Tuesday 31 May 2011

Kasih Yang Suci - Teringin Nak Beli


Teringin beli on9 novel ni kat Karangkraf Mall baru RM17.91 hehehe
tapi takut kena marah atas dasar membazir,
sebab aku dah baca novel nih berzaman dulu tapi pinjam je la
then, sekarang pulak Nora Elena..

Tapi............
kalau nak beli untuk buat koleksi tak boleh ker..?
nak search ayat yang kesian dan meruntun jiwa la
baru ada yang kesian, izinkan beli..hauhauauaa
step order sini


p/s : Price tu valid sampai 31/05/11 saja.. :)


Oh..TNB Tak Cukup Untung Lah

Apalah semua orang kecoh² bising² pasal tarif elektrik naik,
biarlah..TNB tak cukup duit doh walaupun berjuta²
keuntungan dicatatkan every year..syabas kan!!
Aku bangga, orang yang kaya ni duit tak pernah rasa cukup
sebab tu kadang kala tercekik orang lain pun takda rasa bersalah,
especially rakyat MALAYSIA kasi besar sikit

Walaupun tarif elektrik tu percuma untuk kegunaan RM20 ke bawah..
bijak..berapa lah sangat manusia dalam satu rumah 2-3orang..

Macam ni la bagus, harga petrol dikekalkan untuk beberapa bulan,
tarif elektrik kasi naik..then, after beberapa bulan harga petrol pulak
tak dapat ditampung, perlu dinaikkan..subsidi tak cukup pulak,
tarif elektrik tu diturunkan balik bolehkah..??
apa aku taip nih..haish..takpa aku faham

It's ok, don't worry..rezeki Tuhan bukan kat tangan sesiapa.


p/s : sangat annoying...




Monday 30 May 2011

Karak Yang Hamprak

sumber : google

Filem Karak yang hamprak pernah aku tengok,
plot cerita yang entah apa²..pelakon pulak macam tangkap muat.
Shahir, Along Eyzendy, Sheera Ayob & Kilafairy.

Kilafairy tu entah macam mana jadi pelakon, berlakon pun dah
macam cacing kepanasan melentok liuk sana sini, 
filem seram dah jadi macam filem lucah pun ada.

Kalau sesiapa yang teringin sangat nak tengok p lerrr..
tapi aku cukup menyesal RM26 untuk filem nih,
lagi bagus kalau masuk slot Cerekarama saja.

Nak bagi bintang pun tak sampai hati, aku g tengok disebabkan 
filem terbitan KRU tapi amat laaaaaaa......ish :-/

Cuma dalam filem ni just nak bagi kesedaran pada kita tentang
pentingnya mengetahui apa makna disebalik surah² al-quran,
bukan setakat menghafal saja tapi langsung tak tau kandungan..

Bila dah ending baru aku faham, kenapa Nik cakap 
"..Zura yang dulunya ustazah tapi sekarang 
dah berubah jadi ustazah moden.."
Iman tak cukup kuat..ni hantu tu yang cakap...hahahahaha



p/s : Tak payah g panggung cam aku rugi bebenor, tunggu ja nanti keluar kat Semakness Tube
free..kalau tak best pun tak rasa rugi.. ;)

Friday 27 May 2011

Ending Mantera Anjasmoro Yang.............

sumber : google

Menyesal gila every week layan drama seram Mantera Anjasmoro nih,
ending yang macam apa lagi dah..ish

Lagi menyesal semalam aku tidur awal sebab kureng sihat, 
siap set alarm untuk tengok final episod..
rugi aku bangun setakat tengok iklan yang lama nak mampus.

Ending yang boleh menyesatkan..betul entry Beautifulnara tu
Tak mungkin kuasa Tuhan tak boleh lawan kuasa syaitan.
Perjalanan cerita tergantung.

Pengarah, penulis skrip & TV3


p/s : Nampak lah sangat, producer nak wujudkan Mantera Anjasmoro 2..haha kirim salam laaa..

Bernanah

Bernanah jantung, limpa, hati, paru² buah pinggang 
dikala aku punya lah busy dengan segala document yang kena submit
on time tapi ada manusia yang menusuk nanah aku 
berlenggang kangkung mak inang, berpesta on9...

Kekonon banyak sangat task harini, sampaikan company punya 
email address pun kau hadap sampai pukul 4.05pm sekarang.
Sedangkan aku baru lunch pukul 3 tadi.....
dasarr...

Entah apa punca click² kat email tu, ada iklan Nuffnang kah.....?

Thursday 26 May 2011

Nasib Baik Sakit Sikit, Kalau Sakit Banyak Meninggal Macam Umi

"Nasib baik sakit sikit, kalau sakit banyak meninggal macam umi.."
ini lah ayat Mariam yang paling aku tak boleh lupa, hehe
ayat yang paling touching dan pedih..

sumber : google

Ok, semalam dah pergi tengok..tak reti nak preview
cuma boleh cakap, SUPERB, CEMERLANG, TOUCHING! 
sangat cantik laaa view kat Jordan 4.5 bintang aku bagi, 
lagi 0.5 tu disebabkan ending anak Adam & Nur Amina
ialah Zain..macam tak kena pulak, rasanya Aaron Aziz lagi best
maybe, Kabir Bhatia cari muka yang lebih kurang cam Remy Ishak kot..

Banyak scene terkejut, alaaa..aku kan cepat terkejut,
orang lain langsung takda effect..haha

Anyway, seperti dijangka..sangat ramai anak² bawak mak & ayah
sangat banyak ok, first time aku masuk panggung yang ramai 
pakcik & makcik, kalau lah mak dengan ayah aku kat sini pun, 
aku akan bawak jugak sebab mak aku peminat Nur Kasih..hehe ;)



p/s : Cik Senah tercampak seat bawah..hahaha, full ok sayang..u duduk bawah sambil mengharapkan kumbang disebelah, sebaliknya makcik..thanks :p

Jangan Simpan Air Mineral Botol Plastik Dalam Kereta

'Jangan Simpan Air Mineral Botol Plastik Dalam Kereta'
tambahan lagi, kalau kereta dibiarkan ditengah panas.

sumber : google
Aku dah lama tau, since first time ada kereta..
sebab aku memang seorang yang lalai & pelupa selalu
tak bawak keluar sekali botol air..huhu

Akak aku yang bagitau, air yang dok dalam kereta jangan minum
boleh mengakibatkan kanser payudara,
maybe segala jenis asid dari pembuatan botol tu terhakis,
tapi baru sekarang ni kecoh samada di facebook mahupun blog.

Kalau memang jenis pemalas tak reti² jugak 
bawak keluar sekali dengan hang,
sila guna botol kaca, langsung takda effect 
(tapi tak berapa sure jugak,haha)

Nak tau lebih details baca Sini, aku search secara rambang..hihi ;)



p/s : Terfikir jugak, macam mana yer lorry yang bawak air mineral ni hantar order kepada suppliers..deliver waktu malam kot..

Valley Of The Wolves : Palestine

Sejak malam tadi dah kecoh mengenai filem nih,
menurut Puan Piyah filem ni tak boleh ditayangkan kat Malaysia ni
simple word is telah diharamkan.
Tadi aku try search kat Youtube, tapi malang sekali mungkin 
dah di delete oleh manusia aku pun tak tau siapa.. 
official trailer saja yang tinggal.

Sangat teringin tengok nak tahu betapa jauhnya kejahatan Israel, 
membinasakan umat Islam Palestine. 



p/s : Nak tunggu tengok kat sini http://semakness.com kot² ada, hiks ;)

Wednesday 25 May 2011

Tiket Nur Kasih Dah Beli

Tiket wayang filem Nur Kasih dah beli..
tayangan pada malam ni..
RM 8 x 3 + petrol + memonteng after lunch hour setengah jam 
= RM ______ ++
Cik Senah & Cik Embun

Esok preview, kalau malam ni jugak tak sempat..mesti mengantuk..
tu pun kalau rajin..ekekekekeke

Sekian

Padan Muka Eid



Abaikan title,hehe tu touching sebab Nora Elena episod semalam :D
Selalu orang cakap wanita baik hanya untuk lelaki yang baik,
meh nak tukar, lelaki jahat hanya untuk wanita jahat, 
Eid sila ambik Yvonne..hehehehe

Aku rasa Seth Tan tu la perogol Nora Elena dulu,huhu

Cik Embun cakap dia rela maafkan andai perogol itu
Seth Tan a.k.a Aaron Aziz
dasar memandang luaran kan..hahahahaha

Akak aku pulak cakap, malam pertama nanti Nora Elena akan
terperasan yang perogol itu ialah Seth Tan,
sesuka hati hampa buat sinopsis.


 p/s : Syahdu lagu Berubah ni..sayu owh..

Plants vs Zombies

sumber : google

Kegilaan yang terbaru sejak balik kampung last 2 weeks,
game Plants vs Zombies, hahahhahahaha
ini semua anak buah punya hal, asik main game ni sampaikan
orang lain nak pegang pc pun tak boleh.

Mula² mengutuk budak main game entah apa², baik main game Mysteries Case File
ada jugak faedah cari barang buka kamus
Last² aku tercuba jugak, sampai sekarang dok addict
langsung tak boleh on lappy mesti nak melekat ja dengan game ni.

Tapi tak tau nak download kat mana sebab aku copy dari folder anak buahku sajo ;p
bijak aku nih, kahkahkahkah mana reti aku nak download

Tuesday 24 May 2011

Api Lawan Api

Selalu kedengaran kalau orang tua² berborak pasal jodoh,
dorang akan kira wording kita punya nama tu untuk menentukan
samada Tanah, Api @ Air..

Tetiba time pengiraan nama aku dengan bf aku jadi API + API
hahahahhaha..
biarkan api lawan api baru power kan, kot² keluar bola² api time gaduh..hikhik

Alah..aku serahkan pada takdir, andai berjodoh adalah..
walaupun berliku, berduri.....huhu



p/s : akak aku konon macam bagus la tu, time kira tu dia kena AIR..
eleh padahal dia lagi selalu berperang buang habis hp bagai..wakakakkaka :P            
      

Monday 23 May 2011

Sedetik Lebih - Saya Sedang Gilakan Lagu Ini



Buat masa sekarang ni aku tengah gilakan lagu ni
then aku dah tak kira siapa pun pun yang nyanyi asalkan
nada asal tak di ubahsuai..ngeee..~~ ;)
rasa sangat syahdu oh..

This Is Personal Blog

Yeah..
dah ada blog baru..
entah dah ke berapa kali..
tapi kali ni personal punya story.
sesiapa yang rasa nak muntah, sila laa laju² sediakan plastik :p