Thursday 29 November 2012

Jangan Pernah Jemu Berusaha

As Salam,
Bertemankan mood songsang lepas telan iberet ni..tensi mak!

______________________________________________________________________________________________________________

Actually nak bercerita, hikhik
Ni entri tertangguh dalam draft, pffft pemalas!

Boleh dikatakan orang² sekeliling aku ni teringin nak conceive..tapi iya semua tu kerja Tuhan kan, bersabar, berdoa, berusaha.

Banyak yang aku dapat tengok dengan mata aku betapa berusahanya seseorang tu, contoh paling ter'latest' (eceh bahasa apakah? haha) ni office mate aku, chinese! Dah 3tahun lebih kahwin, berusaha..setiap bulan aku rasa dia on leave untuk g check up doc, jumpa tabib chinese bagai. Jumpa pakar, siap ada doc. cakap ovari dia terbalik ke belakang la apa lah, tak macam orang lain sebab tu tak conceive sampai sekarang. Macam² dia lalui, cakap² orang jangan cakap la kan..itu ini orang bertanya lagipun umur dia pun dah 30an masa kahwin tu.

Dah tu pakar cakap dia ada tumor berdekatan ovari dia, mencabar sungguh life dia. Penuh sabar je la dia ni. Tabiat pemakanan dia toksah cakap laa lagi² chinese, itu tak boleh makan ini tak boleh makan tak elok katanya. Sampaikan pemakanan aku pun dia tolong bebel..haha

Akhirnya berkat kesabaran, baru² dia datang tanya aku period dia camni-camni.. sikit la bla..bla.. rasa lain macam la. Terus aku suggest dia balik g klinik check dengan doc. hahah tengok aku yang over! masa tu hari Jumaat dia taknak la dah alang² masuk opis, rugi katanya. Tapi isnin baru nak pergi sebab nak MC, padahal sabtu pun boleh MC tapi rugi katanya, aduhaiii..

Hari isnin dia sms cakap MC.. ok aku dah agak dia memang dah conceive ni..hehe the next day dia datang, sangat lemah jalan pun satu langkah cam nak 3-4saat. Katanya kantung dah nampak tapi baby tak stabil nampak lemah semua. Then pagi tu jugak dia ada bleeding, aku suruh dia balik g klinik ambik MC, hikhik dia pun balik dapat MC 1 week ngko..jeles mak! dia cakap masih ada bleeding, fresh blood lagi. Doc. cakap jangan banyak gerak. So dia pun baring je sepanjang 1 week tu (dia la cerita).

So sekarang dia pun datang kerja tapi husband dia hantar.. jalan pun masih cam tu jugak slow² hehe

See.. berkat kesabaran, walaupun banyak gila dugaan tapi dia tetap berusaha. Jangan putus asa, Insya'Allah ada rezeki masing² cuma lambat dengan cepat je.



p/s : Aku bagitau boss aku officemate aku ni MC 1week coz bleeding, boleh dia buat lawak bodoh kata "kenapa engine sudah rosak ke.." senyum simpul aku nak jaga hati dia, cisssss

Tuesday 27 November 2012

Kekdahnya Tak Boleh Telan Langsung!

As Salam,

_____________________________________________________________________________________________________

Sumber : Google

Kekdahnya aku dah langsung tak boleh telan iberet ni!
Dah pelbagai kaedah aku buat, lepas telan benda ni bersulam dgn asam pun terbuak² bergelora tekak ni!
Dah minum dengan jus pun sama kaedahnya..

Hampir 3minggu aku skip sebab sembelit haritu..hikhik
Tapi teruskan folic acid jugak la.

Kenapa lah hah busuk ya amat tablet ni?
Tak pernah lagi aku makan tablet yang busuk sebegini.
Yang aku tau kalau lepas telan tu, aku tak boleh bernafas melalui hidung confirm³ terbau boleh mengundang muntah.arghh!

Setiap kali nak makan, termenung setengah jam.. siapkan segala jenis side asam buah..kah3 macam teruk benor.

Ingat nak tukar laaaaa...apa yang lebih baik?
Obimin pluz? kang risau jugak aku tak menelan...

Plz lah tablet tu yang kecik² sikit.. macam folic acid tu kan..haaaaa...

 
p/s : Sedang termenung lagik!

 


Friday 23 November 2012

PASCA PERNIKAHAN adalah KEHAMILAN

As Salam,
Untuk suami² diluar sana...hiks ^^

__________________________________________________________________________________________________________

Ingatlah para SUAMI...

Sabda Rasulullah :
...

"Sebaik-baik kalian adalah yang TERBAIK bagi ISTRINYA, dan aku adalah yang terbaik dari kalian bagi istriku." (Riwayat Tirmidzi)

Maka PERLU KESABARAN SUAMI untuk menghadapi ISTERI HAMIL.

♥ KEHAMILAN isteri, akan membawa PERUBAHAN HORMON pada isteri, pastinya akan ada PERUBAHAN sikap, perubahan kebiasaan, perubahan EMOSI isteri, perubahan keinginan keinginan isteri, kadang keinginannnya aneh aneh, SUSAH MAKAN, karena MUAL, dan maunya makanan yang SEGAR SEGARRRR...

♥ Maka jangan HERAN, isteri yang HAMIL, awal-awal kehamilannya, ada MUAL, susah makan, isteri JADI LEBIH MANJA... INGIN LEBIH DIPERHATIKAN... INGIN DISUAPIN... INGIN MAKANAN ini itu... Ingin dibelikan makanan ini itu... Padahal nantinya yang dimakan hanya SECUIL... Hanya sedikit... Nah ini PERLU KESABARAN LEBIH dari sang suami...

♥ KESABARAN SUAMI ketika isteri HAMIL... Adalah LATIHAN SABAR yang lebih BANYAK LAGI ketika anak itu sudah LAHIR...

Bayangkan... Jika anak itu sudah lahir... Sudah tumbuh...

Kalau TIDAIK SABAR. bagaimana jadinya?

Anak kecil kadang pingin dibelikan mainan ini itu... Kalau tidak dibelikan, nangis... Kadang ada suami yang tidak SABAR... Anak malah DICUBIT... DIPUKUL... Apa salah anak? Dulu juga mungkin ketika ia kecil pasti demikian...

Kadang anak kecil/usia 1-2 tahun pipis/puff di celana, atau di mana saja...
Kadang ketika kita lagi MAKAN... Ttiba-tiba ia PUFF/Buang air besar... Hhmmmm.. Apakah kita mau MEMUKULNYA?
Tentu tidak... Tentu kita BERSIHKAN dulu anak kita, baru kita MAKAN LAGI...

Bagaimana kalau kita TIDAK SABAR?

♥ MENGHADAPI Anak adalah LATIHAN KESABARAN kita... BAIK BAGI isteri MAUPUN SUAMI.

♥ ISTERI yang HAMIL... perlu LEBIH DISAYANG... LEBIH DIPERHATIKAN... LEBIH DICINTAI dari sebelumnya, bukan malah DIBENTAK... DISAKITI HATINYA... DITELANTARKAN...

♥ DUKUNGAN SUAMI ketika ISTERI HAMIL... Akan MEMUDAHKAN ISTERI melalui KEHAMILANNYA...

♥ DUKUNGAN dan KASIH SAYANG SUAMI pada ISTERI HAMIL akan membuat PERKEMBANGAN JANIN menjadi LEBIH BAIK dan LEBIH SEHAT...

♥ Dukungan SUAMI, dan KESABARAN SUAMI menghadapi isteri HAMIL, akan membuat ISTERI dan JANIN LEBIH TENANG, Janinpun BERKEMBANG SEMPURNA, CERDAS, dan SHOLEH kelak... Aamiiin...


Thursday 22 November 2012

Tak Payah Pertikai Rezeki Orang

As Salam,

____________________________________________________________________________________________________________

Eh, pagi² dah berangin..
Pagi² lagi terbaca blog yang mempertikaikan pregnancy Diana Daniell, walaupun aku bukan peminat tegar dia tapi rasa kesian pulak bila mana ramai makhluk² manusia yang kekonon pandai dalam sains pertikai rezeki beliau, kenapa kau tak pandai dari segi agama sekali?

Dua entri kot yang berkaitan dalam blog yang aku baca tu, first katanya anak dia balik dari kolej tanya dia "boleh ke mengandung kalau baru 16hari kahwin". Lepas tu kononnya dia pun terfikir jugak la kan.. of cos lah ada manusia yang komen +ve & -ve kan.. aku salah seorang yang menyokong, ianya rezeki Allah SWT. plz jangan pertikaikan sedangkan dorang pun dah kahwin.

Then entri kedua, print screen komen anon yang konon pegawai pharmacy watson, hahaha katanya kalau dalam 2weeks pregnant line tu mesti mesti blurr tapi pregnancy DD jelas, itu mesti dah pregnant 1month ++! geli hati aku.. kalau kau guna pregnancy test yang RM5-6 tu ye la tak jelas, kalau clear blue terang kot..huhu!

Lebih menampakkan lagi kebodohan dirinya DD kan upload gambar pregnancy test dia dan jari beliau tak berinai, blogger tu katanya mustahil dalam masa 16hari inai dijari dah hilang..wakkakaka sumpah aku ketawa ala² devil sekejap! nampak benorr la tak research dulu tapi main nak shoot je kan.. DD memang tak pakai inai pun just ukir di atas tangan JERRR!

Gini la makcik, sedar tak makcik ada anak dara jugak? macam mana kalau suatu hari nanti anak makcik kahwin dalam masa 2weeks tetiba period yang sepatutnya datang tak datang then disahkan pregnant? apa makcik nak buat? Allah SWT sekarang bayar cash! jangan mengata orang sedangkan diri kita sendiri tak tahu macam mana lagi kan...


p/s : Keterujaan seseorang itu disahkan pregnant membuatkan ramai yang akan upload pregnancy test, betapa gembiranya wanita itu tak dapat disangkalkan..biar lah dia nak upload pun yang korang sibuk pehal.

p/ss : Blogger tu dulu kisahnya seorang pelakon drama suam² kuku now dah pencen..

Sorry pada yang terasa :)


Friday 16 November 2012

Kenapa Mesti Ayam?

As Salam,


___________________________________________________________________________________________________________

Mood : Teringin Kenny Roges Roasters

Kenapa lah kalau Kenny Roges ja mesti ayam! kenapa tak ikan? lembu? itik? unta?


haa...sedapnyaaa! tapi memandangkan iyanya ayam tambahan pulak dagingnya bahagian drumstick terus rasa tak selera oiii tapi teringin. keji!


KFC pun..kenapa mesti ayam? hahaaa soalan bodoh oii dah nama pun kentucky fried chicken..cisss² bedebah!

Makanan berunsurkan ayam dah aku banned sejak beberapa bulan lepas, even tomyam campur yang ada ayam sikit ciput.. sekarang, order makan "mee goreng tak ayam ye" ... keow teow ladna tak nak ayam ye" nasib baik belum lagi "nasi ayam tak nak ayam ye" mau kena pangggg saploh kali hahaha! entah apa pe'el nya entah..

Wednesday 14 November 2012

Serba Salah Kuasa Dua

As Salam,
Liat..seliat..liatnya nak update..jangan salahkan saya, salahkan 'my little pie' ni...hahahahaaa.

_______________________________________________________________________________________________________________

I've got a problem..yes! problem.. macam orang lain punya problem laaa.. heww

Aku ada lah officemate melayu 3kerat, yang mana dorang ni memang pangkat adik²..hiks! Dorang kawan² kira masuk kerja sini atas dasar kawan rekemen, uewww apa hal ke details sangat berceritaaaaa! hah..

Pendek cerita dorang ni tak ada transport, so aku diantara perempuan melayu terakhir yang ada transport. Kira hampir setahun dorang bekerja aku la peneman makan serta ke sana sini, kadang² dorang peneman aku hiks.

Memandangkan condition aku yang 'ala² manja' sekarang ni, membuatkan kadang² aku tak larat nak turun tangga, nak drive nak bersosial untuk lunch. Aku lebih tenang tapau pagi², samada mee or something.. roti etc laaa asalkan da serat! lepas makan aku lebih suka baring², rehatkan 'my little pie' keh³

Sebelum ni memang hari² aku keluar lunch sejak 3bln lepas aku skip sebab condition tak bagus, so dorang mintak officemate chinese la tolong tapau..tapi biasa la makanan daripada mamak stall so dorang dah muak kot..Memandangkan sekarang condition aku ok, aku keluar jugak laa kan.

Cuma, kadang² kalau aku tak dapat keluar lunch dorang pun tak MAKAN! minum je laaaaa... pastu dorang kat rumah pun tak masak, tak keluar makan malam.. pendek cerita hanya MAKAN time kerja SAHAJA! lunch time tu..kalau aku tak keluar maknanya dorang tak makan seharian, boleh kau..?? itu yang dorang cakapkan...Subhanallah!

Sebab tu aku jadi serba salah kuasa dua! bilamana aku tak keluar makan dorang pun tak makan, aku tanya kenapa tak tapau siap² after kerja kan, dorang cakap malas..aku cakap at least makan roti ok laaa..tu pun cakap malas, dah biasa..huaaaa...

Kadang² aku sumpah kesian kalau aku tak larat keluar tengok dorang pun tak makan, aku pun amik inisiatif sendiri kalau tak larat keluar aku tapau siap² pagi tu supaya aku boleh makan untuk lunch. Tapi dont know why dorang tak terfikir benda yang sama dengan aku, segan aku nak cakap suruh tapau kang nampak cam aku tak suka tumpangkan dorang pulak kan..

Harini pun aku tak keluar tapau siap² pagi tadi sebab sejak petang semalam kaki cramp, jalan terhenjut². So aku mintak dorang suruh chinese girl tu tapaukan..

Apa nak buat..? aku pun makin lama makin tak larat turun tangga opis tu..hiks.

p/s : Dorang breakfast pun skip..emmm...


Wednesday 7 November 2012

Laga-Laga Hidung

As Salam,

_________________________________________________________________________________________________________


Nak ajak hb sendiri bergambar laga-laga hidung, genggam-genggam tangan manja.. wkakakakkaa

Comelnya laaaa hai DD ni..

Nikmat tengok gambar dorang ni coz dorang tak pernah expose gambar bersama..

Credit Photo : Annas Easkey