Thursday 27 November 2014

Bekalan Makanan Untuk Anak ke Rumah Babysitter

Assalammualaikum,

Memang mak-mak yang hantar anak ke bs ni tak payah bekalkan makanan ka macam mana?

Memang bs yang akan sediakan ka untuk anak kita?

Hahahahaa. banyak persoalan diminda :D

Kalau nursery, taska tu lain laa memang dah include. Macam akak aku dia bekalkan jugak bubur nasi. Itu ja laa yang semua under nursery.

Macam aku memang dari Dhafea 6month, aku yang bekalkan from A to Z. Tak terlintas pulak aku yang bs pun boleh sediakan..hihi ka aku tak menanya? memang tak menanya pun, lol.

Hari-hari aku bekalkan breakfast, lunch, tea time & untuk snacks.

Since Dhafea tak mahu nasi beberapa bulan yang lepas, bs cakap nasi tak payah la bawak lagi. Lagipun Dhafea sekarang aku dah start table food.

So aku hanya bekalkan breakfast, lunch (pasta / mihun / keow teow) versi sup atau goreng, snack (cornflack, biskut, roti, buah).

Setiap hari ada benda ni, tak pernah skip. Buah kekadang tak ada stock kat rumah, lunch time aku lari pergi beli kat kedai orang jual buah potong hantar ke bs.

Ada kawan aku cakap, buat apa susah-susah dah bayar bs dia la akan sediakan. Entah aku tak tau nak jawab apa. Lagipun bs Dhafea ok ja pun, kekadang bekal tu tak terusik dia tak makan. BS pun cakap tak bawak pun tak apa, tapi aku la gigih bawak..haha

Husband pun ok ja. Kalau aku lambat bangun, dia kejut "bangun-bangun tak nak masak untuk Dhafea ke?" kehkeh

Sedapkan hati, aku nak bagi dia makan air tangan peluh menitik masin mak dia..hhahaha.

Bila buat bekal untuk dia baru la aku rajin nak buat bekal untuk diri sendiri. jimat!.







Monday 24 November 2014

Demam Dan Tonsil

Assalammualaikum,

Dhafea demam since balik dari Morib (belum post) 2minggu lepas.

Demam yang on off, time tu demam tak tinggi dalam 37 - 37.8 saja. Tapi dalam 3-4hari jugak demam. Bawak jumpa doktor katanya tonsil bengkak sebelah kanan agak besar. Time tu memang tak nak makan..nak df saja, ibu lenguh badan setiap malam. huhu

Doktor bagi antibiotik, aku request yang tak kuat sangat. Coz ni first time aku bagi antibiotik untuk dia. So kami laki bini tak nak dia terkejut dengan antibiotik. Kena straight 5hari berturut-turut bagi antibiotik untuk redakan bengkak tonsil. demam dah ok laki bini asyik lupa dengan antibiotik. So ada hari aku ter-skip. Demam pun dah ok ingat ok lah.

Khamis malam jumaat yang lepas dedar. Aku dh agak ni mesti akan demam. Jumaat pagi betul suhu naik. Aku bagi paracetamol, then standby ubat bagi BS. Petang BS call aku memang berdebar kalau BS call hehe. Dia cakap Dhafea demam dalam 38. Tengah hari dah bagi ubat, so cakap bagi ja dulu petang lagi sekali. Petang aku ambil, dia tengah berpeluh main macam biasa.

Malam balik, demam makin tinggi.. tengah malam lagi tinggi. Bercakung aku kalau anak demam, tidur tak tidur ja. Standby segala asam jawa, towel basah segala mak nenek. Masih tinggi lagi. Sabtu aku ponteng kerja lagi. No choice badan dia masih panas walaupun dia cergas. Husband ajak pergi cari pakar kanak-kanak. So dapat address Klinik Pakar Kanak-Kanak Shanaliza kat Wangsa Maju., Punya la jauh aku rasa dari Cheras, hihi Cheras ada tapi laki bini nak doktor muslim..hukhuk

Dalam kereta kena aircond suhu dia dalam 37.5 camtu, sampai ja turn jumpa doktor sekali doktor check 40.5 ngeri aku. Kalau dari pagi tu 40.5 aku terus ke hospital ja. Doktor terus masuk ubat bontot. Aku cerita dia demam sejak itu ini blaa..bla..blaa.. doktor cakap tonsil dia dah bengkak both! so bagi antibiotik yang lebih baik kot (2kali sehari). Siang tu dia ok peluh main.

Tengah malam tu suhu naik lagi jadi 39.5..terus ajak husband g hospital. Dah tengah malam karang tetiba suhu lagi tinggi. Sampai hospital dia kelepet la letih, MA masukkan ubat bontot lagi, dah berpeluh kebah dia sihat dok main. Jumpa doktor katanya memang demam disebabkan tonsil bengkak. So aku mintak paracetamol. Camtu ja procedure hospital.haha

Balik tu dia dapat tidur dengan aman, kami laki bini pun tidur aman.ehehe

Esok pagi demam masih ada, aku letak ubat bontot lagi. Aku pantau setiap kali dia poo poo kaler hijau gelap. cuak aku. Ada 3kali aku masukkan ubat bontot suhu dah ok. Semalam aku bagi paracetamol nak tengok poo poo dia. Aku google poo poo camtu maybe disebabkan kandungan ubat.

Walaupun tonsil, selera dia nak makan tetap ada. Walaupun memilih sikit. Aku pulak buat sup antibiotik letak spices itu ini konon nak hilangkan demam tapi rupanya tak bagus untuk tonsil tak boleh benda panas..grrr

Sejak petang semalam dia dah sihat, tonsil masih ada rasanya. Dia bukan peminat ice cream, aku hulur haram dia tak berminat haha sudahnya aku yang makan.

Lunch kang aku nak pergi beli ice cream bagi dia, beli dalam cup. Maybe dia boleh makan sendiri kot baru dia nak.

Opismate aku ni buat cuak cerita anak kawan dia tonsil pastu kena bakteria, kes macam Dhafea demam on off ke hospital bagai, After sebulan meninggal. Nauzubillah.

Semoga Dhafea Shurafa sihat sepenuhnya. 1st time dia kena tonsil teruk.

Amin..


Tuesday 18 November 2014

Kerja Tetap (Swasta) Atau Sambilan / Kontrak (Kerajaan)

Assalammualaikum,

Ok, semalam aku dapat call daripada SIL. Dia mintak resume beserta sijil etc nak submit ke satu jabatan kerajaan ni. Dia staff sana.

Katanya jawatan tu tetap. So dia mintak aku apply. Aku faham kesungguhan tu memandangkan kami dua laki bini kerja sektor swasta. At least sorang lepas ke kerajaan pun dah ok. Jawatan tu sebenarnya aku tak berapa nak sebab lebih kurang dengan kerja aku sekarang "kewangan" kihkih aku dah semak otak dengan akaun ni bagai ni. Tapi husband cakap why not aku try sebab tetap.

Semalam gigih call akak aku mintak sign sijil etc. Pecut ke Nilai.

Then husband tanya semula SIL katanya kontrak or sambilan. Aku jadi down jugak. Walaupun kerajaan, sambilan aku tak nak. Tak berani aku nak letak leher kat parang hahah gituuu peribahasa.ekeke

Ya la sini aku dah tetap walaupun swasta. Gaji aku sini sedap lagi daripada jawatan tu. Kot tetiba perkhidmatan aku ditamatkan secara tiba-tiba mana aku nak cekau kerja? kami masih tak mampu kalau sorang saja bekerja. Aku baca review pasal kerja sambilan kerajaan ni, scary oii. Tapi kalau kontrak aku masih akan consider. Walaupun gaji rendah daripada swasta sini. Kalau sambilan tak sanggup.

Resume dah bagi, pastu aku dalam dilema. Karang buatnya dipanggil untuk interview untuk sambilan tu camna ni?? kang kalau tak pergi apa kata SIL kan..ke macam mana..grrrrr

SIL ni selalu ja kalau ada kekosongan aku bagitahu kami laki bini. Best kan? hehe dulu dorang pun sambilan setelah sekian lama diserap tetap. Tapi ok la bagi aku sebab belum kahwin. Lain. Aku dah kahwin tak boleh ambil risiko. And bukan semua orang bernasib baik diserap masuk.

Mudah-mudahan jalan aku dipermudahkan..


p/s : Tangga gaji berbeza banyak jugak T__T


Friday 14 November 2014

Selepas Kejadian Blender Berbunyi Sendiri.

Assalammualaikum,

Kalau ada yang pernah terbaca post aku pasal blender kat rumah aku berbunyi sendiri tu mesti ada yang scary..huhu

Selepas kejadian tu husband buat inspection, kahkah konon-konon nak tahu apa yang terjadi. Pasal apa dia berbunyi sendiri. ok dia cakap maybe masa aku kalut-kalut meluru ke Dhafea yang tengah terkejut tu aku tekan button tu tak habis. So button tu ternaik dan bunyi. haha.

Ok, fineeee lepas pada tu aku pun dah ok..blender aku baik seperti biasa. Lagipun jarang dah guna.hihi.

Dua ke tiga minggu yang lepas, pagi-pagi aku bangun masak la untuk bekal aku dan Dhafea. Tengah masak tu tetiba aku dengar bunyi benda jatuh dalam baldi. Bunyi "glupppp". Sedangkan masa tu aku langsung tak buka pili air tu. Aku pun masuk toilet tengok kot-kot cik cicak ke yang jatuh, tapi nan ado. Yang ada bekas air berkocak dalam baldi sajo. huhu. Aku tak terfikir air tu dari tank sebab bukan bunyi titis tapi benda jatuh, gitewwww hukhuk.

Pagi tu masuk ofis terus aku whatsapp husband bagitahu story pagi tadi, tapi hampeh dia tak reply..hahah dia memang gitu tak mau layan aku benda gini dia tahu aku penakut..haha. Balik rumah pun dia diam ja tak cakap apa pun.

Minggu lepas pulak, aku baru lepas mandi. Dok dalam bilik. Husband dengan Dhafea kat ruang tamu main + tengok tv. Tetiba walker si Dhafea tu berbunyi..hahahaha Aku buat bodoh ja. Tapi husband tetiba cakap "eh apa hal tetiba bunyi pulak ni, Dhafea tak main kat situ pun..ini mencurigakan" hahahah dia cakap sambil sengih, geram aku. Sebab aku saja buat bodoh berani tak nak tegur.haha

Sekarang ni pun aku bukan berani sangat, kadang-kadang terasa seram sejuk. Terfikir jugak maybe perasaan aku ja kot macam ni, padahal tak ada apa-apa pun.

Dan alhamdulillah Dhafea setakat ni tak dak apa-apa. Cuma kekadang ja dia tengah main dia meluru datang ke aku cakap "tatutt..tatutt" hahah tapi takut bukan sebab nampak benda pelik-pelik ka apa tapi dia tu penggeli nampak benda gelap-gelap hitam semua dia ingat ulat. Tu yang kalau boleh lari serupa tak cukup tanah. hahahha.

Sekarang pun tengah survey lagi, kot-kot ada rumah area ofis or rumah bs.

Ini lah walker tu, music yang berbunyi adalah part butterfly tu..kena slide baru bunyi, huhu
abaikan gambar blurr tak jumpa cari gambar elok

ok, bai..



Wednesday 12 November 2014

Kalau Ber-Anak Dua

Assalammaualaikum,

Kekadang aku terfikir macam mana lah keadaan aku kalau ada penambahan lagi sorang / dua / tiga anak (hahahha over). Mampukah aku nak handle. Sekarang dengan Dhafea yang melasak. Jadi tarzan & jane lah aku kekadang tu.

Asyik berfikir bolehkah aku bahagikan masa untuk anak-anak, husband. Sekarang ni pun kadang aku terleka terlebih tumpu kepada anak ja pulak. Bila teringat baru cepat-cepat nak balance-kan semula..kuikuikui.

Setakat ni, apa jua makanan si Dhafea yang dia suka makan ataupun benda baru yang aku nak ajar dia makan, aku beli sajaaaa...beli..beli..beli. kekadang rasa membazir. Instinct cakap anak tak makan benda gini tapi nafsu aku tetap jugak beli. Semua untuk anak. Nak bagi dia try makanan baru. huhu

Aku tak pernah nak kurangkan "ok Dhafea suka makan ni mahal..kita beli benda lain" tak pernah. Sebolehnya aku akan dapatkan. Bagi aku benda makan buat apa nak sekat melainkan benda tu tak elok boleh memudaratkan memang tak dak la aku beli.

Itu yang aku terfikir tu, bila dah ada anak dua tiga nanti mampu lagi ka aku melayan anak-anak aku dengan cara camni. Apa yang anak suka, mintak semua aku bagi (untuk makanan ja la). Risau aku tak mampu.

Lagi satu aku ni jenis kalau pergi kedai / mall nak beli groceries selalunya aku suka melalut beli benda lain walaupun tak dak dalam list yang aku nak beli. Tu aku geram tu hahahahhaha.

Macam tadi aku keluar lunch nak beli buah untuk Dhafea, dalam hati dah berkobar cakap nak beli buah SAJA. Damn! aku sampai jaa sayur, spices, sotong semua aku beli...geram! hahaha

Eh, melalut...

ok, bai..