Friday 30 May 2014

Kurang Minum Susu

Assalammualaikum,

Lately Dhafea kurang minum susu dengan bs. Tak tahu la samada dia trauma sebab kadang-kala bs trick botol dia dengan fm ke macam mana.

Seharian kat bs dari pukul 8:30pg sampai 5:00petang paling banyak 8oz ja dia minum. Sedih dengar oii -.-"

Walaupun dia dah start makan macam-macam tapi aku nak jugak dia minum susu banyak, hehe even bs cakap dia lebih suka air masak -.-"

So, aku pun banyak skip masa mengepam. Kekadang sehari sekali ja pam. Tu pun kat office tengah hari. Petang pukul 5 tu kadang-kadang, aku akan call bs dulu tanya Dhafea minum banyak mana kalau bs cakap 4oz ja memang aku tak pam la petang tu. Kalau 8oz aku pam jugak sikit.  Sampai ja rumah memang df selama dia nak.

Kadang-kadang time nak tidur je dia cari susu. Kalau time lain lebih kepada aku yang tarik datang df..hehe sibuk nak main, dah dapat kaki.

Tapi lepas aku search baca sana sini, umur dah setahun lebih kalau dia kurang susu pun masih ok. Sebab dia dah makan benda lain. Untuk ganti kalsium aku bagi yogurt tak pun cheese (dah lama tak bagi cheese), sayur hijau.

Makan pun dah makin kurang, kena jadi tarzan untuk suruh dia buka mulut. Sibuk nak main. Mak aku cakap dia nak ringankan badan sebab nak jalan sepenuhnya. Tapi kalau air masak, minum kemain lagi habis secawan sekali minum.

Anmum yang dah dibeli tu bs campur dengan oat bagi makan untuk breakfast. Dhafea suka sangat dengan oat. Letak lah dengan apa pun sure licin.




Monday 26 May 2014

Dah Jumpa Milkbooster

Assalammualaikum,

Susu dah semakin nampak jalan menyinar..kihkih

Ok, kes yang aku try fresh milk untuk Dhafea tu..aku kan bagi susu kambing Nubian. Tapi dia still reject.

Beli 2 botol. Guna 2oz ja bagi dia.

Makanya ada lebihan dalam botol tu dengan 1botol tak terusik. Malam tu sebelum tidur aku pun minum laaah. Eh, sedap pulak lemak-lemak masin. Walaupun lepas dah minum tu baru terasa hamis kambing..hihi Aku ok ja since masa preggy dah belajar minum susu walaupun dari kecik tak pernah minum susu -.-"

Tidur malam tu terasa basah sikit.

Bangun pagi pam dapat 3oz. Ok good! sebelum ni nak dapat 2oz pun kemain payah -.-" ni dapat 3oz breast kosong dari pukul 11malam. Ok laah dari sebelum tu.

5-6bulan yang lepas masa masih meriah, sebelah boleh dapat 5.5oz untuk subuh. Rindunyaa nak dapat camtu.

Ok, the next day. Aku minum sebotol penuh malam tu rasa penuhhh dah breast..hihi bangun subuh pam sampai 4oz ja, cukup-cukup untuk Dhafea minum persesi. Walaupun terasa bengkak lagi aku df Dhafea. Seronok tengok dia menyusu :)

Start pada tu husband cakap "kita tak payah risau cari fm untuk Dhafea lagi, awak je yang minum susu Nubian tu untuk milkbooster". So pencarian bermula.

Haritu beli kat Giant Nilai, murah daripada Tesco berapa posen tah. Giant RM5.19. Semalam beli kat Jusco baru RM4.99. hihi. So rembat 3botol, minum jimat-jimat sebab mahal. Dah balik rumah menyesal apasal tak rembat 5botol je terus hahahaa

Tapi fm untuk Dhafea aku masih cuba laa..untuk stanby kan. Semalam dapat sample dari Enfalac+A, walaupun dia pernah nak muntah tapi free ambil je la. Sample Karihome pun dah sampai. Belum try.

Ni macam pelik apahal dapat sample semua susu yang mahal-mahal..huhuhuhu

ok, bai..




Thursday 22 May 2014

Masak Untuk Anak Sendiri Pun Dipertikai?

Assalammualaikum,

Aku ni kadang-kadang rasa asyik kena complain ja.

Mula-mula dulu bila orang complain pasal hal apa aku buat untuk Dhafea aku diam ja, aku anggap "oh kesian kat hang, jeles ler tuuu.." tapi bila dah selalu sangat makin sakit pulak telinga ni.

Aku akui kadang lunch time aku tak cukup masa nak makan, rest, pump. Sebab aku selalu keluar p beli grocery untuk food si Dhafea. Kat office ni ada jugak mulut longkang cakap "rajinnya sue..beli ja la yang dah siap" kat luar office pun ada "aku bagi ja makan apa yang aku maka, kalau ikut sangat nanti jadi pemilih"

Nak ja aku cakap, terkesan ke dengan hidup kau kalau aku sediakan food untuk anak aku sendiri? bukan anak orang lain.

Buah pinggang anak aku masih tahap baru, nak proses tu bukan macam buah pinggang orang dewasa. Lagipun Dhafea ada sejarah sembelit teruk.

Lagipun tahap kerajinan aku masih tinggi, hehe tunggu dia dah bersedia untuk makan food orang dewasa aku stop laaa.. Sebab aku masih mengira tahap garam dan gula untuk dia makan.

Setakat ni, kalau keluar makan kat luar atau kenduri ke apa ke semua aku tapau bubur atau nasik lembik untuk Dhafea. Siap lunch box, bowl, spoon. hehe

Sampai ada orang tanya dalam diapers beg Dhafea tu dah macam beg doremon -.-"

Kalau nak balik rumah inlaw ke semua bahan-bahan untuk food dia aku angkut. Periuk ja tak angkut.hehe Cooler beg aku tu kadang-kadang full dgn segala mcm sayur daging buah bukan susu..huhu

Ada yang cakap, "alaaa..anak sorang boleh la layan macam tu, nanti dah 2-3orang larat ke" Aku balas "sebab tu la doakan aku sihat walafiat dan rajin selalu"

Btw Dhafea tu suka makan..apa saja aku masak semua makan. Baru lah bersemangat waja ibu dia nak masak. Kalau dia pun makan acuh tak acuh aku pun maybe jadi pemalas macam kau..kahkah

Manusia ni memang suka pertikai dan complain. Aku ni apa saja yang aku bagi anak aku makan semua ada la saja orang complain. Malas aku nak list down sini menyakitkan hati pulak.

Ahad lepas pun ada kenduri, aku bangun jugak awal pagi sediakan food dia. Tengah-tengah manusia ramai tu aku keluarkan lunch box dia. Lantak hampa laa janji anak aku makan makanan sihat.

Salah satu sebab aku beriya masak sendiri sebab untuk mengelak anak aku disumbat makan macam-macam. Tau ja la kalau rumah orang kenduri segala jenis macam jajan mak nenek kebayan pun ada. Biskut pun aku bawak. Senang!

Husband sendiri support tak pernah kondem, makin beriya laaaa... ^^,

Ok, bai..




Tuesday 20 May 2014

Dari Formula Milk Ke Fresh Milk (Kambing) - Rejek!

Assalammualaikum,

Weolls laki bini dah decide nak try fresh milk untuk Dhafea setelah Anmum rejek, Mamil rejek.

Ahad haritu gigih beli Fresh Milk Nubian (susu kambing) kecik cinonet botol dia. Comey sungguh, ingat nak simpan botol dia..kihkih



Sumber blog irine (google punya google dapat blog irine, huhu)

Tapi aku dilute dulu 2oz fresh milk + 2oz air masak. Tak tau betul ke tak. Rasanya pernah baca macam tu cara dia, malas aku nak google pagi-pagi buta..haha

Result nya BS cakap dia tetap tak nak! kahkahkah

Adoi Dhafea oii, pening ibu..grrr

BS cakap dia gigit-gigit je puting susu tu, bagi time mamai-mamai tengah tidur pun tak nak jugak.

Last-last ebm pun dia tolak..fobia kot BS cakap maybe dia ingat susu lain.

Susu apa lagi ni Dhafea oiii..

Ni kira aku dengan husband dah habis gigih lah. Aku dah start pump tengah malam, awal subuh. Tak larat dah nak guna manual pump. Aku bawak balik Spectra 3 yang gedabak tu ulang alik rumah ke office everyday! Tanya husband ok ka bawak balik camtu hari-hari kot menyusahkan dia tolong angkat barang hari-hari. Tapi dia cakap ok. ;)

So bermula la episod pumping yang padat.

Semoga Tuhan melimpahkan lagi rezeki susu untuk Dhafea Shurafa.

Memilih susu budak ni, dia tahu susu percuma dari Tuhan sedap dari susu lain..hihi

Doakan daku! :)



Monday 19 May 2014

Merokok Depan Anak

Assalammualaikum,

Pagi-pagi tengok timeline terkejut semua tweet pasal Fynn Jamal. Dengan ala-ala kepoci google sana sini baru tahu cerita.

Ooohh. Kita tahu perbuatan dia tu salah jangan la buat baik nak back up kan.

Aku pun husband pentegar smoker. Tapi depan anak tak boleh smoking. P  lah hujung dunia kalau nak smoking. Kalau makan kat luar ada orang smoking time tengah makan laju-laju aku ajak husband blah. Manusia ni tak ada sivik. Kau tengok ada budak kecik dok buat bangang smoking depan tu buat apa?

Aku selalu perang emosi kalau ada orang smoking dekat dengan Dhafea, Aku jeling dulu kalau tak faham jugak aku buat tutup hidung kipas-kipas dengan tangan. Kalau jenis bengap jugak aku akan sound "bang, hisap rokok jauh sikit boleh? anak saya kecik lagi kat sini."

Aku sound berhemah jugak la sebab dah husband sendiri pun smoking kan.

Manusia-manusia yang smoking tu ingatlah paru-paru budak kecik ni baru berfungsi, masih muda. Jangan laa hampa bagi tempias.


K, bai..



Friday 16 May 2014

Nak Cari Milk Booster!

Assalammualaikum.

Serius ni nak cari milk booster. Berkobar-kobar rasanya ni, rasa nak keluar ja dari ofis pergi kedai cari segala macam benda..haha

Over excited pulak, al maklum lah baru lepas baca blog orang lain pasal milk booster.

Dhafea dah minum bm setahun sebulan dah pun aku masih tak tau apa milk booster aku. Rasa macam sama ja. Kadang-kadang tu terasa padat tapi rasanya makan benda yang sama ja. Pelik.

Dulu masa Dhafea 5-6bulan aku suka makan buah sengkuang cina, sedap! tapi kat KL ni susah nak dapat, so aku minum F&N sengkuang cina. Mula-mula minum ok breast ada kemajuan tapi bila dah kerap minum macam tak ada effect pulak. huhu

Longan kering pun dah try, tapi ni aku mengaku. Aku malas tahap gila. Aku malas nak rebus. Lepas tu malas nak minum. Aku rasa tak sedap buat sendiri. Selalu beli kat pakcik tepi jalan jual air longan, yes sejuk-sejuk sedap. hahaha. Tapi pakcik tu dah tak meniaga pulak.

Lepas tu try ESP, ini actually minum untuk aku punya energy. Sebab untuk milk booster tak jadi. ESP rasanya tak sesuai untuk Dhafea, bila aku minum ESP Dhafea senang diserang selsema. Mula-mula aku minum ESP dia selsema batuk pakej kahak. So aku stop. Dhafea belum pernah batuk. Tu first time.

Lepas tu Habbatussauda. Makan 2kotak ja kot lepas tu asyik lupa nak beli..hihi tapi aku masih tak sure ini milk booster jugak ke tak.

I'm coffee addict!

Tapi selalunya aku gap la masa tu, weekend memang tak sentuh langsung sebab Dhafea kerap df.

Memandangkan susu pun ok tak ok. Dengan si Dhafea pulak reject fm rasa bertekad nak cari milk booster.

K, bai..


p/s : Nak beli horlick, milo, nestum 3in1 simpan kat ofis..avoid coffee pls! T__T"




Dhafea Tolak FM Lagi

Assalammualaikum.

Semalam BS cerita dia try bagi Dhafea minum Anmum tapi laju geleng kepala budak tu. Lepas tu try lagi dikala dia mamai nak tidur dan tengah tidur pandai jugak tak mau! tutup mulut rapat..

Stress ibu nak oiii..

Tu baru satu jenis susu dia tolak. Sample dah la tak sampai lagi..huhu

Hati ni nak ja terus g beli fm lain, tapi BS cakap slow-slow maybe baru lagi. Tunggu nanti lama-lama try and try maybe dia nak. Karang kalau dahaga kot dia minum.

Actually semalam ada lagi stock ebm kat BS tapi dia saja try, no harm.

Harini aku bagi ebm dalam 12.5oz ja. Itu sahaja yang ada..hihi harap-harap Dhafea minum lah sayang oii.

Selalunya dia minum dalam 12oz sehari. Sikit! Anmum tu aku bagi BS for standby in case kadang-kadang datang penyakit nak menyusu dia tu 20oz pun tak cukup.

Emm..kalau dia masih tak nak Anmum ni, kena try fresh milk.. kot-kot fm ni kuat kot bau.

Any tips? hukhuk T____T"


p/s : Unsalted butter si Dhafea dah habis seminggu, tak beli-beli sampai masuk dalam mimpi..haha

Wednesday 14 May 2014

Susu Drop..Dhafea Tolak FM

Assalammualaikum.

Masalah besar ni..

Since aku selalu diserang penyakit kejap demam, sakit gigi ni. Susu memang drop, ya aku makan ubat. Kalau badan rasa dedar atau demam sikit-sikit aku tak layan la ubat aku lebih suka tidur rehatkan badan.

Ok, susu drop laaa sebab pumping pun dah kelaut. Kat office dapat 2kali maximum aku pump. Tengah hari dengan petang. Total dapat paling tinggi 11oz paling sikit 6oz..huhu dasyat kan? mana dapat nak menampung keperluan si Dhafea tu walaupun dia tak menyusu banyak pun.

Masa 11bulan haritu Dhafea lagi la tetiba suka susu, sehari kat BS boleh habis 20-24oz. Padahal aku pump sehari dapat 15oz je paling tinggi masa tu. Tu pun gigih tengah malam pump, pagi subuh pump. Masuk ja 1yo dia dah kurang susu so aku dapat la buat stock walaupun tak sampai 20oz..kuikuikui.

Lepas tu dia mula la tak mau menyusu dengan BS. Sehari dalam 8oz ja. So husband cakap skip subuh dengan malam, bagi dia direct ja. Sejak tu aku skip sampai sekarang. Memang tak pump kecuali kat office. Weekend pun aku skip. Dulu weekend at least sehari sekali.

Aku pulak sakit gigi teruk minggu lepas, habis guna stock sebab tak dapat pump. Sampai semalam aku dah habis guna stock. Kira ngam-ngam bagi BS 4oz x 4botol. Petang semalam terus ajak husband cari fm nak standby untuk harini.

Gila banyak pilihan fm, kelabu biji mata tak tau nak pilih mana walaupun seharian semalam aku survey baca review tapi masih tak dapat buat keputusan. Dhafea penah minum lactogen tapi dia sembelit, so husband cakap tak nak teruskan.

Enfalac dia muntah..huhu jimat oii susu tu mahal tahap pancung kepala.

Last sekali, aku pilih Anmum..bak kata husband aku dulu minum Anmum masa preggy dan dalam pantang. Kot-kot Dhafea serasi..bahaha walaupun kedengaran tak logik..cisss

Semalam konon nak try la buat 3oz, husband la nak bagi dia minum. Sengal tutup mulut rapatttt!. Tak mau langsung. Time dia tidur pastu mamai-mamai tersedar cari nenen aku try sumbat botol dia reject..geram aih. Last susu tu jadi tukun ja. Membaziaq Dhafea oii susu mahai..huhu

Harini bawak standby bagi BS sebab aku bagi EBM 4oz x 4botol jugak, semalam balance 8oz, aku pump dapat 8oz. See semalam dia minum 8oz je sehari kat BS..lemah semangat dengar.

BS pun takut dia minum fb jadi sembelit.

Kuat instinct aku ni rasa dia akan minum, sebab dia jenis sumbat segala menatang pun telan. Cuma dengan aku ja dia tak mau botol. Depan aku memang reject botol 100%. Bayangkan aku tak pernah tengok dia menyusu guna botol.. kahkah

Teringin ibu nak tengok perangai awak minum guna botol Dhafea oii, kempunan!

Tapi kalau sangkaan aku salah yang dia reject botol dengan aku, habis laaaaaaaaaaa.. nak topap fm apa pun tak tahu. Request sample pun belum sampai, sebab semalam baru request..hehe.

Ingat nak try Dutch Lady sebab ramai ja bagi Dutch Lady. Tapi ada review cakap high sugar. Anmum pun ada review high sugar. Pening~~

Nak bagi Dhafea bukan banyak pun sebab aku masih pump EBM untuk dia. Ni in case darurat..hehe

Ok bai






Wednesday 7 May 2014

Isu Nama Anak

Assalammualaikum,

Tenggelam timbul tenggelam timbul.. :p

Ada story tapi taip separuh save masuk draft..lepas tu lupa, kahkah

Nak story pasal nama anak, aku dulu before kahwin pun selalu berangan nanti anak nak letak yang semua orang panggil satu perkataan dan bunyi tak berubah..paham dak? huhu

Ok, example kalau "ALI" kita akan panggil "ALI" tak akan ada orang panggil "ALI" dengan sebutan "AYI" kan..huhu. Kiranya aku nak sebutan tu betul-betul sebab ye la kita pilih nama anak sekali dengan maksud yang baik, kalau sebutan diubah kira maksud pun dah ke laut kan?..

Dulu Dhafea Shurafa ni aku nak letak Dahlia, sebab bunga. Nama ni memang dah berangan dari before kahwin, see banyak sangat semua before kahwin nampak sangat gatai..wkakaka. Bila letak Dahlia dengan nama bunga tu kalau orang panggil singkatan as "LIA" pun aku tak ralat la kan setakat bunga. Tapi Dhafea Shurafa ni memang aku dah nampak pada masa depan dah yang nama ni akan diubah intonasi tu jadi Dapiya Shurapa. seeeeeeee sian anak aku..huk³.

Aku redha ja la orang panggil dengan intonasi yang tak bermaksud tu, what to do. Aku percaya setiap nama tu dah tertulis pada luth dan mahfuz. Cuma kita ja manusia suka ubah-ubah.

Macam BS si Dhafea panggil "PIYA" haha macam player bola sepak kelantan pun ado..hehe tapi kadang fikir macam comel ja pulak tapi aku tetap tak mengemari intonasi ditukar..

Actually dah mencari nama anak seterusnya..wakkaka padahal apa pun ZERO. Ni baru anak sorang pun penat macam nak pitamsssss, dengan berat badan pun dah turun jadi 40kg..kahkahkah kalau tambah lagi mau nya turut ke 35kg.. tinggal tulang dan kulit.. :p

Ok, bai..
Boss masuk dah :P