Tuesday 31 March 2015

Item to Let Go - SOLD!

Assalammualaikum,

Entri ni nak let go baju si Dhafea, new with tag.

Baru sampai ke tangan aku Jumaat lepas.

Reason nak let go tak muat..huhu salah pengiraan size.

Sayang sangat, brand Carters original UK. Batch ni aku beli paling murah setakat ni, ikut hati nak ja bagi dia pakai tapi husband cakap dia boleh pakai maybe dalam seminggu dua ja lepas tu mesti tersimpan sebab singkat dah. Nak simpan untuk adik? tak tahu bila ke lagi..huhuhu


Floral Jumpsuit - Size 12m
RM40.00 termasuk pos

 2 Piece Neon Dress & Cardigan - Size 18m
RM50.00 termasuk pos

Sayang nak let go yang floral jumpsuit tu dah tak ada dalam website. Dress ni pulak aku beli sebab suka cardigan dia. Dhafea try sekali berpujuk² nak tanggalkan..huhu

Actually seller ada cakap nak tolong jual semula. Aku tengah pertimbangkan jugak tapi ofcoz lah dia akan jual kepada customer ikut pada currently punya currency huhu.

So sesiapa yang tetiba nak Carters original murah, email daku sshuria3@gmail.com.

Kalau dalam seminggu tak ada, aku let go ke seller yang aku beli ja lah. huhu.

Boleh check website carters.

k, bai

UPDATE : ITEM SOLD! 



Monday 30 March 2015

Tantrum Si Dhafea

Assalammualaikum,

Dhafea sekarang ni start dari minggu BS dia cuti, aku dengan husband take over jaga dia dah pandai tantrum. Sebelum ni semuanya masih under control, kira boleh dibawa berbincang, haha tapi sekarang ni tak ada maknanya. Dia jugak nak betul, nak menang. Pastu bila dah bagi apa yang dia nak tu pun masih buat perangai.

Pening jugak kepala layan tantrum ni.

Tapi mengingatkan dulu mak aku cerita aku punya tantrum kat tempat awam lagi lah, nak baju ke benda entah tak dapat aku berguling atas tanah..oh maiii malu gila hahhahahaa harap² Dhafea tak menurut sifat buruk ibu dia. huhu

Ada satu malam tu, kami bagi dia tengok ABC, Alif Ba Ta songs dan sewaktu dengannya lah. Dah la pandai memilih nak buka ini, tak mau buka itu tak mau. Tak ke angin kus² mak bapak dia ni. Sudahnya husband tutup TV. Dia punya mengamuk urut dada aku, pujuk semua tak jalan. Selalunya dia kalah dengan nenen tapi kali tu dia langsung tak heran. Geram aku. Terlepas jugak suara ziana zain. Lepas tu husband pun surrender. Tinggal aku, pujuk² ada berpuluh kali kot, dalam teresak² tu datang menempel bagi nenen terus lelap. Tidur sambil teresak². Bagi esok pagi bengkak boom mata dia, dah la sepet.

Esok tu aku berjaga² cakap dengan husband please lah jangan sakat dia, aku penat semalam pun belum habis. huhu

Ada jugak 2-3x dia nak jadi, bila dia start nak buat perangai tu aku alihkan perhatian dia kebenda lain. Dhafea ni kalau tantrum tak jalan dengan petua² peluk anak bisik jangan buat itu ini tak baik.haha maybe lain budak, lain penjagaan. Dont judge lah!

Dah 2-3harini sekali sekala dia menangis tak tentu hala memang aku buat bodoh ja. Hang menangis lah sorang². Bayangkan menangis tak ada punca, aku nak tukar baju dia tak bagi?? suruh pakai semula baju tu. tak ke pening mak ni oiiii.

Semalam dia menangis kat rumah atuk dia, kes aku angkat dari kolam mandi. Dah lemas tenggelam tak kan aku nak biar. Aku tak suka, once dah tak elok terjadi menangis atau tak memang aku tak akan bagi. Sakit demam dia aku yang tak tidur. Dia menangis meraung² siapa nak dukung pun aku tak bagi aku pesan jangan sesiapa pujuk nanti dia naik kepala, aku bawak masuk bilik. Menangis kat situ. Aku dok sebelah tenung ja dia, last² datang sendiri peluk teresak² mintak nenen terus tidur. Itu kes pun terjadi sebab mengantuk pun iya.

Alhamdulillah baru 2-3x kali aku try buat time out macam huda suggest, menjadi untuk dia.

Hope tak teruk sangat la tantrum dia ni, pening kepala mak. Besarkan anak sorang dah hiruk pikuk...hahhahaa









Wednesday 11 March 2015

Antara Tonsil, Batuk & Selsema.

Assalammualaikum,

Malas betul nak menaip.

Kalau anak korang demam lepas tu pakej sekali tonsil, batuk, selsema. Tapi demam dah hilang yang tinggal tonsil, batuk dan selsema.

Diantara 3jenis di atas tu yang mana korang akan pilih untuk cure dulu? 3jenis di atas tu cara mengatasinya kan berlainan,

1) Tonsil - Perlu makan yang sejuk²
2) Batuk - Makan yang panas²
3) Selsema - Makan yang panas²

Kalau salah pemikiran aku kat tu, betulkan pelissss...ekekek (ini yang aku selalu simpan dalam otak)

Macam aku akan cure tonsil dia dulu, sebab tonsil ni yang menyebabkan suhu badan naik. Dhafea dah 3kali kena tonsil. Siang tak demam, malam ja suhu mesti naik sampai 39.

Aku akan bagi dia makan yang sejuk, ice cream vanila, air buah. Sambil tu aku add honey dalam oat dia, buat garlic oil untuk selsema.

So far benda ni menjadi untuk Dhafea.

Tonsil selagi tak hilang demam akan berulang². Itu yang aku alami selama 3kali Dhafea kena serang tonsil.

Tapi Dhafea alhamdulillah, batuk baru 2kali dia kena. sekali yang teruk sangat pastu kali kedua mild saja tak berlarutan.

Kalau selsema aku buat garlic oil, tonyoh kunyit hidup kat batang hidung lepas tu potong bawang besar letak dalam bowl hujung bantal dia, esok tu confirm kering.

Semoga Dhafea diberi kesihatan yang baik. Ibu tak daya nak EL dah tahun ni record tahun lepas buruk..hahahha


Monday 2 March 2015

Mood Swing

Assalammualaikum,

Aku harini mood memang swing...merewang, nak marah belaka, stress.

Rindu anak..rindu laki, hahaha

Lepas tu mengenangkan BS nak minta cuti sepanjang school holiday lagi 2minggu. 1 week oii. Terus aku call husband yang tengah outstation tu, kira apa aku kalau tak diluahkan karang melalut² kerja aku karang.

Aku tak berkira dengan BS ni bukan apa dia baik sangat, sikit pun tak pernah berkira. Dhafea tu hari² tak nak balik. Bila dia nak cuti aku usahakan lah sebolehnya. Lagipun dia nak cuti ni nak balik kampung ayah dia tak sihat dah lama, tunggu school holiday baru nak balik, berganti² dengan adik beradik dia.

So husband cakap dia cuti 3hari aku 2hari, hoyeahhh!

Bukan tak nak bagi inlaw atau mak aku jaga.

Mak aku kena import dari Kedah, dorang pun baru beberapa hari balik dari Langkawi seminggu sebelum tu dari Nilai. Kesian pulak.

Aku kesian lah nak bagi inlaw ke mak aku yang jaga, Dhafea tengah melasak. Melasak sangat! kang nak rest pun tak sempat. Semalam pun dah berapa puluh kali aku menyinga dengan dia. Tu kes harini rindu kemain.