Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak 1432H

sumber : google

Salam Ramadhan Al Mubarak 1432H, alhamdulillah andainya esok kita masih lagi dapat menyambut puasa. Tahun depan belum tentu lagi, Tuhan ja lah yang tahu.

Menyusun keampunan andai tersalah bicara kat sini nooh, bukan ja hari raya kena mintak maaf nih..tadi aku terbaca sebelum menyambut ramadhan pun kena jugak..amin.
 
 

p/ : Selamat Menyambut Ramadhan sayang, jom raya kedah tahun nih, advance...hehehehe!!

Thursday 28 July 2011

Dear Singaporean.

Dear Singaporean.. (clap-clap for u)

u're so clever to be an actors tonight, but we're malaysian still have a dignity without any dirty drama's although had to accept this defeat.

however..congrats for lion, and u can sleep very well tonight..dont forget our Harimau will be your nightmare and always aummmmmm..kahkahkah :D


for your info, we're 100% local players...please PROUD for us.. :P


tak cukup jantan, sendiri jatuh.. tergolek jer lebih..woii..p uji bakat PILIH KASIH lah...memalukan! semua boleh menang Grammy Award..goal keeper hampa migrain ka..? sian...singa-purapura


p/s : welcome to our Liga.. :)

Wednesday 27 July 2011

Kamus Utara # 1

Hari ni Cikgu nak mengajar bahasa melayu tapi dalam loghat Utara.. kahkahkah
ok...

1) Lapaq ayaq - Dahaga air
- Contoh ayat : " mak..adik lapaq ayaq.."

2) Menyorok - Sarapan
- Contoh ayat : " kami menyorok nasi lemak ja pagi ni.."

3) Roti - Biskut & Roti
- Contoh ayat : " hang ambil roti kering tu bawak mai sini.."
(Ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan roti kalau orang luar, aku pun selalu cakap "...hah laa makan roti Tiger.." kahkahkah )

4) Moktan - Rambutan
- Contoh ayat : " adik oii..balik laaa kampung, ni moktan dok kemerah dah masak.."

5) Tebiang - Gigih
- Contoh ayat : " dah dok tau jauh tempat tu, dok tebiang p jugak buat apa..."


p/s : Cukup setakat 5 dulu nah..kita bersambung..........kahkahkah :P

Monday 25 July 2011

Wayang : Senjakala (Full Movie)


Wayang kali ni aku nak tengok filem Senjakala arahan Mohd Idham, yang mana aku tak tengok kat panggung..huhu aku hanya tengok kat Semakness Tube.

Seperti yang diketahui, aku memang kaki tengok movie secara online yer adik-adik, kakak-kakak.. :D

Moh kita ramai-ramai menonton, sinopsis semua terdapat di Semakness Tube. Jangan jadi seorang yang malas untuk berusaha meng-klik (sekali klik ja pun terus masuk) ..huhu




p/s : Wayang aku akan review setiap hari isnin, insya'allah andai aku tak malas..huahuahaua ;D

Sunday 24 July 2011

Ujian HIV & Talasemia

Sekarang nih, bakal pengantin perlu menjalani ujian saringan Talasemia eh...? tapi ianya tidak diwajibkan seperti mana ujian HIV, Cik Senah bagitau aku masa nak buat ujian saringan HIV tu doktor akan tanya bakal pengantin sama ada nak buat ujian saringan Talasemia atau tak.

Kenapa tak diwajibkan saja ujian Talasemia nih..? apa tak penting kah..? Mungkin tak sepenting HIV tapi bukan ke ianya penyakit yang datang dari faktor genetik..?

Yang merisaukan Cik Senah ialah anak buah dia ada penyakit nih, terus dia pun tak nak buat ujian ni sebab takut nanti kang ada sikit Hemoglobin dalam darah yang tak normal. Dia takut nanti bakal suami dia tak nak kan dia sebab ada penyakit nih..? emm...musykil laaa dengan manusia nih..

Apa yang aku tau lah kan, kalau hanya sebelah pihak je ada Talasemia kita tak perlu risau akan baby yang akan dilahirkan nanti. Faktor yang menyebabkan baby dilahirkan tidak sihat adalah dengan terdapatnya Hemoglobin yang tidak normal pada kedua ibu dan bapa.

Pada dasarnya, aku pembawa Hemoglobin yang tak normal. Aku pernah buat ujian darah pada tahun 2008. Tapi aku tidak mempunyai tanda² Talasemia atau Pembawa. Kiranya aku dalam kategori Talasemia Minor.

Yang belum pernah dengar tentang penyakit Talasemia sila rujuk SINI.


p/s : Andai betul² ikhlas menyayangi pasangan, biar apa pun penyakit rela harungi bersama.. :)

Saturday 23 July 2011

Faktor Kekalahan Harimau

Faktor kekalah Harimau kepada Singa adalah disebabkan bermain pada waktu Maghrib. Siapa setuju..? hahahah tak setuju sudah...

Sedang-sedang azan players semua kat tengah padang, yang kafir tu dah tentu lah kan..nak dikatakan musafir..? huhu tak berani daku mengutarakan.

We want Aidil...we want Badrol,,we want Shahrul Idlan Talaha..habis semua injured, nasib baik ada Amirulhadi..pweeewitttt :P

Harimau perlu mengaum lagi kuatttt..we want 3 gigitan or more..kemon lah... :D


sumber : google

p/s : Proud to be Malaysian..

All Ladies Please Allert

Kepada Semua Kaum Wanita,

Sila berwaspada semasa menggunakan tandas awam berhampiran  START LRT Bandaraya dan Pertama Kompleks.

Baru-baru ini, pada jumaat yang lepas (8 Julai 2011) lepas waktu kerja, seorang pekerja CIMB Bank membawa beg tangan serta laptop pergi ke tandas awam (wanita) berhampiran Stesen START LRT Bandaraya. Terdapat seorang lelaki yang menggunakan chloroform yang diletakkan pada sapu tangan telah menutup mulut dan hidung mangsa hingga pengsan.

Selepas 1 jam mangsa bangun dan tersedar, beg tangan serta laptop beliau telah dicuri dan beliau juga telah dirogol. Mangsa juga dibogelkan serta mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kemaluan. Mangsa terus menjerit meminta pertolongan, orang ramai yang memberi pertolongan terus menghantar mangsa ke hospital.

Kini mangsa dikatakan berada dalam keadaan koma dan dirawat dalam wad ICU.

Kepada kaum wanita sila berhati-hati ketika masuki tandas awam berhampiran tempat kejadian.


Sumber : Cik Embun via email

Friday 22 July 2011

Boleh Tak...?

M.E.L.U.A.T



Sakit betul lah mata nih kalau terpandang cara insan muka bumi yang menaip tulisan besar kecik besar kecik..berpinau mata aku nak baca.

Contoh : ~~..gErAm LaH tEnGoK pLayEr mALaYsIa tAdi..~~

Ingat best ka hah..? bajet cute gitu...hey! pening tau tak..? kalau tak ganggu pandangan mata aku takpa lah, ni sekali keluar status kat fb macamni, lalu kat home page aku tau tak..?

Hang rasa kalau hang terbaca entry kat blog aku nih, hang rasa nak remove aku tak..? huhu..
dalam fb aku ada 2-3 orang yang setiap kali menaip cara macam ni..

Itu belum masuk perosak bahasa UEWWWWW lagi..problem budak sekarang nih short-form semua nih merosakan bahasa. Orang yang nak membaca pun tergeliat lidah nak sebut. Semua perkataan dibelakang akan ditukar kepada huruf W..

Kata diri nama AKU pun dah bertukar jd AQ..weh aku nak sebut AQ tu rasa macam tercekik.

Lewwwwtih laaaa..hahahahah (ini adalah contoh yang baru aku baca kat fb)

Yang terasa silakan...i'm sorry..huhu


Sekian.

Thursday 21 July 2011

Annissa : Sob..Sob..Sob..

Sedih..Balkis mati tak sempat dengar Anna maafkan dia.. T_T

Ending apakah..?

ok,bye...

Wayang : 3,2,1 Cinta (Full Movie)

sumber : google

Segment wayang aku hari ni, nak layan filem 3,2,1 Cinta kat Semakness Tube full movie ok..? yang penting no part²..!

Aku kalau filem macamni takdo doh nak layan kat cinema..rasa membazir! lebih elok kalau filem nih dalam slot Cerekarama TV3..huahauahau..ops!!


p/s : Encik semakness....tak boleh download ka..? tengok kat tv besaq sikit..kahkahkah :D ok..diam..

Lagi Ramai Lagi Serabut

Pening..!!
Serabut kat office nih, aku ingatkan makin ramai boss ambil staff semakin happening semua orang nak buat kerja takda lah hanya 3 orang ja..ni makin pening..serabut kepala otak..!

Ada yang matang pun bila berkawan dengan budak terus otak pun jadi macam budak!

Benda remeh temeh takkan nak highlight masuk meeting..? pantry, toilet, sinki..etc.Dah guna tak reti nak cuci, dah habis tak reti yang re-fill yang baru, sampah kat lantai pun buat tak nampak.

Aku bukan lah rajin sangat nak jadik bibik kat office nih, tapi jenis mata 4 yang tak boleh memandang benda yang menyemak..!

Jangan lah sampai aku letak memo kat pantry, toilet & sinki tu..kang ada pulak yang cakap aku gila kuasa, semua pun tak boleh buat.

Penggunaan Milo, Coffee and etc juga perlu di had kan dah lepas nih, pagi, tengah hari, petang..tu belum masuk overtime punya masa lagi..sebelum boss complaint maintenance kat pantry naik baik lah korang berjimat..

Lepas ni aku akan beli brand yang murah² saja andai boss limit kan cost sebulan untuk pantry & toilet..time tu rasakan..hauhauahauau

sumber : google
kalau lah pantry tu camni punya rupa..memang nak kena pelangkung sorang²...


p/s : Ini lah akibatnya kalau aku jadik bibik pagi² lagi..nasib baik aku tak lontarkan laser aku pada budak² baru ni..hanya melontarkan dalam ni yoo..kikikik

Wednesday 20 July 2011

Review : Hantaran For Him

kualiti gambar ni tak memuaskan coz gambar jauh, terpaksa lah zoom..tu yang berkedut tu..kikikik

Tujuh dulang sahaja, semua nih aku belasah buat sendiri..main letak campak...meh perkenalkan satu persatu apa ke benda alah aku letak..

 Macaron

Potpuri

 Coklat..banyak gila cousin aku beli box ni ada lebih kurang 50pcs..OMG :D

Gula pasir dalam bentuk buah labu, ni maksu aku buat

Kek

Cheese desert (tak ingat apa entah nama..hihi)

Buah..aku hanya letak epal 5 biji & anggur red globe serumpun 
(anggur tak nampapk plak)

Ini semua gambar crop..gambar satu-satu tak ada orang snap sebab tu lah gambar banyak tak jelas..kalau aku yang snap mesti cun wakakakakka :P

Sekian, untuk review for him..for me tengok lah kalau aku ada kerajinan..huhu

Review : Door Gift

Ieta Mohd Daud ni aku baru review..harap belum cukup basi lagi lah kan..kahkahkah
ini starting baru..esok² kalau mai penyakit rajin aku post step & every piece segala benda alah yang aku letak dalam tu..okeh..? deal...wakakakaka :D


p/s : Malas lah woii nak review ni, menyusahkan aku kena snap gambar...grrrrrr :/

Tuesday 19 July 2011

Nak Milo Ais

sumber : google
picture ni sendiri tak clear bukan salah aku, salah google.. :P

Terasa nak makan milo ais nii..tapi nak sekarang jugak! ada delivery..? ada...?
Ni tekak orang baru lepas demam memang camni, yang dah kenal aku tu harus dah faham, mengalahkan orang mengidam..ye arr demam 4 hari, rugi ketinggalan...


p/s : Jangan anggap pelik, orang utara akan cakap nak makan air / lapar air..iaitu sama dengan minum. Jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak tau..huhu

Dalam Keadaan Tidak Selesa


Morning peeps!!
Pagi² lagi dah dalam keadaan yang sangat tidak selesa, serba serbi tak menjadi sejak keluar dari rumah pagi tadi..sob..sobb..sob. T_T


p/s: Gambarajah agak tidak kena dengan situasi...

Monday 18 July 2011

Wayang : KL Ganster 2011 - Full Movie


Meh beramai-ramai secara pukal menonton KL Gangster 2011-Full Movie hanya di Semakness Tube mari lah bersama-sama menyokong filem Melayu kerana Melayu tak kan lapok di dunia..hahaha *tetiba peribahasa apa ni*

Segala hiburan terdapat di Semakness Tube :)


p/s : sheeeraaaammm nihhh :D

Only Two Donuts For My Lunch

Dua ketul donat pada hari ini..bukan diet tp no appetite for this few days..choii apasal ter-speaking pulak nih, owh...no..jangan lupa daratan kan Ieta Mohd Daud :)

Satu gigitan berskala 2.5, langsung tiada rasa..mungkin memang donat ini yang tak berperisa / lidah aku masih dalam fasa kepahitan..tak heaven!!! 

Nak tapau nasi tapi bila mengingatkan tak mungkin aku dapat menikmati rezeki itu dalam keadaan fasa kepahitan, baik aku lupa ja lah hasrat tu daripada menjadi saudara Syaitan membazir makanan..

Ini pun syukur alhamdullillah..kenyang untuk seketika, satgi tambah milo panas..petang sikit mengadap biskut tiger yang dah berkurun dalam almari kat pantry.. :P


p/s : Searching my MC certificate & medical fees...!! nak claim tapi mana aku campak... :(

Sunday 17 July 2011

Annissa : Kenapa Farid Yang Mati..?



Kenapa lah mesti Farid yang mati..
kesiannya Anna... :(

Sedih betul lagu ni..sangat kena dengan jiwa drama ni..



p/s : Tiba-tiba idea hilang nak untuk entry drama ni..hihi

Thursday 14 July 2011

Al - Fatihah Buatmu Sahabat


Su..aku rindu dengan kau..a lot........
Su..jom lah ketawa macam dulu²....dengan Apan...
Su..kau banyak simpan rahsia aku sejak dulu..aku sayang kau... T_T

Banyak lagi aku nak shared dengan kau tapi camne..?

Teringat² lagi aku dengan wajah kau last aku menatap..pucat..biru..terbujur kaku...
Walaupun dah hampir 2 tahun..tetap aku ingat..

Semoga kau tenang disana...Aku akan sentiasa doakan kau... -.-"



p/s : Tak boleh fokus..dikala demam mesti aku teringat...miss u.. T_T

Wednesday 13 July 2011

Jadual Waktu Imsak & Berbuka - 2011

Ada lagi lebih kurang 19 hari lagi dah nak puasa, selamat datang Ramadhan, selamat tinggal Syaaban dan incoming Syawal...kahkahkah.. :)
ini ada jadual waktu imsak & berbuka, over kan aku gila awal..haha ini preparation aku gasak lah :P




 update : Entry ni sepatutnya publish 2 hari lepas tapi tetiba tengok still lagi ada dalam draft..blogspot sakit ke aku yang memang tak publish..? emm.... 

Wednesday 6 July 2011

Banduan Sembunyi Dalam Beg


BANDUAN, Juan Ramirez Tijerina gagal dalam cubaan untuk melarikan diri dari penjara dengan bersembunyi di dalam sebuah beg pakaian di Chetumal pada 2 Julai lalu. Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku ketika Ramirez dalam sesi lawatan oleh ahli keluarganya di penjara berkenaan. - Foto REUTERS (Sumber BH)


Ini lah deh pepatah "sepandai² tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah.."  kreatif sungguh hang noooh, aku pun nak belajar lah camni, boleh menyelinap masuk dalam beg ikut sesiapa pergi berjalan...huhu :P

Monday 4 July 2011

Jangan Khufur Nikmat..Rezeki..


Senda tengah hari..
Tuhan turunkan rezeki dalam pelbagai cara..jgn khufur nikmat tu ;)


p/s : Mengantuk tahap gaban & keletihan.. -.-"

Saturday 2 July 2011

I've got the rings..


I've got the rings...
alhamdulillah.. ;)