Friday 30 January 2015

Azam Tahun 2015

Assalammualaikum,

Dah nak hujung january baru teringat nak buat azam, sedih betul.

Tahun lepas tak buat azam pun, aku pun tak tahu kenapa tak ber-azam haha.

Ok, berbalik pada azam tahun 2015. Aku tengah gigih buat sikit² dah ni..hihi

Azam aku tahun ni nak jadi cantik..hahhahahaha alaa bukan cantik camtu, sekadar nak jaga diri dalaman dan luaran.hihi

Sejak preggy sampai Dhafea dah almost 2years ni aku langsung tak makan apa supplement, produk kecantikkan. Eh pernah minum ESP tapi tak habis.

Sekarang ni dah tengok calendar umur dah menginjak ishh malu nak kabo..haha timbul la kesedaran. Nak makan supplement, nak jaga muka, penampilan..ecewaah.

Muka aku ni memang tempat jerawat bertandang, pastu pore kemain..

Kulit muka oily, lain² part dry..pelik betul

Minggu lepas baru timbul kesedaran beli skincare hahaha. baru start pakai 3hari kot..huhu

Lepas tu losyen pun baru je beli, sebelum ni aku sebat Dhafea punya je yang orang kasi time dia newborn tu. Aku tak pernah apply kat kulit dia. Memang aku je yang pakai. hahah jimat kan.

Sekarang ni lepas mandi ja terperap kejap dalam bilik membelai diri..wakakaka sapu toner, serum, krim malam..gigih. Nak tidur sapu losyen

Nampak tak betapa gigih aku.

Dah 2minggu aku dok survey satu collegen ni, ingat nak consume hihi. Amboii dah budak opis aku baru 20an pun dah ada kesedaran makan collegen aku yang lebihan ni bila lagi..haha dah ajak aku consume k-colly amboii akak dah tak sweet17 nak consume k-colly hahaha

Macam yang dipasaran tu mana ada collegen yang murah, tak adaaaaaa... aku nak beli pun survey dulu kandungan, KKM, halal, hasil selepas kegunaan, testimoni. Hebat tak? survey dah 2minggu lebih beli haram belum lagi..

Tak apa..next week aku beli..ekekkekee

Semoga azam aku ni tercapai, biar lambat asal buat..haha

bai uols..


Thursday 29 January 2015

Produk Tropika Untuk Bayi

Assalammualaikum,

Dah lama rasanya nak review produk ni tapi asyik lupa. Sampai dah habis pakai pun.

Mujarab!

Ok, tak ingat samada aku pernah tak cerita sini si Dhafea kena ruam panas yang sangat teruk. Belakang leher sampai ke badan. Tak hilang², dah macam² cream aku beli dari steroid ke homeopathy lah. Semua tak jalan. Asal dia berpeluh je makin banyak, menggaru². Pergi homeopathy doktor cakap simptom asthma, bermula dengan ruam. Dah habis makan ubat pun tak hilang continue lagi ubat, tak jugak hilang. Pergi Homepathy Al Mazriz dapat cream pun tak jalan.

Jenuh la macam² bedak pun aku beli, acnesia, ular ke benda tah, kutikura apa lagi tak ingat dah..evoo pun aku sapu tak ok jugak.

Masa tu aku dok survey dah produk Tropika ni, baca review bla..bla..bla.. sampai lah satu haritu aku dah tak tahan mata tengok dia tergaru² bila berpeluh. Survey kat IG mahalnya harga dia pastu postage lagi. hahah mak kan kedek.

Gigih aku cari agen tropika ni. Akhirnya dapat, tunjuk ruam Dhafea bagai. Aku cakap nak VCO untuk sapu. Orang tu cakap VCO tu untuk minum untuk batuk + kahak. So dia suggest set kat bawah ni, lavender..wangi oii hehe rose pun ada.

RM59.90 harga pasaran

Set ni ada Baby Hair & Body Oil + Natural Bubble Wash (Head to Toe). First sapuan tu nipis je dulu risau kot² tak ngam dengan kulit dia. Sapu malam tu dia dah tak menggaru. Esok tu guna bubble wash. Setiap kali mandi aku guna, lepas mandi sapu body oil tu. Alhamdulillah tak sampai seminggu ruam dia hilang.. lega gila. Sejak tu aku sapu je jugak sebab wangi dan aku rasa nyaman je hehehe

Aku beli jugak Krim Herba untuk ganti minyak telon. Mula² tak mau beli mahal hahaha RM39.90 



Krim ni pun best..serius. Wangi tak melekit. Aku sapu dada, belakang badan dengan tapak kaki lepas mandi dan sebelum tidur. Bagus ni kalau selsema aku calit sikit kat hidung, sikit jeee  jangan banyak takut² kulit baby uols sensetif. Dhafea so far ok. So malam dia tidur tak ada bunyi..zzzZzz

Sejak tu aku pentegar produk Tropika. Buatan bumiputra, tak ada bahan kimia. Murah sikit daripada Buds dan Moogoo heheheee.

Eczema pun bagus produk ni. Cer try.......

So, aku beli dapat harga murah sebab.............................aku terus register jadi member dengan bayaran dott..dott..dott. Aku rasa lebih berbaloi. Ada kawan aku mintak aku beli dan jual untuk dia sampai sekarang aku lupa..hahhaa padah kalau jadi seller gini.

Eh, macam boleh pertimbang jadi agent, since aku dapat harga agak murah dan boleh jual dengan harga below market..ekeke

Jangan nak pintas aku dengan tak cuba guna natural remedies, lempang kang..Kau tak tahu kisah macam mana nak tarbiah aku, eh...hahah

ok, bai

p/s : Gambar sumber goole.



Monday 26 January 2015

Gadget Untuk Anak

Assalammualaikum,

Dalam berfikir dan berkira² nak beli tablet untuk Dhafea.

Dhafea ni bukan budak gadget, itu kat rumah la. Dekat rumah BS handphone dorang tu dah jadi rutin dia..baik nooo bagi anak aku main, kalau kat rumah tak dapat dah..ekeke sekali dua boleh laa habuan upah nak buat sesuatu perkara. Itu pun dia suka layan video muka sendiri. Syok sendiri.

Sekarang yang berfikir samada nak beli tu bukan apa, sebab sekarang ni car seat dia dah pun transfer ke seat belakang. Ini kes dia sendiri mintak nak dok belakang. So weols laki bini ingat nak kekalkan keseronokan dia dok belakang tu ekekeke. So ibu boleh senang lenang kat depan, kalau tidak sebelum ni selalu dok belakang. hahahaha

Kiranya beli tablet untuk dia tapi without games laa. Semua unsur² education sudah lah. Aku akan limit-kan penggunaan tu. Tengok tablet hanya dalam kereta. huhuhu

Setakat sekarang ni dia mampu bertahan dari Balakong ke Nilai. Kira ok lah kan. Tapi itu pun bukan sentiasa mood dia baik, kadang² datang jugak angin kus² tu.

Bersempena CNY next month, berkira² nak balik Kedah rasanya macam sedang elok je nak try bagi dia duduk dalam car seat tu at least sampai Ipoh je dulu..hahahhaa

Dhafea ni kalau dia mengantuk lama sangat tak tidur letak dalam car seat senang je dia tidur berbanding aku pangku dia, lagi galak la dia nak main. Bangun duduk. Senak perut aku dibuat eh.

Mesti ramai yang tak setuju..ekekkekeke

K, Bai



Friday 23 January 2015

Apa Hal Mydeal?

Assalammualaikum,

Aku gerammmmm gila dengan Mydeal ni. know what Mydeal dah buat new branding ke Ensogo. Kalau search Mydeal pun tak jumpa dah, Ensogo yang keluar.

Geram bukan sebab apa, tapi sebab barang order dari bulan 11 tahun lepas tak sampai²! Dah tu menipu 1 hal. Biadap sungguh la. Barang bulan 12 pun tak sampai jugak lagi.

Email dah berpuluh²..1 je reply itu pun bagi ref.no je. Call pun dah berpuluh kali, operator busy katanyaa... aku geram ni!

Kecelakaan apakah ini Mydeal / ensogo??

Thursday 22 January 2015

Homeopathy Al Mazriz - Part 1

Assalammualaikum,

Harini nak review klinik Homeopathy Al Mazriz.

First time aku google pasal klinik Homeopathy berdekatan dengan rumah aku keluar klinik Homeopathy Al Mazriz ni, Taman Dagang, Ampang.

Gigih google ni masa bulan april tahun lepas. Masa tu Dhafea demam tapi dah habis demam batuk dan selsema tak hilang² hampir 2minggu. Itu first time dia batuk. Dah dapat contact no. terus aku call nak buat appointment. Doktor ni lembutnya ya ampun, hehe berlainan sungguh dengan aku yang ganas bercakap ni haha. Ikutkan aku lepas kerja tu terus nak pergi klinik dia tp rupanya klinik tu dalam rumah dia je open malam dan weekend saja, kira base pada appointment.

So malam tu 8:30 punya appoitment, 8:00 dah keluar rumah. Husband cakap dia tak berapa pasti lokasi rumah doktor tu. Rupanya senang gila hihi.

Register semua bagai, doktor tu check leher dada semua la aku mintak dia check dah alang² kan. Aku mintak ubat air. Masa tu Dhafea baru ngam² masuk setahun, kalau ubat biji kang tercekik pulak. Doktor tu terus bagi minum sikit saja, 1 penutup botol ubat tu sebelum bagi minum tu dia pesan "ibu sambil suap selawat dan mintak pertolongan daripada Allah SWT sembuhkan anak, kita hanya boleh ikhtiar saja selebihnya dengan izin Allah SWT". Ada 2jenis ubat kalau tak salah kena habiskan one by one.

Macam² lah yang aku tanya, pasal food, susu segala jenis berkaitan baby.

Bayaran RM25.00 saja, murahkan? siapa tak suka kalau murah, dah tu siap boleh tanya macam² ekekeke

Sampai je rumah doktor cakap boleh bagi lagi sekali, so aku bagi lagi sekali sebelum tidur. Ajaibnya malam tu Dhafea tidur dengan aman. Langsung tak ada batuk lagi. Ubat tu aku teruskan jugak sampai 3-4hari macam tu lah. Syukur!

Ini contact no. serta alamat.

HOMEOPATHY AL MAZRIZ
Hajah Mazrina Mohd Mokhtar
Tel  : 012 - 627 7599

No.251, Jalan Dagang 2/6,
Taman Dagang,
68000 Ampang, Selangor.

Aku dah pun rekemen dekat officemate aku seorang chinese, dia pun dah jadi regular customer klinik ni. :)

Ada lagi beberapa kali aku pergi klinik ni, stop sini dulu next time masuk entri baru. Baru laa menampakkan aku rajin update blog..hahhahahaa



Wednesday 14 January 2015

HFMD

Assalammualaikum,

Husband iols kena HFMD.

Tak tahu mana dia dapat. Start dari Dhafea demam 2hari lepas tu dia pulak demam. Kali ni dia demam memang tahap panas, terjaga tengah² malam sakit badan sakit kepala. Tak pernah lagi selama kahwin ni dia demam macam tu. Selalunya demam malam esok pagi dah ok. Ini makan ubat dah 3-4kali tak surut. Pastu sakit tekak. Lepas naik bintik² kat hujung² jari tangan, lepas tu kaki. Tekak dia sakit sangat katanya..nak minum air pun terpejam² mata.

Kisahnya SIL pun gitu. Masing² demam hari yang sama.

Tak tahu datang dari siapa, duduk rumah asing², time demam tu je baru masing² berjumpa. Mula² SIL cakap datang dari Dhafea, aku bantah lah hehee. Sebab Dhafea dah bawak pergi klinik doktor cakap demam biasa, tonsil bengkak merah. Bintik² pun tak ada naik. Lepas 2hari demam dah ok.. tonsil hilang selepas 3hari.

Husband pun demam kuat 2hari. Panas Ya Rabbi.

Dah elok dari demam sakit tekak melarat². Sampai harini pun sakit lagi.

Aku dah beli ALCOCLAIR untuk ulser tu, konon beli untuk Dhafea tapi dia dah sihat tak sempat guna, hahaha boleh pulak lupa nak bagi husband. Aduhaii.. kang surut pulak badan pakcik tu... hikhikhik

Ini first time aku berdepan dengan HFMD. Dah la mak dengan ayah aku datang rumah, risau kang berjangkit ke depa pulak. Tapi tak kan nak suruh balik. T___T

Aku search petua mengurangkan HFMD ni tak ada. Semuanya yang aku baca tu HFMD akan hilang dengan sendiri dalam masa 7-10hari. Lama oiii...

Aku berjaga-jaga jugak ni takut terkena ke Dhafea, budak tu dah la tak boleh berenggang dengan ayah dia.





Tuesday 13 January 2015

Sebelum Kahwin Seorang Pekerja Yang Berdedikasi, Sekarang...........

Assalammualaikum,

Sesaja teringat balik zaman sebelum kahwin.

Aku dulu pekerja yang berdedikasi tau, jarang cuti..jarang MC. Cuti aku setiap tahun bawa ke depan, sekarang ni siap -ve lagi. Attendance aku pun lawa je. Hijauuuuu ekekeke

Dulu aku rasa, aku lah staff kesayangan boss sikit² hahaha adoii. Increment pun best, 3tahun berturut² 2kali setahun naik gaji. Hasil kerja aku semua mantap. Documentation aku semua orang mudah nak cari kalau aku cuti. Hebat gila boleh puji diri sendiri wakakakak

Lepas dah kahwin.

Pregnant.
Selalu masuk lambat, kes morning sickness. Kadang check up menjangkau ke separuh hari.

Ada Anak
HARI-HARI aku lambat masuk opis. haha average pukul 8.35am. 5minit terlebih. Dalam sebulan mesti ada EL, MC. Anak tak sihat, BS nak cuti. MC tu ada sekali dua je yang betul² aku tak sihat yang lain MC atas Dhafea. Anak demam mak dapat MC :D
Boss aku ada bising dia cakap aku tak productive, kerja dah slow. Selalu cuti. Dia ada complain aku ambil masa mengepam susu yang lama. Ini kes memang ada balachi buat cerita. Nasib baik dia dah berambus. Aku pasrah bila diberi teguran selalu ambil masa untuk mengepam. So aku hanya pam 2kali sehari time tu, lunch time dengan after 5. Time orang dah balik.

Azam tahun 2015 ingat nak kurangkan cuti² ni. Mohon berdoa pada Tuhan Dhafea dengan husband diberi kesihatan yang baik. Aku pun insya Allah.

Tapi rekod aku asal masuk januari je mesti ada cuti. haha tahun lepas aku yang demam 2hari berturut MC. Tahun ni 3hari lepas aku dah EL Dhafea demam. Itu pun lepas tu husband demam tinggi aku tak dapat nak ambil cuti. Ikut hati memang nak cuti, kesian la. Lagipun aku kat opis kepala otak fikir ke laki. guane.

Ini mak aku ada kat rumah aku ni, ku tahan jee nak apply cuti..hahaha


Friday 9 January 2015

Dhafea Dan Tonsil Berpisah Tiada

Assalammualaikum,

Dhafea sejak² ni selalu kena serangan tonsil. Boleh kata 2bulan sekali mesti kena. First time kena tahun lepas bulan tak ingat hihi. time tu sikit ja so aku tak bagi antibiotik.

Kali kedua bulan 11 tahun lepas lepas balik Morib. Yang ni azab. Seminggu lebih demam. Mula² sebelah tonsil tu baik demam kejap demam lagi. Kali ni 2-2belah dah bengkak. Dia punya panas jangan cakap laa.. ada sekali tu bawak pergi paed mencecah 40.2. Masa kat rumah 38.1 je pun. Ke sebab kena aircon dalam kereta?

Doktor letak ubat bontot terus elok siang tu, malam panas makin tinggi. Tengah malam bawak pergi Hospital, macam biasa doktor boh ubat bontot lagi. Esok tu aku continue bagi pcm standby takut demam. 2kali minum pcm + antibiotik terus elok.

Masuk tahun baru dua hari lepas kena lagi. Kali ni demam tak mencecah 39. Tapi bila minum pcm dari paed atau boh ubat bontot tak sejuk betul. Suam ja. Rimas aku. Dah tu this time meragam saja. Aku ni dah jadi panda, anak tidur dok melanggut tengok dia tidur. Sebab kejap² dia terkejut. 2hari jadi burung hantu.

Kali ni pun pergi klinik dapat pcm versi oren tu jugak, sikit ja suhu dia berubah. Tengah malam panas gila, gigih bangun cari pcm dari Hospital haritu ada yang belum buka. Bagi tu tengah malam, terus lena tidur sampai pagi.

Yang peliknya demam dia kali ni, meragam lain macam. Aku syak dia sakit² badan, kepala maybe sakit. Lepas tu bila dah kebah badan kaki tangan ketiak semua dah suhu biasa. Tapi kepala tetap panas jugak. Tuam pun dah, sampai dah nak flu ke pulak.

Semalam BS whatsapp cakap dia meragam, mintak nak makan nasik, buah semua mintak tapi bila bagi makan sesudu nak telan sampai nangis² terpejam² mata tahan perit. Aku dah tak senang duduk dah, sejak pagi entah apa je dia makan. Petang tu sebelum g ambil dia aku singgah farmasi beli ALOCLAIR oral spray untuk ulser tu, tapi orang farmasi tu tak rekemen aku guna untuk tonsil, sebab tonsil kedalam sangat. Tapi aku beli jugak simpan. Lepas tu singgah kedai beli plain yogurt, beli yakult. Rasa nak angkut 1 chiller kat kedai tu yang sejuk². haha

Sampai rumah BS dia tengah main BS cakap meragam ni, suap yogurt makan 5-6sudu. Mintak yakult sedut separuh tak nak dah. Lepas tu nampak dia selesa sikit. Sampai je rumah aku bagi dia sesudu teh VCO brand cosway, beli dah berkurun tapi guna untuk rambut dengan menumis je..hihi. Malam tu jugak dia boleh datang mintak nak makan ikan bilis, bagi dia makan slamber pulak dia kunyah telan. Amboii siang tadi bagi buah yang dah dilenyek pun kemain perit. hehe

Harini harap dia dapat makan macam biasa, mak dah jadi burung hantu semula. Bapaknya pulak demam.

Aku rasa VCO tu watak utama tekak dia dah tak sakit, watak tambahan yang membantu yogurt sejuk dan yakult. Ku tahan nak bagi Yakult tu dah lama. Takut tak sesuai dengan dia..hihi



Thursday 8 January 2015

Anak Umur Berapa Stop Guna Pencuci Baju Versi Baby?

Assalammualaikum,

Ok..sebenarnya tak tahu nak letak title apa..kehkeh

Macam aku sampai sekarang Dhafea dah 1tahun 9bulan masih guna sabun cuci Pureen ABD ka ABC entah. Setakat umur dia ni baru 3kotak kot aku guna, lama gila hahhahaa. Bukan kedekut tapi aku sekali cuci baju dia guna 1-2 scoop saja. Aku tak suka letak banyak bila dah kering akan bau sabun yang kuat. Nak muntah. So far hilang ja jugak kotaran tu. Kalau terkena benda yang berwarna aku rendam dalam baldi dulu.

Sekarang ni ada sikit ja lagi sabun dia tu, aku ingat tak mahu dah continue. Nak pakai sabun yang sama macam kami laki bini. hihi aku rasa dia pun dah big girl..hehe

Ke ada lagi yang teruskan dengan sabun versi baby setakat anak umur dah nak masuk 2tahun?

Until now pun cuci baju dia aku masih separate. Baju kami laki bini tak sekali dengan dia kecuali sekali sekala termasuk hehe.

Baju Dhafea aku guna speed yang soft, eh ke camna..kira tak sama lah dengan kami. Aku sayang baju² dia walaupun setakat baju basahan hihi. Kalau baju jalan kebanyakan aku masih cuci tangan. Alah sekali cuci ada lah 2-3helai ja.

Sabun tu dah la mahal. Paling murah kalau offer dapat lah RM17.90 kalau tak RM19.90. ka ada lagi mahal. Tapi berbaloi jugak aku guna sampai 3-4bulan jugak la.

Sebab tu rasa nak cuci guna sabun Daia mak bapak dia ja. Sekali harung. Senang hidup.




Monday 5 January 2015

Anak Amanah Ibu Bapa Bukan Atuk Nenek

Assalammualaikum,

Aku kan secara kasarnya memang tak setuju kalau bagi parents jaga anak kita. Walaupun hakikat yang aku tahu kalau atuk nenek yang jaga anak kita terbela. Atau kita boleh letakkan keadaan anak kita tu 100% akan dijaga rapi oleh depa. Kasih sayang, belaian. Complete.

Pendapat peribadi aku lah, kalau tak ada halangan apa² yang munasabah tak payah lah bagi depa jaga.

Kesian.

Depa ni mana laa nak merungut, dah cucu kan. Tapi kita sendiri fikir lah. Dulu dah jaga kita sekarang masa untuk depa buat amal ibadah. Berehat. Menikmati masa pencen. hihi

Aku dulu pun Dhafea atuk dengan nenek dia jaga sekejap 2bulan. Sebenarnya aku tak setuju, tapi atas faktor pil aku sangat keberatan nak bagi hantar pengasuh dikala dia kecik sangat depa mintak nak jaga. 2 bulan. Itu pun aku dah rasa down. Apa laaa rasa, bila jaga budak kecik ni tahu ja la kang masa dorang nak rehat ke nak tidur ke dah tak ada masa. Nak solat pun dah bergilir². Kesian sangat. Lepas tu depa dapat offer letter pergi haji, terus aku gigih cari BS. Walaupun depa tak berapa setuju. Tapi kami sebagai parents kena cari jalan lain. Mak aku kemain mintak nak jaga nunn bawak ke kedah. Tak dapat la mak oii..hehee

Bila dah pandai buat anak, pandai² lah cari duit untuk bayar ke BS, ini dah bagi mak bapak jaga duit pun tak kasi. Bila mak dah merungut tak larat, slamber cakap kalau bayar BS mahal. Aku tak boleh hadam manusia camni. Kau kena give n take lah gila. Pastu ada hati nak beranak lagi. Serius laaaa.adoii benci

Geram pulak aku. haha

Syukur dapat BS yang sangat penyayang. Sampaikan aku hari² bergaduh dengan Dhafea ajak balik. Dia haram tak heran aku datang nak ambik dia. Adoi macam kena dera kalau angkat masuk kereta. Pagi² hantar dia sampai depan pintu belum pun aku letak diapers beg dia, slamber dah "bye" aku dulu, sabor je lah.


Hai..tetiba mati idea nak tulis lagi..hahhahaha








Saturday 3 January 2015

Macam Buruk Sangat Kerja Dengan Sektor Swasta

Assalammualaikum,

Skema punya tittle.

Aku dah jadi tahap menyampah meluat yang meluap² dah ni. Apa jenayah yang aku buat kalau aku kerja swasta. Serius tak paham.

Yes, aku suka position sekarang..rezeki alhamdullilah. Dah almost 9tahun aku kerja dengan company ni. Daripada zaman anak dara, kahwin dan ada anak. Rezeki aku setakat sekarang Tuhan tetapkan DISINI. Selama aku kerja company ni, dah 3position aku merasa. Memang aku start daripada bawah, merangkak ke tengah dan hampir ke atas.

Selalu jadi persoalan aku kerja sabtu half day, yeee half day yang sangat orang tak suka. Ingat aku suka? dengan laki cuti aku datang kerja. Tapi dah itu yang ditetapkan sejak aku masuk sini. Aku tak suka orang pertikaikan apa yang aku kerja ni. Baik sabtu half day, public holiday, etc.

Selama aku stay sini, sangat senang. Boss yang masih boleh bertoleransi. Walaupun kadang² dia pun ada angin, bising aku selalu cuti. Cakap dengan aku kau kerja dekat mana kalau selalu cuti boss tak bising? total untuk 2014 cuti aku 34hari termasuk EL, unpadi, Anual leaves, MC. bila aku el, aku direct sms big boss. The next day aku datang aku explain, anak tak sihat etc. So dia boleh accept.

Kalau public holiday yes memang ada beberapa hari yang company aku tak ambil. Aku tak ingat. Sebabnya public holiday tu optional daripada Labour Law. Depends kepada company samada nak ambil atau tak. So company aku kerja ni ada ambil ada tak. Yang wajib semua ambil. Ada yang optional management tahan cuti tu postpone bawak ke CNY untuk dapat cuti yang panjang. Tak kan aku perlu jelaskan sampai macam tu??

Dan jangan lah kau samakan company aku kerja dengan company kau kerja, itu pilihan management kau. Management kau mana sama dengan aku. Kalau kau gomen pun tak payah nak samakan. Itu rezeki kau. Aku pun ada jugak bebel² boring kadang² orang lain cuti aku kerja. Tapi aku bebel sorang² je la. Diam². Tapi kau tak payah lah nak datang ceramah dekat aku "susah kerja swasta, cuti itu ini tak ada" so what? kau pergi bising dengan JTK yang tetapkan certain public holiday adalah optional.

Lepas tu bila time swasta dapat bonus kau bagi ayat sinis "untung laa kerja private, bonus melambung" so apa masalah kau sebenarnya ni? sana sini tak kena. Serius tak paham.

Itu semua rezeki, dekat mana saja kau kerja itu rezeki Allah SWT bagi. Maybe punca rezeki aku pada masa ini Allah tetapkan disini. Aku kerja sini pun sesuka hati aku dapat keluar pergi tengok anak, pergi sana sini. Nak hutang dengan management pun boleh. Bila nak bayar, berapa semua tu. Mudah!

Tengok semua kebenda aku dah explain sini. Sekali lagi kau pertikaikan kerja aku, kawan tak kawan. Sumpah aku malas!