Monday, 22 October 2012

Di Kejar Anjing - Report MPKJ

As Salam,
Nauzubillah, nak cerita kisah anjing ni tak ada niat apa² pun.. Semoga dipermudahkan untuk aku.
Takut nak tulis entri ni, tapi...Insya'Allah

____________________________________________________________________________________________________________

Kisahnya, pagi tadi aku kena kejar dengan anjing boss. Siot kan boss aku..? dia memang ada 2 ekor anjing satu tua satu lagi muda (baru lah tak sampai setengah tahun) tak tau mana dia dapat. Ini kali kedua anjing muda baru, bela dari kecik. Yang lama dulu pun dari kecik tapi disebabkan dia gigit staff sebelah boss aku g buang ke Rawang, keh3

Eh, ke laut..

Anjing baru ni, sejak² ni memang suka kejar aku. Dulu follow camtu je, sekarang ni siap kalau aku sampai dia dah tunggu tepi pintu kereta..Subhanallah, agak mencabar memang tak keluar lah aku selagi tak ada orang datang jemput anjing tu.

Sebelum ni pun, dia nak kejar tapi ada site supervisor ni lah selalu tolong aku. Dia pegang anjing tu tapi anjing tu berpusing² meronta² last² terlepas terkejut aku berlari anak siap menjerit, site supervisor tu pulak lari nak kejar anjing tu, dia pulak akhirnya sembah bumi bengkak² tangan dia.. Ya Allah, kesian aku tengok.

Pagi tadi pun camtu, elok je anjing tu jauh daripada aku aku pun jalan buat biasa tetiba dia datang slow², terus site supervisor ni tangkap dia walaupun meronta² last² terlepas jugak terkejut punya pasal berlari jugak aku lepas pada pintu kaca opis, stop betul² depan boss aku. Anjing tu tersengguk kepala dekat pintu kaca sebab aku sempat tutup pintu. Haaaah baru dia tau anjing tu suka kejar aku, pastu dia keluar g carik anjing tu tah kat mana.

Serius penat. Orang lain tak pulak dia kejar. Boss aku cakap aku bawak makanan, oii pagi tadi aku sampai pun dah nak pukul 9 mana sempat beli breakfast..wuwuwuuuu T___T

Kat sini memang bersepah anjing, anak anjing tapi ada yang baik² je. Sabtu lepas pun budak² opis aku kena kejar anjing luar masa tunggu bas, segerombolan kau..termengah² berlari.

Tak larat aku hari² menjenguk² carik dia ada ke tak. Yang chinese asik cakap, jangan takut dia tak gigit. hanguk kau! once kulit dia bergesel dgn seluar or pakaian aku memang sah aku buang.

Aku ingat nak report MPKJ, biar sekali anjing boss aku kena
Apa kata u'olls..? email..? call..?



p/s : Yang baik daripada Allah S.W.T yang buruk daripada aku..Subhanallah, Tuhan yang Maha Mengetahui, mintak dijauhkan..