Friday, 16 October 2015

Fasa "Wean Off"

Assalammualaikum,

Lamanya tak meng-update.

Malas tahap teruk.

Nak story pasal "wean off" si Dhafea. Almost 2weeks aku struggle pasal benda ni. Untuk aku yang langsung tak ada pengalaman ni, rasa sangat menyedihkan dan syahdu..haha.

Semua terjadi secara tetiba saja, malam tu fikir malam tu jugak bertindak. Hasil pertolongan daripada husband tersayang, hahhahahahahahahah

Sebelum tu memang langsung tak terfikir nak "wean off". Eh, tak aku memang terfikir tapi husband tak approve. Sebab Dhafea pun bukan bf sangat. Lebih kepada kepuasan atau pendek kata dia ketagih. Susu dah lama drop. So aku teruskan saja.

Sampai satu malam tu aku rasa tak selesa sangat, badan pun sakit². Lagipun 2-3 hari tu Dhafea tetiba dapat nikmat bf yang sempurna kot hahaha, kemain lama dia bf sekali hadap. Lenguh badan mak ni haaaa.

Malam tu jugak decide dengan husband why not kalau "wean off" Dhafea dah 2 tahun 5 bulan. Bf pun secara rakus lah! hahaha. Husband cakap ok. Aku terus call mak tanya petua memalam buta. Mak aku cakap letak lah sirap kang dia nampak merah macam darah kot dia tak mahu. Actually aku dengan husband tak suka cara ni, macam torture emosi dia. Tapi dah dalam keadaan tetiba cemana nak buat slow².

Bila fikirkan Dhafea seorang yang sangat penggeli, lets try guna kopi serbuk. Bancuh likat sapu keliling situ hehe. Sambil tu saiko lah dia sikit sebab dia tengok aksi tu "ibu sakit ni kena letak ubat..Dhafea dah tak boleh menyusu, lagipun dah besar, pandai, bijak"

Rupanya berkesan guna kaedah tu malam tu. Dia tidur dengan sendiri tanpa bantuan bf. Cuma malam saja dia meracau sikit, maybe dah terbiasa. So benda tu berlarutan sampai saat ini. hihi. Meracau malam² tu sampai ke harini.

Ada jugak dia mintak tapi aku bagitau tak boleh ibu sakit bla...bla.. dia diam camtu je la. Kekadang tanya "ibu amam dah siap ke belum" hahaha. Masa awal² tu dia siap pergi mengadu dengan BS cakap amam ibu sakit hahhahaha. adoii

Tapi bila semalam badan dia dedar tetiba suhu naik sikit, aku sedih gilaaaa..dulu aku boleh tenangkan dia dengan bf sekarang tak boleh dah, kena pujuk lebih dasyat.

Alahai...memang aku yang terlebih sedih, rindu pandangan mata dia tengah bf..rasa rapat sangat feeling tu. huhuhu. Kekadang aku ada offer, dia cakap tak nak..Dah besar, ibu sakit..

Anak...........




Ibu sayang awak Dhafea Shurafa

Harta, nyawa dan saham ibu dunia akhirat.