Monday, 23 June 2014

Kisah Cinta Monyet - True Story

Assalammualaikum.

Sebenarnya malu nak cerita tapi rasa lawak..pastu dok gelak sorang-sorang, baik aku tulis kat sini..kalau moody boleh jugak baca balik..bahaha

Ini kisah baru lepas SPM kot, zaman baru dapat handphone oiii Nokia 3210 kot yang 1st edition tu..huhu

Mamat ni aku kenal dari sepupu aku, dulu meniaga apatah berjiran dengan paklang aku, gitu la kot ingat-ingat lupa. Sepupu aku ni selalu datang rumah aku, so dari situ aku kenal mamat ni nama tak ingat so aku cipta nama sebagai 'Amat' ja lah..kahkah

Mula-mula kenal gitu-gitu, pastu macam mana tah dia tertangkap cintan. Aku ni payah sikit lagi pulak tak tau rupa macam mana. Selalu bergayut phone ja sampai panas telinga berair tahi telinga. Pastu dia jenis call tengah-tengah malam 2-3pagi sebab berniaga kan.

Aku pun layansssss..yang lawaknya dia setiap malam akan send meseja cinta berbunga-bunga..wakaka benda tu bukan dari dia tapi dulu kan boleh request dan mintak send ke no.phone sesiapa yang kita nak.. gila laa..'Amat' ni jenis leleh.. aku jadi meremang, haha tapi bengongnya aku masih layan.

Then, one day dia ajak jumpa..omg! aku part ni scary laa..aku suka imagine orang macam-macam. So jiran aku a.k.a kawan aku pun teman la p jumpa kat KFC Centre Square SP kalau tak salah. Ciri-ciri dia tu sepupu aku dah cerita. So jumpa laaa..hahahhahaa

Ok, dia agak gempal, putih dan renek sikit tapi masih tinggi daripada aku. Tengah makan KFC. Pastu aku biasa la dengan kawan aku malu-malu kucing. So makan KFC seketul padahal lapar ooii. Dia kata kalau malu bagi dia makan semua, so dia makan licin KFC aku dengan kawan aku tu..dasarrr. kahkah

So, aku macam kecewa..yelah dah tengok rupa dan attitude..wkakka

Aku pun start layan tak layan mesej cinta tu masih on yee..everyday! sampai aku nak muntah.

One day, dia call aku pastu macam tengah tengok tv, sunyi suara dia pun  lembik macam nak mati..kahkah. Aku kata kalau mengatuk p la tidur, tak payah call. Dia cakap tak mengantuk pun tapi tengah layan cerita blue, syok layan sambil tengok gayut dengan aku..syaiton betul!

"paaaapp" terus aku matikan line. Dia call..call...call..
p mati memang aku tak jawab..last mesej aku send bagi dia "jangan call dan cari aku lagi, geli"
kahkah keji.

Dia mesej cinta lagi konon pujuk. kahkah

Weyy aku dah geli rasa jijik pulak..syaiton lah.

Lepas daripada tu aku tak ada boyfriend, muka tak lawa pun tapi comel tu ada kahkah. Zaman study ada oii 2-3org syok dengan aku, wakakkaka tapi biasa laa orang konon bajet hot ni eksyen lebih, kahkah

Last boyfriend aku husband laa, syukur dia nak bahahhaa. Hope until jannah..

Amin..




Friday, 13 June 2014

Mencari Multivitamin Untuk Ibu Menyusu

Assalammualaikum,

Aku sekarang tengah mencari multivitamin untuk diri sendiri ni, banyak dah orang suggest itu ini tapi aku masih tak berani. Risau susu katanya..hihi

Ye la aku masih menyusu si Dhafea. Tapi pada masa yang sama aku nak cari multivitamin untuk badan aku ni. Ya Allah kalau orang tengok sumpah cakap aku dah jadi macam tiang. Kurus + keding. Jangan la cakap kering rasa teruk sangat.kahkah

Aku google 99% yang keluar semua Shaklee. Aku kalau boleh tak nak Shaklee, banyak sangat kena telan pastu besar pulak tu..hehe aku ni dah la jenis tak suka makan ubat. Nak muntah.

Kalau boleh telan sebiji dalam sehari je. bahaha

ESP pun aku pernah minum, walaupun tak sedap aku telan jugak sebab mahal oii. Tu pun ada lagi sikit 3-4kali minum lagi, dah malas dah..huhu

ESP ok..rasa bertenaga, cuma tak sesuai dengan aku maybe sebab aku rasa tak lapar bila aku minum ESP tu. So menjadikan aku kurang rasa nak makan. No..no..tak baik untuk aku yang keding ni

Habatussauda masih consume, cuma kadang-kadang kalau dah habis entah bila nak pergi beli.hehe

Aku nak vitamin yang boleh buat aku bertenaga, kahkah

Harum Malam???





Monday, 9 June 2014

Mendidik Anak

Assalammualaikum,

Didik anak..

Sejak ada anak ni macam-macam perangai budak-budak aku perhati, ambil ikhtibar.
Hyper, pendiam, penakut..

Dhafea kategori penakut + active tapi belum tahap hyper..hihi

Tahap penakut dia tu kadang-kala agak kronik. Dia boleh tetiba datang perasaan takut tu dia berlari-lari datang ke arah aku siap peluk. Ibarat macam dia ternampak sesuatu. Tak pun dia dengar bunyi pelik gerudi ke, benda bergesel yang kuat..haha

Ini penakut betul ikut perangai aku husband cakap, lol!

Active tu, tak ada dalam sesaat dia dok diam. Kalau dia df time nak tidur tu baru dia diam. Kalau df time lapar ke apa ke sure tertonggeng-tonggeng, berpusing-pusing. Kejap datang menyusu kejap pergi main.

Ok, hal sebenar nak cerita lain benda..huhu

Dhafea ni asyik kena buli..buli tahap yang kadang-kala aku tengok rasa nak balas balik apa yang orang buat dekat dia, tapi rasa aku bangang gila kalau aku yang tolong balas sebab budak je kot..bahaha

Semalam aku rasa tahap kesabaran aku macam dah nak sampai ke kemuncak, dah nak klimaks! kahkah

Dhafea kena tunjal kepala, sekeh tau? lepas tu kena tolak sampai tersembam.

Aku rasa whattttt?? anak aku tu woii..aku tarik je la dia dan cakap kat budak tu "jangan buat macam tu kat adik..kesian dia" then baru la mak budak tu cakap "jangan macam tu sakit adik, nanti dia nangis" see..rasanya kalau aku tak cakap dia buat bodoh bangang je kot.

Aku stress oii..sampai tahap monolog dalam hati jangan la kau datang lagi.

Nak disalahkan budak tu macam mana? apa yang dia tahu? Kita mak bapak laa kena tengokkan.

Aku paling tak suka kalau jenis biarkan anak yang berpotensi memukul anak orang ni. Kau dah nampak budak tu ala-ala nak pukul anak orang dah kenapa kau biarkan? Kalau terjatuh sebab dia main ke apa ke aku tak ralat oii, biar dia belajar susah sakit tapi perbuatan orang aku tak boleh tahan.

Aku tarik je la Dhafea, tu pun kena terkam lagi..kesian oii anak aku, sikit masa lagi aku rasa aku yang nak menangis.

Jenis larang mulut tapi tak bertindak. Kau paling banyak masa dengan anak kat rumah, please laaa..aku dah jeles satu hal sebab aku kerja, tak dapat spend time 100% dengan anak.huhu

Banyak benda lagi, tapi aku sabarkan hati.....ini pun sambil menaip terbuak-buak rasa marah. Tapi bertabah lagi hati memikirkan kawan-kawan.

Aku kesian kat budak tu sebenarnya..entah lah.








Tuesday, 3 June 2014

Review Dan Tukar Brand Diapers

Assalammualaikum,

Dhafea pakai diapers Huggies Dry biru dah lama sangat dah, since 3++month tak silap aku. Masa newborn aku beli PetPet, aku beli pun atas dasar review orang.



Petpet
So tak ada problem bocor ka apa cuma mak aku ja la complain Petpet keras, kesian Dhafea kena mengangkang..haha
Sempat pakai 1pack ja kot seingat aku, sebab dekat kampung susah dapat Petpet size newborn, ada pun S.


Drypers
Drypers senang jumpa, so aku beli newborn. Lembut, aku suka cute pun ia..hihi. Lepas sebulan pakai newborn tukar S masih lembut material dia.
Tapi lepas tukar ke M, Drypers tak sesuai untuk Dhafea naik rashes belakang pinggang. Bocor time poo poo, naik atas. Kadang tidur malam pun bocor.


Hey Baby
Pernah pakai Hey baby jugak 1pack 80pcs kot, officemates husband kasi. Tapi tak sesuai jugak. Baru kencing 3-4kali dah melondeh. huhu tak sempat habiskan aku stop. Tak berkenan, nampak air kencing + berbau.


Baby Love Night Tape
Ini pernah pakai, dapat sample. Actually sangat bagus! sebab baca review yang bagus kan, aku try pakaikan Dhafea dari malam pukul 8 sampai 7 pagi, masih ringan, kering, tak lembab, tak berbau. Tapi diapers ni lebih mahal dari Mamy Poko..haha. So aku guna yang sample saja. huhu


Huggies Dry Comfort (Biru)
Tukar pulak brand Huggies Dry (biru) ni, mula-mula beli risau jugak ok ka. Sebab tak ada baca review main redah ja. Sekali pakai ok..then ok..ok..ok. Aku suka Huggies Dry ni sebab material dia lembut, tak plastik.
Sampai sekarang pakai Huggies walaupun banyak jugak review aku baca Huggies tak bagus, bocor, kurang serapan. Tapi si Dhafea ni bukan jenis kencing yang heavy, hehe malam pun kadang-kadang bangun pagi tak penuh pun. So far poo poo pun tak pernah bocor.

Tapi sejak dua menjak ni aku noticed sesuatu kat diapers tu, masa nak tukar ja mesti nampak macam tompok merah-merah tapi light ja. BS cakap kadang-kadang kuning. Aku nampak merah tu pagi tadi masa nak mandikan dia. Macam pelik sangat. Scary pun ada, mula la aku fikir bukan-bukan.

Lepas tu teringat yang akak aku pun pernah pakaikan anak dia Huggies Dry jugak. Yang aku perasan tu, design dan corak dia macam lain. Baru. Yang aku beli ni sama jaa dari dulu. Terfikir jugak aku maybe yang aku beli ni diapers stock lama. Scary..scary.

Kang kalau terjadi lagi, memang kena tukar laa. Tapi tak tahu diapers apa. Drypers tak sesuai walaupun meronta jugak aku berkenan sebab corak cute.hihi.

Maybe boleh try Petpet semula sebab Dhafea pun dah besar dah tak ada istilah terkangkang..hehe

Aku tak pasti pernah pakaikan Mamy Poko ke tak ke Dhafea, maybe macam ada sample 2-3kali. Tapi beli tak pernah. Perghh gila kedekut..huhu

Ok, bai.. nak baca review orang lain. ^^