Friday, 13 November 2015

Dhafea Dan Sembelit

Assalammualaikum.

Kisah Dhafea dengan sembelit ni macam tak habis². Ingatkan selepas post aku yang bagi dia makan Duphalac tu kira dah tutup kes la rupanya ada lagi.

Baru² ni sembelit dia datang lagi, boleh aku cakap selepas berjaya wean off dia sembelit dia datang dan semakin teruk.

Kesian.

Sampai dia fobia nak membuang. Dah 5biji enema aku guna untuk bagi dia berak. Yang mana aku rasa sangat tak baik untuk dia. Kadang² stool dia bukan keras mana pun tapi sebab dia dah pernah rasa sakit teran tu, lepas tu pernah pulak stool dia berdarah. Doktor cakap luka bahagian dalam, masa dia meneran tu. Apa daya aku kalau tak guna enema tu, kemain seksa setiap kali rasa nak membuang tu datang, kejung ja setempat. Apa semua tak boleh buat. Mata membengkak menangis. Makan pun dah tak nak.

Lepas masukkan enema dia menjerit sebab kena paksa teran, lepas dah keluar dia sendiri akan tepuk tangan " haaa ibu dah keluar" hahaha lawak.

So 2 hari lepas sembelit dia datang lagi padahal baru seminggu aku masukkan enema, selalunya akan gap sebulan dua. Ini dah parah, sebelum tu malam dia dah dedar. Start selsema, padahal dah setahun lebih tak selsema. Malam tak boleh tidur sejam sekali dia bangun menangis, last dia bangun pukul 2:50am husband tepuk perut dia, then cakap anak kembung ni. Terus aku ambik minyak telon urut, sambil urut dia dah tidur sampai lah ke pagi jam 6:30am. Dia bangun menangis cakap sakit perut nak berak. Time tu jugak aku google apa lagi kaedah tanpa ubat-ubatan.

1) Sesudu tepung kanjan / sagu / ubi campur dalam susu dia untuk diminum. Nanti stool dia akan mudah keluar sebab tepung tu jenis berlendir.
- Tak sempat buat, susu pun fresh milk dalam peti. Buntu cemana nak buat huhu

2) Sesudu teh gula perang bancuh dengan air masak dalam 2oz
- Ini sempat buat tapi aku buat separuh cawan tak sempat nak sukat². lebihkan gula perang. Nampak effect dia nak meneran tapi maybe dia sakit so dia tahan. So tak menjadi huhu

Last sekali cakap husband no choice, ambikkan enema yang memang tinggal sebiji ja lagi. Dia nampak je ubat tu dah start meraung. Aku masukkan biasanya tak habis pun dia akan meneran tapi, kali ni lamaaaaa aku tunggu apahal tak keluar hahaha. Ada nampak cara nak meneran tapi dia tahan tak mau teran sebab sakit. Yang lebih tu husband masukkan lagi, tak sampai seminit settle keluar. Kali ni jerit tak sekuat yang masa berdarah tu. Lepas dah cuci nampak macam ada bengkak kat bahagian dalam tu, aku sapu minyak gamat.

So, semalam terus aku buat appointment dengan Dr. Mazrina dari Klinik Homeophaty tu. Whatsapp dia then petang dia call cerita semuanya. Malam pergi klinik dia. Dapat lah ubat biji² tu. Suka pulak Dhafea ubat tu sebab rasa manis, dia panggil ubat gula.

Tadi BS whatsapp, Dhafea dah berak. Stool tak lembut dan tak keras. Tanpa menangis.

Alhamdulillah.

Selalunya 2-3hari lepas masukkan enema memang dia akan berak ok.

Tunggu seminggu baru boleh review ubat homeophaty ni. So far Dhafea kalau tak sihat memang serasi dengan homeophaty ni.