Friday, 6 December 2013

Cerita Seram Malam Tadi

Assalammaulaikum..

Seram..malam jumaat pulak tu..

Semalam husband keluar, tinggal aku dengan Dhafea je kat rumah. Dhafea macam biasa dalam pukul 10 baru tidur untuk kali kedua sebab petang pukul 7 baru bangun.

Lepas dah bagi tidur aku pun sambung buat kerja (dah la malam tadi banyak kerjaaaaa). Nak blend potato dia yang dah siap kukus tu, aku tidurkan dia kat ruang tamu sementara aku buat kerja. Tengah blend dia tersedar, ini biasa sebab dia telinga lintah mudah tersedar kalau bunyi² ni. Aku pun stop dulu blender tu terus g ke dia df.

Sedang df tu tetiba blender aku tu jalan sendiriiiiiii...gila lah! aku serius cuak. Dah la aku letak blender tu atas washer machine, huhu bergerak² wey.. Ya Allah! cuak jangan cakap laa..terus si Dhafea ni pun tersedar semula sebab aku terus lari g off kan blender tu, dalam keadaan berani dengan tak berani sebab Dhafea dah start merengek sebab aku bangun mengejut, cuak gilaaa..aku call husband berkali² sambil mengigil² tapi tak jawab. Last aku sms cakap cepat balik ada hal, aku takut..kahkah husband reply on the wey. Dah tu aku bukaan bacaan ayat kursi kat handphone, mata melilau aku memandang. Baca segala ayat kat ubun² si Dhafea padahal dia dah tidur. Tengok husband belum balik, aku sms tanya kat mana..kerja aku banyak tak siap lagi. Puri Dhafea aku tinggal je situ, aku langsung tak bergerak..hihi

Husband sampai suruh bukak pintu, aku suruh bukak sendiri..huhu dia masuk cek itu ini. Tolong cuci botol, buang sampah bagai. Aku bangun tak cakap apa² terus sambung blend potato. Masak air, ampai baju. Sambil tu husband cakap tak ada apa² lah, blender ni kot 'wengg' no! dalam hati aku cakap tak 'wenggg' sebab sebelum ni pun aku tidur pernah kena 'tindih' masa tu aku dengan Dhafea je kat rumah tapi aku tak cerita dengan dia.

Pastu mata tak dapat lelap..kepala dok ting tong dah dok fikir apa ke benda laaa tadi tu..sekali tengok jam dah pukul 12.30am, bagitau husband tolong susun storage bottle si Dhafea, daku nak tidur..kihkih teruk benor binik.

Pesan dengan husband jangan tutup lampu kahkah. Itu pun tidur tak tenang, asik² tengok Dhafea ok ke budak ni.. tengok husband tidur ok jee..sampai subuh baru bangun.

Harini pesan dengan husband tunggu dia sampai dulu baru masuk rumah..haha

ok, tu je..tetiba rasa tak seram..wakakka

k, bai



5 comments:

  1. wah.. memang seram.. hope xde la kisah seram seterusnye..

    ReplyDelete
  2. ok..series seram..ke x tekan suis off tu btol2.

    ReplyDelete
  3. hehe. seram tp kelakau sikit.. hehe..

    ReplyDelete
  4. hi babe, follow u, pls follow me back :) Sonok dpt bace blog2 mommies, bole share idea psl baby :)

    ReplyDelete

Hello cantik's.. ;)