lah sikit.

Tapiiii.. gambar before make up aku telah di edit untuk jadi yang lebih teruk. Untuk menampakkan hasil kerja beliau sangat awesome. Serius kecewa.


-Photo has been deleted-

Before (saja tak nak besar kan, kesian pada diri sendiri)
update : aku dah cerahkan sikit, malu lah nak tengok yg ori... T_T"


 Ini pulak gambar 5 hari selepas majlis


 Ini selepas make up

 First tengok dengan my BFF mengundang ketawa ya amat, rasa kejung perut tapi semalam tengok dengan hubby dia cakap kenapa orang ni buat aku camni terus aku jadi syahdu, memuncak rasa kecewa tu

Nak salahkan dia pun tak boleh jugak, nak cari makan. Tapi bagi aku ini jalan yang salah. Terpulang pada individu masing² nak judge macam mana kan. Ini apa yang aku rasa.

Tapi aku suka hasil kerja dia, cekap dan memang tanya bride nak make up macam mana, color apa..everything!

Aku doakan dia success selalu, kosong hati aku ni dah maafkan dia..

Till then,

p/s : Malu nak upload sebenarnya dengan muka camtu tapi untuk b2b yang lain supaya berjaga².
p/ss : Anggaplah ini review make up untuk majlis resepsi, hihi ;)

update : dia dah pun delete gambar tu, alhmdulillah.. :)



Wednesday 30 May 2012

Baju Nikah..?

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________

Actually, ada yang email aku mintak aku cepat² review baju nikah. Euwww.. malu sayeeee coz baju tu biasa² je cuma aku menggunakan lace yang dibeli di Bandung.

Majlis nikah pun aku tak review kan..? coz aku kecewa dengan diri sendiri, outware baju dah ok sangat ok (lace) maxi dress (inner) pun ok, cuma.....cumaaaaaaaa senteng bila mana aku pakai wedges 4 inches! haaaaaa padan lah muka kan, kenapa lah aku tak mintak tailor lebihkan, masa fitting memang cun² lah paras lantai tapi bila pakai wedges, aku meraung dalam hati..wuuuu


Nah, ni ada sekeping.. ni after batal air sembahyang atas pelamin, aku bukak kasut. see ngam² kan..? (Abaikan sampin hubby ku yang sedikit jatuh, muehehehe wife eh tak terpandang time tu )

Nak reveal full dari depan dengan pakai wedges tu aku rasa nak menangis..wuwuuwuu! banyak yang spoil sebenarnya, dengan Make up yang macam perempuan jepun (wakakak hubby aku cakap). Totally aku fed up dengan MUA ni. Nanti story next review. (MUA daripada bridal)

Hasil daripada makan tak menentu one week before majlis, baju tu bila pakai lebih selesa, but now dah try pakai semula sendat oiii yang maxi dress (yellow) hahaha

p/s : Ni semi-review untuk baju nikah, ngeh3.. @__@


Tuesday 29 May 2012

Wedd. Review : Door Gift

As Salam,
Meh update oii sementara rajin ni :D
Review apa yang ada dulu eh ;)

________________________________________________________________________________________________

Untuk door gift aku hanya tolong settle beg, part dalaman semua under family..
Seperti sedia maklum, aku guna brown paper bag yang beli dekat Mydin tanpa tapak tu. pandai² lah kau bukak bawah dia jadikan tapak.. haha


Atas yang bergigi² tu aku gunting guna gunting gigi (haha tak tau nama apa) sebabnya, originalnya potongan atas tu tak sama tau, belakang lebih tinggi daripada depan, so gigih aku gunting 1000pcs. macam nak pengsan!

Lepas tu tampal thank you tag buatan sendiri, photostat dengan paper color peach je hahaa pastu gunting² sampai pengsan  tau.

Then lipat sikit atas tu agak² muat untuk punch hole nanti, nak ikat tali


Kau ulang lah sampai 1000 kali yer untuk dapat hasil yang macam ni. disebabkan aku buat 1000pcs makanya 1000 kali lah kan..? pengsan lagi..


Ini salah satu makanan dalam beg tu. boleh cakap 90% semua dalam beg hasil daripada saudara mara & jiran² mak aku yang sponser..syukur rezeki!

Semua makanan dalam beg tu tak ada pun benda lain, yang aku ingat salah satunya bahulu..heee yang lain lupa

Door gift untuk the other side pulak aku guna silver box, kat mana entah gambarnya. size yang sama dengan white box dekat Bagus tu, aku tampal doily paper, thank you taq & ikat tali :D

Untuk kawan² aku bagi beg yang sama cuma thank you tag color purple, tali purple + surah yassin kat dalam.

Lepas ni kalau ada yang offer sejuta ringgit baru aku nak buat semula! keletihan amat ketara, banyak kerja, sangat details lagipun aku semua buat last minit 5 hari lagi nak majlis baru start buat. korang better lah start daripada 5bulan sebelum yer :D

Apa pun aku dapat pujian oii, kat sana mana lah ada orang buat gini..hahaha kira betul² menjimatkan. hasil pun nampak cute. weekkk ;)

Till then,

p/s : Catering booking untuk 1000 orang door gift lebih 200++..


















Monday 28 May 2012

Bawaku Ke SyurgaMu.




Ya ALLAH…
Ampunilah dosa yang telah kubuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya


Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…


p/s : T_____T"




Saturday 26 May 2012

03.06.12





Thank You tag sdn.bhd. ^__^

Dalam keadaan terdesak dah ni, next week je majlis bertandang.. hahaha
Dah macam pengantin koboi rupo eh.. haha

Belum print, ingat print guna sticker paper jimat masa

Yang paling atas tu tag untuk Majlis Cukur Jambul anak buah hubby date yang sama  dengan Majlis Bertandang, 2 in 1 senang kerja ;)

Bai.. @_@




Friday 25 May 2012

Penjagaan Diri

As Salam,
Eh, baru jumaat..? apasal bukan sabtu.. -.-"

_______________________________________________________________________________________________

Weh! tengok title post macam good² jer... hahahaa

Serius aku ni bukan jenis beli pakai barang² mahal, try and error lagi lah langsung tak masuk kamus.

Nak² lagi barangan make up, pergh boleh bertahun berkepuk dalam drawer..hihi

Bayangkan lah, buat masa sekarang barangan make up aku hanya ada eyeliner & compact powder Pixy! itu pun ada kat rumah akak aku di Nilai.. huhu

Sebelum ni ada lipstick and gloss, blusher, eyeliner (ink) tapi now semua dah dikebas oleh sepupu aku. Aku redha je lah lagipun bukan aku pakai sangat pun boleh kira setahun tak sampai 5kali pakai.. hahaha LOL itu semua beli daripada Elianto, tu je yang sesuai dengan aku.

Krim muka aku pakai Safi (color hijau) je tu pun dah dekat setahun baru separuh entah kenapa tak habis² lagi, heeee (dah sebab kadang pakai kadang tak) Pixy pun memang aku skip, lepas pakai krim Safi aku pakai Baby Johnson powder je. Tapi mesti apply toner jerawat dulu. Ini masalah paling besar tak habis² dengan jerawat no wonder la aku malas ber make up.

Aku kalau pakai benda² alah ni mesti tahan bertahun, pendek kata sampai expired date lah pastu masuk cik tong.

Dan sekarang ni pun, pencuci muka pun pakai hubby punya.. agagaaaa coz aku tak nak lagi pakai sabun PAPAYA tu, kadang ok kadang tak. pencuci muka aku memang kena berubah² after 6month pelik kan..? Baru terkedek² mencari pencuci muka baru, kulit berminyak even tak pakai apa² pun..susah! senang aku pakai LUX yang ketul tu je weh rasa kering muka haha

Lotion, aku pakai jenama SERI AYU (Bunga Kenanga) wungi, hubby suka sejak belum kahwin lagi, heee then, ada body butter The Body Shop (Lovely Me & Strawberry).


 Lulur mandi Puteri Binari dah lama beli haram tak pakai lagi. Tapi memang pakai ni sejak school lagi.

 Untuk kegunaan kat opis aku guna Vaselin Petroleum Jelly

Untuk pencuci wanita aku pakai jenama Fadaraj, liquid color hijau.. sejuk & selesa, tapi haritu g Mydin tak dapat cari so aku beli untuk sementara yang Rossa punya tu apa entah, huhu

Scrub muka pakai brand St. Ives Apricot

 Tahan setahun, huhu



Mask pulak St. Ives - Mineral Clay Firming Mask (Ni pun pakai 2-3bulan sekali :P)
Pernah pakai Charcoal Mask yang hitam tu baru 3kali pakai dah hilang, dah lah kena tipu harga..wuwuwww T_T"

Fine! sikit je kan...? ini pun bukan aku pakai selalu, malas.. dulu masa stay Nilai kerap jugak tapi sekarang dah kahwin stay seremban, sampai je rumah aku letih macam tahap apa entah terus malas nak melayan diri & muka pakai semua ni..

Ya Allah, teruknya aku... heeee

Ini je yang ingat..

p/s : Oh men! tetiba panjang entri, sendiri baca sendiri mengantuk.. phewwww -.-"







Thursday 24 May 2012

Standby Duit Kecemasan

As Salam,


_______________________________________________________________________________________________

Berdasarkan pengalaman sendiri lah kan, wedd. aku 3 minggu lepas..

Korang wajib ada cash money dalam tangan at least 1-2k! banyak kan..? sebenarnya orang lain keep lebih banyak daripada aku tu. Terlalu lalu banyak emergency case before majlis tu, macam aku balik kampung 4 hari before majlis so memang tersangat lah rasa duit laju keluar macam air terjun.

First balik aku pegang around 500++ je, dalam 2 hari licin. Then cash out lagi, habis lagi, dan lagi sampai majlis bersanding baru aku tak hiraukan lagi dah. Cukup ke idok ke pandai² lah sobab den tongah suko dah dapek laki.. muakakak ;P

Even time dah terdesak duit tak cukup mula la nak masam muka sana sini, aku dah bajet itu ini berapa ratus bagai tapi bila tima masa tu serius HARAM tak cukup weh..

Sampaikan ke esokkan lepas majlis, nak bayar balance duit pelamin bukak purse nipis melayang.. muahahha! g bank dah tinggal angka 2 weh..giler sedih! mula la aku menyesal sepatutnya aku hadkan itu lah ini lah dan bla..blaa.. melalut dengan hubby..huhu

Itu pun majlis aku tersangat sederhana, pembelanjaan anggaran keseluruhan rasanya tak melebihi 20k..? percaya..? tanya lah abang aku :)

Walau apa pun syukur majlis berjalan dengan lancar, makanan cukup.. door gift lebih ratusan weh.. wuwuwuwuuu penat buat kenapa dorang tak habiskan kepada tetamu.. @__@

Sila lah berbelanja dengan BIJAK! :)

Till then,

Wednesday 23 May 2012

Terima Kasih!

As Salam,

________________________________________________________________________________________________


Bergambar bersama kawan² hubby! yang tengah tu anak buah, heeee sibuk nak jugak bergambar :)

Thanks a lot pada dorang yang sanggup datang dari kl sana ke kedah!
siap mainkan kompang dan bersilat.. hahaa first time kot rombongan lelaki datang berkompang di rumah pengantin perempuan. :D

Syukur semua planning dorang menjadi, sedap bunyinya.. :)



Ini pula bergambar bersama kawan² rapat daripada zaman sekolah (kedah), ini diantara yang hadir
Thank you my dearest friend ;)

Saya bangga!

Till then,

p/s : Buat baik dibalas baik ;)
p/ss : Gambar gelap, daripada camera sendiri...hihi

Monday 21 May 2012

Wedd. Review : Bunga Pahar

As Salam,
Mood tengah baik, wajib upadate.. post pagi tadi dah terdelete.. haha kan dashboard baru, aku pulak ala² buta IT harus lah cam apa lagi :D

Ok, ke laut....

________________________________________________________________________________________________

Ingat lagi entry Bunga Pahar ni..? last time tak reveal sepenuhnya kan lagipun color pun aku dah jadikan malam..hihi

Ni lah bunga pahar yang akak aku sempat siapkan.. 100pcs saja untuk letak dekat sisi pelamin untuk melengkapkan syarat.

 Batang pahar (betul ke panggil gitu..? ni ambil dengan Bridal, asalnya tak termasuk dalam pakej tapi dah jenis muka slamber tanya² dapat..huuu :P

 
Bunga Pahar pada sisi pelamain. Refer pada arrow yang malu² kucing tu.. :D

Ada kisah disebalik bunga pahar ni, selepas je 90% siap buat ni aku dengan akak aku g kedai ZC dekat Nilai 3, nampak dorang jual RM 1.00 / batang bunga pun menggunakan paper crepe, dah tu ada butterfly. hewwww

Kalau tak menggigih dah tentu kitaorang beli siap.. @__@

Till then,

p/s : Pelamin pun ada kisah jugak! Color bukan seperti yang aku mintak, tunggu eh nanti review.. -.-'






Friday 18 May 2012

Wedd. Review : OP

As Salam,
Mood nak cepat² pukul 5 nak lari ke cheras..heeeee

_______________________________________________________________________________________________

Nak review OP ni... heeeee
Walaupun tak berapa reti nak review bagai tapi mengigih jugak :)

My OP - Nazri Ahmad The Images  / (Nazriahmad.net)

Sekali pun aku tak pernah reveal siapa OP aku kan.. rahsia katanya, wekk! :D



Alhamdulillah, sangat on time orangnya En. Nazri ni. Masa nikah dekat masjid dalam pukul 3 lebih dia dah ready. Aku memang tak request untuk moment semasa make up, hubby pun tak suka.. so let it be lah kan ;)

Hari sanding pun sama, before pukul 11 dia dah ada..capture kat luar rumah then after aku selesai make up baru dia masuk bilik untuk snap hantaran.

Kesian jugak dia melayan karenah kitaorang laki bini yang tak reti nak posing, muahaha asik kayu jer.. tatkala kitaorang rasa gambar akan banyak spoil sebab kitaorang banyak main² ketawa sana sini langsung tak serius tapi bila tengok gambar yang dia post kan alhamdulillah ramai kawan² bagi good feedback ;)

So far so good! aku dengan hubby sangat berpuas hati buat masa sekarang ni walaupun album belum pun siap.

Here my awesome OP!

 Thanks for everything :)

Till then,

p/s : Doakan aku semakin rajin untuk review.. heeeee


Thursday 17 May 2012

'Speechless' Nya Saya.......

As Salam,
Morning darl...
Teringin nak review tapi tak tau nak mulakan.. hiks

_______________________________________________________________________________________

Picture ni sangat menyentuh hati nipisku.. hihi

Lebih speechless semalam aku demam secara tiba², headache ya amat nak bukak mata pun rasa tak mampu demamnya sikit saja rasa.

Masa on the way balik rumah tu dah terasa dah tapi gigih nak makan ice cream dan² tu terus tangkap kepala dalam kereta jugak haku lelap sampai rumah hubby suruh mandi terus tidur.. aduh! syahdu rasanya ada orang take care.. hahaha

Pagi ni gigih datang kerja walaupun ditegah coz aku dah rasa much better, malas nak layan sangat kang lebih berlemak² aku nih.. Lagi pun malam tadi dah makan ubat ;)

Till then,

p/s : OP upload 4 keping je gambar, hihi exclusive kan..? @__@

Wednesday 16 May 2012

Indah Ke Berumah Tangga..?

As Salam,
Sorry nah.. mood nak review tu swing.. entah mana² terbang.. kihkih

________________________________________________________________________________________________

Sejak kahwin ni kan... kawan², sepupu sepapat setiap hari bertanya best tak kahwin. Indah ke tak. Apa perasaan. Ish susah nak ungkapkan #cewah.

Aku kan tinggal dengan mertua untuk sementara, rumah belum dapat lagipun masjlis bertandang next month je ingat dapat lah tolong² family husband buat preparation tapi haram.. tidur awal je kerja aku.. hahahahaa letih kemain g kan, padahal dah sampai rumah lepas kerja bukan kena masak apa pun semua mertua dah sediakan.. sungguh aku malu weh! sampaikan first week haritu mak mertua tolong basuhkan baju dan ampaikan segala jenis pakaian termasuk tutt tutt.. huuuuu aku gila malu laaaaa tak tau nak letak mana muka aku hanya sediakan apa husband nak je, minum ke apa ke.

So start minggu ni aku tak keluarkan lagi baju kotor simpan dalam bilik, kang nanti dia tolong cucikan lagi.. hihi baikan mak mertua aku..? hingga  aku malu terkedu..

Yang indahnya pergi kerja balik kerja dah berteman, tidur pun dah berteman.. hihi makan pun dah sama², dapat tengok muka selama mana kau nak! hahaha

Sekarang banyak batas kena jaga, dari segi aurat alhamdulillah.. husband sangat jaga, hihi kalau ada orang datang rumah terus dia suruh aku dok dalam bilik..hihi lagi lemak lah aku kan boleh bikin malas nih!

Memasak belum lagi, setakat goreng ikan, panas lauk, buat air itu tak termasuk memasak bagi aku.huhu Kesian jugak husband teringin nak aku masak tapi aku masih dalam fasa menyesuaikan diri, masih lagi kekok, malu² taik kucing. Insya'allah soon ye syg.. hihi

So far so good..
Syukur Alhamdulillah Ya Allah ;)

Till then,

p/s : Entry untuk hilang mengantuk :D


Monday 14 May 2012

Flow Majlis Kot.. :P

As Salam,
Penat belum reda lagi tapi dah start kerja, cuti start 02/05 - 11/05 tak cukup.. hahaha :P

________________________________________________________________________________________________

Meh story mengenai flow majlis dulu eh......... tapi nak story daripada start cuti, kihkih

30/04/12
Lepas je kerja balik Nilai rehat kejap masukkan barang dalam kereta terus gerak balik kedah. Sampai arround 1.30am.

01/05/12 - 03/05/12
Bangun pagi² mengadap brown paper bag, tampal THANK YOU TAG bagai sampai ke urusan pack kuih muih stepler, mengikat, mengasing dan etc. Pelamin datang pasang hari rabu ( 02/05/12) gitu lah jugak khemah, kemain excited vendor aku nih. haha Malam khamis berinai, mak su tolong inaikan sampai pukul 2pagi. tidur gilos tak cukup dengan tak lena lagi sebab tak selesa.

04/05/12  - (Hari Nikah)
Bangun pagi kemas² bilik iron baju nikah.. hahah cowboy betul pengantin :D tunggu tunang datang ambil baju nikah (time ni tunang lagi tau). Call MUA yang bridal sediakan, cakap nak datang around pukul 2 sebab kena g masjid pukul 4 tapi hampir pukul 3 baru sampai, mendidih rasa hati ni, hilang semangat doh. Call OP dah on the way, dalam pukul 3 lebih dah sampai.. lega.

Pukul 4 lebih baru gerak ke masjid, tapi pengantin lelaki belum sampai. Sampai sesudah tok imam selesai solat Asar, ada sikit miss communication antara dorang tapi syukur alhamdulillah kahwin jugak.. wakaka

Selepas je SAH, ingat nak batal air sembahyang jap dekat masjid tup tup lampu dah dipadamkan. Ketahui oleh kami bahawa sila beredar.. huhu balik batal air sembahyang atas pelamin je ;D

05/05/12
Bangun pagi² MUA (freelance) dah mesej bagitau dah on the way, bestnya berurusan dengan MUA Ira ni dah lah cantik..hihi dia ikut je kita nak macam mana :) eh, larik topik! MUA sampai belum pun pukul 10, aku siap² pakai baju sanding terus MUA buat kerja dia. Hubby datang nak bersanding awal gila belum pun pukul 1. hahahaa nasib baik MUA datang awal. alhamdulillah settle bergambar pelamin, meja beradap & bilik dalam pukul 3 then terus buat sesi outdoor sampai pukul 5 lebih. rasa letih macam nak tidur seminggu tak nak bangun.

Letih oiii..
Buat preparation punya la lama berbulan², siang malam.. tapi hanya untuk kegunaan sehari SAHAJA. dah tiba majlis korang nanti tau lah kan.. penat² pun bila nampak muka hubby hilang letih wakakakaka ;P

Banyak yang korang kena stanby, dari segi duit, back up tudung, back up kasut macam² lagi lah. Cam aku sandal untuk bersanding esok tu aku dah pakai dulu untuk nikah one day before kan, dekat masjid lah jugak nak putus tali, nasib baik ada backp up sandal Nose datang kerja dalam kereta.. hahaha malam tu jugak jahit sendiri tali kasut tu. nasib baik ok ;)



Nah setepek..terpaksa crop sana sini, anak buah snap gambar sesuka hati sangat sampaikan ada gambar yang tak berkepala.. haish..

Till then,

p/s : Banyak lagi hidden story sepanjang majlis, tapi biarkan ia jadi kenangan eh.. :)





Saturday 12 May 2012

Alhamdulillah..

As Salam,
Hai semua..
Bajet retis tak ni...??
Genap 9 hari baru nak update tu pun sebab dah masuk kerja kalau tak blog ni tidur lagi.. muahaha

_____________________________________________________________________________________________


Syukur alhamdulillah..
Dengan sekali lafaz pada 04/05/12 sah jadi isteri..hihi walaupun daku tak tengok jam pukul berapa yang dikatakan sah tu exicted lah katakan :D

Serius tak ada rasa syahdu nak sedih² time tu..teruk kan..? ni semua berkat kawan² saudara mara yang menceriakan suasana aku membuatkan aku asik tersengih je walaupun sandal putus time nak balik rumah.. hahaha lucu :P

Alhamdulillah.. semuanya lancar :)
Amin.. amin.. amin..


p/s : Lain rasa eh kalau datang kerja orang hantar..huhu