Tuesday 28 April 2015

Kucai : Petua Kembali Selera Makan Anak

Assalammualaikum,

Terasa nak tulis petua tu kat sini since menjadi dan mujarab untuk Dhafea.
Last week memang mencabar betul dengan Dhafea, dia tetiba hilang selera makan terus. Sebelum ni pun ada jugak kes dia tak nak makan tapi susu dia tak skip. Tapi kali ni susu pun tak nak. Hanya minum air masak dengan biskut saja. Itu sangat pelik untuk seorang Dhafea Shurafa sebab dia ni jenis pemakan walaupun slim.

Aku tanya orang sana sini kenapa, kenapa..kenapa dia tetiba hilang selera makan. Semua jawab maybe 'cacing'. Tapi simptom yang aku google ada 2-3 saja itu pun yang common.

Google punya googl jumpa petua mandikan dengan daun kucai untuk yang hilang selera makan atau cacing.

Balik tu aku singgah beli kucai, gigih gila lah dengan kendong si Dhafea ni ayah dia lambat balik. Dapat beli secekak Rm1.00 cukup lah untuk 3kali mandi.
Petuanya kena mandikan time petang sebelum maghrib atau sedang maghrib aku tak ingat huhu. Tapi aku buat sebelum maghrib.

Mandikan macam biasa bersih2. Lepas tu ramas daun kucai yang dah dipotong dan dibersihkan dalam baldi yang berisi air. Siram dari bahu SAHAJA. Aku siram habis lah sebaldi sederhana tu. Sambil siram gosok2 bahagian perut dan dada. Dhafea siap menjerit geli haha. Dok ulang "ibuuu..tu sayur, sayur..piya mandi dengan sayur" hahaha
Lepas dah habis siram tu jangan lap badan dia, kutip saja daun kucai tu. (Aku lupa dengan sengalnya, sepatutnya lepas ramas boleh je tapis dulu so tak lah menderita nak kutip sampai ke lantai yang akhirnya jadi malas, agak nak tersumbat dah lubang tu hahaha). Biarkan budak tu kejap agak2 dah kering sikit pakaikan diapers dulu kang kena mop pulak rumah. Huhu

Tapi bau Dhafea serius bau kucai hahahah.

Dinner tu aku buat nasik goreng saja,husband lambat balik. Aku acah2 dia nak nasik tak. Dia cakap nak. Suap sekali, ok sambil dia layan ABC song. Lepas tu suap..suap..suap habis separuh pinggang aku hahaha. Lega gilaaaa.

Sebelum tidur dia mintak susu bagi susu, tidur dengan aman damai.
Esok tu cont. lagi sepatutnya 3x tapi aku buat 2x saja sebab selera dia dah ok. Makan breakfast, lunch, dinner, susu pun dah ok tanpa skip.

Alhamdulillah..lega, tak payah nak bagi ubat cacing bagai.

Setakat harini, hampir seminggu dia makan dengan jayanya. Baru semangat nak bangun awal pagi memasak. Huhu

So sesiapa yang anak tetiba fussy nak makan boleh lah try.



1 comment:

  1. tenkiu suria..

    pya saye pon tak berapa nak makan sekarang..

    tapiii.
    kalau kita makan dia mengendeng..
    tapi mane bleh..
    sebab pedas..

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)