Wednesday, 30 November 2011

The Twilight Saga - Breaking Dawn (Part 1)


Yeaah!! akhirnya dapat jugak tengok Twilight Saga - Break Dawn (Part 1).. panjang sungguh tajuk filem ni.

Tengok dengan bakal kak ipar, (eh..huhu) sebab tunang tak mau layan kehendak aku untuk filem ni, menyesal katanya masa teman aku tengok episod Eclipse dulu.. haih


Best yaww! untuk episod ni lagi best daripada New Moon & Eclipse.. more dramatik, romantic. auww!
sesiapa yang memang layan start daripada New Moon & Eclipse korang patut continue yang Breaking Dawn, walaupun yang ini part 1..

Seperti yang dijangka, plot paling last Bella akan mati dan hidup semula sebagai Pontianak yang cun & anak dorang mesti jadi manusia biasa..hehe pandai betul buat andaian..

Yang best nya, Jacob sangat baik kali ni..ish rasa nak berpaling tadah kepada Jacob pun ada walaupun Edward tetap di hati..hahahhaa

4 Star untuk kali ni, lagi 1 star tunggu next episod..

Tuesday, 29 November 2011

MyDeal - 3D2N Langkawi (Awana Resort) 50% Off!!


Baru je entry yang lepas cakap tak nak pergi Langkawi, tapi bila tengok offer MyDeal RM388 instead of RM784.. wow!! awesome murah.. bukan calang² hotel ye Awana Porto Malai lagi tuu.. huk³

Selalu kalau balik Langkawi hanya mampu tengok dari jauh hotel nih, wuuu..kesian sungguh!

Tapi aku tak grab pun, buat masa sekarang RM 1 pun sangat berharga..nak kahwin lah katakan kahkahkahkah.. :P

Hai, korang² yang nak honeymoon dekat Langkawi boleh lah grab..huhu


Monday, 28 November 2011

Spaghetti..Anyone..?

Weekend yang padat dengan aktiviti yg hebat..!

Yeeeaaahh ! dah lama tak makan spaggheti..mari memasak..haha :P

Ini aktiviti sabtu malam, menyambut kepulangan kakak tersayang dengan spaghetti, malas nak masak nasi..cisss...


  1. Spaghetti (saiz tak ingat)
  2. Daging Kisar
  3. Cendawan butang
  4. Sos spaghetti Kimball
Senang sangat.. siap!! tak letak resepi pun ramai yang dah tau buat kan.. :D


Anyone..?


The End.. :)

Saturday, 26 November 2011

Tak Nak Jadikan Langkawi Sebagai Destinasi 'Honeymoon'

Morning, sabtu yang sangat annoying (bekerja..) heeeee...~

Kenapa aku tak nak Langkawi sebagai destinasi 'honeymoon'..? soalan yang sangat kacang untuk aku jawab. Sebabnya Langkawi dah terlalu sangat aku PERGI, pendek kata BALIK..! mak aku anak jati Langkawi, dari dalam perut mak aku lagi, aku dah pergi, kau ada..? hahahaha.. bosan kot..

Mabuk laut, muntah hijau semua tu tak ada dalam kamus hidup aku dah. Kalau nak bercuti, sampai Jeti Langkawi, sedara datang jemput, nak berjalan bersiar² kereta siap ada.. nak jelajah bakau, naik boat (mangroove) pun free.. apa lah lagi kan, ish orang kedah cakap cemuih (bosan) duit pun jimat, tak payah nak hotel, makan, kereta sewa semua..

Itu antara sebab²nya tak mau honeymoon kat sana, huhu..bukan berlagak tapi aku lagi teruja kalau dapat pergi Pulau Redang, Perhentian..lagi best dapat pergi Miami...hahahhahaha

Ni gambar paling latest, tahun lepas kami satu family balik untuk Raya Haji.. tahun ni belum balik sekali pun lagi lol.

Beruntung cousins aku yang kat Langkawi semua boleh cakap siam.. bila dorang bercakap, aku hanya mampu ternganga, mak aku sendiri pun dah tak reti cakap siam tapi masih boleh faham..

Entry tersasar daripada landasan title..

p/s : Saja nak bagi tunang baca untuk entry ni, asyik ajak g sana je..huhu :P

Friday, 25 November 2011

Saya Letih -.-"

Sungguh moody muka hari ni masuk opis, pagi² lagi on the way dari rumah ke tempat kerja segala macam tak kena. Hampir aku bergesel dengan kereta lain tadi, hilang fokus seketika..(kau pun kereta apa hal tak hon !) tapi syukur Tuhan masih ingat aku, sayangkan aku..

Entah apa tak kena dengan aku semalam haih..sedang sedap jer tidur, lepas rasa terganggu langsung tak dapat lelapkan mata.. senang cerita pagi nih tak perlu susah² snooze alarm aku dah.. -.-"

 OMG...i'm very tired..

Tuesday, 22 November 2011

Sangat Busy

Tersangat busy dengan kerja² opis sampai next Chinese New Year, huhu benci gilaaa
Otak ni dah pedih asyik update masuk nombor² je...what the fish lah kan :(

Wedding preparation semua ditolak ke tepi dulu...huhu











Hai adik Baddrol Baktiar..tetiba nih, hahahahaha
(adik lah sebab ni plaper U23)

Mekasih, bagi seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kamu semua :)

Akhir kata....................................

KAPTEN MARVELOUS 
^___________^

Picture Credit to : fb Baddrol Baktiar, tak tau official page ke tak..

Saturday, 19 November 2011

Mari Mengimbau Zaman Sekolah :D

Morning sayang's..

Mengodek folder jumpa semula gambar zaman sekolah, ni aku copy daripada fb classmate..hihi


Mula dari kiri.. Nur Syazwani Mastura Bt Yusof, Siti Nurikhyar Bt. Dee, Marzarita Bt. Mohd Daud, Nurul Huda Bt. Hassan, Nordiana Bt. Ismail.

Bawah dari kiri.. _________, Jamilah Bt. Md. Ali, Nurfaezah. *sila isi tempat kosong :P

Paling bawah dari kiri.. Siti Norazila, Mazlin Nadia, Masni Bt. Md.Nor

Kuat betul ingatan siap nama bapak depa aku ingat, yang aku tak letak tu kira memang aku dah tak ingat, nak hentam tak baik pulak..

Ini masa jamuan Hari Raya standard 5 seingat aku, huhu.. hey! kita pakai baju raya, kasut raya, handbag raya, kuih raya...huahuahauhaua...


Suku lagi daripada keseluruhan classmate, itu Cikgu Noorlida.. Cikgu yang paling best and top.. for 2 years berturut (standard 5 & 6)class kami menang class paling cantik & terbersih..huhu

Ini semua lakonan, kami diminta berlakon baca buku semata²..huhu. Dalam gambar ni Munirah Bt. Ismail (paling kiri) dah kahwin..yang lain single..huk³
(aku salah seorang dalam gambar ni..haha)


Geng lelaki, antara semua ni sorang ja masih belum dikenal pasti kat mana, yang paling kiri Mohd Sobri.. yang lain semua ada..


Masing² dah berjaya dengan kerjaya masing² :)


 halaaaa..halaaaa.. comey ok :D

Panjang pulak entry nih..

cc : classmates ;)

Friday, 18 November 2011

Candid Time Contest

Untuk blog baru ni, ini first time join contest.. apa lagi jom lah join contest by  
Muna Rahimah
 
Suria telah di tag oleh As yang rajin DIY ituuuu, thanks sayang ;D


Syarat yang sangat mudah & hadiah yang superb best..wuuuu.. :)


# Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini .
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu .
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini

* Done! followers ke 1137
* Yeaahaa..ini lah entry nya
* Done..setting Large size lagi..hihi
* Ini gambarnya..langsung tak sedar anak buah snap gambar ni, muka sendiri buruk.. huk³


* Suria tag kepada Si Cantik manis ni :-

Ana @ Lala
Syikin


Thursday, 17 November 2011

Sedang Berusaha

Entry ini berbau luahan perasaan..huk³

Sedang berusaha la nih, walaupun takda sebarang checklist yang aku masukkan dalam blog tapi pencarian tetap aku buat.. *checklist sebenar dalam excel :)

Yang membuatkan mood kerja kahwin ni terganggu adalah disebabkan aku duduk JAUH dari kampung halaman.. aku stay Nilai, tapi kampung kat Kedah nunnnn...internet je lah BBF aku sekarang nih, apa² info yang aku dapat terus aku sms bagi abang aku kat kedah, hihi

Setakat ni :

  1. Dewan dah survey harga, bulan semua bla..bla..bla.. (tapi belum confirm nak dewan ke tak, macam tak best je dewan..huhu)
  2. Mak Andam, pelamin, baju sanding ect - Survey melalui fb / kawan² yang pernah hire mak andam area sana
  3. Catering, canopi etc - abang settel kan
  4. Barangan hantaran - bulan depan baru nak start, hihi
  5. Gubahan hantaran - DIY, recycle semula  masa bertunang..tak cukup takpa Nilai 3 dekat, hahaha
  6. Baju nikah - akak tolong belikan di Bandung, tailor je tak tau kat mana :(
  7. Door gift - dah confirm DIY je lah, jimat ;)
  8. OP - sedang collect quotation & masih mencari

Tu je laaaa yang terpenting aku boleh fikir setakat ni.. yang lain, semua under optional..huhu malas peningkan kepala..

Insya'Allah segala urusan dipermudahkan olehNya.. kena lah baca doa kat header tu selalu.. :D

Wednesday, 16 November 2011

Wedding Dais : Adore!!

Happy lunch hour darlingsssss...!!
*eh, awal lagi..

Sebenar²nya, aku dah pun sketch dais yang kekonon aku adore sangat tu.. tadi try google search walaaaa... sangat banyak dan cantik..terdetik + tergedik² nak jugak.. aku nak kan yang simple but nice! kalau tengok apa yang aku dah sketch mesti ramai yang akan cakap baik DIY sendiri..hihi

Untuk pengetahuan, tangan aku adalah KEJUNG.. dulu study main machine :P


Dua image diatas sumber : http://weddingsbysher.blogspot.com/

Sumber : Google (tak ingat pulak blog mana..sorry, hihi)

Kan³...comel kan..? banyak lagi yang aku save masuk thumb drive.. cukup 3 aku publish sini.. yang paling atas tu lah aku adore sangatttt..sweeettt macam aku jugak hahahahaha.. giloss

Aku suka kerusi ala² cleopatra ni (sorry baru tau nama kerusi jenis ni, hihi) boleh lah duduk rapat², tak mau yang 1-1 tu..dah nikah mesti lah dah boleh rapat² kan³...huahauhauaha dasaaaarrrr gatal :P

Link yang aku letak tu, namanya Kak Sher (WP), cer kome click.. cantik wooh hasil sentuhan dia bikin jatuh cintaaa..jenuh dah aku khatam blog dia..hikhik

p/s   : Pastel color membuatku jatuh cintaaaa pandang pertama :D
p/ss : Nak buat rundingan damai, mak tak kasi ada dais.. sob..sob.. :(

Tentang Dhia - Adi Putra

 Sumber : Google

Selagi Adi Putra keluar, minat untuk melayan drama ni masih ditahap mengantuk..
tak sabar tunggu Adi Putra keluar, macho hoii.. @__@

* Sambung kerja, setel sikit lagi Statement Acc. benci..!!

k, bai..

Tuesday, 15 November 2011

Seharian Di Kelantan - Wedding Cik Senah

11/11/11 -  flight pagi jam 6.35am return 7.15pm.. penat macam nak pengsan, esok tu demam 2 hari..huhu

Pelamin (macam lah orang tak tau..haha)

Gambar tak ready, potong betul..

langsung tak nampk muka aku..ish

Oren kau.. tak tergapai kalau dengan kulit aku, Cik Senah takpe lah gebu..

Ni gambar full yang aku ada

Bertemakan Oren + Hijau

Selamat Pengantin Baru & Berbahagia Selalu
Naizatul Akmalia & Sabry

Banyakkan gambar aku amik..? huhu malas sebenarnya mood 30days lah katakan, guess book pun aku lupa amik gambar..tulis pun dah last minit..uewww..! tak guna punya orang..ish

Bertandang pada hari yang sama tema hijau, pun terang jugak color..berani betul dorang.. 

Gubahan hantaran + OP + pelamin + MUA + meja beradap = WP yang sama..
dengarnya murah woooh, maybe sebab sedara sebelah lelaki, tapi make up aku tak puas hati.. sepatutnya Cik Senah lagi cun..ish.. (bukan aku aje cakap tak puas hati, tuan empunya diri pun, hihi)


p/s : Baru perasan dalam camera aku, non ado gambar aku sendiri,ish..

Monday, 14 November 2011

Wedding Theme : Nekad

wahh..! dah nekad ni dengan wedding theme.. tak nak change apa lagi dah, full stop!! hikhik :P

Tapi untuk nikah & bertandang masih lagi non-ado.. tak nak ahh fikir, asyik bertelegah minda aku je.. nanti dah tiba masa untuk beli kain, tengok mana yang cun itulah yang akan jadi theme..

Bertandang..? choose lah sendirian berhad k.. make sure jangan sampai tenggelam warna kulitku yang ala² chandramurki ni kahkahkaha.. :P

Tapi, tak boleh mention sini theme tersebut..hahahhaha :D

*********************************************************************************

Tadi mak call tanya macam mana hasil untuk majlis, belum ada kata putus kah..? kalau betul bulan tutt tutt tutt yang digemburkan patut dah booking bla..bla..bla..

Mak..apa patut i tell u.. serabut mak, rasa macam tak nak fikir.. conflict dalaman sikit aku kalau bab ni, touching, risau, ni menaip sambil mengigil² belum pun berdepan dengan tarikh sebenar..huh!!

*pengsannnnnnnnnnn...........

p/s : Risau u tengok tunang, kerja sampai tak sempat angkat kepala...huhuhu luv!!

Nak Berubah Sebelum Kahwin..Boleh..?

Morning..!
eh, tak morning sangat la coz ini schedule post..ngeh³.. *fever mood

Betul nak berubah nih.. INI SERIUS..!! :D
Nak berubah dari segi perangai yang kadang kala langsung tak bersifat wanita sejati..

  1. Kasar (sopan setan, hahha) tapi cara jalan masih wanita sejati :D
  2. Cakap Lepas (kadang²) lagi kat opis untuk sorang girl ni..argghh!!
  3. Cakap dengan nada yang kuat, jiran 5 buah rumah pun boleh dengar tambahan kalau jerit panggil anak buah..suara dah boleh lawan Ziana Zain :P
  4. Cepat panas hati time drive..
  5. Mudah tersentap, terasa hati..pendam! walaupun meleret² perasaan tu tak nak orang tau, sob..sob :(
  6. Banyak cakap kadang² tak boleh berhenti, berat mulut dengan orang yang tak kenal.. part ni selalu dilabel sebagai sombong..
  7. Meratap..andai bermasalah, rela meratap sepi dalam bilik sorang dont u dare datang nak buat lawak bodoh..
  8. Tak romantik
Saya nak jadi seperti ini :-   :D
  1. Lemah lembut berperibadi wanita sejati pendek kata sopan santun
  2. Nak kawal bahasa semasa berdepan dengan manusia yang tak reti bahasa
  3. Nak bercakap dengan nada yang halus & berbisik ala² Jeslina Hashim nyanyi.. :P
  4. Ini..tak tau..perlu ber - istighfar banyak²
  5. Ini pun tak boleh...nampak je kasar tapi cenggeng ya ampun! ishhh..
  6. Boleh je nak kurangkan, jimat air liurku.. sombong tu salah!! tak kenal maka tak cinta :D
  7. Tak nak lah haih lepas ni meratap sepi dalam bilik, baik enjoy keluar pekena Ice Room / Tutti Fruity sambil membawa jiwa lara nan duka..eh :P
  8. Nak romantik² lepas ni, kan dah nak kahwin..setakat nak jiwang tu BIASA tapi perbuatan tu yang luar biasa tak reti.. *google search utk cari tips

ok, bai.. happy monday yang tak best   :D

Saturday, 12 November 2011

Novel M.A.I.D Terbaik!!


Best wokk! novel M.A.I.D sumpah sambil baca aku senyum kambing siap boleh ketawa sorang². Lazimnya novel semua sama je jalan cerita, cuma penulis tu tukar keadaan babak dalam novel tu yang jadi best eh merepek apa nih..ish

Aku ambil masa 2 minggu habiskan novel ni huhuhu sebab aku kan baca time² nak tidor dah.. baru baca 2-3 muka surat langsung aku terlelap.. memang bengong lah first baca tu tak menghayati. Aku habis baca on the way balik kampung raya korban last week, dalam kereta ok..ish pelik tak pulak pening! feeling habis!! boleh pulak dok feeling aku ni si Noorul (heroin) kahkahkah!

Hingga hari ni, dah 3kali aku khatam..huhu best kot aku tangkap mood rasakan Mr.F tu ala² Lee Min Ho.. wakakakkaka.. sesambil feeling aku lah yang tinggal dalam penthouse tu, naik kereta BMW color hitam.. dapat ber-mertuakan Puan Seri Kirana yang macam peluru berpandu, adik ipar yang sangat sempoi.. rumah mewah!! wahhh!! dasyat sungguh imaginasi aku...

Sinopsis :-

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Rajin² lah masuk sini http://www.penulisan2u.my

p/s : Ada lagi 3novel sedang menunggu turn untuk dibaca..hihi :P
 

Thursday, 10 November 2011

Wedding Shoes - Wedges

Wedges menjadi pilihan, tapi  weird x...? seumur hidup aku ni tak pernah sekali pun aku nampk bride pakai wedges for wedding day.. hihi kalau oversea tu dalam movie memang selalu la kan..

Baru ala² Rani Mukherjee :P

 Suka dengan bunga seketul

  Seksi yaaawww!!

 
Ini pun seksi.. :)

 simple gilos, letak brooch kupu².. :P


Andai ditakdirkan tak jumpa wedges, yang macam atas ni jadi pilihan.. cukup ke kalau 2.5 inch jer..? tak pernah aku pakai lagi tinggi daripada 2.5inch..hikhik

Cerewet kan..? ini kalau g beli dengan tunang, habis aku aku kena tazkirah subuh sampai isyak.. sob.. sob

Aku suka simple, banyak aku fikir.. kalau beli yang exactly wedding shoes, alamatnya memang terperam lah kau dalam box bawah katil. Lebih selamat aku beli yang boleh aku pakai g kenduri kahwin orang lain nanti, hihi lagipun datang kerja pakai wedges saja..


p/s : 2 kali pandang tak cantik pulak yang tu..

Wednesday, 9 November 2011

Rantai Tangan Untuk Batal Air Sembahyang - Done

Jumaat lepas dah selamat beli rantai tangan untuk batal air sembahyang nanti, cepat wooh beli ni sebab harga emas cepat sangat melambung..ish

2 hari sebelum tu ada tanya B2B yang mana eh, tak ingat pulak..dia cakap time dia beli RM 178.00 / Gram, dekat Poh Kong pulak aku tengok RM 189.00 / Gram.. uishh! malang bagi aku jumaat lepas dah naik harga, ahkak tu cakap baru 2 hari lepas naik.. aikkk..?! jadinya RM 197.00 / Gram... aku dah rasa nak pengsan.. hahahhaha..

Pilih punya pilih.. ish aku kan cerewet bab emas ni, sebab aku tak berminat pakai.. pilihan aku yang halus macam rantai leher yang mak & ayah aku belikan dulu, tapi pilihan aku tu tak DIRESTUI kahkahkah!! kecik sangat kata ehhhhhhh.. emm, i ikut je yang.. u bayar. Aku pun pilih lah yang besar SIKIT daripada yang aku berkenan tu daripada yang besar BANYAK dia pilih.. tak nak aku besar², tangan aku kecik! tapi bersyarat, loket LOVE tu aku tukar amik yang lain, yang pakej tu solid sangat..hihi so, ada tambahan duit disitu :P

Aku beli dekat kedai emas biasa saja, tempat yang sama masa beli cincin bertunang & risik dulu.. langsung tak survey, harga terlebih munasabah kitaorang dapat.. :D

p/s : Ini satu² nya perkara yang dah siap untuk persiapan nanti, haha.. teruk betul :P

Tuesday, 8 November 2011

I Love U Cik Senah, You're My Ever After Friend..

Paling kiri Cik Senah (sebelah aku), paling kanan Cik Embun

Ni nak panggil Tribute ke...? hihi

Tak lama dah, lagi 2 hari tamat lah zaman single Cik Senah (bukan nama sebenar). Happy, excited semua aku rasa untuk dia.. Tapi tak tau nak tafsirkan hati aku ni, coz at the same time aku sedihhhhhhhhhh!!! T__T dia dah nak kahwin, sumpah memang aku sedih..lepas ni seluruh jiwa raga dia hanya untuk husband dia.. jahat aku ni..

Terlalu banyak memories aku dengan Cik Senah walaupun baru 5 tahun kami kenal.. tapi, susah senang memang kami bersama..kelakar sangat, part time cashiers kat Jusco, first day kerja naik motor abang ipar dia, sambil naik moto pergi dan balik asyik ketawa sepanjang jalan, masing² tak percaya yang kitaorang buat part time cashier, hikhik..ini memang aku takkan lupa :D

Time beli kereta type & color yang sama.. yang different hanya plat no, dia WRJ aku WRK.. sweet kan..? Cik Tam kami adalah sama :)

Teringat masa aku dikenal pasti terkena jangkitan denggi, memang aku tak berdaya..habis lenguh sendi, aku dah lah underweight!! masa tu berat 45kg after denggi turun 38kg..sedih.. aku tau dia sebenarnya concern dengan aku walaupun dia tak tunjuk.. keluar masuk hospital check darah pallet aku masih tiada tanda denggi, doktor cakap kena 1 week baru boleh detect.. dia yang sibuk bertanya macam mana macam mana, last sekali dah habis MC hospital, aku datang kerja as usual tapi aku hampir pitam, boss suruh balik rest then go to panel clinik check darah again & again..petang, doktor call suruh ambil surat kebenaran untuk masuk hospital memang kat pallet dah ada denggi, Cik Senah bermati-matian tak bagi aku drive sendiri g clinic. Ok, lepas dah ambil surat, dah bagitau family..abang aku suruh balik kedah malam tu jugak biar kena admit hospital sana.. sebelum aku bertolak tu Cik Senah bisik pada aku "..sory sangat su, aku tak dapat jage ko..aku tak reti..tapi aku sayangkan ko..jage diri.." time tu aku hanya mampu mengangguk kepala saja, langsung takde kudrat tapi meleleh airmata aku T___T

After 1 week, aku datang KL.. check note book aku.. berjurai² air mata aku baca apa yang Cik Senah luahkan, yang dia tak tau nak jaga orang sakit..dia rasa terkilan semua..panjang lah 1 page tu..hihi

Bila aku tanya dia balik, dia cakap diam² sudah...kihkihkih malu lerrrr tuuuuu.. :P

Sekarang, almost 5 month aku tak stay dengan dia..Cik Embun pun dah balik kampung.. rumah tu dia akan stay dengan future husband dia nanti.. wedding day Cik Senah 11/11/11 di Kelantan, aku hanya dapat pergi pada hari tu je, pergi pagi lewat petang balik..

Maafkan aku sahabat, cuti aku terlalu padat..langsung tak dapat skip..

Semoga kau bahagia kelak, ini pilihan kau..jangan biarkan pandangan orang lain mengugat perasaan kau nanti, aku faham segalanya mengenai kau walaupun perkenalan kita hanya 5 tahun.

Thanks being my best friend.. love u a lot


Saturday, 5 November 2011

OP

Kalau boleh nak hire OP for both side..
Majlis Nikah + Bersanding + Bertandang

Majlis Nikah & Bersanding ( Kedah)
Bertandang (Negeri Sembilan)

Album semua, nak dalam 1 pakej jer.  Ada ke OP yang sanggup...? hihihi

Ada je kawan² yang buat kerja OP ni, KL, Selangor, Negeri Sembilan & Kedah.. entah kenapa lah aku tak terfikir untuk hire depa nih..ish! untung² dapat half price.. *verangannnn woii

Yang paling terdekat akak aku laaaaaa...tapi pelbagai alasan dia bagi, tak larat usung camera lah, dah tua laaaa apa laaa.. untuk makluman, akak aku lagi kecik darpada aku sebab tu dia tak larat pegang camera lama².. ish..


p/s : Ini schedule post, now dah on the way pulang ke kampung...hihi @__@

Friday, 4 November 2011

Make Up Artis = Orang Yang Make Up Kan Artis


Make Up Artis = Orang yang hanya make up artis...

Lain kali nak bercakap tu study segala bahasa dan pendekatan dulu woooh!! kesian.. rasa nak gelak guling yang macam dalam YM punya icon..huhu

Dah lah fitnah orang 1 hal, nak je aku bagi link blog make up artis supaya dia tengok cara orang make up without eyebrow trimming..

And..............

Tengok pada status dia yang lepas (RED ARROW) "Only Allah Can Judge Me.." woooohh, superb lah kau kan...yang kau judge Ustazah tu apa cer...??


p/s : Baik jugak hati aku nak blank nama kau..dah banyak status kau tak suka orang itu, orang ini.. enough k..

Thursday, 3 November 2011

Apabila Tidak Dibenarkan Membezakan Door Gift




  Gambar Sekadar Hiasan

Apabila bercakap mengenai door gift, mak aku dah cakap awal-awal seboleh-bolehnya jangan membeza-bezakan untuk guests.

Tak elok katanya..tapi yes, aku pernah dengar Ustaz pun ada cakap... nanti guests yang datang untuk meraikan majlis kita rasa tersinggung..

What should i do..

Teringin nak bagi something special just for my friends and the other side, maybe kan boleh gunakan paper bag yang sama cuma berlainan isi...hihi make sure kena mark dulu..huhu


k, bai....

Wednesday, 2 November 2011

Wedding Theme : Tamak

Aku sangat TAMAK dalam memilih wedding theme ni, cerewet pun tersangat..
dalam kotak fikiran ni dah ada theme yang sedang di impikan, untuk sanding dah lama aku fikir tapi SURPRISE huhuhu.

Untuk nikah, masih dalam persoalan..

Selepas bersanding punya theme aku dah pilih, masih berbaki 2 theme yang aku impikan.. yang 1 tu ingat apply untuk nikah yang lagi 1 untuk bertandang.. muahahahaha.. TAMAK kan..? semua theme yang aku berkenan aku nak kaut.. walaupun hakikatnya theme untuk bertandang HARUS dipilih oleh tunang.. kahkahkah

Aku cerewet sebab, kalau aku dah TERBEKENAN pada 1-1 jenis tu.. hanya itu lah akan menjadi pilihan aku.. Ya Allah, buruk peragai betul..

Andai susah sangat, aku nak belasah je Wedding Theme : Rainbow semua color ada @_@