Monday 13 August 2012

Kebaikan Yogurt Untuk Wanita

As Salam,

_______________________________________________________________________________________________________________


Aku peminat tegar yogurt atau pun minum yogurt, sebarang jenis yogurt semua aku bedal. First time aku makan tak ingat bila tapi satu suapan terus aku rasa nak meroyan kesedapan tu..haha sedikit over ye?

Sekarang dah start semula, best..lepas berbuka puasa rilek² depan tv tak sampai 5min habis 1 cup ;)
Nak je rasa hati bedal 2-3 cups sekali makan, tapi macam tak beradap pulak mak mentua tengok kang, kihkih


_______________________________________________________________________________________________________________

Kebaikan Amalkan Makan Yogurt |  Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.

Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.Jom ketahui apakah kebaikan amakan makan yogurt di bawah ini

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

Sumber : Melayukini

Lagi sumber Berita Harian [click]

5 comments:

  1. ermm... bgs ni bleh makan selalu...:-)

    ReplyDelete
  2. terus FY terasa nk berbuka dgn yogurt

    ReplyDelete
  3. fav sy suria! yummy..mmg suka gilaa makan yogurt..hehehe

    ReplyDelete

  4. Artikel yang menarik mengenai yogurt yang semestinya mengandungi probiotik. Antara kebaikan probiotik ialah ia dapat melegakan masalah sembelit kerana probiotik dapat menstabilkan koloni-koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)