Tuesday 24 December 2013

Orang Yang Belum Kahwin Dan Anak Konon Lebih Pandai Serba Tahu

Assalammualaikum..

Panjang tajuk..ni kes geram.

Geram.

Konon serba serbi tahu, apa yang kita buat pada anak sendiri ni salah. Tak betul, patutnya macam ni. Tak boleh macam tu..grrrr

Setiap anak lain pe'el nya. Bukan sama. Dah mak bapak pun lain.

Lain lah kalau kita abaikan anak, biarkan dia sendirian tanpa pengawasan.

Bosan oii dengan otak manusia yang bermasalah gini. Semua benda pun rasa dia ja yang betul even belum ada anak.

Mummy yang anak satu ni pun masih belajar macam mana nak handle anak sendiri, belajar. .belajar.. membaca.. membaca.. tambah pengetahuan. Semua nak yang terbaik untuk anak sendiri.








Wednesday 18 December 2013

Atuk Nenek vs Pengasuh

Assalammualaikum..

Menyepi sebab busy..hui³ :P

Nak kongsi cerita pasal Dhafea yang dijaga oleh inlaw sebelum transfer ke BS.. heeee ikut pengalaman la ni oii

Memula aku masuk kerja Dhafea 2 bulan inlaw yang jaga kat seremban, rumah sewa dekat cheras tempat kerja balakong/seri kembangan.

Setiap hari keluar rumah dari seremban pukul 6.30pagi sampai seremban setiap hari 7ptg, itu kalau tak singgah memana lah..kalau singgah around 8mlm -.-"

Agak struggle kami laki bini, letih travel camtu. Rasa tak cukup rehat semua lah. Rumahtangga jadi tak terurus sebab ulang alik sana sini..tapi part yang best Dhafea dijaga oleh atuk dengan nenek dia, hihi dengan berkasih sayang uolls, lemak manis si Dhafea tu atuk suka bawak jalan..hehe

Masuk sebulan lebih kurang kitaorang dah macam sedikit merungut, dari segi penat, kewangan, rumah sewa bayar tapi tak duduk. Perancangan inlaw kitaorang balik seremban 2-3hari sekali untuk tengok Dhafea, kira aku kena tinggalkan stok ebm kat sana. Tapi sumpah wallahu aku tak dapat tidur tanpa Dhafea, dah try pun..its worst! rupanya Dhafea pun tak dapat tidur tanpa ibu dia..hiks

Lagi satu, aku fikir agak menyusahkan inlaw aku kena bangun every 2-3hours untuk panaskan susu dia. Ye lah orang tua kan daya nak tengok dorang sengkang mata bangun camtu tunggu susu panas pastu nak feed dia lagi..grrrr aku tak sanggup. Kalau ada aku, sumbat je bila perlu..kihkih

Masuk bulan ke-4, inlaw nak naik haji, Mak dengan ayah aku tak dapat jaga Dhafea sementara tu. Dan aku pun tak ada apa perasaan bilamana mak aku tak dapat jaga, bagi aku cukup lah dorang ni jaga kita masa kecik tak kan sekarang dah berusia nak jaga anak kita pulak kan. So keputusan diambil untuk cari BS walaupun banyak pandangan negetif yang aku dapat daripada kaum terdekat, kitaorang tawakal berdoa.

Alhamdulillah, Dhafea dapat pengasuh yang baik (so far) ngam dengan peel dia. Satu family suka baby, hihi. Siap kalau pergi berjalan belikan baju untuk Dhafea, bukan sepasang tapi berpasang². Iols is segan sebab sepatutnya kitaorang yang bagi semua tu. huhu

Sampai sekarang aku tak ada problem dengan BS dia, bubur pun kadang-kadang BS yang buatkan tapi aku cakap no sugar no salt..hihi

So, kepada yang dalam situasi macam aku sebelum ni. Fikir² kan lah yang baik². Bukan semua BS tu teruk, mohon supaya malaikat sentiasa jaga anak kita. Tapi jangan sampai kecil kan hati orang tua kita kalau kita tak dapat bagi dorang jaga anak kita tu yeee..nanti tak berkat. Mohon dorang doakan dan permudahkan urusan kita. Insya'Allah!

Pengubat rindu kepada cucu dorang, kitaorang insya'Allah weekend je balik seremban kalau tak ada aral melintang..

Selamat membuat keputusan :)



Monday 9 December 2013

Dhafea Shurafa 6M

Assalammualaikum,




Bambam sayangg..time ni baru 6m 7.5kg.. before kena demam campak. Sekarang dah 7m susut below 7kg..

sob..sob..sob lagi kuat main, tak mau tidur siang!

Rindunyaaaa...hihi

p/s : Pic. mummy kena totop, selebet..hihi






Friday 6 December 2013

Cerita Seram Malam Tadi

Assalammaulaikum..

Seram..malam jumaat pulak tu..

Semalam husband keluar, tinggal aku dengan Dhafea je kat rumah. Dhafea macam biasa dalam pukul 10 baru tidur untuk kali kedua sebab petang pukul 7 baru bangun.

Lepas dah bagi tidur aku pun sambung buat kerja (dah la malam tadi banyak kerjaaaaa). Nak blend potato dia yang dah siap kukus tu, aku tidurkan dia kat ruang tamu sementara aku buat kerja. Tengah blend dia tersedar, ini biasa sebab dia telinga lintah mudah tersedar kalau bunyi² ni. Aku pun stop dulu blender tu terus g ke dia df.

Sedang df tu tetiba blender aku tu jalan sendiriiiiiii...gila lah! aku serius cuak. Dah la aku letak blender tu atas washer machine, huhu bergerak² wey.. Ya Allah! cuak jangan cakap laa..terus si Dhafea ni pun tersedar semula sebab aku terus lari g off kan blender tu, dalam keadaan berani dengan tak berani sebab Dhafea dah start merengek sebab aku bangun mengejut, cuak gilaaa..aku call husband berkali² sambil mengigil² tapi tak jawab. Last aku sms cakap cepat balik ada hal, aku takut..kahkah husband reply on the wey. Dah tu aku bukaan bacaan ayat kursi kat handphone, mata melilau aku memandang. Baca segala ayat kat ubun² si Dhafea padahal dia dah tidur. Tengok husband belum balik, aku sms tanya kat mana..kerja aku banyak tak siap lagi. Puri Dhafea aku tinggal je situ, aku langsung tak bergerak..hihi

Husband sampai suruh bukak pintu, aku suruh bukak sendiri..huhu dia masuk cek itu ini. Tolong cuci botol, buang sampah bagai. Aku bangun tak cakap apa² terus sambung blend potato. Masak air, ampai baju. Sambil tu husband cakap tak ada apa² lah, blender ni kot 'wengg' no! dalam hati aku cakap tak 'wenggg' sebab sebelum ni pun aku tidur pernah kena 'tindih' masa tu aku dengan Dhafea je kat rumah tapi aku tak cerita dengan dia.

Pastu mata tak dapat lelap..kepala dok ting tong dah dok fikir apa ke benda laaa tadi tu..sekali tengok jam dah pukul 12.30am, bagitau husband tolong susun storage bottle si Dhafea, daku nak tidur..kihkih teruk benor binik.

Pesan dengan husband jangan tutup lampu kahkah. Itu pun tidur tak tenang, asik² tengok Dhafea ok ke budak ni.. tengok husband tidur ok jee..sampai subuh baru bangun.

Harini pesan dengan husband tunggu dia sampai dulu baru masuk rumah..haha

ok, tu je..tetiba rasa tak seram..wakakka

k, bai