Monday 29 September 2014

Musykil

Assalammualaikum,

Aku kan macam musykil sikit lately..bukan apa ketumpuan si Dhafea ni..haha (ayat apakah).

Macam lain-lain toddler sebaya dia kan dah pandai buka drawer, kalau barang atas meja akan sepah-sepahkan. Macam haritu raya rumah inlaw siap letak kuih raya dengan segala cawan piring atas coffee table setiap hari tak pernah simpan tapi si Dhafea ni sikit pun tak usik. Aku tanya BS, dia letak balang kuih raya semua atas coffee table camtu Dhafea tak usik ke takut pecah. Dia cakap Dhafea tak pernah usik, tak pernah pun dia pergi situ telek belek bagai. Kalau panggil dia datang pun dia cakap tak nak. huhu

Aneh tak?

Ke aku yang over ingat anak aku aneh. Macam tak alert ke camna..?hehe

Tapi kalau toys, books ke baru dia pergi usik main. Kes tu baru bersepah rumah. Dia tak boleh tenang tengok toys dia dalam bakul bersusun rapi, kemas seminit tak sampai kejap tu dia g sepah semula.

Drawer pun macam tu, rumah BS kemain banyak drawer. Frame gambar semua ketinggian yang dia boleh capai tapi BS cakap dia tak pernah capai..kahkah aneh ke pulak anak aku ni. Rumah aku ada satu drawer je pun dulu pernah jugak dia buka main tapi memang tak letak apa-apa pun. Sekarang ni dia tak heran. Dia lagi suka masuk bilik tolak pintu almari yang sliding tu..siap masuk duduk dalam tu. Pastu suka main meja solek (tak ingat panggil apa), suka lah kutip deodorant, sikat, jam, cincin semua masuk beg dia. Kalau hilang cari je la dalam beg main dia tu mesti jumpa.

Paling dia suka ialah kunci. Dapat kunci apa pun semua dia ghodok nak buka. hahaha

Ke memang ada anak orang lain macam ni? jangan laa ada yang pandang anak aku tak normal sebab tak pandai main drawer bagai..kihkih.

Yang aku perasan Dhafea ni suka barang kemas, datang la sesiapa pun, yang pertama dia akan tunjuk dan tanya, gelang, cincin & rantai "ape tuuu...?" sambil belek-belek gelang rantai orang tu. Nenek dia selalu la jadi mangsa sebab banyak gelang hahaha adoii sampai aku fikir amboii mami jarum sangat ni.

Hope walaupun cara dia main tak sama macam toddler lain, ianya normal..hehhee


Till then,


Friday 26 September 2014

Suka Oat Daripada Nasi

Assalammualaikum,

Dhafea ni kan dah datang angin kus-kus susah nak makan nasi. Kalau dulu nasik or bubur kemain bekal aku bagi ke bs semua selesai siap bs tolong cucikan thermos.

Sekarang haram lah nak habis, kadang bukan kata nak habis secoet ja yang dia makan. Dia lebih suka makan lauk orang dewasa. Tapi itu pun ikut mood. Dulu pasta ok dia makan pastu tak mau, kalau sup-sup pun bolayan..eksyen kemain macam dah besar sangat.

Hari-hari aku bangun masak cuba nak pelbagaikan walaupun mak ni tak reti pun masak..kahkah. buah ja licin dia makan, kuih tu kadang habis, ikut mood dan kesedapan.

Sejak seminggu dua ni dia tidur awal. Memang awal pukul 8 mata dah kuyu, tambahan kalau tak ada orang layan, ayah dia belum balik. Aku tak terlayan, tak reti aku nak main..hihi Kalau dia tidur awal sah-sah tak sempat dinner. Bila dia tak dinner aku la paling kena makan banyak, nak produce susu la katakan.

Esok pagi dia bangun awal, seawal jam 5:30-6.00 aku pun bangun terus masak air bagai, dah tahu dah karang dia akan mintak nak makan.. "bu..atan" "bu..nak amam" "bu..oat" hahahah see dah masak perangai anak. Pagi-pagi subuh aku bancuh rolled oat, instant ja la senang..hihi aku bancuh oat dengan susu ja pun, kalau tak ada fresh milk aku guna fm yang mana ada, lebihan sebelum ni dia reject tu. Hanya oat dengan susu ja aku buat. Pemalas punya mak kan? dulu kemain rajin oat+raisin, oat+kurma..la ni oat+susu hahahaha

Kalau oat dia boleh habiskan 2mangkuk. Kalau nasi 3-4 suap ja. Berbeza sungguh. Kadang-kadang kalau dia fussy dengan nasi aku buat oat, lega dia makan..hehe

So harini busy google resepi oat, ramai ja yang masak oat letak ayam daging bagai tapi aku rasa "eh boleh ka masak gitu?" hehe rasa nak try laaa letak lauk tengok anak dara tu nak makan ke idok.

Ada yang bagi advice kat aku, daripada makan oat baik lagi cerelac semua lengkap macam piramid makanan.. krikkk krikk krikk

Eh, pastu akak aku lagi laa selalu argue dengan aku. Itu next entri la kang panjang berjela, aku sendiri malas nak baca semula.haha

Ok, bai..





Thursday 25 September 2014

Manager Gila Kuasa Jadi Menejei

Assalammualaikum,

Aku ni geram tahap nak telan orang kat ofis ni, dengan sekor manager yang perasan Ya Rabbi. Dia manager untuk department dia ja pun tapi dia selalu anggap diri dia tu berstatus boss ketiga..hahah sebab sini ada 2 boss. Podahhh!

Dia ingat dia laah manager tertinggi kat sini, sumpah meluat.

Selalu dia cakap ofis staff pun semua nak buat apa kena bagi dia tahu..hahah kesian kat hang gila oii. Aku dengan budak-budak ni senyum sipi-sipi sikit lagi nak cirit.

Kalau aku dengan account buat payment untuk suppliers, sub-contractor semua dia nak ambil tahu. penyibuk! katanya kita orang buat apa-apa semua tak bincang dengan dia. hahahha what the hell! who are you? GM kah? kahkahkah Simply dia ja kalau dia tengok cek tu tak memuaskan hati dia, dia suruh buat baru, tolol gila perangai hantu raya.

Dah itu amount yang boss approve. Aku serius kesian kat dia, kesian sebab dia sorang-sorang berlagak boss tapi tak ada orang heran..huhu

Dia ni banyak kes, bawak perempuan pergi sana sini tidur sana sini. Budak drafter pernah naik kereta dia, buka ja pintu nak masuk selambak "chicken wings" (baca : underware) bawah seat, atas seat. Taubat geli..hahaha Dia anggap ofis ni macam rumah dia, aku selalu kalau isnin ja mesti check CCTV apa dia buat..hahaha

Dia manager yang stay kat ofis ja tapi sibuk nak kereta company, jenis angin bodoh perangai kalau kita p tegur dia. Bagi dia kita orang semua ni orang bawahan dia, tak layak tegur...bahahaha tapi aku dengan account selalu laa kalau bab gaji dia, ada tak kena memang potong habis, tak ada nak tanya "eh bulan ni nak deduct berapa..?" macam orang lain aku akan tanya, untuk dia pergi mati..kahkah sebab dia selalu bawak masalah bagi aku, jenis tak reti nak punch card, tulis sesuka hati. Boss pun macam dah kena mandrem, ikut ja apa si menejei tu buat.

Ni dia cuti esok dengan lusa. Aku paling bahagia. Meluat tengok. Nasib baik aku tak preggy kangggggggg...haaaa nauzubillah. Dia ada kes kurang ajar dengan aku, cakap macam aku adik² mak tiri dia. lol salah orang, ingat aku perempuan suka hati hang nak maki. Husband cakap kalau dia ada buat apa² bagitau ja.

So far belum lagi..cuma aku tak tahan dengan perangai perasan boss dia tu la..hahahhahahahahhahaha lawak

ok, bai ada orang datang nak interview..mihmihmih




Tuesday 23 September 2014

Aku Penakut.

Assalammualaikum,

Aku sememangnya seorang manusia yang penakut, sejak azali memang dah penakut.

Bila tengok si Dhafea yang kadang-kala takut tak tentu hala tu, aku mesti teringat diri aku yang penakut ni. Dhafea punya perangai, kalau aku panggil dia secara tiba-tiba dalam ayat yang kalut-kalut dia mesti berlari ke aku laju-laju dengan muka gelabah..haha padahal aku bukan cakap "haaa kat situ ada hantu" "haaa pergi lah nanti tiger datang" kahkah aku selalu guna binatang buas laaa idok ler guna hantu bagai, itu omak eh pun takut T_T

Dua minggu lepas minggu paling takut dalam tahun ni bagi aku, hihi. Last two week jugak husband 4hari berturut-turut balik lambat. Ayah kawan dia meninggal dunia, so 1st day dari tempat kerja terus tolong uruskan jenazah. Aku jenis tak boleh dengar orang meninggal, terkesan. T_T

Bila dah pukul 8:30malam aku call tanya lambat lagi ke nak balik, aku nak mandi..huhu (baca : Dhafea suka mengekor kalau tak ada orang teman dia). Dia cakap lambat lagi liang lahat belum siap. Gulp! aku lagi laaa jadi takut, see penakut tahap gila.hahaa padahal duduk dengan anak.

Esok lusa tulat semua tu dia pergi tahlil. Every night tidur aku tak tenang selagi husband tak balik.huhu dia bukan setakat baca tahlil tapi kena lah tolong apa yang patut kan. so lambat lah sikit. Dalam malam-malam tu la konon aku rasa orang perhati, orang bercakap..kahkahkah yang mana aku rasa sebenarnya perasaan aku ja.

Yang si Dhafea ni pulak sebelum tu pun dia selalu laaa tengok ke tingkap cakap "Bilaaa..Bila" "Bila" tu nama anak BS nabila, dia semua seangkatan umur gitu dia panggil "Bila" means "kakak" fuhhh aku rasa seram sejuk. Lepas tu suka sebut "nenek" tengok aku ja "nenek..nenek". Kadang-kadang husband pun seram tetiba malam-malam suka sebut "nenek".

Now aku tahu apa dengan "nenek" tu.."nenek" tu sebenarnya "nenen" bahahahhahahaha geram aku budak kecik ni. Sebabnya bila aku sedap landing dia datang menyelak baju dia sebut "nenek..nenek" puas dah aku ajar "nenen" tapi jadi "nenek" haha

Eh, macam lari topik.

Aku tak suka kalau bilik gelap tapi pintu tak tutup rapat, aku rasa ada orang dok tengok. Bila mandi aku tak suka pejam mata. Bertadah lah bulu mata aku dengan laluan air.  Kalau tengah solat pun aku rasa ada benda perati, sujud pun aku jadi x khusyuk mata macam nak melilau tengok kiri kanan. Parah! hahaha

So, sekarang kalau husband nak keluar malam ja aku mesti tanya lama ke tak..? nak bagitahu yang aku ni takut, sejak azali dia dah tau pun..cuma sejak dua menjak ni aku rasa kronik.

So how...? hahahhahahaa

k, baii..





Monday 22 September 2014

Dhafea Dan Air Masak

Assalammualaikum,

Terbaca entri Syima pasal air masak untuk Aisya, aku pun sibuk..teringat benda yang sama aku buat untuk Dhafea.

Umur Dhafea 1y4m aku hanya bagi air masak. Start dari 6m air zamzam lepas tu air masak.

Aku tepis segala kejian orang pasal hanya bagi air masak ke anak, tak hilang dahaga, tak ada perisa. haha ada aku peduli?

Selalu disogok bagi Dhafea air oren, ribena, air kotak. buat masa sekarang belum "lut" kata orang kedah. huhu

P la mana pun botol air masak dia sentiasa dalam handbag aku. Keluar makan, pergi mall, balik kampung, kedai sekangkang kera pun aku bawak. Biar orang cakap over, tu anak aku.

Dengan BS pun aku pesan, hanya air masak untuk Dhafea. Air masak suam lagi BS bagi.huhu i loike! Haritu BS ada tanya dah pernah bagi air soya ke untuk Dhafea, aku cakap tak pernah bagi dan jangan bagi Dhafea alah soya. terus tipu sunat. Sampai sekarang air masak.

Air kotak aku bagi setakat ni Dutch Lady full cream saja. No chocolate, no strawberry. Itu pun selepas dia pass minum fresh milk baru aku bagi. Memandangkan dia dah reject botol 100% , senang BS nak bawak pergi school anak dia hantar anak apa semua.

Dengan BS sehari air masak dia mesti habiskan sebotol. Balik rumah aku sentiasa penuhkan botol air masak dia letak atas meja, tengah main dia dahaga dia sendiri ambil minum.

Senang kerja ibu!

p/s : Ini semua perlukan sokongan daripada suami. Kalau aku tak sempat tengok dia yang akan tengok dan tegur. Syukur!


Thursday 18 September 2014

Lelaki Kalau Nak Kahwin Lagi Dan² Ikut Sunnah

Assalammualaikum.

Terkesan sungguh drama Selamat Pengantin Madu TV3 tuuu.

Setiap episod aku tengok mesti emo. Pastu merempan..haha

Geram oiii.

Lelaki ni kalau nak kahwin banyak dan² ikut sunnah tapi benda lain tak mau ikut pulak. lawak ok?

Ni asalkan ada skandal dengan perempuan lain nak kena kahwin, sebab takut terzina. lol bodoh sangat kot otak hang tu..haha habis tu skandal sex skandal sex. Bini kat rumah jadi tukun ka?

Bagi aku yang nama suami ni yang nak kahwin lagi, make sure financial superb. Boleh bertolak ansur, adil saksama (kalau boleh bini pertama diutamakan..ngeh²). Bukannya hang kahwin lain tapi bini² masih bekerja support financial hang, malu oii. Tu namanya belum mampu, paham?

Aku nak cakap lelebih pun takut terkena batang hidung sendiri, pung pang pung pang pastu kena tahi kat muka sendiri.

Keliling aku memang ada yang jadi bini no.2, orang terdekat. Tapi aku tak down kan depa ni, aku support moral..hahah tapi masih berdoa semoga benda ni jauh dari aku.

Yang paling terdekat pun selalu aku pesan mintak husband jadi adil dan saksama, bagi masa yang sama dengan bini pertama. Aku kesian tengok..jaga anak sorang² p sana sini sorang kerja lagi. Tapi dia yang tak mau, dia kata sebab dia dah ambik bahagian bini pertama so dia dah dapat hidup camni ada anak laki pun dah bersyukur (berlinang air mata aku). Walaupun dia dah lukakan hati bini pertama tapi dia sendiri tak mau hak yang lebih, tak adil pun tak apa. :)

Aku cuma kesian anak ja laa.. :(

Aku tetap doakan yang terbaik. Walaupun ada benda yang aku selalu argue pasal laki dia..hahahaha well aku mulut celupar..

Eh, tak sabar nak tengok episod malam ni. Semalam tengok sorang² husband keluar. So aku merempan caci maki kat twitter sambil teriyak bahahahha over kan.. aku sedih tengok fasha sandha sedaya upaya tahan geram amarah sabar. Dengan bini muda hegeh gedik nauzubillah, dah ambik laki orang nak lebih pulak eh minah ni..geram!.

Ok, baii..