Tuesday, 28 April 2015

Kucai : Petua Kembali Selera Makan Anak

Assalammualaikum,

Terasa nak tulis petua tu kat sini since menjadi dan mujarab untuk Dhafea.
Last week memang mencabar betul dengan Dhafea, dia tetiba hilang selera makan terus. Sebelum ni pun ada jugak kes dia tak nak makan tapi susu dia tak skip. Tapi kali ni susu pun tak nak. Hanya minum air masak dengan biskut saja. Itu sangat pelik untuk seorang Dhafea Shurafa sebab dia ni jenis pemakan walaupun slim.

Aku tanya orang sana sini kenapa, kenapa..kenapa dia tetiba hilang selera makan. Semua jawab maybe 'cacing'. Tapi simptom yang aku google ada 2-3 saja itu pun yang common.

Google punya googl jumpa petua mandikan dengan daun kucai untuk yang hilang selera makan atau cacing.

Balik tu aku singgah beli kucai, gigih gila lah dengan kendong si Dhafea ni ayah dia lambat balik. Dapat beli secekak Rm1.00 cukup lah untuk 3kali mandi.
Petuanya kena mandikan time petang sebelum maghrib atau sedang maghrib aku tak ingat huhu. Tapi aku buat sebelum maghrib.

Mandikan macam biasa bersih2. Lepas tu ramas daun kucai yang dah dipotong dan dibersihkan dalam baldi yang berisi air. Siram dari bahu SAHAJA. Aku siram habis lah sebaldi sederhana tu. Sambil siram gosok2 bahagian perut dan dada. Dhafea siap menjerit geli haha. Dok ulang "ibuuu..tu sayur, sayur..piya mandi dengan sayur" hahaha
Lepas dah habis siram tu jangan lap badan dia, kutip saja daun kucai tu. (Aku lupa dengan sengalnya, sepatutnya lepas ramas boleh je tapis dulu so tak lah menderita nak kutip sampai ke lantai yang akhirnya jadi malas, agak nak tersumbat dah lubang tu hahaha). Biarkan budak tu kejap agak2 dah kering sikit pakaikan diapers dulu kang kena mop pulak rumah. Huhu

Tapi bau Dhafea serius bau kucai hahahah.

Dinner tu aku buat nasik goreng saja,husband lambat balik. Aku acah2 dia nak nasik tak. Dia cakap nak. Suap sekali, ok sambil dia layan ABC song. Lepas tu suap..suap..suap habis separuh pinggang aku hahaha. Lega gilaaaa.

Sebelum tidur dia mintak susu bagi susu, tidur dengan aman damai.
Esok tu cont. lagi sepatutnya 3x tapi aku buat 2x saja sebab selera dia dah ok. Makan breakfast, lunch, dinner, susu pun dah ok tanpa skip.

Alhamdulillah..lega, tak payah nak bagi ubat cacing bagai.

Setakat harini, hampir seminggu dia makan dengan jayanya. Baru semangat nak bangun awal pagi memasak. Huhu

So sesiapa yang anak tetiba fussy nak makan boleh lah try.



Wednesday, 22 April 2015

Picky Eater?

Assalammualaikum,

Dhafea Shurafa ni dah datang fasa tak nak makan. Macam² dah aku pujuk, buat semua tak jalan. Pelik aku tak lapar ke budak ni? Pagi makan biskut, fresh milk. Tengah hari nasik 2-3suap. Pastu asyik minum air masak tak pun fresh milk. Malam nasik 2-3 suap je jugak.

Dah masuk 2tahun 15 April lepas, berat dia masih 10kg, sama berat 2 bulan sebelum. Tinggi 87cm.

Dia macam picky eater kot. Ada certain food dia makan, mee, laksa. Laksa tu hantu betul dia boleh seharian makan laksa hoii. Ini sebiji bapak dia.

Dulu iye aku halalkan dia makan sendiri, tumpah merata alam asalkan awak makan nak oii, tapi lain jadinya. Letak nasik, ikan, sayur dalam plate dia tapi yang habis dulu sayur lepas tu ikan / ayam / udang / sotong. Nasik tak nampak berubah. Ada la kot dia makan 3-4butir, bukan 3-4 suap hahahaha.

Nak pancing dia makan buat masak lemak cili api, confirm setel. Aku kena pedaskan sikit, tak rasa pedas tu dia tak layan. Tapi tak kan la hari² nak makan lauk yang sama, aku yang tukang memasak ni pun bosan. huhu tapi aku tak ada sampai nak design food dia bagai tu, tak reti mak nak buat tangan tak berseni.

Sampai kekadang aku umpan dia dengan tengok ABC sambil makan, walaupun sebelum ni aku memang hadkan, kalau time makan..kena makan saja tak boleh tv, tak boleh main. Tapi sekarang aku jadi kecelaruan ummah hahahah. Kena buat gitu untuk masuk food dalam badan dia, over sangat.

Mak aku cakap maybe faktor cuaca, musim panas kekadang kita pun tak ada selera nak makan. Aku cakap entah laa sebab aku lalu ja makan. hahahha

Aku syak cacing, cakap husband nak beli daun kucai mandikan Dhafea. Dia cakap kenapa nak mandikan kenapa tak bagi makan je, kan cacing dalam perut hahaha. Well aku tak ada jawapan! dah itu petua orang dulu² hahahahhahaha

Siapa ada jawapan? kahkahkah




Tuesday, 14 April 2015

Mengimbau : UPT Pertama

Assalammualaikum,

Bersempena esok 15/04/2015 hari kelahiran puteri harum mewangi hanya di waktu  pagi beta Dhafea Shurafa Bt. Din Al Hafiz teringin nak mengimbau kembali kejadian, hihikhik

Tarikh dah tak ingat, yang ingatnya due untuk next period sehari sebelum hari raya (2012). Yakni bulan ke 2 ke 3 kahwin entah, tapi selepas cycle ke2.

Untuk 2 bulan pertama tu  jangan cakap lah semangat nak pregnant tu tinggi apatah lagi yang kahwin lambat daripada aku pun dah pregnant.

2hari sebelum raya aku balik kampung kedah. Kali ni aku memang serius tak berfikir langsung pasal ni. Hanya enjoy nak balik kampung, makan sedap² saja. Bila due period pun aku dah tak kira lagi hari, bukan tak ambik tahu tapi lupa. Masa on the way tu aku pangku anak buah husband. Abang ipar tumpang sampai butterworth. Aku asyik lah pening, dah balik tengah malam aku memang jenis orang drive aku tidur tapi kali ni aku tak dapat tidur asal pejam ja pening bukan kepalang pakej nak muntah. Tahan mata. Ada jugak hikmah dah pangku anak buah buatnya aku tertidur terjelepuk budak tu kang..haha

Hari raya macam biasa, berlalu macam tu saja. Makan..makan..makan. Kekadang emo. Eee emo ni teruk jugak asal dengan husband nak emo, menyampah. Raya ke2 tu on the way nak balik seremban dalam kereta baru teringat yang belum period. Mula mengelabah haha, Sebelum sampai rumah inlaw singgah beli upt brand gardian RM5.00 huhu beli 1 ja. Tapi aku langsung tak ada pening meloya, sakit bahagian breast semua tak ada tanda.

Esok pagi² bangun terus gigih test, ini bukan 1st time aku buat. Dah kali ke 3 ke 2 entah, hihi. Masa drop urine tu perati ja nampak 1 line saja, emm..ok laa delay ja kot esok lusa period lah tu. Kecewa tak sangat dah sebab sebelum ni dah pernah hahah. Letak ja upt kat sinki, aku mandi macam biasa. Nak keluar bilik air tu ambik lah upt tu. Tengok ada 2line walaupun tak terang macam line pertama tu tapi line tu memang nampak jelas mata kasar. Rasa nak lompat, terus masuk bilik tu tunjuk kat husband yang tengah mamai².

Selepas delay almost 2 week baru aku terus pergi KK. Sebelum ni pun doktor dah cakap kalau buat upt +ve terus ja datang buat buku pink.

Aku simpan lagi upt tu tak buang cuma tak tau letak mana. huhu

Lepas dah tahu pregnant baru perangai morning sickness pun menjelma.







Monday, 13 April 2015

Rindu

Assalammualaikum,

Rindu..

Ya rindu, rindu dengan arwah abang.

Dah 27 tahun berlalu. Walaupun masa kejadian tu aku baru 2 tahun lebih, kesan tu tetap ada sampai sekarang.

Sejak kejadian tu, rumah aku kosong tanpa sebijik frame gambar pun. Semua mak dah simpan rapi. Mak sikit pun tak boleh tengok.

Perginya tak kembali, pinjaman yang hanya sekejap tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Dah 2 tahun rasanya aku tak ke pusara arwah. Sebenarnya ayah pun tak bagi kami pergi, dia pilu. Hanya dia pergi, hari biasa pun kalau dia rasa nak ziarah dia pergi sorang². Setiap kali lepas sembahyang raya dia sendiri akan pergi. Sebelum raya dah siap bersihkan pusara.

Kalau diajak, "tak payah lah, ayah dah bersihkan..kita doa saja disini" sebenarnya dia sebak. Bila semua berada di pusara tu.

Dah banyak kali sekeluarga pergi ziarah, sudahnya masa bacaan doa semua dah menangis. Sebak. Sebab tu ayah tak bagi, katanya arwah lagi sedih kita menangis mengenang dia.

Betul lah cakap orang, anak yang sangat berlainan rupa paras. Hanya pinjaman yang sekejap.


Yang paling kanan.

Julai semakin hampir..serius aku rindu. Rindu. Aku tak pernah mimpikan beliau. Teringin nak mimpi arwah. Mak cakap mungkin kita selalu teringatkan dia, sedekah doa buat dia.

Kekadang menangis tapi tak terungkap. 

Subhanaallah.

Al-Fatihah

Thursday, 9 April 2015

Kamus Dhafea Shurafa

Assalammualaikum,

Dhafea ni kan macam pelawak pun ada. Setiap patah perkataan dia sebut tu memang lain macam. Walaupun certain saja. Dia dah start boleh sebut susu, ibu, ayah, nak, tak nak sebelum 1y lagi. Jalan pun belum that time.

Kalau sekarang jangan cakap lah, mulut tu pot pet pot pet mengalahkan mami jarum. Wartawan pun iya.

Tanya itu ini kekadang sampai aku tak ada jawapan. Dah la kalau tanya 5-6kali dalam satu masa. Kalau aku dalam jammed ke kekadang jadi naga sakti jugak lah haha.

ok ni perkataan yang aku rasa nak simpan dalam blog nanti boleh baca sambil ketawa balik. hihi

Robocar Poli        
 - Tayabelish

Bendera Malaysia   
- Tayutisyia

Tercabut                
 - Tatacabut

Berak                      
- Beghak

Tergolek                
- Tegulik

Oren                      
  - Olesh

Koko Crunch        
 - Popo Lash

Jagung                
  - Jadjung

Yakult                    
 - Yadut / Dadut

Lampu                  
  - Tampu

Princess                
- Sinses

Kek
- Cait (hahahahha)

Biskut
- Bisetut

Perkataan ni memang everyday dia sebut. Mula-mula dulu aku dengan husband asyik gelak ja, lepas tu dia pun gelak sekali maybe dia pun tahu sebutan dia tu ke laut. hahha

Paling latest tu "bendera malaysia" jadi "tayutisyia". Ini paling lawak dia pegang flag yang mainan tu then asyik lah sebut "tayutisyia" 2-3hari jugak aku fikir apa benda lah lain macam sangat bunyi, bila aku nampak ja flag malaysia terus aku automatik teringat. Sah lah "bendera malaysia" bunyi pun seakan-akan. Bila dia sebut ja "tayutisyia" tu aku tunjuk flag bendera malaysia lepastu dia gelak..hahaha kann betul.

Setiap kali dia sebut tu aku betulkan walaupun susah. Ini fasa dia, lama-lama akan ok lah.. aku tak paksa dia sebut kalau dia tergagap-gagap, kang langsung dia tak mau sebut. Haru mak!

Thursday, 2 April 2015

Remote Astro

Assalammualaikum.
Nak tanya lah remote astro korang kan pernah tak tertekan sendiri?
emmm..macam tetiba tu ternaik INFO sendiri tanpa ditekan.
Kitaorang laki bini dah banyak kali terkena lepas tu senyum ja lah memasing huhu.
Yang 1st tu masa tengah dinner. Elok ja tengah dinner Dhafea pun ada sebelah. Husband buka channel tamil huhu, aku pun tanya lah cerita pasal apa try tengok info. tuptup at the same time, timing yang sama info tu naik sendiri. huhuhu. Mula la sesi hang tengok aku, aku tengok hang. Husband siap cakap "eh power betul siapa tekan? remote elok je dok atas sofa memang menghala ke tv" aku jawab "entah, astro punya technical problem kot" apa lagi aku boleh jawab yang sebenarnya aku cuak oii hahahah
So malam tu dan seterusnya berlalu seperti biasa.
Baru ni pun ada tapi aku macam ingat lupa. Tapi yang pasti masih jugak hal INFO huhu. Time tu masing sibuk dengan hp Dhafea busy dengna masak dia. Info keluar sendiri jugak. Tapi that time tak ada lah sesi bertanya cerita apa bagai. hehe
Actually aku sendiri dah beberapa kali terkena. Sebab tu aku syak remote tu problem. Pernah ja jugak aku dok df Dhafea tetiba tv bertukar channel tak pun astro off sendiri. Tapi tv masih ok.
Kalau Huda ni dia mesti kaitkan dengan kisah blender dan walker berbunyi sendiri..hahahhahah adoii
Aku malas nak fikir. Dulu sungguh aku penakut ya amat. Tapi sejak ada Dhafea ketakutan aku tu masih boleh dibendung. Buktinya, bulan lepas husband outstation 4hari 3malam aku berjaya stay kat rumah sendiri selama 2 hari..huhu Sebelum ni memang ke Nilai lah aku. wuwuwuwuuu
Mudah mudahan semua ni technical problem saja...Amin..

Wednesday, 1 April 2015

Cabaran Bawa Bekal.

Assalammualaikum,

Minggu ni dah masuk minggu kedua aku semarakkan diri untuk bawa bekal ke opis..hihi so far success. Sabtu saja skip, beli nasi lemak RM1.00. Tapi kalau husband yang hantar datang kerja sabtu bajet aku mesti up to RM10.00 hahaha. Nyampasss

Ok, bekal aku bukannya gempak sangat. Sekadar mengenyangkan perut. Satu lauk ja pun setiap hari dengan nasi putih. Breakfast roti yang dah siap aku frozen, jimat! :P


Suka pinggan ni, mak mertua i kasi tau..best dapat full set. 52pcs ke 48pcs entah. Suka corak yang full gini, hehhe

Bekal aku tu sebenarnya sama ja dengan bekal si Dhafea, ekekeke. Cuma kekadang ja kalau aku rasa nak makan sambal baru berlainan lah lauk kitaorang. Itu kena bangun awal sikit lah!

Dhafea pun dah start table food, dia dah tak mau baby version. Suka tomyam, masak lemak cili api. Ini confirm habis bekal dia. Kalau sup pun kena letak cili sikit kasi pedas. 

So far sejak bawa bekal ni jimat banyak. Jimat petrol tak payah start enjin pergi membungkus, huhu kalau bungkus RM7.00 - RM8.00 sehari tak sah. Breakfast paling koman RM2.00 (nasi lemak RM1.00, kuih RM1.00). Lunch mesti RM6.00 - RM7.00 termasuk buah kekadang tambah air terusjadi  RM10.00.



Sekarang roti, buah, nasi semua bawa. Aku spend every week beli barang basah almost RM40.00 - RM50.00 per / week termasuk masak untuk dinner, bekal aku dan Dhafea. Jimat sangat bagi aku. Husband pulak jarang lunch, selalu ambik breakfast saja. Dinner memang aku masak nasi. Kadang dalam satu minggu ada lah sekali camtu makan luar, weekend memang selalu jugak makan luar. Husband kasi reward katanya. hihihi love u more lah!


Ada satu malam tu husband cakap tak nak nasi, dia cakap dah gemuk, aku buat pizza. Kisahnya letak cheese melimpah ruah, baik makan nasi. hahahhahaha

Gambar bekal aku non-hado pun. Mana nak sempat pagi² nak snap gambar bagai, setiap pagi bangun ngam² ja masa. Dalam IG pun kebanyakkan dinner. 

Aku selalu dok berdoa semoga aku sihat kuat rajin untuk teruskan misi ini. huhu husband tak mau bawa susah sebab dia kerja site. Kang celah mana nak cari microvawe. huhu.