Thursday, 5 September 2013

Nursing Strikes!

Assalammualaikum..

Sebelum ni aku dengar ja mommies bercerita pasal baby dorang nursing strikes, pastu cara mengatasi.

Rasanya baru pagi kemarin (selasa) aku baca pasal nursing strikes ni kat group, malam tu terus terjadi kat aku..Ya Allah!

Dhafea sekarang ni tidur pun dah ok kat rumah BS, lama agaknya. Tapi bila balik rumah sejak 2harini kemain meragam nak tidur..mata dah pejam² tapi meragam jugak meronta tak nak df wey! sedih ibu syg..malam semalam la dia buat gini, padahal petang tu sampai je rumah aku terus df dia. Bila malam nak tidur je aku nak df dia tak nak! mengelak² sambil menangis..pelik aku, dah kenapa Dhafea..aku dapat agak budak ni 'nursing strikes' ni! sebab mata dah pejam tapi menangis², aku pangku nak df je dia keraskan badan tak nak, baring pun dia tak nak pusing..terus aku panaskan susu, elok je dia hisap..Ya Allah pilu rasa hati..sedih semua ada, haha terasa hati dengan anak woii padahal dia pun tau apa pun kan. Dah habis sebotol aku try df tak nak jugak, ish!. Last husband suruh aku p mandi, haha lepas mandi aku nak df pun dia tak nak tapi tak la sampai meronta², aku pujuk..buat skin to skin, berzikir² tepi telinga, peluk dia..slow² tarik untuk df sambil baring, alhamdulillah..dia nak df semula.. Allahurabbi. Malam tu tak aman aku tidur, bergenang air mata aku biar je dia df sepanjang malam peluk dia.

Tapi malam tadi jadi lagi..asal nak tidur je mesti jadi. Aku pam susu masuk botol dalam 2oz dia minum pastu meragam² nak tidur, nak menyusu tapi asik menolak². Aku dukung masuk bilik, dukung gaya nak tidurkan dia mulaa la aku kena berzikir berselawat. Lama oii aku berzikir bagai tu nak bagi dia tidur sambil berpangku, dia pandang je muka aku ni sampai la dia lelap. Bila dah lelap ok dah, lelap dalam 5minit terus bawak dia tidur..letak je memang tak sedar² dah..

Harap² malam ni ok la syg! inlaw ada buat kenduri doa selamat untuk naik haji sabtu ni..moga² dhafea behave..tetiba jadi nervous kalau jadi macam semalam lagi.


No comments:

Post a Comment

Hello cantik's.. ;)