Thursday 11 April 2013

Check Up 37w

Assalammualaikum..

Hari malas, letih, penat sedunia..

Ikut hati binasa ni rasa nak start cuti or MC sampai deliver..haaaa over terus.

Datang kerja pun hari² pening kepala, nak berjalan kaki dah bengkak sakit..tak berjalan lagi kang bengkak..serba salah tau, cewah! haha

Rabu lepas check up untuk 37w, sebenarnya isnin tapi aku mintak postpone rabu sebab jumaat sebelum tu baru je jumpa doc. untuk scan.

So far so good..

Baby sedap dok dalam tummy, entah bila nak keluar ni sayanggg oiii..huhu

Last scan dengan doc jumaat lepas berat baby 2.3kg je! risau aku.. tapi entah kenapa doc. tak cakap apa² pun, due date pun dah lari jauh ke 19 may yang sepatutnya 29 April.. -.-"

Berat aku je naik..hiks

Perut makin meninggi, kaki nurse tengok pun seram..bengkak dengan jayanya.. jari tangan pun sekali bengkak, nak genggam rapat pun tak boleh..setiap masa kebas.

Paling tak best tekanan darah jadi rendah..first time ni nurse buat 3-4kali, rendah katanya. Tidur semua cukup, tapi maybe tidur pun dah tak selesa yang menjadi sebab.

Sekarang ni dah start check up every week. Doc. asyik lah cakap "kita jumpa lagi next week tu pun kalau awak belum deliver.." heeee

Ok, baby...meh keluar meh.. ^^



Thursday 4 April 2013

2nd Trimester

Assalammualaikum..

Pengalaman 2nd trimester ni ada yang best ada jugak yang tak berapa best..kira dugaan lah kan.

Aneh sungguh, lepas je minggu ke 14 secara automatik meloya hilang..bau-bauan pun dah boleh terima (kecuali ada jiran chinese ni masak) terasa kuat dan sihat..hihi

Lincah jugak time ni, perut pun dah nampak dengan mendadak walaupun baru masuk 4bln.

Semua benda terasa nak makan, kalau dulu kena memilih tahap kronik!
bayangkan kalau g makan dekat kedai mamak, keluar je kedai aku boleh bau mamak tu menumis ke baju dan tudung aku pakai..wuuuuu..

Deria bau semakin hebat cuma tak ada meloya je la.

Pening sakit kepala still ada tapi tak seteruk 1st trimester lah.

Yang paling best minggu ke 17 dah boleh rasa baby kick.. sedang elok berehat² lepas balik kerja tetiba rasa "kedebuk²" 2 kali sekali bagi..agaknya 2 kaki sekali kot..haha

Ramai yang cakap cepat jugak la aku boleh rasa, maybe aku kurus kulit perut nipis kot..haha teori sendiri.

Sejak pada tu, malam² memang aktif tapi tiem aku tidur dia pun tidur..haha

Eh, tu je la kot..dah tak ingat pun..hewwww

Till then,

p/s : hb cakap dia kick² tu derhaka.. bagi kaki dekat mommy dia..wkakaka..




Wednesday 3 April 2013

Antenatal Class - Hospital Ampang

Assalammualaikum..

Minggu lepas dapat attend Antenatal Class under Hospital Ampang, pendaftaran mengejut..hihi

Minggu sebelum tu aku ada appointment dengan pakar dekat Hospital Ampang untuk confirm placenta previa. Lepas dah check up semua, alhamdulillah doktor cakap uri dah naik sepenuhnya.

So baru lah aku terhegeh² nak cari kat mana yang masih kosong untuk g Antenatal Class ni. Terus aku tanya nurse kat situ camne nak register class tu. Nurse cakap sebulan sekali je iaitu minggu ke-4. Kiranya next week tu lah..tapi nurse cakap dah penuh, nak masukkan next month dah sampai due aku..hihi. Dah tu next week pun aku dah over 34w, yang mana class tu hanya untuk 27w - 34w sajo. Tapi nurse tu baik, dai ambil jugak nama aku  in case kalau ada couple yang tarik diri dia akan call untuk masukkan aku..yeeeeeeee!

Hari selasa 2 hari sebelum class, nurse tu call cakap ada kekosongan nak datang ke tak. Gila tak nak? dah la free..kikiki. Terus aku ok dengan laju². Siap sms hb suruh apply cuti half day ^^.

Tudia panjang mukadimah..wakaka

Ok²..

Hari kejadian 28hb March 2013.
Register pukul 8, tapi kami sampai pukul 8.20pg. Parking full weyyy -.-" tu pun parking atas sekali aras 5, jauh pulak dari pintu, lenguh tau kaki..

Terus cari Wad 4D.

Rupanya ada lagi yang lebih lambat, kira dekat pukul 9 jugak la baru start.

Point yang pertama
- Daripada Doktor Pelatih, penerangan mengenai cara pemakanan ibu mengandung dan lepas bersalin. Best yang ni, lebih bagus suami ada sebab bab yang lepas bersalin tu selalunya kita akan pantang itu ini, tapi doktor cakap kalau pantang camtu kita tak cukup nutrisi, camne nak bf baby kan. Jangan amalkan jamu etc tak elok untuk bf. Pemakanan selepas bersalin mesti lebih daripada pemakanan semasa mengandung.

Point yang kedua
- Daripada Doktor Labour Room (aku yang panggil, hehe) Dr. Liew kalau tak silap. Best penerangan dia, lengkap untuk aku yang memang ZERO knowledge ni. Dia bagitau berapa lama bukaan untuk 1st baby, tanda², segala macam laa. Dia adalah salah sorang doktor yang menyambut baby, hihi katanya untuk suami teman masuk labour room depend pada doktor yang bertugas, kalau dia..dia akan bagi suami masuk. Perlu katanya.. ^^ then, kalau kita tak selesa dengan doktor lelaki, boleh request nak doktor perempuan, dorang akan check doktor yang available time tu. Cool kan?
Perihal ubat tahan sakit, epidural pun dia cakap kalau boleh semua pun boleh mintak sebab boleh hilangkan kegelisahan patient, dia tak suka tengok patient yang gelisah kesakitan, kesian katanya. Tapi epidural hanya boleh request time office hour saja, kira dari 8am-5pm. Itu pun depend pada doktor bius yang free. Duh!

Point yang ketiga
- Ni selepas minum pagi..hehe! senaman..ada kakak fisiology yang ajar dan bagi penerangan. Teori dan praktikal. Dia terangkan cara² duduk, membongkok, cara bangun dari katil dan sebagainya lah. Lepas tu ada senaman untuk ibu mengandung. Ni kelakar, aku kena tegur sebab kaki tak dapat angkat dan tak reti pusing pergelangan kaki..haha ye la perut aku paling besau situ dah sah² tak bleh angkat kaki.

Point yang keempat
- Penyusuan bayi. Ini pun banyak aku belajar, walaupun semasa check up pun aku dah belajar sikit². Pemakanan, teknik semua lengkap. Tapi yang best urutan sambil sapu minyak pada nipples sebelum bersalin tu, aku dah try serius menjadi. sambil sapu tu memancut² keluar..kihkih

Point yang kelima
- Ketua nurse bagi penerangan tentang peranan suami ketika dalam labour room. Part ni yang aku tunggu, sebab masing² belum berpengalaman. Sebab time ni isteri dah tak tentu arah katanya..huhu. ajar cara meneran, cara tahan sakit segala². Lepas tu perineal massage, siap ada patung depan tu. Nurse siap tunjuk urutan dekat patung tu..maluuuuu..hahah! nurse bagitau, better buat sebab ada sorang doktor kat situ buat urutan tu sampai anak dah 5, tak pernah koyak. Pergh! best. Terus melonjak² nak buat tapi haram sampai harini belum start..wakakka

Point yang keenam.
- Lawatan dari wad sebelum bersalin, labour room, wad lepas bersalin dan dewan bersalin. sayangnya labour room penuh pulak time tu, so tak dapat masuk. dapat lawat wad dengan dewan bersalin je lah. kalau duduk wad tak boleh ada peneman, kiranya masuk time melawat saja. tapi labour room suami boleh teman sepanjang isteri kat dalam tu. Serius seram tengok labour room walaupun dari luar. Nasib baik tak dengar jeritan ke hapa..wakakka.

Tu je kot point² yang aku ingat. Dah nama pun half day kan.Sikit je lah. Free lagi. Nak lama² sila ke private maybe lebih details. Bagi aku cukup la yang ni saja, sebab ada jugak part aku menguap²..kihkih

Ok, tetiba entri jadi panjang..hahaha

Till then,

p/s : Rasanya ada yang tertinggal, dah lupa..weeeee.. ^^






Tuesday 2 April 2013

Uri - Tanggungjawab Suami

Assalammualaikum..

Entri Copy & Paste
(Untuk peringatan diri sendiri ^^)

____________________________________________________________________________________________________________

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.






Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.



Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua    Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku  jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.



Sumber : Facebook.
(Tak ingat page mana, main save je ^^)