Friday 27 February 2015

Apabila Suami Outstation.

Assalammualaikum,

Rasa macam lama sangat tak update, bukan kata update log in pun tak. Tetiba nak cerita pasal husband, meloya orang baca karang hahahah~~~

Husband nak outstation start Ahad ni sampai Rabu. Ini paling lama. Selalunya paling lama 2hari hahahaha. Itu pun setiap kali dia outstation aku cabut bali Nilai rumah akak aku. Dasar sangat.

So this time dia berulang kali tanya aku macam mana, nak stay rumah ke nak ke Nilai. Aku buntu lagi ni. Keberanian tu insyaAllah ada, lagi pun Dhafea dah besar dah boleh bawak berborak acara Mak Enon. Akak aku pun dok tanya nak datang Nilai ke idok. Aku tak buat keputusan lagi.

Kes nak cabut ke Nilai tu bukan apa, rumah aku ni bertingket² tak ada lift. Tingkat 2. Hari² husband turun bawak kan barang tak pun dukung si Dhafea. Daku ni 40kg je nak mendukung anak dara tu pastu dengan diapers beg, beg bekal dia yang segala mak nenek. Berat! Tiap² petang pulak kalau husband balik kerja lambat aku je naik dulu dengan Dhafea barang² tinggal dalam kereta nanti dia ambil. Kronik kan rutin aku. hahaha aku tak boleh mengangkat bebenan yang berat. Bukan tak nak bagi Dhafea berjalan sendiri tapi nak turun naik tangga tu jadi lama, buang masa aku kekdahnya makcik tu. Naik 1 anak tangga berborak, naik 1 tegur cat. Elok 5minit jadi setengah jam. Selalu ayah dia je melayan aku jangan la harap.

So sekarang ni otak aku berlegar² berfikir. Akak aku tu pun bukan apa dia kalau husband aku outstation senang la dia nak ajak aku berjalan hahaa. Selalu husband oustation Jumat Sabtu so best la aku ke Nilai sebab weekend tapi ni hari bekerja.

Tapi dalam otak aku rasa macam Ahad pagi tu nak keluar sekali husband tapi aku ke Nilai. Isnin pergi kerja dari Nilai ke Balakong. Petang Balik Cheras. Macam best jugak, ekekeke


p/s : Beg bekal Dhafea tu lagi berat daripada diapers beg dia. (ada : fresh milk 1liter, buah 2bekas, nasik putih, oat/roti, lauk dan sup, spaghetti/pasta, kekacang)

Monday 16 February 2015

Rasa Nak Melabur Dalam Unit Trust (Public Mutual)

Assalammualaikum,

Sejak masuk 2015 ni pelbagai kesedaran masuk dalam jiwa aku, haha. Haritu kan kesedaran pasal kesihatan dan kecantikan diri, huhu tak boleh blah.

Ok, untuk saving yang long term ni dah lama aku fikir. Sebelum ni fikir sikit² je sebab husband yang buat saving untuk long term ni. Tapi tahun ni ada kesedaran nak buat untuk diri sendiri (emergency case). Aku tak ada pun ASB loan sekadar saving biasa saja. Husband pun last year dah terminate.

Since Unit Trust ada buat offer tak ada deposit ke apa entah aku tak tahu apa kebenda, sebelum ni minima kena bayar RM1K sebelum melabur. So aku hold sampai ke sekarang haha. Ini ada promo ni cousin husband ada cari aku tanya berminat ke idok. Dah 2minggu aku fikir dan rasa nak start. Minimum saving RM100 / month.

Aku google punya google banyak feedback yang best.

Kita cuma perlu cantikkan saving tu minima 10bulan. Untuk elak void. Ada sorang lagi cousin husband dia dah lebih setahun join, buat auto debit tapi dia lupa akaun mana yang dia guna. Every month dia cash out duit dari bank tu, so unit trust asal nak buat deduction je tak ada duit..hahahhaa adoii. Tengok statement tak bergerak rupanya dah 10bulan tak ada deduction. Tapi aku tak tahu terms macam mana agent dia buat lepas tu.

Rasanya dah boleh kot buat saving camni selain Tabung Haji.

Untuk kesenangan di kemudian tahun...hihihii

bai..


SELAMAT BERCUTI UOLSS ;)



Thursday 12 February 2015

Dulu...Sebelum Kahwin........

Assalammualaikum,

Dulu, sebelum kahwin aku boleh kata selalu terfikir kalau rezeki aku meninggal time melahirkan anak..

Aku rasa meninggal  time bersalin tu sangat mulia. Bertarung nyawa demi mengeluarkan seorang nyawa. Terfikir lah kalau aku meninggal time tu suami boleh jaga anak.

Tapi...

Bila dah kahwin, bersalin...aku berdoa Tuhan panjangkan umur aku untuk jaga anak aku sepanjang hayat aku, berbakti kepada suami.

Sampai macam tu sekali kan..hahah over tau.

Terus tukar pemikiran bila anak depan mata.

Mengandaikan aku meninggal saat melahirkan anak, nanti anak aku macam mana lah. Baru celik mata tengok dunia, ibu dah tak ada disisi. Mesti sedihkan.. Macam mana struggle-nya dia hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Tapi kalau dah itu ketentuan apa boleh buat.

Sedihnya..

Kenapa lah sejak akhir² aku selalu fikir pasal Dhafea..berfikir yang aku tak nak kehilangan dia. Mohon Tuhan panjangkan umur aku, dia suami.

Rasa macam nak buat "Catatan Untuk Dhafea Shurafa"

Mohon dia baca blog ni bila dah besar, baru tahu pengorbanan seorang ibu macam mana.

Buruk pulak perangai belum apa² dah ungkit..bahahhahahaha


Tuesday 10 February 2015

Dhafea Penggemar Yakult

Assalammualaikum,

Since aku bagi dia minum Yakult masa serangan tonsil haritu dia dah pentegar Yakult. Sampaikan hari² dia mintak Yakult. Pokai camni! haha

Mula² aku beli 1pack je, dia try minum masa demam tu..so separuh je. Dah habis 1pack minggu depan aku beli lagi. Habis! minum selang sehari. Lepas tu terus ayah dia beli double pack. Kali ni tiap² hari dia mintak nak Yakult. Kalau dengan aku memang meraung laa menangis aku tak bagi. So dia pilih ayah dia mesti dapat hahaa.

Adoii!

Ni bertahan ada lagi 2botol kot. Semalam dapat skip tapi hampir² husband nak bagi. Aku cakap tak payah lah bagi sebab dah setiap hari minum. Tak bagus lah!

Harini aku nak skip lagi..biar lama sikit baru bagi.

Kalau pergi Tesco lalu bahagian chiller aku saja jalan laju² tapi dia tarik tangan ayah dia ke Yakult. Tapi aku belikan yogurt drink je. Itu pun rasa lebih kurang, so dia cakap Yakult hahhahaa. tapi tu la yogurt drink semuanya low fat. Geram oii bukan budak je memerlukan fat ni aku pun amat memerlukan.

Kesimpulannya aku akan terus skip yakult untuk dia seketika. Kira seminggu sekali ke ok la kot. Rasa je macam masam tapi tinggi gula!

Ke macam lebih bagus aku buat yogurt drink sendiri. Yogurt + air buah. hihihihihi

Thursday 5 February 2015

Mengajar Dan 'Back-up' Anak

Assalammualaikum,

Entri dah lamaaa terperam..

Sejak Dhafea dah banyak yang dia dah faham apa aku cakap ni makin mencabar. Dengan tantrum yang entah apa²..kekadang aku memang jadi naga. Bukan aku saja husband pun kekadang jadi singa.

Husband jenis kalau dia tegur atau marahkan Dhafea dia tak bagi aku back up. So aku pun just pujuk dan alihkan perhatian dia. Dhafea so far ok..kalau tengah menangis nak buat sesuatu yang tak boleh aku ajak dia buat benda lain, sambil² tu cakap lembut² "Dhafea tak boleh main camni..bla..bla.."

Sebenarnya dia tahuuuuuuu. Tu kadang aku jadi naga. haha 2-3hari lepas tu kalau dia buat lagi benda tu, aku pandang je dia baru dia cakap balik "bu..tak baik" sambil sengih. geram tau tak? hahaha. Misalnya dia buat apa² guna kaki, aku tengah sekali. Lepas tu dia buat lagi then cakap "tak baik" mau tak geram aku..

Ok itu bab kat rumah weols laa..yang ada aku, husband dan Dhafea.

Bila balik rumah atuk nenek dia ni aku jadi hilang fokus. haha semua orang tau kalau dengan cucu ni yang salah pun jadi betul. Yang tak boleh pun akan dibolehkan. Cucu kesayangan kan. Tak boleh nak halang, kasih atuk dan nenek ni. Tapi aku try sikit² tak nak obvious sangat kang nampak benor naga-nya haha

Kalau dengan mak ayah aku so far aku bagitau lah kalau Dhafea salah ke itu ini jangan back up hahhahaha macam jahat pulak dengan anak sendiri. Tapi ni untuk kebaikan dia jugak. Dia patut tahu benda betul dan salah. Mak dengan ayah aku memang dah tau aku jenis straight pasal makan Dhafea. No compromise!

Tapi kalau dengan inlaw aku lembik sikit..pendek kata aku light² hahaha adoii ayat gila. Aku lebih mengharapkan husband yang mengetuai.kahkah Rasa macam kurang cemerlang kalau aku yang dok tegah, hihi. So far husband berjaya menegah hehehee pasal food anak dia jangan main² nak bagi, dia korek habis keluar dari mulut Dhafea..ekekeke

Aku memang kalau boleh atuk nenek jangan back up cucu kalau dia buat salah. Dia akan jadi manja dan akan berterusan buat benda yang salah tu sebab ada yang back up.

Zaman sekarang ni anak itu ini orang akan cakap "Dah mak bapak dia ajar dia camtu, sebab tu budak tu jadi gitu" see..ada ke yang cakap "Dah jiran dia ajar gitu" mana ada!

Manusia kan suka pandang keburukan orang melebihi kebaikan. So keburukan si anak akan pergi ke mak bapak, dah itu akar tunjang dia.

Harap Dhafea dah besar nanti tahu lah kenapa mak bapak dia kekadang jadi naga, semua ni untuk kebaikan dia juga..hehheee