Thursday 16 August 2012

Ohhh! Bestnya Kalau Dapat Baju Raya Gini

As Salam,
Arggghh! mood kerja dah ke laut dalam dah ni...raya oii raya!

______________________________________________________________________________________________________________

Alangkah bestnya dapat pakai baju yang sebegini cun di pagi hari raya yang hening.
Disebabkan Zalora huru hara tu yang jual makanya terbantut pembelian.(padahal baru tengok harini size xs /s dah sold out, haha)

Kan ke ramai yang complaint barang tak sampai lah, sampai salah barang lah..ish

Oh Jovian Mandagie!





Ohh hoooo! i like simple gini..padan lah untuk aku sedikit jakunssss ni.

Actually, tema tahun ni ialah kuning.. Ya! mengembalikan zaman sesi pernikahan 3 bulan lepas..ekekeke

Fuhh! hubs nak sangat ulang tayang pakai semula baju ni, sementara boleh pakai katanyaaaaaaa.. Tapi bulan puasa ni memang aku dah boleh sarung pun, hahaha.

Eh, haritu sempat beli dress dekat Thepoplook, kihkih eh boleh lah kot berangan² nak pakai raya ataupun open house..? heeee


Thepoplook yang sangat efficient, order pagi harini esok petang dah selamat sampai.


Yang ni sedang mengintai, nak beli takut kena marah asik shopping..muehehee..

k, bai...

p/s : Fuhh! hazabbbb nak tunggu esok baru balik kampung..


Monday 13 August 2012

Kebaikan Yogurt Untuk Wanita

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________


Aku peminat tegar yogurt atau pun minum yogurt, sebarang jenis yogurt semua aku bedal. First time aku makan tak ingat bila tapi satu suapan terus aku rasa nak meroyan kesedapan tu..haha sedikit over ye?

Sekarang dah start semula, best..lepas berbuka puasa rilek² depan tv tak sampai 5min habis 1 cup ;)
Nak je rasa hati bedal 2-3 cups sekali makan, tapi macam tak beradap pulak mak mentua tengok kang, kihkih


_______________________________________________________________________________________________________________

Kebaikan Amalkan Makan Yogurt |  Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.

Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.Jom ketahui apakah kebaikan amakan makan yogurt di bawah ini

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

Sumber : Melayukini

Lagi sumber Berita Harian [click]

Saturday 11 August 2012

Pitam

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________

Semalam tak tau apa jadi, tengah tidur..terjaga tengok hubs belum balik bangun nak minum air sambil bawak hp..tengah berjalan..................................................

Sedar² terbaring atas lantai hubs dah ada depan mata, kabur mata aku..tetiba rasa macam tak ada tulang, sendi... tersedu² nafas berombak

Apatah dia cakap semua aku tak dapat tangkap, rasa sayup...

Tak sure pengsan or pitam..kalau pitam rasanya ada nafas dan masih dengar keadaan sekeliling, kalau pengsan langsung tak sedar. Tapi malam tadi dengar sayup² hubs panggil maybe pitam kot.

Bangun pagi rasa macam ada separuh je badan ni..yang separuh lagi entah merayap mana.

Ohhh! nak rehat...nak baring..nak lelap.


p/s : Teringat ice cream potong semalam, baru makan sebatang ada lagi satu..


Thursday 9 August 2012

Tentang Suami & Isteri

As Salam,

__________________________________________________________________________________________________________

Sedikit Koleksi Prinrscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus yang menarik perhatian aku =)






Credit to : http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen

p/s : Baca koleksi ni dikala kelapangan..



Tuesday 7 August 2012

Kesihatan Saya!

As Salam,
Sorry title post poyo sikit ehhhh, biasa lah bajet² orang nak tau..cisss #muntah

____________________________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah,
So far so good kesihatan aku sekarang ni. Ubat pun dah lama aku abaikan hahahaa.. Tapi kalau pergi check doktor aku tau lah mesti kena makan lagi, heyyy! sumpah sampaikan sendawa pun rasa ubat, kau ada..?

Hampir 9 jenis ubat yang doktor suruh aku makan, WAJIB makan sampai habis tapi sah lah aku ngelat, ada lagi sikit tak habis sebab aku rasa sihat..muehehee

Sebenarnya aku memang dah tau badan aku ni tekanan darah rendah + hb pun rendah, doktor kata 10 je hb aku tu. ku sangkakan tinggi lah rupanya tak cukup, normal mesti 11.5 - 16.5 gitu lah kot ingat² lupa aku ni. Tekanan darah aku lupa nak tanya, kihkih.

Masa check tu doktor tanya simptom²

Doc : Selalu sesak nafas tak..?
Aku : Tak
Doc : Pening-pening tak..?
Aku : Ada tapi sikit, lebih kepada berat kepala.
Doc : Loya-loya..?
Aku : Tak
Doc : Rasa letih..?
Aku : Ha'ah..asyik nak tidur je, sendi-sendi rasa nak tercabut.

Then, doktor tu suspect Thalassemia lah kekonon.. blood test dah berkali² tapi sampai sekarang aku sihat walafiat, result sampai sekarang pun tak dapat, sudah 2 bulan lebih.maklum lah klinik kerajaan kan. Hubs dan aku berpendapat maybe aku sihat sebenarnya hahaha.

Syukur Alhamdulillah, sampai harini aku semakin sihat..huhu~~

Till then,

p/s : Schedule post~~ lalalalalaaaaa

Saturday 4 August 2012

3 Bulan Berlalu Bagai 3 Hari

As Salam,
Baru perasan sticker dah menunjukkan 3 bulan sudah berkahwin, rasa rugi kalau tak print screen. hihi
Oh noooo..rasa macam baru semalam kahwin, hahahaaa

_____________________________________________________________________________________________________________

Syukur padaMu Ya Allah.




Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Segala puji pujian untukmu 
Semoga merahmati perkahwinan kami,
Berikan tahap kesabaran yang tinggi untukku menempuhi dugaanMu,
Kurniakan lah nikmat rezeki yang tidak terhingga kepada kami,
Lindungi lah hunbungan kami,
Pelihara lah iman kami,

Bawalah kami ke SyurgaMu..

24 - 25 Ke 28 - 29

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________

Mesti tak faham kan..? kui²

Sebelum kahwin size 24 - 25 
Selepas kahwin (sekarang) size 28 - 29

Digit² tersebut ialah lilitan pinggang seluar dulu dengan sekarang.. belasah lah betul ke tak orang panggil lilitan pinggang.

Semalam kena beli seluar baru atas sebab yang tak dapat dielakkan, keh³

Carian seluar bermula dan dapat dikenal pasti, carik size sebelum kahwin wakakakaa berangan kan, bila dah pegang tengok pun tau tak boleh masuk. Makanya try lah size 27..oh no no noooo... sangat tight! terasa menjerut pinggang dan bontot.

Dengan itu try lah size 28, ok lah rasa ngam² tapi sejak dah kahwin tetiba rasa tak selesa pakai ngam² nak longgar sikit.. malang 29 tak ada. hahahaa

See... entah apa vitamin aku makan ni, sumber protein + lemak tepu kot.

Oh nom nom nom... montel²


Moral of the story, selalu² lah beli seluar baru makanya anda akan sedia mengetahui keadaan kemontelan diri anda selepas kahwin.. muehehehee..

k, bai


Friday 3 August 2012

Pukul 9 Malam Dah Mengantuk! Tips Plz...

As Salam,

______________________________________________________________________________________________________________

Dah baca title post tetiba rasa macam tak perlu lagi isi kandungan entry..hehe

Ini prob. yang sangat menghantui aku sekarang ni, tambahan sejak bulan Ramadhan ni. Sampaikan kalau aku duduk depan hubs pun aku boleh tertidur. Bunyi macam parah, tapi memang parah pun!

Kalau tengok tv sambil baring tu lain lah kan, memang sah² dalam masa 5min aku dah boleh tidur nyenyak.. tengah tengok hubs online pun aku boleh terlelap! haha siapa boleh lawan..?

Sampaikan kalau tengok aku bercelik sampai pukul 11 tu mesti akan ada muka hairan, kah³

Rasa tersangat mengantuk, letih tu separuh lah..

Apa nak buat ni, mak aku cakap aku terlalu letih jeeeeeee..

Rasa macam tak lah letih sangat, juadah berbuka pun beli je..keh³ sekadar buat air pastu cuci pinggan mangkuk.

Tiba² rasa hilang nikmat nak beriadah dan bersosial..haha

OhMelampau you!


p/s : Terbelenggu.

Thursday 2 August 2012

Senyum Tersimpul - Simpul

As Salam,


__________________________________________________________________________________________________________



Tadi senyum sekarang nak ketawa... adoiii!!
hahahahahahhahahahahah




Wednesday 1 August 2012

Kerja : You Kena Resign Jugak

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________

Gini, meh bercerita bab kerja pulak, huhuu..

Aku ni kan ke makan gaji buto, company aku kerja ni dah almost 4 years. Daripada 1 position ke 2 hingga 3 position selama 4 tahun ni (eh, dah bahasa melayu).

Ok, sekarang ni aku lah HR, QS, Asst.Acc cabuk pun aku.

Baru² ni ada seorang site supervisor ni yang memang lepas sebulan masuk kerja dah banyak kali kantoi dengan boss, datang lambat lah, morning briefing pun tak attend, hilang secara tiba² dekat site lah..

Disebabkan dia under probation period, boss aku pun biar je dulu. Lepas je 3 bulan aku as HR yang berkaliber, kahkah macam biasa kena update staff performance makanya aku bertanya mengenai mamat ni. Boss aku mintak extend probation period dia lagi 1 bulan.

Performance tak meningkat boss aku suruh aku g cakap dengan mamat ni hantar surat resign, simple! itu boss aku lah kata simple..bagi aku complicated! Dengan perasan sesama manusia, melayu sesama melayu aku terpaksa jugak. Terkejut unta mamat tu sambil merayu² dengan aku, alahai apakan daya aku pun kuli. Katanya semua yang report pasal dia tu 90% tak betul. Kira 10% tu betul..haha

Ada lah dekat 20min jugak dia buat ayat sedih dengan aku, last² aku suruh g cakap dengan boss. simple! ceeeeh tiru boss pulak..hahah! boss aku katanya bagi tempoh 1 minggu untuk dia perbetulkan tapi malangnya pulak keesokan dia hantar surat resign tu dia tak nak lah pulak kerja sini lagi. cisssss! penat kot aku memujuk boss aku yang hati kayu tu untuk extend 1 minggu.bedebah rasanya tetiba!

Ini first time aku kena buat kerja gini, bulan lepas ada sorang jugak tapi aku pass bagi HOD dia tolong cakap sebab aku tak sampai hati..harharhar.

Ini lah dinamakan KERJA JADI KULI

Bayangkan kalau aku ditempat dorang..~~

Susahhhhhhh jadi HR cabuk macam aku nih!

bai,

p/s : Semalam try baju nikah OMG! dah muat pakai dah tu lebih besar rasanya baju tu.. hewwww