Tuesday 31 July 2012

Berdosa Sebelum Kahwin Tapi Pahala Selepas Kahwin

As Salam,

____________________________________________________________________________________________________________




Ohhhh! pahala..

^_____^''


Sumber : FB mana entah, kui³ tq :)


Monday 23 July 2012

Sakit..Sakit & Sakit Lagi

As Salam,
Sakit mata..

_____________________________________________________________________________________________________________

Sahur semalam bangun je mata rasa melekat, apa ke hal lah.
Sekali tengok cermin, hoiii sakit mata!

Pedih..pedih.. Gatal..gatal..

Bangun je pagi terus kejut hb, jom² p klinik mata ni dah serupa cik ponti nak mencekik orang dah.

Nasib baik ada Klinik 1 Malaysia, bayar singgit tak payah tunggu nombor terus masuk, ambil ubat. Huuuuu jimat =)

Dah balik terus call mak, kekonon nak mengadu domba sekali kena peluru M16.. kahkah

"hang ni awat lah keja sakit ja..lepas demam, demam, dah demam ambil darah, urine test.. makan tu kena jaga, minum air masak banyak.. bla, bla, bla..."

Nak menangis oiii tapi ku tahan jua sebab dalam kereta kan time tu hb ada, hahahhaaa

Oh, ini pun tengah sakit mata ni berair², doktor pun bagi ubat titis 8jam sekali hewwww ingat 2 titis tu aku boleh tahan 8jam ke hah..?

15minit tengok pc, setengah jam buat kerja tangan, tu lah kerja aku harini.

Huh, azab......


Saturday 21 July 2012

Baru 2.5kg Jer...

As Salam,

_____________________________________________________________________________________________________________


Bagai tidak percaya sebegini keadaan diriku setelah 2 bulan lebih berkahwin!
eceeeeh! ayat pujangga sastera Cikgu Harison.. kahkah #teringat cikgu

Sebelum tengok gambar² ni tak sikit pun aku rasa badan dah naik even jumpa sesiapa pun semua cakap aku dah gemuk sikit, hehe. Now i believe i can fly.. muahaha

Dua hari lepas dengan sendirinya merelakan diri nak timbang berat dekat Tesco, ceeeeeceh! yup its 2.5kg.. hihihi

Tapi, aku diberi peringatan NO MORE s-size untuk baju, go to m-size.. hahahahaa

Gumbira jugak tengok perkembangan terbaru ni, ini membuktikan aku hidup dengan BAHAGIA hahaha sorryyy ter-capslock part bahagia.. huhu~~

k, bai.......



Friday 20 July 2012

"Satu Dah Tidur, Dua Dah Tidur, Tiga Buat-Buat Tidur.."

As Salam,
Salam Jumaat yang penuh barakah my syg's =)
_______________________________________________________________________________________________________________


"Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga buat-buat tidur.."

Teringat dedulu time dekat asrama, hahah ramai yang panggl hantu loker. Gila sumpah aku tak suka dengar lagu atas tu bagi aku sangat menyeramkan untuk aku yang lemah semangat ni. Selalu orang bercerita nenek tua yang selalu nyanyi lagu ni.. euwwwww! Dulu nasib baik loker aku sebelah katil so memang tak akan nampak loker sendiri malangnya loker roomate lain aku boleh nampak, hahaha.. no wonder lah aku jenis tidur tutup muka dengan bantal =P

Tell meeeeee asrama mana yang tak menyeramkan...?

Syukur, besok 1 Ramadhan 1433H dah hantu setan iblis semua dah kena ikat.. kalau ada lagipun tu hantu kepala hitam..


p/s : Picture credit to Page mana entah kat FB.. heeeeeeee
_______________________________________________________________________________________________________________

Selamat menyambut Ramadhan 1433H u'olls, semoga tahun ni kita lebih diberkati, lebih beribadat mengumpul saham Akhirat.

Maaf andai terkasar bahasa, terkecil hati kome² yang membaca blog senipis bawang ni, kehkeh..

As Salam ^___^


Thursday 19 July 2012

Gila Menyesal..Menyesal Gila..

As Salam,

__________________________________________________________________________________________________________

Kecewa ni!
Menyesal..menyesal!

Menyesal haritu bukak website ThePoplook tak terus click for order, uwaaaaaaa..
sekarang ni dah kehabisan size, malam tu jugak tunjuk dekat hb dia dah on suruh beli sekali click, cisssssssss
bedebah lelebah size S, M sold out!

Harapan berbaju raya dengan blous poplook tinggal angan².. T_____T"



Berdiet lah ambe sebab nak jugak² pakai kuning raya ni, berdiet demi baju nikah ku ituuuuu..
owwwh sayangnyaa..

bai,


Tuesday 17 July 2012

Membeli Belah Belah - ThePoplook

As Salam,
Sambungan entri Mistik pun tak sambung lagi, jalan cerita dah terlupa sikit².. hihihi

_______________________________________________________________________________________________________________

Sekarang ni baru start nak gila ThePoplook, kesian aku kan.. dulu pun selalu skodeng page dorang tapi mengingatkan ianya free size makanya aku hanya sekadar memandang rupanya sangkaan meleset! ada size rupanya.. wakakaka..ish²


Aku suka Penny Chiffon Maxi Dress, senang tak payah nak pakai cardigan =P

Ini color idaman, sekali tengok tak pernah ada stock, sian aku




Dua color ni sekarang ada stock, gatal je eh tangan aku nak click order color kuning tu, tapi kena balik tanya husband dulu, kang dia tak kasi naya..

Untung² boleh buat raya kan, dah kata tema kuning (recycle baju nikah, kahkah). Tapi maxi dress aku as inner tu kan dah semakin kecik, hihi so tak muat, so berangan lah nak beli ni huhu =D


Lucky me, my cik pengapit sempat snap baju nikah sedang tergantung ni.. heheee

Simple kan..?

fyi, haritu ingat nak mintak husband tolong ambil gambar baju nikah ni nak buat review, alih² dia kata tak payah review² simpan sebagai sentimental value kita je tengok..uihh..??

Ok, tu je..bai..


p/s : Berangan je dulu, kang Big Boss tak kasi padan muka.. =D



Wednesday 11 July 2012

Collect Order / Open Order

Haii sayang's..

_______________________________________________________________________________________________________________

Nak termeniaga ni..haha
Aku nak order maxi dress tapi malangnya tak cukup order, kira ada minimum order lah kan

So, sekarang aku nak collect order if ada yang berminat.
pm me for the price okeeeey =P


 Color : Black


Color : Blue


Color : Yellow

Size : Free
Material : Cotton
Length : 147cm
Bust : 72cm ~ 112cm
Waist : 66cm ~ 100cm

_______________________________________________________________________________________________________________

 Color : Green


Color : White

Size : Free
Material : Cotton
Length : 120cm
Bust : 82cm ~ 92cm

_______________________________________________________________________________________________________________




Size : Free
Material : Crystal Hemp
Length : 118cm
Bust : 80cm ~ 92cm

______________________________________________________________________________________________________________

 Color : Orange


 Color : Yellow

Size : Free
Material : Cotton
Length : 118cm (With Strap)
Bust : 60cm ~ 126cm
Waist : 60cm ~ 114cm

_______________________________________________________________________________________________________________

Size : Free
Material : Crystal Hemp
Length : 117cm (Without Strap)
Bust : 60cm ~ 100cm

________________________________________________________________________________________________________________

Ini aku pilih secara random sahaja yang mana nampak ok dekat mata aku hehehee, kalau nak letak semua jenuh..

So, sesiapa nak masuk order sila email aku k (shuria3@yahoo.com)

Slot dah jadi terhad pulak coz kawan² aku pun masuk order..heee
Segala T&C, price akan aku reply sana..


Setiap jenis dress adalah berbeza harga ;)

Thanks for reading.


Tuesday 10 July 2012

Kerja Si Suami

As Salam,
Kesihatan semakin menarik, even aku selalu mengelat makan ubat..heeeeee
Cer ubat tu berperisa coklat, mesti lah habis =D

_______________________________________________________________________________________________________


Ter-kekek² aku tengok gambar² yang husband snap..cis! suka snap gambar muka aku sepenuh²nya, mata saja, mulut, hidung...nasib baik akne tu malu² kucing je.

Well, aku memang ada gigi siong.. muhahaha

Seminggu sekali g Floria 2012, Putrajaya.. kau ada..? #tiru makcik Kilauan Emas, ekekkee



p/s : Nak ber-bisnes tapi tak tahu nak jual apa, maybe jamu..? agagagagarrrrr


Thursday 5 July 2012

Floria 2012, Putrajaya

As Salam,
Hai selamat petang, boss tarak jom blogwalking... hahaha
Entri basi...

________________________________________________________________________________________________________

Sabtu lepas bawak mak dan ayah aku g Floria 2012 dekat Putrajaya, ni nak heboh la satu dunia kan.. kau ada..? hahaha

Pergi pun dah petang, disebabkan mak dengan ayah aku pencinta bunga bungaan flora & fauna maka sangat heaven lah dorang kan..? aku je yang tak ada perasaan. tengok boleh la


Free entry u'olls, kalau bayar aku pusing balik ke nilai..koser

Aku asik menempek tengok bunga² ni, ini kalau wedding aku next week WAJIB aku petik biar cukup sejambak boleh buat hand bouquet, lepas tu terus wedding kau tak berkat.. kahkah

Banyak sangat bunga sebenarnya tapi dah layu di tasik hempedu sebab dah petang.


Nak bergambar dengan menatang ni pun kena Q tau, glemer pakcik semut ke apa entah

Ni lah kembar aiii.. kembar lain tahun lain hari

Rumah idaman.. kahkah

Banyak sangat gambar cantik² tapi disebabkan aku ni tak sepenuhnya menutup aurat, cissss (blame me!) pakai baju lengan 3 suku (padan muka) maka banyak yang tak dapat publish. malas nak edit

Motifnya, nak tunjuk gambar yang aku ni dah makin membina badan, perut pun semakin maju ke depan.

k, baiii


 


Wednesday 4 July 2012

Mungkin Talasemia?

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

_________________________________________________________________________________________________________

Copy & paste from : Wikipedia
Senang kerja aku..

Aku tak faham sangat dengan penyakit ni, spelling pun asik fail je nak taip. huhu
Doktor suspect aku Talasemia, sumpah aku tak terkejut sebab 5 tahun lepas aku pernah buat blood test pun doktor cakap benda yang sama, sel darah merah terlalu rendah lah, hemoglobin tak cukup lah itu lah ini lah.. lepas tu makan ubat dan ambil vitamin bla..bla.. + EPO dah ok.

Selasa minggu lepas husband bawak g klinik sebab aku jenis demam berulang², harini kebah esok sihat minggu depan demam balik. haha. So, doktor ambil sample darah dan bagitau sel darah aku ni rendah sangat dan bla..bla.. kena bebel, 'awak ni tak makan ke..? zat besi tak cukup..selalu sesak nafas tak..? sebab tu awak selalu letih' . Simptom tu satu je yang aku ada 'selalu keletihan' yang lain tu tak ada pun. Jumaat lepas datang semula ambil darah dengan sample iron apa entah (malas aku nak mention yang tau tu tau lah). Now tengah tunggu result, rasa macam ok je.. haha confident mau tinggi kalau tak nanti nebes mengatasi, wekk =P.

Aku ni bukan tak makan, bak kata mak dengan husband aku ni memilih makanan. Kadang² memang itu pun yang aku rasa haha, sebab tekak aku ni tak dapat nak menerima makanan yang aku tak ada nafsu nengoknya. Tambahan sekarang ni tengok nasi putih tu cam ngeri, kalau makan pun sebab terpaksa slow² masuk. Kalau yang bukan nasi memang laju aku makan walaupun kuantiti sikit sebab perut aku kan kecik. Perut kecik ni kalau sekali makan dan mengunung boleh tahan sampai malam tau..? haha

Itu je nak kongsi.. harharhar

p/s : Ini lah akibatnya tak buat saringan Talasemia masa HIV Test sebelum kahwin dulu, haha #tetiba





Tuesday 3 July 2012

Turunkan Header

As Salam,

________________________________________________________________________________________

Dengan rasmi telah menurunkan bendera header.

Setelah di kritik oleh husband.. huk² #hanco hati den =P

Biar lotak namo den bosar².

Kang kalau kono kritik gak den lotak yo full name toruih..
harharhar

@___@


p/s : Mood berblogging sedang berterbangan, nebes menanti result blood test Jumaat lepas -.-'