Wednesday 19 December 2012

Wedd.Review : Hantaran

Assalammualaikum..

Setelah berbulan-bulan, berbasi² semalam baru tengok semula softcopy daripada OP, itu pun atas niat nak copy gambar pelamin dengan baju resepsi, Mak Andam mintak nak buat collection year 2012.. punya hazab kot dia mintak dengan aku, kahwin dah 7bln lebih..

Ok, mulaaaa....

7 (Bride) Berbalas 5 (Groom)

 Theme : White + Light Yellow
(Bride)


  • Al-Quran
  • Apam Polkadot (Siapa entah sponsor, lupa..hiks)
  • Coklat
  • Kasut
  • Sejadah
  • Wallet + Tali Pinggang
  • Jam Tangan

Theme : Yellow + Silver + White
(Groom)


  • Handbag + Purse
  • Tafsir Al-Quran
  • Jam Tangan
  • Telekung + Sejadah (Lain bakul, hiks)
  • Wangian

Actually 6 kot bekas daripada groom tapi aku malas nak godek lelama folder file is besau!

Bride pun theme 100% daripada akak aku, dia yang DIY semua bunga tisu bagai. Aku tolong tengok + complaint je, dah aku demand tak mau bunga beli..haha

Groom punya side memang aku tak tau langsung theme tu, hari kejadian baru tau apa color semua. Semua akak² ipar aku yang handle. Hb pun langsung tak ambil port katanya.

Semua barang hantaran ni kami pakai sekarang tak ada yang tersimpan, serius rasa tak membazir. Cuma wangian daripada hb je simpan kejap tak boleh bau..huhu.

Semua barang ni jugak under budget, malas nak fikir kehendak orang.. @_@"


Thanks For Reading ;)


Tuesday 18 December 2012

Ku Cari Cendol

Assalammualaikum..


Sumber : Google
Mekasih ;)

Ku inginkan cendol, ku cari cendol area Cheras.. hiks
Ada yang best tapi nun di Bangi, jauh aku rasa kalau dari Cheras sebab bontot dah senang lenguh (eh?)

Kalau dapat yang dekat Old Town pun jadi lah..hahaha ayat serupa pasrahhhhhh!
Tak mau yang dekat pasar malam lagi dah, dah jemu macam cendol tak sempurna.. (tp hb i tak kasi makan ais batu, ngeh² menangisss)

Lagi satu..................

Sumber : Google
mekasih ;)

Turkish Indulgence.. nampak sedap bila entah lalu depan SC ni ternampak eh cake baru, hikhik tak sempat tengok nama cake so aku search tadi "cake terbaru Secret Recipe" wakkakaa..

Oh! nampak sangat sedap.. sekali pandang macam Almond Cake Ikea atau pun aku panggil Cake Daim..keh³

Dah mula telan air liur..

K, bai..

Friday 14 December 2012

Hello CD!

Assalammualaikum.



Hai mommy!

Sejak² ni baru aku kenal si CD (Cloth Diapers) ni, sian sungguh aku. CD ni ibarat lampin moden, bukan lagi yang kain empat segi kena lipat² dulu. Ni moden pun boleh dicuci.

Review yang aku baca sangat memberansangkan untuk mommies yang rajin, hiks iyer laa benda yang menjimatkan ni memang memerlukan kerajinan dan kesabaran.

Perlaburan yang sedang² untuk mengikut brand laa..tapi sekarang ni macam dah berlambak, hah mari pilih murah mahal, ceh..

Cute laaa.. teringin nak melabur dalam pelaburan CD ni..haha apa daaaa! berbaloi berbanding disposable pampers tu, kajian pengiraan lebih kurang gini..


Terus teruja kalau bab duit ni..haha
Walaupun agak mahal pada permulaan, tapi beli sikit² lama² jadik banyak..paham?

Blogger Atikah pun dah start pakai CD untuk baby dia, eh Atikah dah mendiamkan diri dari dunia blogger kot..

Semua gambar dari sumber : http://happy-clothdiapering.blogspot.com/

Akak ni jugak jual CD, thanks Muna for the link ;)


p/s : Moh ler kita mengigih pakai CD.. ^^


Thursday 13 December 2012

Waktu Pengambilan Supplement Tak Betul? Kot..

Assalammualaikum,

Bermalas-malasan.. tengok blog pun tak selera. Tapi mengigih jugak la sekali sekala update, buat simpanan hari tua umur panjang boleh baca semula, hiks.. berangan!

Semalam check up, semua ok.. best check up semalam tak sampai sejam dah settle.. KKIA Cheras Makmur, dah 2 kali check up so far so gooooood!

Paling nervous time nak check HB, nauzubillah.. last 2weeks kan ke turun dari 10.1 ke 9.9. Dah 2weeks aku mengigih telan iberet yang meloyakan tu tanpa jemu, hahaha tipu² jemu ya amat! tapi terpaksa.

Malangnya mesin untuk check HB tu rosak pulak, dah kena amik darah 1tiub kedabak tu, so tak ada result lagi, next check up next year..wah!

Semalam terlupa nak tanya nurse, betul ke tak cara dan waktu pengambilan supplement aku tu. Aku makan setiap pagi selepas 2jam breakfast, kira breakfast pukul 8 makan supplement dalam pukul 10++ camtu, sebab ada terbaca makan semua supplement tu sebelum breakfast setengah jam.

Ke sebab aku salah timing yang menyebabkan supplement tu tak menyerap dalam badan?