Thursday, 5 September 2013

Nursing Strikes!

Assalammualaikum..

Sebelum ni aku dengar ja mommies bercerita pasal baby dorang nursing strikes, pastu cara mengatasi.

Rasanya baru pagi kemarin (selasa) aku baca pasal nursing strikes ni kat group, malam tu terus terjadi kat aku..Ya Allah!

Dhafea sekarang ni tidur pun dah ok kat rumah BS, lama agaknya. Tapi bila balik rumah sejak 2harini kemain meragam nak tidur..mata dah pejam² tapi meragam jugak meronta tak nak df wey! sedih ibu syg..malam semalam la dia buat gini, padahal petang tu sampai je rumah aku terus df dia. Bila malam nak tidur je aku nak df dia tak nak! mengelak² sambil menangis..pelik aku, dah kenapa Dhafea..aku dapat agak budak ni 'nursing strikes' ni! sebab mata dah pejam tapi menangis², aku pangku nak df je dia keraskan badan tak nak, baring pun dia tak nak pusing..terus aku panaskan susu, elok je dia hisap..Ya Allah pilu rasa hati..sedih semua ada, haha terasa hati dengan anak woii padahal dia pun tau apa pun kan. Dah habis sebotol aku try df tak nak jugak, ish!. Last husband suruh aku p mandi, haha lepas mandi aku nak df pun dia tak nak tapi tak la sampai meronta², aku pujuk..buat skin to skin, berzikir² tepi telinga, peluk dia..slow² tarik untuk df sambil baring, alhamdulillah..dia nak df semula.. Allahurabbi. Malam tu tak aman aku tidur, bergenang air mata aku biar je dia df sepanjang malam peluk dia.

Tapi malam tadi jadi lagi..asal nak tidur je mesti jadi. Aku pam susu masuk botol dalam 2oz dia minum pastu meragam² nak tidur, nak menyusu tapi asik menolak². Aku dukung masuk bilik, dukung gaya nak tidurkan dia mulaa la aku kena berzikir berselawat. Lama oii aku berzikir bagai tu nak bagi dia tidur sambil berpangku, dia pandang je muka aku ni sampai la dia lelap. Bila dah lelap ok dah, lelap dalam 5minit terus bawak dia tidur..letak je memang tak sedar² dah..

Harap² malam ni ok la syg! inlaw ada buat kenduri doa selamat untuk naik haji sabtu ni..moga² dhafea behave..tetiba jadi nervous kalau jadi macam semalam lagi.


Wednesday, 4 September 2013

Begini Lah Nasib Jadi HR

Assalammualaikum,

Bukan cerita anak..tapi kes kerja.

Gini lah tewas dengan hasutan syiton, aku luah juga kat sini yang terbuku dalam hati.
Sungguh benci!.

Boss aku jenis pilih kasih..jenis kalau suka seseorang tu main suka hati bantai baik hati asyik naik gaji. Alasan kerja semakin baik bagus. Ok betul bagus. Tapi yang lain² staff tak bagus ke? mata aku ni nampak ada 3-4 lagi staff lain ok..kerja macam lipas kudung walaupun bukan aku.

Sekarang ni pun aku dengan sorang staff ni kerja macam buruh kasar. Bandaraya pun ada. semua department kitaorang buat kerja. Accountant maternity leaves, purchaser dah cabut. Staff yang lagi sorang buat kerja hal contract. Kitaorang cover kerja orang lain + masing². Aku HR, gaji, advance, staff punya claim, project claim, subcont claim, statements of acc. , insurans untuk staff, hal toilet, permit passport foreign worker, report daripada site supervisor, sewa rumah site supervisor yang outstation and so many more! semua kerja ni ada dateline. EPF Socso insurans semua ada date sendiri. Tapi budak yang buat contract tu lagi haruk kerja dia..kesian aku tengok

Aku tak terkejar!

Ini tengah kira gaji, boss cakap ada staff yang ada increment..style aku dah siap kira dan nak buka cek baru nak bagi namelist..boleh? sakitnya hati..semua pun kira semula. Sebab bukan semua staff bank in ada yang cash, so kena separate amount tapi masuk dalam 1 cek. duh!

Ada sorang staff ni gaji baru je naik 2 bulan lepas. Bulan ni naik lagi uols bukan sikit..lepas la haku nak bayar babysitter dhafea.haha kejam kan? tahun ni saja seingat aku ni kali ke 3 staff ni naik gaji..haha gitu nasib HR dapat tau segala hal gaji, ingat seronok? hasutan syaiton semakin tebal laa!! hahaha

Jeles of coz ada, zaman gini untuk aku dah berlalu. Memula masuk kerja aku pun dapat kebaikan macam ni tapi tak lah sampai setahun 3kali..huhu.

Dah tu ada staff lain kalau tak punch in out pun hokey ajerrr.. padahal dah berpuluh kot memo dia suruh buat kalau tak punch deduct half day salary..kau boleh gitu? alasan.."its ok sue this staff bagus, kalau EL pukul 6 sudah call boss..ini memang betul² emergency" haha tergelak kot.

Ini satu penindasan terhadap pekerja lain.. :P

k, bai..


p/s : Dah 3hari kira gaji tak habis²..lantak!