Friday 15 February 2013

1st Trimester

Assalammualaikum..

Sebelum aku sendiri lupa pengalaman 1st trimester harus lah aku masukkan ke sini..hiks

Buat upt selepas 4hari period delay, test pagi² subuh mula² tak ada line pun..i is redha, hihi lepas dah siap mandi saja tengok tiba ada 2line, 2nd line tu blur..sekali laki bini pun blur dah upt pun brand Guardian ja, haha

30/08/12 doktor klinik kesihatan bagi tarikh untuk datang check up bagai, terus buat buku pink walaupun baru 5minggu masa tu. Minggu ke-6 dah kena minum air gula, ni pengalaman ngeri tunggu kalau rajin baru aku buat entri lain..heww!

Minggu pertama tu makan masih ok, berselera.. Bila dah nak masuk 2bulan dah start alahan, sakit bahagian ari-ari, bau minyak masak, nasik tengah masak, sabun mandi dan segala mak nenek (dah lupa) semua bikin loya. Alahan ni bawa sampai habis 1st trimester ja la. Tapi minyak masak & nasik tengah masak tu sampai sekarang pun kadang² boleh meloya lagi.

Minggu ke-7, aku bleeding. Sikit ja la, esok tu pergi klinik kena marah sebab bleeding malam esok tu baru datang klinik..kihkih alhamdulillah jantung baby ok, mommy dapat mc 3hari. Doktor suggest jangan travel lama², masa tu stay rumah PIL dekat seremban ulang alik ke tempat kerja di balakong, setiap hari 2jam perjalanan (pergi + balik)

So hb dapat rumah area cheras, alhamdulillah rezeki.

Trimester ni jugak aku berulang alik ke Hospital Seremban, sebab hb rendah. Doktor kkia bagi surat suruh refer hospital cakap kena warded. Masa tu hb aku 10.4. Next day pergi hospital, siap kena pakai uniform hijau yang besar tu, tunggu pakar datang bagai dia cakap 10.4 is under control tak perlu warded..yeaaay! lega dengar..pengalaman tu, walaupun cakap boleh balik tapi seharian jugak merasa dok dalam ward tanpa ditemani..huhu lepas tu 2minggu sekali kena jumpa pakar sana.

Setiap hari balik dari kerja nak baring ja.. letih, penat, mengantuk, malas semua pakej. Masak memang tak lah..haha

Bab makan memang teruk, berat asyik turun dan turun..dah la keding bertambah keding. Nasik memang tolak tepi, makan pun sebab kena paksa.haha cuma nasik lemak ja boleh jalan dan bernafsu. Susu pun minum dutch lady dalam kotak tu ja.

Terasa diri pun tak terurus, datang kerja sedaya upaya cari skirt or seluar yang tak payah iron. Uniform ja iron, tudung pun tak iron. Muka pun cuci guna sabun susu kambing (shower cream) ja, ubat gigi kena tukar.

Lain orang lain bahagian, alhamdulillah walaupun aku rasa bahagian aku pun dasyat tapi orang lain lebih dasyat.

Tu ja la kot..yang lain dah lupa..


p/s : Pengalaman ni ada yang berongga sikit, aku skip..hikhik tak details sangat, jenuh taip -.-"






Wednesday 6 February 2013

Wajarkah Si Suami Teman Isterin Bersalin? - WAJAR!

Assalammualikum,
 
Maaflah entry ber-skala dan sekadar copy & paste.
Tuan tanah rasa malas dan letih nak menaip banyak².. #alasan ^^

_____________________________________________________________________________________________________

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)



p/s : Tak ingat copy daripada fb mana, sorry lagi..thanks ^^ 


Friday 1 February 2013

Pengorbanan Wanita

Assalammualikum,

Tak ada cerita nak share buat masa sekarang ni, tapi ni entri copy & paste daripada FB Kami Ibu Berpantang


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.



Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu remeh? Terlalu minimum? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.



 
*Gambar di atas adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.
 
Ngeri ooohh..ngeri...
 
Gambaran itu jugak untuk persediaan mental dan fizikal untuk diri sendiri -.-"