Monday 31 March 2014

Dhafea Dah Bebas Daripada Sembelit.

Assalammualaikum..

Hura hara aku cari segala mak nenek petua untuk melawaskan di Dhafea yang mudah semeblit ni. Dia start sembelit since 6bulan, 1st day start solidfood.

Bad mummy sebab dengar cakap nurse and ofcoz my mom yang beriya suruh bagi bubur nasik. First time aku bagi puri carrot, Dhafea makan banyakkkk.. teori yang orang cakap baby akan makan 2-3sudu tu tak tepat untuk Dhafea, hampir semangkuk dia makan.

Tengok cara makan Dhafea, my mom suruh buat bubur nasi katanya bagi kenyang. So aku buat bubur nasik + carrot (nampak kesalahan disitu? carbo + carbo). Dia makan banyak jugak. After that 3hari tak membuang, lepas 3hari dia meneran..hooii pilu hati ibu tengok dia meneran, nampak kesakitan tu. Dah pelbagai petua aku buat, urut perut, senaman kaki, minum banyak air masak, puri prune, jus prune semua dah buat! Hari ke 4 pun tak membuang, hari ke 5 husband cakap jom ke klinik.

Pergi klinik doktor cakap lama sangat ni tak membuang, tekan-tekan perut lembut tak keras cuma aku bagitau doktor yang time dia nak membuang tu meneran menangis teruk tapi keluar macam taik kambing. huhu. Doktor bagi ubat pelembut najis untuk minum, sebelum tu banyak soalan aku tanya boleh ke ubat ni, ada drug ke..lepas husband cakap on, baru bagi dia minum. Dalam 2kali minum dia membuang agak keras la sebab sebelum ni minum susu je kan ofcoz lah lain hasilnya..haha 1 haritu membuang 4kali kalau tak salah, 1st and 2nd agak keras 3-4 dah lembut macam biasa.

Lepas tu dah ok membuang dalam 1week, jadi balik balik..walaupun food yang aku bagi tu semua jenis pelawas. 6bulan tu terus aku stop bubur and carrot. Makan puri buah dengan pumpkin, sweet potato camtu je. Pun sama jugak. Macam-macam jenis ubat dah bagi,

Sampai pernah beli ubat farmasi, ubat untuk lembut najis. 2kali minum Dhafea terus berak cair..ni cair bukan lembut tapi airrrrrrr! BS cakap mengalir macam air kecing..subhanallah risau gila. Overdose kah? so lepas tu ubat tu tak bagi lagi dah..ngok punya orang farmasi. Me as a mother pun ngok jugak!

Sembelit paling teruk masa bulan januari haritu kot, sampai setiap masa dia menangis BS terpaksa call aku cakap Dhafea asyik menangis sepanjang masa nak membuang sakit. Aku pergi ambil dia bawak pergi klinik, doktor kasi ubat bontot "enema" sejenis cecair macam sabun. No choice sebab kali ni teruk sangat sembelit sampai tak senang duduk, kesian. Masuk ubat tu, menangis-menangis lah dia sakit sebab tindakbalas cepat within few second camtu. 1st time guna ubat tu walaupun sebelum ni BS dah cakap guna ubat tu tapi aku dengan husband tak nak, tak nak! sebab tak nak dia bergantung pada ubat tu. Tapi yang ni untuk 1st time bagi, aku tunggu je BS masukkan kat bontot dia tak sampai seminit dia meneran siap bunyi "popp" maybe yang kepala keras tu keluar..hihi aku pegang pampers dia Ya Allah kerasnya sayang hasil awak ni. Lepas keluar yang keras tu terus yang lembut. Sedihnya tengok anak.. -.-"
Dia membuang elok dalam 1week pastuuuu jadi lagikkk! aiyooo kali ni husband tekad tak lagi "enema" tu nanti rosak usus anak dia. Aku dah menangis-menangis dalam diam sebab malam tu Dhafea langsung tak lena tidur maybe tak sedap perut, end up husband pun tersedar dia cakap "bagi je lah yang ubat bontot tu, kesian tengok anak" aku pun laju² masukkan, terus "booom" keluar khazanah asli..bahaha. So husband cakap ini last no more "enema" for Dhafea. Aku pun iyerr, aku pun tak nak tapi dah terpaksa tu je jalan untuk masa sekarang. Lepas tuuu jadi lagi kali ni selang 2hari jerrr..terus husband cakap jangan bagi ubat tu nanti dia beli ubat lain, dia pun tanya officemate dia sebab wife dia tu kerja farmasi, dia cakap bagi ubat Cosway "Duphalac" kalau tak silap. So lepas bagi tu dalam 2kali Dhafea membuang dengan jayanyaaaa..

Sampai sekarang dia dah membuang dengan sempurna.. Yeeeaaaah! sayang husband buat keputusan bijak!..hahahahah sorry ter-over.

Sekarang walaupun dah tak sembelit, aku masih jaga pemakanan dia. Doktor cakap perut dia lain macam kena jaga pemakanan dia.


Lebih kurang gini ubat tu..
(Sumber Google)



Thursday 27 March 2014

Bagaimana Cara Untuk Mengelak Anak Diberi Jajan

Assalammualaikum..

Selamat datang ke blog hidup segan tapi tak mati-mati..huhu

Aku ada persoalan disini..ayat berbunyi seperti title skema di atas..haha

Since Dhafea dah nak masuk 1yo ni, otak asyik ligat berfikir macam² pasal food dia. Ye laa sebab nanti dah 1yo orang mesti akan cakap "anak dah 1yo dah boleh makan macam-macam dah" "pantang sangat itu ini kesian anak" selalunya aku jarang nak jawab segala ayat-ayat ni..aku buat tak tahu je, ye la sebelum ni dah selalu bagitau kenapa dan kenapa kan. Tapi alhamdulillah..setakat ni husband yang selalu back up, selalunya kami akan jawab "Dhafea perut tak tahan, salah makan sikit dia mudah sembelit.." bagi aku tu ayat yang paling power dah..

Bagi pemahaman aku sendiri, tiada istilah kesian anak kita pantang itu ini untuk dia. Sebagai parents aku ada hak untuk halang benda yang tak bagus untuk anak. Sementara dia masih bawah jagaan kita ni la kita masih boleh kawal pemakanan dia, nanti dah besar masih boleh kah kawal? contoh kat sekolah. Tak kan aku tak nak bagi dia duit belanja kat sekolah betul?

99% daripada aku dengan husband insya'allah dapat avoid jajan untuk Dhafea, tapi daripada orang lain yang paling merisauka aku nih! even rumah BS pun aku selalu tengok sentiasa ada jajan.. tapi seminggu 2-3kali aku pesan kat BS tak payah bagi Dhafea makan benda lain selain food yang aku sediakan..hihi ayah dia tak nak anak dia makan jajan..so, aku jual nama husband..wakkakaka. Aku selamat disitu.

Mudah-mudahan operasai cegah jajan untuk Dhafea Shurafa ni berjalan lancar..haha

Andai uols ada tips sila bagi aku, kesian ibu muda ni selalu kena hentam..huhu

Sekian,

#PrayForMH370
#MengenangMH370