Thursday 29 September 2011

Wayang : Karipap Karipap Cinta (Full Movie)

Morning..!! 

Malam tadi tak tau nak buat apa, nak tidur pun tak lelap, setel kerja opis sikit.. saja godek  
Semakness Tube ternampak Filem Karipap Karipap Cinta, alah.. yang baru je tayang raya haritu.. layan je lah 


Walaupun agak merepek tapi tetap kelakar..huhu, rupanya memang ada manusia yang sanggup menipu sebab nak memikat perempuan, auuuwww!  nasib baik heroin cun, hohoho

Tak reti nak review lelebih, g tengok sendiri.. 3.5 star from 5.. ^___^

Pendapat masing-masing kan.. tapi benda free ada ke yang nak menolak..? aku on ajer...hahaha tengok best tak best ianya FREE..

Masuk Semakness Tube godek sendiri filem apa korang nak, semua ada.. kalau yang aku dah review sila pandang pada side bar..

Tapi awas!

Pabila korang lambat menonton, mungkin filem tersebut telah di banned, so tak reti nak g menonton cepat-cepat..? huhu benda free kena pantas..


p/s : Harap cepat-cepat lah upload Johny English Rebond...hehe tak sabar nak tengok.. ;)

Wednesday 28 September 2011

Sadness..Touching



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

p/s : Hatimu Miliku.......... -.-"

Monday 26 September 2011

Wayang : Ada Apa Dengan Cinta


Selamat Petang! mood merudum buat kerja harini.. masing² busy tak dapat nak submit claim bagi aku on time, lantas aku pun mengambil jalan yang paling rileks melayan Filem Indonesia yang paling meletup dulu
Ada Apa Dengan Cinta, tengok melalui Semakness Tube..

Aku tak berapa suka cerita Indonesia yang lain tapi yang ni memang aku boleh layan gila², time sekolah dulu satu hari 2-3 kali aku tengok pun ok jer...huhu

Meh, tak perlu CD or DVD.. segalanya dihujung jari sekarang nih.. cewah!

Banyak lagi filem yang boleh ditonton, cuma aku tak sempat nak review.. sila click pada link yer darlings

*Semakness Tube
*Semakness Tube On Facebook

Ramai Tak Suka Tengok Gambar Memey Kahwin

Rata² aku buka blog hiburan ramai yang komen menyampah tengok Memey dengan Norman Hakim, tak ada seri pengantin lah apa laah.. hahahahaha

well...aku suka tengok, serius dia cun time sanding.. make up meletup! gown awesome!
aku bukan peminat Memey pun, tapi disebabkan tetiba dia jadi cun masa wedding aku pun suka lah tengok gambar² semua nih..

Untunglah orang nak sponser... kalau aku pun ibarat dah mengantuk disorongkan bantal lah..

Dah rezeki dia...

cun kan..? yang cakap tak cun tu nampak sangat tak mensyukuri nikmat Tuhan bagi mata untuk menafsir, huhu. Baju Memey memang cantik sangat... pink belacan eh..?

Doakan yang terbaik untuk mereka nih, semua ketentuan Tuhan.. jangan doakan yang tak baik, yang lepas biarkan berlalu..huhu

Gown nih macam ikan duyung..auwww! macam ada sisik ikan..hikhik

sumpah ada yang akan maki seranah tengok gambar nih...hahahahahaha

i want cake like this... ^__*

Semua gambar ni copy dari beautifulnara.com , maybe beautifulnara pun copy dari Oh Bulan! jugak sikit... tq ;)

Friday 23 September 2011

Checklist Cap Ayam #1

Suka tengok + menokok tambah checklist orang lain tapi bila nak buat untuk diri sendiri mak oiiii awat payah sangat, mula la jadi checklist cap ayam kampung..

Ini serius!

Otak dah full dengan perkara carca marba.. rasa nak surrender tak mau buat apa² langsung, so lantak lah!!


Tapi.....

ish, mana boleh kita budget semut merah je bukan semut api.. wooohh!
keterpaksaan dan kerelaan amat lah diperlukan..


Pitam.....

p/s : Malam karang upload hasil checklist cap ayam, hasil tulisan tangan pun cap ayam...

Thursday 22 September 2011

Dipatuk Ular

Semalam mimpi kena patuk ular..

Sebelum nih pun selalu mimpi ular, tapi asal nak patuk je aku dah lari cabut tak tau lah atas sebab takut, geli, atau apa² je lah dan ada sekali tu ular nak datang patuk tapi ada siapa entah dalam mimpi tu jugak tarik aku.. ish rugi hahahahahaha..gilos mainan tidur

Tapi yang semalam, mimpi dia macam nih..

Dalam himpunan ramai² tu, kira macam ada pertandingan lah siang ikan dengan ular² sekali.. termasuk lah aku masuk pertandingan tu. Bila tengok jer ular aku terus gelabah rasa macam nak berlari dah tak cukup tanah, last pergi ke booth kawan aku nih konon nak mintak tolong dia lah cakap aku tak boleh dengan ular nih tolong lah aku.

Pastu aku pun duduk kat atas dinding pendek, tak perasan yang kepala ular kawan aku yang belum disiang tu menjengah kat tepi pinggang sebelah kiri aku.. dari tepi aku dah perasan tapi takut tak tau nak buat apa dah.. redha je lah wooiii ular kau nak buat apa nih, geli ya amat..

Sekali paaaaaapppp! aku rasa kena patuk kt tepi pinggang kiri aku.. terus surrender, tarik diri dari pertandingan gelong tu.. menyumpah seranah tak payah cakap lah.. carut² semua terkeluar.. hahahahaa

Dah tu terus terjaga, dah pukul 6:30, kurang asam betul ular nih.. aku dah kena pinang lah woiii... kahkahkah

tadi search gambar ular yang betul kat google, sekali aku geli meremang bulu roma terus cari yang cartoon... hahahaha

Bila story kat orang mesti dorang cakap ada benda elok dengan tak elok, aku pun search jugak, kalau mimpi kena patuk ular insya'allah akan dipinang /  mendapat suami. kalau mimpi ular belit badan kita itu berkemungkinan ada orang nak hantar sihir untuk kita..

Tapi ni mainan tidur.. tapi jangan lah dok main tidur mimpi ular lagi.. sumpah aku takut lebih daripada nampak hantu.

* Sakit mental aku bila bagitau mimpi ular kat Motivator, ditanya nya berdarah ke tak.. weh! mimpi lah semua terjadi sendiri, tak sempat nak kelebek sendiri berdarah ke tak.. cuma rasa lenguh².. hikhikhik

** Mak aku lagi best, aku mesej bagitau.. jawapan dia.. " ada lagi lah tu orang teringin kat adik.." wakakakaka.. apa nih mak, ish...nauzubillah simpang malaikat 44. 



p/s : Diriku sang setia... =P


Wednesday 21 September 2011

Ikea Food

Sedap ni weh kalau dapat makan time hujan camni... meatball sedap, fish & chips sedap, salmon sedap, Daim cake sedap...fuhh!

Last makan awal bulan Julai haritu.. nak lagi.....

Ikea Food

 
Meatball

 Fish & Chips.

 Salmon Sauce Lemon
*betul lah kot nama tu...hahaha

Daim Cake

Pictures By : Google

hahahhaaaa.. ni sebab aku sedang kesejukan hujan, lagi lah lapar.. ^^,

Merisik

Sekarang nih aku dah boleh dengar radio dalam kereta, hahahahaha siapa yang selalu naik kereta aku mesti tau yang aku jenis dengar radio secara berbisik.. hehehe

*ok, lari topik..

Pagi tadi dengar hot chat kat hotfm cerita pasal Merisik, samada masih digunakan @ sekadar tak ada pun tak apa..

Kalau bagi aku memang aku nak orang datang merisik, even orang akan cakap kuno.. tapi itu adalah adat yang masih bagus untuk diguna pakai.. kang tak dirisik kau tau samada perempuan tu betul² belum kahwin..? tau..? hahahaha

Tapi tengok pada kes lah, macam aku merisik dan bertunang sekali harung sebab jarak kampung masing² jauh nun... kedah ke negeri sembilan ^___^

Rugi kalau tak nak dirisik.. aku dapat cincin walaupun family tak mintak..hihi

Cincin Belah rotan

yeahh! see.. dapat 2 bentuk, tq darl...

Jari kejong mak aku cakap, sikit pun tak nampak kelembutan.. mak, i'm brutal.. kahkahkah =P

ok, bai....


Tuesday 20 September 2011

Mari Masak : Tiramisu Kasih Sayang

Cewah, macam blogger masakan..ekekeke
Resepi punya title tak boleh blah.. sayang nak makan tu kira kasih sayang lah kannnn.. hiks =P 

Ahad lepas ada buat open house orang bujang.. tak open sangat panggil tak sampai 20 orang, hahahhaa =D
Sebelum start dah teringat nak snap gambar bagai tapi, hampeh.. tak menyempat a.k.a malas!


Ini je yang masih berbaki sebab makan secara jimat, susunan yang sangat messy biasa lah buat kerja tengah malam hehe.. tiramisu yang sangat simple dan gila kentang sedap. cewah! bukan puji diri sendiri tapi tuan empunya resepi ni yang kreatif..huhu

Bahan-bahan

200grm Cream Cheese
250ml Whipping Cream
1 biji kek span (coffee) - aku beli kat giant
1 sudu nescafe
1 cawan air panas
1/2 cawan gula halus - aku letak tak sampai separuh

Cara
  • Potong kek kepada 3 bahagian, lepas tu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.
  • Pukul cream cheese, whipping cream dan gula sehingga kembang dan gebu
  • Bancuh nescafe dengan air panas
  • Siram 1/3 cawan nescafe ke atas kek yang telah disusun tadi
  • Sapukan 1/3 adunan cream cheese, whipping cream dan gula tadi ke atas kek
  • Ulang sampai habis (3 lapisan)
  • Permukaan atas sapu adunan tadi, supaya senang dihias sebelum dihidangkan (aku tabur sebuk coco)
  • Simpan dalam ice box, sedia untuk dimakan..huhu
 Cream cheese tergolek kat atas tu sikit akibat ketidaksabaran snap gambar sambil ngappp.. hehehe

Hari tu Puding Triffle pun ada buat tapi tak sempat snap gambar, licin.. lain menu tak nak bagitau kang ado yang kato den riak..hahahhahaha!!!

p/s : Resepi asal click pada link yer sayang intan belian

Monday 19 September 2011

Wayang : Hantu Bonceng (Full Movie)

Hai...wah! berapa minggu aku cuti untuk Wayang nih..hehehe
harini i nak bagitau u'alls, i tengok Hantu Bonceng (Full Movie) kat Semakness Tube
hahahahahahaa..kelasss tak niiih..? ekekekke


Dah tak payah susah p tengok kt panggung, tak payah langgan Astro yang macam  chipsmore tu yang nih free.. meh layan kat Semakness Tube, jangan tunggu lelama kang kena banned apo pun tak dapek kan.. ^____^


p/s : Sorry...dah berdekat tak blogwalking secara marathon, walking secara rawak sajo...

Thursday 15 September 2011

Kawan Apalah Macam Ni..

Pernah terkena tikaman dari belakang oleh kawan sendiri..? bukan tikaman luka yang biasa-biasa, kalau yang itu dah selalu tapi ini tikaman yg padat berkesan, luka parah sampai berparut.. hah! tu menunjukkan betapa aku tak boleh lupa tikaman tu..

Dulu beriya salahkan aku..ye lah manusia mana pernah nampak salah sendiri macam aku jugak tapi peristiwa nih sangat menyakitkan.

Disaat aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan apa yang kau buat pada aku, kau tak nak terima persahabatan aku.. kau jurangkan lagi adalah.

Agak keterlaluan aku malu pada ketika aku add semula kau kat FB tp kau reject aku.. ingat..? mesti dah lupakan.. padahal orang yang sepatutnya boleh buat macam tu adalah aku sebab kau yang buat dajal dengan aku..oh dear, u're so sweet.. accept aku pada dasar 5-8 saat then lepas tu remove..? good job..

Aku lupakan jugak..aku diamkan saja.. Mr.motivator cakap tak apa andai orang tak nak berkawan dengan kita, sikit pun tak rasa rugi..thanks darl..

Dan sekarang setelah setahun kau muncul untuk apa..? nak korek rahsia apa lagi dari aku...?

Aku memang dah maafkan, aku nampak jahat.. tapi hati aku sweet kau tau..? hahahahha maaf tetap aku maafkan, cuma aku terlalu terkilan.. bukan aku nak segala budi dibalas.. at least layan aku sebagai kawan yang pernah kita susah senang..

Aku lebih percayakan kawan yang jauh di mata tapi sentiasa ingatkan aku, yang sekali sekala bertanyakan khabar aku..

p/s : Andai kau terbaca.. terima lah warkah bersyair indah dari aku..wakakakaka =P

Wednesday 14 September 2011

Ikea Or Pakistan...?

Dulu semua barang kat Ikea aku berangan nak beli, asal murah dan cantik nak je capai masuk troli. *Ini ayat akak aku.. hahahhahaha =P

Carpet Ikea : RM 250.00 (5' x 10') anggaran size

Material : Bulu Tali..
Betul ke tali entah lah..hehe

Carpet Pakistan Nilai 3 ,aku tak tau nama carpet apa, aku letak pakistan sebab pakistan yang jual,ekekee. mungkin shaggy carpet kot.. =D
:  RM 100.00 size sama seperti Ikea

Material : Bulu Benang
Permukaan lembut dengan bulu benang tapi sedikit keras pada bahagian bawah (tapak)

Mana satu jadi pilihan..? 

Rata² orang cakap barang Ikea berkualiti, tapi untuk Carpet hitam tu aku tak bersetuju sebab baru 2 bulan guna dah nampak kusam.. tak berbaloi bagi aku RM 250.00 tu walaupun Ikea, hahahaha

Aku pilih beli dengan pakistan, murah sebab aku sangat berkira. walaupun nak masuk kedai Pakistan nih kena tahan nafas 45kali.. siapa yang pernah berselisih dengan Pakistan u'all mesti tau nok... hahahahha

Aku nak beli jugak tapi color lain laah mengikut tema, aku bagitau akak aku dia gelaknya color yang aku cakap tu..cissss! color apa terpaksa di rahsiakan wakakakakaka.


p/s : Darl.. nak meniaga carpet online boleh..? tapi sayang..harga dah bagitau, tak untung nanti...huhuhu



WW : I love You

Tuesday 13 September 2011

Minum Petang Jom....

coffee separuh cukup lah..

Biskut raya, samperit dahlia..

Minum petang yang masih dalam mood raya, hari² bantai biskut raya.. sebenarnya bukan tea time ja, lain time pun aku belasah makan..huhuhu

Monday 12 September 2011

Makan Lewat Malam

Spaghetti goreng.

Baru nak makan malam walaupun dah pukul 11 lebih.. huhu tadi kenyang rasa eh makan kodok bilis yoo.. ni tekak mengada, layan yo lah apa yang ada dalam ice box tu.. asal kenyang =D

p/s : Text yang dekat gambar tu aku tiru style si cantik manis Leeza.. kihkihkih cun jer tengok dia buat =P


Gedik

sumber : google

Gedik sungguh color template aku, kihkihkih.. mengantuk pulak tengok putih tu rasa nak terlelap.. dah la tak ada kerja hari ni...huhu

ok, bai...

Putih Itu Bersih Menawan

Dah lama teringin nak publish gambar wedding kawan aku nih, Kak Mieza cantik ^___*

Jom review..

aku memang obses sangat dengan color putih, cantik gilos

Semoga bahagia :)

Cantik kau kak..teringin jugak pakai rantai yang dekat dahi (tak tau apa nama eh) tu macam ala² arabian gitu, hikhik tapi dengar ustaz cakap tak boleh..wa'allahualam..

Kalau dah lepas akad nikah kita pakai tak apa kan, sebab suami tanggung dosa kalau dia tak halang, wakakakakkaa.. gelong~~~

Baju dia pun cantik..nooommmm, noooom... =P


p/s : Totally in love with Putih =P

Friday 9 September 2011

Berguna Hanya Sekali

Salam tengah hari.. ;)

Menjengah blog sana sini jadi silent reader untuk sementara untuk cari info² yang berguna, hahahha tak buat kerja la aku harini.. =P

Banyak benda yang aku berfikir kalau boleh tak nak ada or tak nak buat, andai hanya digunakan sekali SAHAJA..huhu membazirkan..? tak mau woo...Tuhan marah kita membazir, ok ^_____^

Cadar pengantin - Nak cari yang solid sahaja yang macam kat Ikea tu, hehe sebab nanti boleh guna lagi kalau beli yang kilat pengantin tu gila apa nak guna lagi..malu i.. hahahah =P

Ini yang paling top dalam list yang aku kalau boleh tak nak, tapi kalau ada orang sponsor troli aku tadah...hahaha.

Pernah mak aku cakap suruh beli, aku tak nak jugak² sampaikan aku cakap kalau nak ada jugak aku cakap nanti kita g beli kain satin dan ropol² pastu mak jahit..wakakakkaka, pedon kepala mak aku layan anak eh yang gelong..huhu =P


Teruja dengan design yang macam nih, tapi bukan color tu..huhu
price tak tau lah pulak, ni blogwalking secara rambang =D

Sumber : http://galerilangsir.blogspot.com


ok, bai...

Wednesday 7 September 2011

Review : Make Up Artis

MUA aku dikuasakan oleh Kak Fadh, yang mana aku tersangat lah puas hati.. macam akak aku kata aku nih terlampau cerewet dia takut kang mak andam aku sakit mental layan aku.. hahaha.. tapi alhamdullillah, dengan jayanya Kak Fadh laksanakan muka aku.. ;)

ngeri tak nih tengok muka aku..? huhu kena edit tang ruang² yang sepatutnya.. aurat, huhu


Sangat mudah bekerjasama dengan Kak Fadh nih, aku cuma bagitau mata aku kecik dan sepet.. then dia pandai² lah buat, langsung tak menghampakan....hihi

Pengambilan Kak Fadh nih adalah last minute, one week before majlis terhegeh-hegeh baru nak cari. dalam pencarian secara rawak di intenet aku jumpa blog Kak Fadh..mesej tanya dia cakap available, terus bank in deposite..setel ;)

Hasil.

 Tengok, make up ku tahan panas...tak cair pon...huk² *riak

Sesiapa yang berdekatan boleh lah ambik Kak Fadh jadi MUA korang, Kak Fadh tinggal di Seri Kembangan ;)

p/s : Andai berkesempatan, teringin ambik Kak Fadh lagi untuk nikah nanti, insya'allah..amin ^______*




Dapat Doodle Free

Tengok nih, bertuah sungguh aku dapat doodle free daripada Lady Jaja,  ^_______*

Aku pun tak tau apa tu doodle, dapat tau pun dari Lady Jaja ni jugak.. tapi masih tak reti nak buat :P

Merahnya mak ngah...hihi ni mesti sebab aku show pic. aku pakai shawl merah terang.. hihihi i loikeeee :D

Merah-merah cili padi,
mekasih nanti buat lagi.

hehehheheheheh ^___________^

Tuesday 6 September 2011

Dugaan Tetap Dugaan



Betul cakap orang dugaan masa bertunang terlalu banyak, kalau dugaan yang kecik memang banyak kalau yang besar tak larat nak hadapi.

Dugaan demi dugaan, krisis demi krisis..setiap saat jugak berfikir jalan yang betul, mana satu paling utama. adoiii.. -.-"

Dulu boleh je tolong kawan-kawan bagi kata-kata peransang bila time sendiri nak buka kata pun rasa tak mampu.

Dugaan ni bukan datang dari sudut perhubungan tapi bercangah dan bercabang, datang dari pelbagai sudut semata-mata untuk sebuah bahtera kebahagian kelak.

Cerita kahwin senang, selalu orang cakap ada duit kahwin lah..kalau ada jodoh kahwin lah.. semuanya tak semudah itu ingat ada duit kahwin boleh jadi mudah..? ingat dah ada partner senang nak kahwin..?

Banyak liku yang perlu di tempuh..banyak ruang yang kita perlukan

Mudahan segala yang terkusut dalam kepala aku malam ni terlerai selepas bangun tidur esok hari.. insya'allah!

Motivator yang mempunyai semangat waja, thanks darl.. ;)

Ziarah Arwah Abang



Raya haritu satu family ziarah kubur arwah abang aku, dah 2 tahun berturut² aku tak boleh pergi pada pagi raya, tahun nih alhamdullillah.

Ya Allah...gila aku rindu dia.

Walaupun masa dia meninggal tu aku aku masih kecik tapi aku sangat terasa. Langkah pertama masuk kawasan perkuburan tu sungguh aku menitik air mata, langsung tak dapat tahan lagi² masa baca doa, siram air atas pusara tu..Ya Allah!

Renung mata mak dengan ayah aku pun terdapat raub wajah yang sama.

Sambil bersihkan kawasan pusara dia, mak aku bagitau yang abang aku adalah ahli Syurga yang akan menanti ahli keluarga di Syurga kelak, insya'allah. Meninggal pada umur 11 tahun, dah 23 tahun pun beliau meninggalkan kami.

SHAZALI BIN SHAARI
1977 - 1988

Kami rindukan abang :(

Al - Fatihah

p/s : Gambar tu aku dengan arwah..sweet kan..? abang aku macam anak mat saleh tapi aku gemok dan botak..hihi..memories ;)

Monday 5 September 2011

Ubah Cara Pemakanan Waktu Pagi

Pagi ni memang betul tak sempat nak singgah beli breakfast, jammed teruk kat exit UPM setengah jam tersadai.. sakit hati tak pernah² jammed kat situ.

Sekarang ni baru free sikit, jenguk masuk blog perut pulak mintak diisi tapi malang takda apa yang boleh direkah biskut raya lupa nak bawak.. dan² teringat nak makan Conflakes dengan susu hehehe.

sumber : google

Nak pulak tu siap ada buah-buahan kan, masam² manis..

sumber : google

Nak try diet pemakanan yang seimbang, selalu setiap pagi bantai nasi lemak kukus.. petang nih jugak nak beli conflakes c/w susu HL...kahkahkah

Semoga project baru berjalan dengan lancar, jangan susu ja licin sudah...huhu


p/s : Darl...no more western food Lamb Chop, Chicken Grille & etc..cholesterol!! start from now only koko crunch & conflakes.. huhu:P


Sunday 4 September 2011

Review : Hantaran For Me

Hari tu aku dah review hantaran aku untuk the other side kan, harini baru nak review hantaran daripada the other side untuk aku..huhu gila lembab update..hihi

Lambat pun disebabkan gambar tak cukup lengkap, nak kena crop sana sini tu yang paling malas..

Sireh Junjung

Buah-Buahan

Cincin (rupa cincin di rahsiakan..sebab sangat kecik..hihi)

Coklat

Kek

5 dulang keseluruhan berbalas 7 daripada aku (abaikan abang aku kat belakang)


Tema lelaki : Biru Kuning
Tema perempuan : Emas Tembaga..kihkihkih


Friday 2 September 2011

Bermaafan - Maaf Zahir & Batin

Lama tinggal dunia on9 nih, lappy tak sempat kosong ada jea umat yang guna.. nasib baik achu ni baik huhuhuhu *masuk bakul :P

Tak banyak pic.raya nih, entah siapa terlebih rajin delete pic. dalam memori card.. semalam tengok tinggal 3-4 kerat ja..ish

ni anak buah yang paling bongsu, setiap kali pagi raya mesti dia buat drama sedih..menangis teruk touching sedih.. wakakakaka kitaorang yang menunggu ni pun menangis sebab terlebih ketawa..

Ni kot yang paling banyak buat dosa dengan semua orang sebab tu sedih melampau.. :D

Ni part muka aku yang paling senonoh dalam semua pic. yang dah kena delete.. abaikan penggunaan tudung hitam baju kurung biru, ni namanya express kasi sarung saja..huhu


Last..esok dah kena balik Nilai dan Monday bekerja seperti biasa.. mudahan esok tak jammed teruk.. ;)

SELAMAT HARI RAYA lagi..
raya kan sebulan..hehhe :D