Friday, 30 May 2014

Kurang Minum Susu

Assalammualaikum,

Lately Dhafea kurang minum susu dengan bs. Tak tahu la samada dia trauma sebab kadang-kala bs trick botol dia dengan fm ke macam mana.

Seharian kat bs dari pukul 8:30pg sampai 5:00petang paling banyak 8oz ja dia minum. Sedih dengar oii -.-"

Walaupun dia dah start makan macam-macam tapi aku nak jugak dia minum susu banyak, hehe even bs cakap dia lebih suka air masak -.-"

So, aku pun banyak skip masa mengepam. Kekadang sehari sekali ja pam. Tu pun kat office tengah hari. Petang pukul 5 tu kadang-kadang, aku akan call bs dulu tanya Dhafea minum banyak mana kalau bs cakap 4oz ja memang aku tak pam la petang tu. Kalau 8oz aku pam jugak sikit.  Sampai ja rumah memang df selama dia nak.

Kadang-kadang time nak tidur je dia cari susu. Kalau time lain lebih kepada aku yang tarik datang df..hehe sibuk nak main, dah dapat kaki.

Tapi lepas aku search baca sana sini, umur dah setahun lebih kalau dia kurang susu pun masih ok. Sebab dia dah makan benda lain. Untuk ganti kalsium aku bagi yogurt tak pun cheese (dah lama tak bagi cheese), sayur hijau.

Makan pun dah makin kurang, kena jadi tarzan untuk suruh dia buka mulut. Sibuk nak main. Mak aku cakap dia nak ringankan badan sebab nak jalan sepenuhnya. Tapi kalau air masak, minum kemain lagi habis secawan sekali minum.

Anmum yang dah dibeli tu bs campur dengan oat bagi makan untuk breakfast. Dhafea suka sangat dengan oat. Letak lah dengan apa pun sure licin.




1 comment:

  1. mungkin jugak dia kurang makan sebab nak ringan kan badan, nak jalan...

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)