Tuesday 5 May 2015

Service Nile.Com.My

Assalammualaikum,

Last week sebelum cuti balik kampung sempat shopping 2barang di website Nile. Sebenarnya dah lama aku dok survey website tu dek penangan blog Namee Roslan dengan Cik Epal. Tengok betapa terkesannya aku dengan entri dorang hahaha.

Dah alang² husband nak cap, aku click saja kat website Nile tu. Dah lah murah. Alang² jugak lagi tak kan beli 1 barang saja, rugi postage aku rembat je jugak blouse sehelai..ekeke ini sebiji yang Namee Roslan review..wawawawaaaa


Cantik! material pun best..tak panas, walaupun sikit longgar part ketiak dengan lengan. Dah size paling kecik M. Daku jenis kalau poplook xs. T__T
Best sebab labuh, badan ngam tak kecik tak besar.

Murah je lah RM34.00 kot berbanding dengan Poplook silap² blouse ni boleh dapat 2 helai..huhu Tepuk dada tengok poket, dah hujung² bulan.


Cap ni pun RM13.00 saja, ini aku confirm dengan husband thru whatsapp saja lah. Decide color Coffee, aku dok bayang coffee tu yang second, rupanya coffee 'o' hahahhaha. Ok lah jugak, idok ler cantik sangat² padan dengan harga. Elok ja aku tengok husband pakai hari² hahaha.

Postage via poslaju, kita boleh pilih poslaju atau gdex. Sebab kerisauan pasal gdex yang selalu buat hal, aku pilih poslaju saja.

Order selasa, rabu dah sampai ke kedah, kenapa kedah sebab rabu malam aku balik kampung. So bajet kalau address sini kot tak sempat nak nengok barang sampai kes tak menyabar hahaha.

Overall semua ok..cuma part payment tu leceh lah. sebab kena log in sendiri ke online banking lepas tu print screen n email pulak details. Lebih senang kalau kita boleh buat payment kat website jugak macam poplook..hahah kan senang kerja aku, hihi

Ok, itu saja..ini tengah log in website tu lagi kan dah gaji..best pulak ada blouse lagi lawa²..huhuhu

Happy shopping uols!