Friday 29 March 2013

Check Up 35w

Assalammualaikum..

Rabu lepas check up 35w..

Alhamdulillah, semua dah kembali normal.. hb dah naik semula dari 9.9 ke 11.0..hihi padahal aku suppliment semua aku dah tak makan..serius tak lalu, masuk je muntah.. cuma susu je aku tak tinggal sekarang ni, walaupun tak sedap. Ikan bilis + roti memang hari²..eh tak pulak jemu..huhu

Doktor cakap kepala baby dah turun bawah, kaki start bengkak pun bukan lagi disebabkan banyak berjalan atau pun banyak duduk tapi simptom nak bersalin katanya.

Mudah-mudahan baby keluar pada masanya..haha lagi 2minggu pun boleh sebab dah 9bln.. asalkan tak pra-mature kan, hb nak anak dia keluar 29 april jugak..yakni memang due date aku + birthday aku..huhu ikut suka baby la bila nak keluar.. tapi yang nyata, mommy dah terkedek².. terasa berat.

Pertambahan berat 2kg untuk 2minggu..haha

Total berat naik setakat ini ialah 13.5kg..jaya! ^^

Till then,




Monday 25 March 2013

Diapers New Born

Assalammualaikum..

Dalam banyak² barang untuk beg hospital, diapers je aku belum beli.

Serius tak tahu nak buat pilihan, memula aku ingat nak beli brand Pet Pet ja kan RM29.90 untuk 64pcs. Tapi hold lagi..hb cakap kawan² dia kata dekat hospital pun ada jual and lebih murah.

Aku ni jenis malas nak ambil risiko..kalau boleh nak semua ready je.. ye la mengenangkan kat hospital karang camne lah keadaannya aku prefer beli je la siap².

Tapi sampai sekarang pun belum beli lagi hahaha.

Aku mudah terpengaruh!

Serius.

Dalam group ramai mommy suggest beli yang murah² sebab new born kerap 'poo poo' dalam satu hari. Nurse KK pun ada pesan, kalau boleh beli yang murah asalkan baby tak ada rash. Rugi beli mahal katanya silap² sejam sekali dah kena tukar..that time mommy & daddy akan kopak..kihkih

Ikut hati kalau kata murah terus aku terfikir Pureen, hiks tapi idak ler murah mana pun. Pastu kalau masuk pasaraya 99 tu aku terpandang Hey Baby..ok ke hah? Kalau ok serius aku rembat je..hoho

Dalam pantang, mak aku kata nak bagi pakai lampin biasa je..alaaaah lampin zaman dulu² tu...hihi aku cakap susah je kan mak nanti, dia kata ok.. tapi aku dengan hb akan standby jugak pampers untuk malam dan untuk ke klinik..tak cekal aku dalam pantang nak rajin gitu..hihi

Beg mommy and baby dah ready dalam kereta, tapi bukan semua pun lengkap lagi..haha belasah je dulu asalkan yang penting² ada.. T___T

Terfikir jugak brand Whoopie tapi entah kenapa lah setiap kali expo aku tak menjengah tengok booth dia..ok² maybe ada hikmah..haha

Till then,

^^

Thursday 21 March 2013

Check Up 34w

Assalammualaikum,

Minggu ni dah masuk minggu ke 34..
Alhamdulillah masih bertenaga, cuma kadang² letih + malas yang lebih..huhu

Masih drive sendiri ke tempat kerja? hebat tak? haha

Sebenarnya tak ada check up pun untuk 34w ni, cuma isnin baru² ni ada appointment dengan pakar Hospital Ampang ja la untuk confirm uri. Alhamdulillah everything perfect! uri dah naik ke tempat asal dia.. berkali² aku tanya doktor "betul ke doktor?" "betul ke doktor? ke type i ke ii?" doktor kata tak ada placenta previa lagi dah..memang dah naik sepenuhnya.. syukur alhamdulillah..menitik air mata kau! hihi

Isnin tu jugak la dapat tau gender..bayangkan selama g scan langsung tak nampak last² dengan pakar baru nampak..alhamdulillah ^^

Semalam tergedik² tak sabar nak g buat 3D/4D..hahaha gilaa pulak rasanya ye lah dah masuk 34w baru nak g buat, percentage untuk dapat tengok muka baby sangat tipis orang kata, tapi kami g jugak..teringin punya pasal..huu

Best! akhirnya..dapat jugak tengok muka baby, hikhik subhanallah..kuasa Tuhan kan.. tapi baby tengah tidur kroooh kroooh langsung tak layan Jezzlyn tepuk² suruh bangun haha.. malu ler tuuuu ^^

Next week baru check up dengan KK pulak, doktor nak pantau HB sebab tetiba last week drop dari 11 ke 9.9..huhu berat tak naik sangat, tapi berat baby ok.

Tak sabar nak deliver..rasa berat oiiii dalam masa yang sama asik berzikir kat telinga hb, takut..takut.. wakkaka tak boleh blah..

till then, ^^



Thursday 7 March 2013

Mengidam

Assalammualaikum,

Mengidam..so far tak banyak sangat aku mengidam.
Kira masih tahap yang ok laa..tak pernah lagi lah kalau tak dapat sesuatu sampai menangis²..huhu

Mengidam aku style comel..wakaka
Kalau dah 2-3 hari tak dapat, pastu aku lupa laa..itu pun mesti aku set sendiri dalam kepala otak maybe benda tu dah tak ada zaman sekarang..haha

Pelik sikit cara mengidam aku ni, jenis suka makanan yang dari zaman childhood.. -.-"
Macam cake Hiro, gula² udang..so far 2-2 tu dah dapat dah..hiks

Yang paling latest benda ni............


entah apa kena tak boleh rotate -.-"

Dulu kan dekat kampung senang ja dapat, rasanya dulu harga baru berapa sen, tapi yang hb beli ni dekat Downtown Cheras RM2.00/botol. Beli 3 botol terus.

Rasanya tahun lepas aku beli dalam RM1.20 ja..ke sebab hb tapau dia kira botol sekali..lol

Minggu lepas baru dapat, huhu ni tinggal sebotol ni ja la..tu pun kalau nak minum kena tunggu hb balik kerja dulu sebab aku tak reti kopek penutup tu..pffffftt


p/s : Sekarang ni hari² kena minum air kelapa, rasa nyaman...


Wednesday 6 March 2013

32 Weeks

Assalammualaikum,

Sekarang dah 32 weeks..3rd Trimester.
Banyak symptom 1st Trimester kembali, letih penat tak terungkap..

Maybe aku seorang yang kurus sebab tu bila perut dah besar rasa terhoyong hayang, hiks
Tapi mak aku cakap perut dah sangat besar, dia selalu cakap doktor salah kira..haha



Tetiba tengok gambar rasa besar sangat perut..huhu


Berat sebelum preggy 42kg, terkini 54kg.. ok kot, walaupun aku rasa cam gemuk, huhu~~ gemok lah untuk aku yang tak pernah cecah 45kg.lol

Gender belum tahu, surprise betul.. -.-"

Sampai saat ini, aku tak ada maternity wear. Semua yang aku pakai ni baju yang zaman belum preggy..huhu

Eh, ada 2 helai tu pun macam T-Shirt ja beli kat Jusco..

Ok, bai..

p/s : Muka tak boleh upload..comot sejak preggy..hihi