Monday 28 January 2013

Contraction?

Assalammualaikum,

Sedang meraung sakit pinggang dan bahagian bawah perut, tapi bahagian bawah perut tu sakit light² ja..eh? iyaaaaa..

Sakit pinggang ni start semalam, masa tengah tidur tu nak pusing dari kanan ke kiri tetiba pappp! bebunyi ala meletup, terjerit u'olls kesakitan. Dah tu nak tidur baring memang tak boleh langsung. Kekiri saja pun lenguh. Sudahnya sakit tu bawa sampai ke sekarang.

Tadi dah g baring tapi sikit pun tak hilang, lepas duduk nak bangun dah jadi nenek². Sumpah sakit nak tegakkan badan dan pinggang..

Tapi entah apa ke hal aku terfikir contraction, agak over dikala baru nak masuk 7bln next week. Sebab perut bergelora maybe..buat aku lagi tak bermaya.. -.-"

Akibat tak tahan, aku apply leave harini..half day sudah, tengah tunggu hb datang jemput. Company bekerja harini, sekian. No Public Holiday.. -.-"

p/s : Gini rasanya nak jadi mak²..sungguh menginsafkan.. -.-"




Wednesday 23 January 2013

Baby & Kids Warehouse Sales : 23 Jan - 8 Feb 2013

Assalammualaikum,

Hai².. warehouse sales lagik!
Tempat yang lebih kurang dengan Baby Outlet Warehouse Sales last month.. haha sorry, yang tu pun belum review..lupaaa..belum lagi masuk bab Expo PWTC last week..hahaha

Ok, ingatkan lepas Expo PWTC memang tak ada dah expo mahupun warehouse sales ni tapi adaaaa..


Sorry..pic ni memang camni ja, aku tak reti hoih nak edit²..kui3

Baby & Kids’ Products Warehouse Sale

Brands Offered
Batman
Superman
Anakku
Bebe
Transformers
Disney
Little Bean
Graco
Pureen
Dora the Explorer
Strawberry Shortcake
Ferrari
Classic Pooh
Esprit
Drypers
Fisher Price
Doraemon
Pet Pet
Sesame Beginnings
Abercrombie & Fitch
Hollister
Teddy Smith
Mossimo
Roxy
Butterfly
and many more


Time
10am – 8pm

Location (6016 666 0310 / 6016 210 0251 / 6013 247 5111)
5 & 7, Jalan PJS 11/1
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya

Rasanya kecik jugak kot macam yang aku pergi december lepas, tapi masih kategori murah. Baru ja beli barang masa expo PWTC minggu lepas..ni mana nak cekau ongkossss..haha

Tunggu gaji awal bulan, nasib baik lama sikit sales nya.. ^^

Moh ler pergi secara berjemaah..



p/s : Rasanya lebih enak pergi petang hari, manusia tak ramai.


Tuesday 22 January 2013

Sakit Pinggang Itu Biasa

Assalammualaikum,

Sakit pinggang itu biasa untuk preggy mommy.. tapi luar biasa bagi aku.
Dah tentu lah aku first time preggy..hahha

Semalam start tengah hari dah rasa sakit sikit² dah, belakang pinggang.. bila dah petang dah nak pukul 5 tambah lagi sakit bontot pulak. Yang mana aku rasa sampai nak bangun berdiri rasa goyang, bunyi macam over tapi itu la kenyataan.

Dengan perut rasa berat, jalan se-slow yang habis. Turun tangga lagi rasa azab. Dah macam ibu ketam, tau? haha

Nak drive pun tak senang.. Dah la dekat Bandar Tasik Selatan bukan main jammed nauzubillah, naik MRR2 lagi la rasa nak menangis.

Sampai rumah, sumpah tak larat nak pusing stereng cari parking cantik ke apa lantak la aku main parking ja.

Naik rumah cuci kaki, terus baring. Dah tak boleh bangun u'olls. Pelik aku, mak aku kata dulu dia pregnant tak ada pulak macam aku ni...hikhik Ye la lain orang lain bahagian.

Call hubby cakap tak boleh bangun, dia pun balik awal..mandi, makan..pukul 9 lebih aku dah tidur. Sedar tadi subuh 10 minit lagi pukul 7.. apa nak jadi.

Ingat nak MC harini, bangun pagi tadi rasa ringan ja badan g kerja macam biasa.

Kesimpulannya, maybe semalam time lunch hour aku tak g baring seperti biasa kot. Aku mengadap Youtube..kihkih so tadi g baring, harini rasa much better.

Entri boring..bai



Friday 18 January 2013

Teringin

Assalammualaikum,

Mari lupakan kisah sedih post sebelum ni..walaupun sedih tetap dalam keadaan berjaga² semoga semua baik² belaka..amin ^^

 Sumber : Google

Mencari gula² ni.. iyaa..gula² zaman kanak² ribena.. tetiba teringin tapi tak berjumpa pun kat KL ni. tanya hb dia pun tak tahu gula² ni macam mana rupa..huk³ -.-"

Aku pun tak ingat gula² apa so aku search gula² udang..haha

Terasa keasyikan gula² ni, buka plastic dengan kertas tu lepas ada satu lagi plastic kat dalam tu boleh makan.. haaaaaaaa... mak teringin! ^^

Dekat mana ada jual, plz let me know..hiks


p/s : Terasa macam budak² nak makan entah apa ke benda..haha ^^



Saturday 12 January 2013

Placenta Previa

Assalammualaikum..

Down gila rasanya semalam scan doc. detect aku placenta previa.. Sebelum ni selalu baca tapi sikit pun tak pernah terlintas akan terjadi pada diri sendiri.

Risau to the max!

Semalam g klinik sebab rasa perut cramp sangat, sampai tak boleh nak tegakkan badan. Baby pun tak aktif seperti biasa, usap² perut pun dia tak layan. End up hb balik terus ajak g klinik, doc. scan cakap uri dekat bawah sebab tu rasa sakit. Uri dah tutup jalan servik.

Doc. cakap bahaya untuk ibu dan baby boleh bawa maut..nauzubillah! if ada setitik pun darah terus g hospital jangan tunggu esok pagi ke apa ke.

Keadaan baby ok, dia aktif rupanya cuma aku ja tak dapat rasa. Cuma risau placenta tu ja laa.. kata doc. if baby boy percentage placenta naik maybe tinggi sebab baby boy aktif. Tapi semalam doc. scan nak tengok dia tutup dengan lutut la, pusing bagi bontot la..so memang tak nampak.

Sekarang ni berdoa ja laa..cakap baik² dengan baby semoga dia naik semula..permudahkan urusan mummy dia..huk² serius sedih, tak terungkap. Doc pulak cakap kalau placenta pecah nanti rahim kena buang la apa lah..nauzubillah, mintak simpang perkara macam tu.

Kerja berat tak boleh, jangan melasak..banyak rehat dan baring.

Lucky me semalam terlintas nak scan sebab dah lama tak scan, last sekali semasa 3bln. Doc kk pulak bagi new date next month, time tu dah masuk 7bln.

Cerita dengan mak dah menangis² serius, aku memang manja dan anak mak.. mak aku cakap dia dah lama rasa uri aku dekat bawah tapi tak nak sebut sebab mulut ibu kan masin.. tapi insya'Allah mak akan usahakan dan berdoa semoga aku dipermudahkan.

Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan



p/s : Czer itu pasti kata doc kalau baby tak pusing..
p/ss : Doakan saya! thanks


Wednesday 9 January 2013

Bride Gathering 2012

Assalammualaikum,

Meh nak share ^^



Come and join Bride Gathering yang dianjurkan oleh Bride-Note a.k.a FY bertarikh seperti diatas. Skema habis ayat..lol!

Calling all brides and ex-bride 2012..eh brides 2013 pun boleh join together ^^

Date    : 03 February 2013 (Sunday)
Venue : Flora Terrace, Hampshire Place, A-LG-1, Level Ground Floor. No. 1, Jalan Mayang Sari,
              50400 KL
Time  : 2pm - 7pm
Price  : RM 50 / Person

Boleh bawa Husband / Adik / Kakak / Kawan


Katanya tempat terhad, so kepada yang berminat sila contact  before 10th January 2012 :

FY : 012 - 285 4181 atau Waty : 012 - 239 2884

ataupun email :

farahfabulouz8@gmail.com 
ctnurwatysamsudin@gmail.com
 
 
Aturcara majlis seperti berikut :-

2pm-3pm : Registration
3pm-3.30pm : Doa,welcome speech and  Blog&Brides-Chat session with 4weddingku Blog.
3.30pm-4.00pm : Makan & mingle around
4.00pm-4.30pm : Games
4.30pm-5.30pm : Break & solat asar
5.30pm-6.00pm : make up tutorial
6.00pm-6.30pm : shawl tutorial & image consultation
6.30pm-7.00pm : photoobooth session

Dengarnya FY sedang giat arrange lebih banyak aktiviti serta glamorous sponsorship! haih

Sebarang perubahan nanti FY akan announce dekat blog Bride-Note ^^



p/s : Sedang berfikir² nak join ke tak, prob is tak boleh drive jauh..huk³ Siapa pergi nak tumpanggggg....? keh³

Tuesday 8 January 2013

Boss Yang Tak Faham Kebajikan Pekerja

Assalammualaikum,

Serabut!

Aku kalau serabut ni mesti bab kerja HR..serius!
Know what dapat boss yang cepat terpengaruh dengan cakap orang lain, dah tu jenis tak nak ikut labour law sungguh buat aku mental.

Officemate aku ni sedang MC lebih kurang 1 minggu sebab pregnancy bleeding. Kira ni second time la MC 1 minggu, first time haritu rasanya bulan november last year.

Yer la dia ni umur dah mencecah 35tahun, dah lama kahwin baru je positif. So sangat banyak risiko. Sabtu lepas dia mengadu dengan aku katanya ada sikit fresh blood kat panties dia, terus aku suruh dia balik g klinik check up.. aku pulak yang cuak! sebabnya dia baru mencecah 3bln kata doktor belum stabil. So dia dapat la MC 1 minggu camtu.

Tadi pagi boss aku bising kat bilik aku ni cakap tak boleh la macam ni selalu, 1 minggu MC company kena bayar sebab you punya baby tak stabil. Dan dia nak tukar MC officemate aku tu ke Unpaid Leave. eh? Mental aku, setahu aku kalau dah dapat MC lebih² lagi kes camni mana boleh cancel MC orang wey! Boss aku katanya, kalau officemate aku tu rasa tak stabil better angkat cuti 1 bulan so dia akan approve tapi bukan dengan MC.

Kesnya jadi gini sebab ahad haritu boss aku ternampak officemate aku ni tengah baik punya breakfast dengan husband dia dekat luar..huuhuu thats why aku rasa dia menyinga sejak semalam..hahaha

So nak cool down kan kemarahan dia tu, aku cakap nanti aku akan call labour law tanyakan boleh atau tak tukar MC tu ke Unpaid Leave. Walaupun hakikatnya aku tau memang tak boleh dan tak munasabah.

Bila call aku la jadi mangsa kemarahan staff labour law, katanya aku sebagai HR dah tahu hal ni hahaha. Aku redha wey! memang pun tak boleh buat gitu sebab dalam setahun kita dah ditetapkan beberapa hari untuk medical leave, selagi tak habis selagi tu lah tak unpaid leave..

Boss aku ni jenis mudah dengar cakap orang, ni dia dengar cakap adik dia lah ni wife kepada boss yang lagi 1 tu..serabut perut aku dengan perempuan tu, dah la tak kerja gaji dapat pun nak menyibuk lagi hal office. stress!


Saturday 5 January 2013

Pureen Baby Wipes - Paraben Free

Assalammualaikum,

Sumber : Pureen fb


Menyesal beli tak tengok betul², sekarang ni Pureen Baby Wipes pun dah Paraben Free, dah la beli pack paling besaq nasib baik beli twin pack je. Menyesal sebab ada yang lebih baik!

Walaupun RM9 tetap duit..mesti nak yang paling baik untuk baby..hiks ^^

Oii rasa nak jual..hahaha over pulak


p/s : Beli color hijau, langsung tak tau apa fungsi color itu ini..lol teruk punya mummy @_@



Friday 4 January 2013

Sterilizer & Warmer

Assalammualaikum,


Autumz : RM 175.00 (Promo Price) -  http://www.littlewhiz.com


Little Bean - RM 175.00 (Promo Prize) - Bebe Totz


Little Bean (Home & Car Warmer) - RM 79.90 (Promo Prize) - Bebe Totz


Suka autumz lebih..hehe sebab boleh muat botol Tommee Tippiee, daripada apa yang aku baca la. Little Bean pun suka..haha jenuh! tapi ada yang review tak muat botol Tommee Tippiee..emm..

Autumz tu paling murah aku pernah nampak untuk promo prize, Little Bean tu dekat expo CMC Taman Connaught last month hampeh mahal RM 200++. dekat Bebe Totz lebih murah. Tapi kalau dekat expo lain maybe lebih murah.

Sterilizer tak berapa penting untuk aku (untuk masa sekarang, hiks) tapi warmer aku rasa perlu. Untuk BS nanti.

Kenapalah combo tu untuk warmer tak sekali dengan Home & Car punya..kan senang kerja. Tak kan nak angkut combo sterilizer & warmer (home) pastu angkut pulak warmer homer & car. rugi! pembaziran!

Pilih lah engan bijak ^^



Thursday 3 January 2013

Bukan Mengenai 'Trend'

Assalammualikum..

Mood : Sentap

Persepsi orang belum berkahwin dengan yang dah kahwin totally different!

Sumber : Google

Mengenai UPT..

Kononnya 'Trend' sekarang ni UPT positif je mesti upload untuk tontonan umum.

Ada rupanya makhluk yang geli if terlihat orang lain upload gambar UPT ni.. haha
sungguh aku pelik mana datangnya malu tu?

Memang ada orang suka dan ada orang yang meluat.
Ok..itu hak masing².

Bagi sudut pandangan mata / otak aku, kegembiraan seseorang itu sukar kita nak jangka. Maybe dia excited, itu kenangan beb! even aku tak tergolong dalam golongan yang upload UPT tapi aku tetap happy, tumpang happy sekaki. Tambahan pulak kalau tengok dekat dashboard, hahah baca belum lagi tapi aku dah teruja.

Maybe jugak orang itu mahukan doa kalian mengenai berita tu?

See.. orang tak kahwin lagi tak paham =D

Aku lebih malu kalau mencanang dekat public mengenai boyfriend yang belum tahu hala tuju, rindu itu ini sayang itu ini tapi hasil?

Doakan orang untuk yang lebih baik..semoga berpahala lah kita ^^

Bai,