Wednesday 29 February 2012

Contoh Tudung Nikah

As Salam,
Semangat up entri.. ;)

_____________________________________________________________________________________

Rupanya hal tudung yang memang aku lupa sangat²! sampai lah akak aku tanya baru aku perasan.

Untuk tudung nikah kalau boleh tak mau tudung express tu ingat nak pakai shawl yang plain saja, ok kot..


Pakai macam Emie ni cantik kan..? nampak kemas.. tapi kalau aku nak pakai camni tak boleh lah masukan dalam baju shawl tu coz leher baju nikah bukan cekak musang..hurmm.. rugi disitu


Ini pun memula jadi pilihan jugak, kak Diyang pun cakap akan bagi discount sebab aku dah selalu beli barang dengan dia, cun jugak pakai inner camtu


 Macam ni serius cantik! maybe jugak bride ni sangat cantik..heeee tapi terfikir dengan bentuk muka aku yang bulat dan tembab macam tak sesuai pulak pakai inner ni kang menambahkan lagi kebulatan..ish


Ini pun cantik! boleh menambahkan lagi kebulatan muka..hahaha

Ok, mari memilih dan merambangkan lagi mata.. :D

Sumber : Google & Diyang Azura FB

Till then,

Tuesday 28 February 2012

HIV Test & Pra Kehamilan - Saya Sudah!

As Salam
Banyak kerja harini, tapi curi² sat up entri yang terperam.. :D

______________________________________________________________________________________________

HIV Test ku sudah settle dong..balik buat dekat kampung, dah alang² balik kan.. call dulu sebelum g tu kot² kena buat appointment dulu ke kan, alhamdulillah walk in saja.. i likeee..

Kisahnya, kena ambil no. giliran jugak tapi langsung tak tau apa motif no tu sebab tak digunakan pun. Nurse tu bagi kad color oren tu lepas suruh letak atas meja pembantu perubatan tu tunggu dia panggil je. Yang best KK sana tak payah gigih isi borang, semua dorang buatkan..huuhuu saya suka :D

 Borang 1

Borang 2

Actually, aku langsung tak baca pun borang yang aku dapat ni. Sampai hari ni masa nk up entri ni baru aku baca..yang amenarik perhatian aku hanya part 'NEGATIF' huhu

Tapi sebelum ni ramai b2b yang review dorang kena masuk satu bilik khas, yang mana ada nurse akan bagi penerangan kan..? tapi time aku ni tak ada apa pun, just tunggu saja dorang isi borang itu lah ini lah then suruh g makmal. tu jer..senang kan..? cuma untuk aku lama sikit rupanya procedure baru sekarang perempuan perlu menjalani Ujian Pra Kehamilan. Jangan risau bukan ada apa pun dia tanya period, penyakit yang ada, family ada tak penyakit..hah lebih kurang camtu lah yang lain  tak ingat, :D

Proses untuk dua test ni aku kena dalam sejam lebih je, tu pun sebab pembantu perubatan tu banyak sungguh task dia aku tengok..bukan untuk HIV saja..

Ok, i'm done babe!!


p/s : Sepanjang kat KK tu lupa snap sekeping pun gambar, dhiera tanya ambik gambar ke tak baru teringat..hek²

Monday 27 February 2012

Cantiknya..

As Salam,
Ish, sungguh tak menjadi kerja aku after lunch nih..belum sentuh pun lagi claim yang bertimbun tu, terpegun & asyik je tengok baju sanding Yusri & Lisa Surihani..heeeeee


Sukanyaaaa... smart!! nampak terletak je dengan badan, aduhhh berangan kalau lah tunangku dapat pakai baju nih, ok berangan itu free..


Dress Lisa Surihani pun cantik, tapi more kepada dress Kate Middleton kan²....? tp ni versi Malaysia, V shape kat dada tak semenonjol V shape dress Kate Middleton.. veil pun cantik, crown pun cantik & simple walaupun nampk senget.. eh, pepandai pulak :D

Yang bertudung pun boleh pakai kan..cuma pakai je lah inner..heeeeeee

Semoga Kalian Berbahagia sampai ke Jannah.. :)

Saturday 25 February 2012

Serius Sedih

Dugaan apakah ini....?

Indeed, aku memang tak mampu nak melaksanakan & memuaskan hati semua orang.
Sangat berharap orang disekeliling jangan menambahkan lagi permasalahan aku, aku tersepit antara family, kehendak orang lain, kepuasan orang lain dan keperluan sendiri.

Plz, aku banyak hati yang perlu aku jaga..

Aku jenis memendam rasa, sekalipun meletup hanya lah dalam hati.. tak mampu nak luahkan kerana bukan semua orang boleh accept apa jua permasalahan kita..

Friday 24 February 2012

Sukar Menyenangkan Hati Semua Orang, Lagi Sukar Untuk Menjaga Hati Sendiri

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. - (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
"Ya Allah.. Aku mohon padaMu kesempurnaan nikmat pada segala perkara & mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha & sesudah redha itu lalu aku memohonkan pula kepadaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih & dengan segala kemudahaannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya, wahai Tuhan yang Maha Mulia..."


Aku berlindung kearah REDHA MU TUHAN, tenangkan jiwaku permudahkan urusanku. Lapangkan dadaku, beri kebaikan kepada ahli keluargaku..lindungi juga semua yang kusayang YA ALLAH. Murahkan rezeki ku, bukakan hatiku untuk memandang kearah yang lebih baik tiada sekuman hatiku memandang keburukan orang lain. Berikan aku kekuatan menerima apa saja dugaanMU.. aku percaya segala permasalahan datang dengan izinMU, juga dapat pergi dengan izinMU..

Amin..

p/s : Biar meletup dalam hati, asalkan tidak menguris hati orang lain..


 

Indeed

Perlu untukku menjaga hati orang lain lebih daripada menjaga hati sendiri pada saat ini..
Indeed,

Thursday 23 February 2012

Checklist - 2 Months 1 Week 4 Days

As Salam,
Huuuu..apa dah jadi dengan blog, malas sungguh..bukan takde point nak buat entri tapi malas yang maha dasyat

___________________________________________________________________________________________

Yess!! akhirnyaaa.. first time aku nak masuk checklist dalam blog, sebelum ni terperam dalam log book aku yang dah semakin lusuh tu...

Check it out darl's....



TARIKH & MASA
1) Nikah - Done
2) Sanding - Done

TEMA MAJLIS
1) Nikah - Done
2) Sanding - Done

DOCUMENT
1) Borang Nikah (P) - Pending
2) Borang Nikah (L) - Pending
3) Booking Kadi (Ayah) - Pending
4) HIV Test (P&L) - Done
5) Kursus Kahwin (P&L) - Done

AKAD NIKAH
1) Baju Nikah (P) - Consider Done (Kimiga Tailoring)
    Veil - Pending
    Tudung - Pending
    Kasut - Pending

2) Baju Nikah (L) - Done
    Sampin - Done
    Songkok - Pending
    Kasut - Pending

MAJLIS TAHLIL
1) Masa (Lepas Majlis Akad Nikah) - Done
2) Tetamu (Orang Masjid) - Pending (Ayah)
3) Yassin - Done

SANDING
1) Baju Sanding & Accessories (P) *Bridal - Pending
2) Baju Sanding & Accessories (L) *Bridal - Pending

TEMA FAMILY
1) Color - Done
2) Ayah - Pending
3) Emak - Pending (50%) - kain dah beli
4) Abg - Pending
5) Kakak Ipar - Pending
6) Kakak - Pending (50%) - kain dah beli
7) Anak Buah (2org) - Pending

PENGAPIT (P)
1) Color - Done
2) Baju - Pending

BRIDESMAID - Pending

CATERING & CANOPI
1) Makanan (Test) - Done
2) Hiasan Meja Makan (By Caterer) - Consider Done
3) Kerusi & Meja - Done
4) Scallop (Color) - Pending

DOOR GIFT
1) Tetamu - Pending (Abg)
2) Tetamu VIP - Pending (Kakak)
3) Tetamu kidz (hahaha) - Pending

BRIDAL (PAKEJ)
1) Baju (P) - Pending
2) Baju (L) - Pending
3) Accessories (P&L) - Pending
4) Pelamin - Pending (Sedang carik design)
5) etc (Pakej) - Done (malas nak mention banyak²..huhu)

HENNA - Pending


HANTARAN 7 + 5
1) 7 - Done
2) 5 - Done
3) Hantaran Deco. (Kakak) - Pending

OFFICIAL PHOTOGRAPHER
1) Nikah - Done
2) Sanding - Done

MUA
1) Nikah - Done
2) Sanding - Done

KAD KAHWIN - Progress

BUNTING - Pending

SENARAI TETAMU
1) Sedara - Progress (Ayah)
2) Kawan² family - Progress (Ayah)
3) Jiran - Progress (Ayah)
4) Kawan² aku - Pending

SENDIRI BIKIN
1) Hiasan Bilik Tidur - Progress (barang dah beli)
2) Paper bag - Progress
3) Bunga Manggar - Pending
4) Signage - Pending
5) Thank You Tag - Pending
6) Centre piece - Pending
7) Guestbook corner - Pending

MISCELLANEOUS
Belum fikir.. :P


___________________________________________________________________________________________


Vendor aku sengaja je tak mention dulu, tunggu after majlis baru aku mention eh.. Ini pun macam ada lagi yang tertinggal, yang terfikir sekarang ini je lah dulu.. tarikh nikah pun aku tak bagitau jugak, pandai² lah kalau sesiapa nak tau tu kira ok..nanti update lagi untuk 1 month before.. kahkahkah

Till then,

p/s : Perasaan cuak dah mula datang :D

Wednesday 22 February 2012

Pelamin Misha Omar

As Salam,
hai² bai²... letih sungguh masuk opis harini, kerja selonggok..

_________________________________________________________________________________

Dah lunch time ni mula la nak terjah blog gosip², huuuu dasar.. terpandang pelamin Misha Omar, kan semalam dia bertunang kan..? huuuuuu.. i like mini dais yang simple & sweet camtu, pernah request dulu nak camtu tapi kena reject! huk² kali ni nak request lagi...lantak lah lantak lol





uewwww..terasa sungguh bersih & suci!!
tak ku ingin kan pelamin yang gah & crowded.. simple tu soooo nice.. combination color pun suci, eh apakah suci daripada tadi..

Nak copy pic. ni bagi WP...weeeeeeee...lol

Till then,

Tuesday 21 February 2012

Kesihatan Kurang Memberansangkan

As Salam..
aduhh, rasa macam dah bertahun tak update blog..
minggu lepas mood malas, minggu ni mood not feeling well..hee boleh gitu...?




______________________________________________________________________________

Alhamdulillah, 3 hari berada di kampung memang berbaloi dan amat letih. Dah g test baju sanding weeeeee.. sayang2 jutaan kali sayang lupa snap gambar, alorrrr... tapi itu bukan lah baju yang aku nk booking pun.. sekadar baju depan mata why not try... haaaaa :P excited..LOL

Tapi tunang dah suka baju tu, sabarrr.. kita tunggu next attire kan.. ada masa lagi, next month or april nak balik lagi sekali settle legal doc. ke Pejabat Agama.

Actually, lagi banyak aku berjalan-jalan kat kedah daripada settle hal kahwin. macam tak pernah balik kampung..lol

Tu je laaaa untuk harini ni..agagagaaa..

Till then.

p/s : Makin dekat tarikh makin malas..

Friday 17 February 2012

Malas Kuasa Dua

Malas nak update hal kahwin, ni kira malas tahap dua..
Kerja berlambak, nak cuti dua hari boss bagi kerja macam nak cuti dua minggu..

see u next tuesday okeh..
yippie! balik kampung... ;)


Sila lah menatap dengan jemu gambar rajah di atas, keh³

Till then,


p/s : Gambar rajah tiada kena mengena dengan entri..sekian :P

Thursday 16 February 2012

Mari Makan!!


Dinner bujang semalam.. :D
Mee sup versi kanak2 tadika..
Jadilah untuk orang yang pemalas, leburkan semua masuk periuk.. kahkah!


p/s: Wordless Wednesday yang tak jadi... :P


Usia Bukan Ukuran Kematangan Seseorang

As Salam,

Semak doh status sorang kawan aku kt fb ni, hari² maki hamun orang.. adoiii orang lain pun ada prob. jugak tapi tak perlu lah kau maki hamun satu hari 5-6kali kat status.Walaupun orang lain tak tau apa yang kau rasa bukan bermakna kau boleh tempelak orang sesuka hati. Angin sehhh....

Payah sangat remove je lah manusia yang menyakitkan hati kau tu daripada kau simpan pastu kecoh², adoiiiyaii lecturer kot kau ni kan..

Dah bila aku komen suruh istighfar dikatanya pulak aku ni menyindir dia, bagitau dia dah siap baca Quran lah untuk tenangkan hati.. ok lah tu kan, hanya Tuhan yang dapat tolong kita. Tadi macam dah melampau aku rasa, siap nak g tembak bagai..uihh! bahaya babe, kang jadi kes ugutan..aku suruh dia bertenang jangan kecoh², dikatanya aku ni dok komen kat wall budak², aku tak tau apa punca jangan sibuk.. eee tak bagi sibuk jangan buat status lah sengal..terus malas aku nak layan! rasa nk remove je la eh kau ni..

Mengingatkan yang kau lebih tua daripada aku je timbul sikit rasa respect, aku tak hamun balik..

Betul lah mak aku cakap usia tak boleh menentukan tahap kematangan seseorang.

Aku doakan kau baik² saja lepas ni, segala permasaalahan kita ni datang dengan izin Tuhan maka hanya Tuhan je lah yang dapat selesaikan

p/s : Menyesal cuba tenangkan dia tadi, habis mood aku..

Wednesday 15 February 2012

Future Bridesmaid

As Salam,
Mood swing lagi this week, entah apa laaaah malas semacam..

________________________________________________________________________


Ini lah bakal pengapit kuuuuuu... 

Perlu diingatkan, bridesmaid aku ni tinggi daripada aku sooooo tidak dibenarkan pakai heel yang 3-4inci, sian mak noxx katek..hahahahah!!

BFF dari tadika sampai sekarang..
Semoga Tuhan permudahkan urusan kami.. :)

Till then,

p/s : Hang malu, aku lagi 10x malu... :P

Delete Vendor

As Salam,
Morning darl's... uuuwooo mengantuk pepagi nih.. tsk!

______________________________________________________________________________

Title cam bagus kan...? hee
Iyooo..nak delete vendors yang dalam FB, unlike semua page berkaitan Kad Kahwin, Bridal, Photographer :D

Yesss! Yess! Keji perbuatan ni, tapi aku sedaya upaya selama ni untuk menahan nafsu mata melihat promo dorang² ni, huuuuuuu mana boleh tahan tengok harga durian runtuh sedangkan aku dah booked lain vendors.. oh! damn it.. Untuk keselamatan poket, aku delete...kahkah!

Kad Kahwin
Last week dah g booked kan kat Jalan Brunei apa entah nama kedai tu, aku dapat thru online lepas tu call buat appointment. Settle sabtu lepas. Aku pilih vendor ni sebab dia terima untuk aku buat 500pcs dengan harga yang affordable la kan, tup tup tunang cakap dia pun nak jugak so jadi lah 1000pcs. akak tu pulak bagi 35sen, no hidden charge as usual la kan tapi without envelope, apakah..? tambah rm50 untuk envelope! ok fineeeeeee sebab sesama melayu kan.. dah lepas discuss semua dah nak balik, berfikir 2-2 manusia ni rasa mahal pulak sebab aku ada je nampak untuk 1000pcs boleh dapat lagi murah! tapi tunangku yang baik hatiii ni cakap "takpe laaah..kite pun dah confirm tadi lagipun akak tu baik..melayu, why not kite anggap je rezeki dorang.." ok fineeeeee... nasib baik fikir gitu, sejuk hati aku... muahahahah

That's why lah aku nak delete semua vendors ni, kang aku berubah fikiran yer lah kat akak tu kitaorang booked guna airliur sebab dia tak nak amik duit selagi belum email map bagi dia. baik kan.. :)

Bridal
Bridal pun sama jugak, lepas aku dah booked dan bayar sikit² baru ada yang terhegeh nak quote. Aku survey dari last year kot baru this year agak eh check email. Lepas tu pulak baju lagi kebaboooom, harus aku delete lebih awal.. tapi insya'allah bridal yang aku dah booked ni so far sangat ok.. siap boleh bayar ansuran, hihihiii nak request apa pun senanggg.. cuma make up je la aku suspend sikit sebab tak memenuhi piawaian yang aku nak.. tengok lah camne nanti.. MUA..? heeeeeee

Photographer
OP pun dah booked since last month ok! tu pun cam nak muntah hijau banyak sangat pilihan ada mahal ada murah, dah murah cara edit pict. pulak tak memenuhi piawaian akak aku & tunang, ish³. Akhirnya aku hanya kumpul website OP ni lepas tu past bagi akak aku menilai..huehaeue iyeer akak aku dulu pun buat kerja Photographer tapi sejak² kerja gomen dia tak larat dah tau kata eh.! so dia lah buat pilihan dan tawar menawar bagai. Settle, lepastu ada lagi satu OP yang aku suka jugak lambat 2 hari quote untuk aku dengan harga yang sangat affordable, eeemmm apa boleh buat.. nasi dah berkerak! bai, bai...
Aku pun terus delete yang mana patut, tapi OP ada 2-3 je aku delete yang lain aku sayang sebab aku suka tengok pict. cantik².. heeeeeee... tapi memang aku tak ubah pendirian dah, sebab dah bayar depo. separuh.


______________________________________________________________________________

Jadinya sekarang ni, checklist aku banyak dah pangkah² DONE! euww, sangat lega.. tinggal HIV Test dengan Legal Doc. jer lah kan..

Tunggu sikit masa yang sangat rajin baru buat checklist kat blog, dalam log book ada lah sekarang ni..

Panjang pulak entri,

Till then,

p/s : Penat menaip..

Tuesday 14 February 2012

Malas

As Salam,


Malasnya nak update!!
Malasnya nak buat checklist!!
Malasnya nak cari balik resit!!

M.A.L.A.S

p/s : Makin dekat makin malas..


Monday 13 February 2012

Key Word Siapakah....?

As Salam,
Morning darl's..

Mood sangat bagus, boss outstation...wuuuuuuuu :P

_________________________________________________________________________


Nampak...? ''suria mari memasak'
Apakah..?
Siapakah..?

Blogger Bride To Be akan bertukar kepada Housewife To Be..
muakakakakkaa..

Actually, key word ni sangat tepat! memang ada label entri aku 'Mari Memasak'.. hek² masak bodoh²
Ini mesti orang yang sangat mengenali aku nih, kahkahkah

Kalaulah aku boleh tau masa dan ketika key word itu muncul kan bagus...huhu

Till then,
Superb Monday.. :)

Saturday 11 February 2012

Kad Kahwin & Baju Nikah - DONE!!

As salam,
Hai syg's..

Misi harini dah berjaya..yippie!
dah boleh bersenang lenang, tadi makan pun rasa kenyangg kalau tak rasa tak cukup.. hahaha sengal senang hati lah katakan.

Misi pertama - Kad Kahwin
Settle, lepas kerja berdesup ke cheras jumpa tunang then terus ke Jln Brunei sebab dah ada appointment dengan Puan Nurul tempat buat kad kahwin, alhamdullillah.. mudah kerja, settle! eh.. tunggu nak email map je :D

Misi kedua - Baju Nikah
yes! seperti yang aku kecoh2 kat group dengan faiz & kikin (kikin private blog ye, sape yang kikin invite je boleh masuk, sekian) memang aku terus ke Semua House untuk ke kedai A TO Z iaitu kawan faiz, tapi nasib kurang baik Reen tak ada time tu keluar g beli barang pelamin.. sangat hampa! then try ke Su Hua teringat ada ex-b2b pernah komen kat entri aku dulu dekat Su Hua tu ok. Dah pergi tunjuk kain semua..'opsss! larik bajet dia quote lepas dah tak boleh kurang.. tunang ajak g Sarah Hughes sebab aku dah buat catatan nama kedai tu KIMIGA TAILORING, terus je masuk. 15min terus Auntie yang baik tu datang tengok kain quote harga alhamdulillah ok..then dapat discount lagi tunang pandai tawar menawar..heee sukaaaa ooh cepat je Auntie tu amik ukuran zap zup zap zup..! tengok gambar yang aku print, then siap..bayar deposit terus legaaa balik dengan hati yang riang sampai makan pizza pun tak habis sebab senang hati.. wkakakaka gilosss

Alhamdulillah..

Kad kawin kalau isnin ni dah confirm draft terus Puan Nurul print dalam 7-10 hari dah boleh amik.

Baju nikah, Auntie tu cakap 15hb Mac dah boleh datang fitting, kalau dah ok dah boleh amik..
yeeeaah! tak sabarnyaaaa... weeeeeeeee..

Till then,

p/s : Meraban ni coz tengah tahan mata, asal maghrib je mengantuk..ish

Si Kurus Itu Saya

Bukti!!!
Kurus tapi buncit..
Tak boleh blah betul..

Apa nak buat, selera gajah tapi perut semut..
Dulu pernah makan vitamin, asik lapar sampai tengah malam pun lapar mana celah nak carik benda makan kalau tengah malam kalau tak keluar, pastu terus stop.. kahkah

Harap² lepas kahwin dapat naik ke 45kg pun jadi lah... heeeeeeeee

Till then,

Friday 10 February 2012

Mari Berlatih Senyum

As Salam,
Hai syg's..
Mood tengah baik ni, rajin² update.. :)

______________________________________________________________________________

OP dah confirm since last month lagi kan, sooooo jom kita berlatih senyum, muahahaha tak boleh blah ni akak aku lah punya idea dia cakap kena berlatih woii kang kaku senyum ibarat kayu..

Aku kalau bergambar memang kayu & batu, kerassssss... sob.. sob.. sob
Untuk menutup rasa malu itu, aku berlatih senyum depan cermin.. ueww! gila batak rasa diri ini.. :P

Sedikit pic. daripada OP sayaaaaaaaa...hek³






Till then,

p/s : Hilang kata², tiada pengakhiran ayat..heeeee :D

Thursday 9 February 2012

Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus - Isteriku Yang Comel

As Salam,
#Bukan entri kahwin2.. :P

_____________________________________________________________________________


Auwww! daku suka topik ni, rasa comel..
Kelakar doh, komen dorang.. muahahahhaa :D
Click Sini

Dear fiance, plz call me 'Wahai Isteriku Yang Comel Lagi Rupawan..'
Sila muntah, i tak kisah... hikhikhik :D

Till then,

p/s : Kite ada dinner lagi for second time, lagi best sebab freeeee, tapi bukan ke Shogun :)

Wednesday 8 February 2012

Pencarian Berakhir..

As salam,
Selamat tengah hari syg's..

Entah kenapa benda alah ni tak nak rotate, lantak lahhh!.. hahhahaha


Maka dengan ini berakhir lah pencarian handle for hand bouquet! tapi kedai bunga panggil Mic, yess mic yang microfon tu.. jenuh aku nak bagitau nama handle ni alih2 dorang cakap "itu orang panggil mic hand bouquet.." fineeeeeeeeeee.. walaupun aku berkali2 sebut handle.. muahahahah :P

Siap harga belum buang RM 4.90.. 

Hai dhiera, see.. dah beli punnnnn... huhuhu~~ pang!

Till then,

p/s : Mood sekarang sangat comel iaitu MENJAHIT, huhuhuuu~~

Reseki Tuhan

As Salam,
Morning syg's..


Rezeki Tuhan yang Maha Kuasa

Sekali 9 bulan preggy, 11 baby yang keluar.. wuuuuuuuuu! football team, saya pun nak sekali je lepas tu tak payah beranak lagi, rehatkan diri... hehehehhee


Sungguh aku tak dapat fikir  macam mana keadaan baby ni dalam tummy mummy dorang, kuasa Allah kan sangat menabjubkan..

Tuesday 7 February 2012

MUA

As Salam,
Morning darl's...
Eh, semalam mood cam meroyan sikit, what to do.. fb memang suck! bikin bakar hati ini.. muahahaha

_____________________________________________________________________________

Mari pilih make up style! huhuuu


 Make up by : Bridal

 Make up by : Bridal

 Make up by : Freelance MUA

Make up by : Freelance MUA

Make up by : Freelance MUA 
 
Mana satu anda pilih...? make up daripada bridal yang dah masuk pakej atau make up nipis sweet² like candy tapi bayar tambahan sikit lagi..? :P
gonjeng punya question!

Saya pilih yang sweet² like candy tuuuu.. biar pun nampk biasa² tapi comel, i rela u bayar lebih sikit asalkan outcome, wallaaaaaa :D

Sumber : Dua dan ke atas daripada bridal fb
Sumber : Tiga dan ke bawah by Fyna

Till then,

p/s : Alhamdulillah, rezeki itu daripada Allah.. :)



Monday 6 February 2012

Kecil Hati

Sedang Berkecil Hati..

sekian,
T___________T

Pulut Kuning Atau Kek

As Salam,
Petang baru nak update..
hai semua, selamat bekerja kepada SAYA! sedih..

Sedang berkira² samada nak pulut kuning atau kek, ikutkan tekak dan perut aku nak pulut kuning, all time favorite nih :P tapi tetap jugak nak mak aku yang buatkan, orang lain tak aci.. risau kang dia dah busy jadi pulut putih, eh tak mau lah sayaaaaaaa...

Suka design macam ni, simple.. tak serabut dengan daun salat entah apa macam semua tu, hehehe


Ini kek bakal kakak ipar aku yang kahwin bulan 6 tahun lepas, owwh! sangat sedap chocolate moist tu, design simple i like :D


Design macam ni pun suka jugak, memang nak color putih.. bunga tak banyak tapi tak mau wording tu besar² kedabak, huuuuuuuuu #cerewet :P


Ini yang paling cun!! fondant rasanya.. price around RM 350-400 :P

Gambar semua ehsan Google, kecuali kek pink folder sendiri :P

Till then,

p/s : Bersiap nak balik, gile boring.. :D

Saturday 4 February 2012

Tailor Asyik Postpone 'Dating'...sob.. :(

As Salam,
Morning darl..

Hilang mood pagi nih, tadi call tailor dia cakap hari ni tak boleh jugak nak jumpa kat kedai dia.. anak dia pulak sakit gastrik tak ada orang jaga kat rumah, haritu aku call untuk pergi selepas kerja dia kata petang dia tak ada kat kedai, kena jaga kakak dia kat hospital coz pagi orang lain dah jagaa..

uwaaaaaaaa..... sedih! sob.. sob.. sob.. T___T

Memang lah dia cakap boleh siap pada tarikh yang aku nak tu, tapi hati ni rasa was².. takutttt! kalau baju nak pakai g wedd. orang lain ke consider ok je lagi tapi ni baju nikah... tak tau nak cakap dengan tunang camne, mintak² dia baca sini.. heheheee

Manja betul, terus call mak bagitau.. hahahaha, mak yang cool cakap tak apa lagipun ada lagi 2bulan lebih kepada 3bulan, camna tu mak..? hehe sabar bak kata mak aku, ini dugaan lah nak kahwin.. ok, mood dah sihat sikit... ^___^

Nanti balik nak singgah Nilai 3 lagi, muahahahaa..
Cuci mata.. :D

p/s : Teringin nak hantar tempat lain tapi tak tau, dah tu takut tak bersesuaian cara orang lain jahit..eh, tak tau nak cerita camne.. :D

Friday 3 February 2012

TudungPeople - SAYA NAK!!

As salam,
Alhamdulillah, semalam berangin harini dah ok.. sepatutnya ku tahu kenapa diri ini begitu berangin semalam, uewwww! :P

_____________________________________________________________________________

Sejak terbaca post Kina dulu, aku gila syok dengan TudungPeople.. lain daripada yang lain! Tapi apa kan daya color yang aku nak tak ada dan dorang tak boleh customade color yang kita nak.. aku direct email tu admin TudungPeople.. hehehehe

Tapi, aku masih nak yang Off White.. hehe boleh pakai time sanding.. :D





Cantik kan..? dah siap patch lace.. cuma lilit je.. dengan harga  RM68.00. Ke ada yang cakap mahal..? aku memang fail bab tudung ni, ye lah pakai shawl & tudung express kat pasar malam je.. hahahah!

Mari² pilih, so far semua color still available... ;)


Till then,


Thursday 2 February 2012

Ragu² Status Halal Shogun Japanese Buffet - AKU TAK NAK!!

As Salam,
Selamat petang sayang's..

Ingat malas nak update harini, tapi tetiba berangin.. LOL  
(Bukan entri main kahwin²)

______________________________________________________________________________

Ini prob. entah apa² yang menyakitkan hati aku, opismate aku ni berbincang² nak gathering sabtu ni lepas kerja + meeting. Budak site ni + GM yang dah atuk ni nak ke Shogun Japanese Buffet dekat Sunway Piramid.

Seperti yang sedia maklum aku stay Nilai, tak kuasa aku nak follow dorang ke Sunway pastu pusing balik ke Nilai, dah lah malam minggu. So, aku bagitau TAK NAK sebab bagi aku Sunway jauh aku tak nak drive balik ke Nilai waktu malam.. hehe

Opismate aku yang memang non ado kojo ni search lah buffet nearby Seri Kembangan & Putrajaya, dapat lah Marriot Hotel. Tapi GM atuk ni cam tak nak sebab dorang nak jugak ke Shogun Japanese Buffet.  Siap bagitau "pergi makan pukul 5 so dalam pukul 7 you dah boleh balik tau su.." weh aku cakap tak nak tak nak laaaaaa apa hal tak reti bahasa nih!!

Aku tak kisah langsungggggg lah tak pergi, setakat nak pergi makan japanese food yang aku belum tau status halal ke tak walaupun 'Pork Free'. Syubhah!  Dah bagitau aku tak nak follow mengigih jugak searching lagi area sini.. huahauahuaa.. aku idok ler kebulur kalau tak makan buffet menggunakan duit penalty tu hoiiii.. :P


Yess nak pergi tanpa bawak boss sebab ini duit penalty sumbangan budak² site yang lambat hantar weekly report so, aku sebagai orang yang diamanahkan telah deduct gaji dorang.. muakakakaka #eh lari topik

Geram bukan main keparat lagi nih! dah tak nak pergi sibuk jugak.. kang dosa haram macam lah kau nak tanggung untuk aku!! kau lain laaa dah nama pun kafir.. kang aku gtau makanan tu syubhah payah lah aku kena explaint panjang lebar.. huiii sakit otak lah dengan kau ni, rasa nak sepak² je lah... hahahah padahal kaki pendek ;P


p/s : Walaupun aku suka makan japanese food tapi untuk ke Shogun aku tetap was², sekian :D

Wednesday 1 February 2012

Dear February...

Goodbye January
Welcome February..



Please be nice to me..



Pray for us.. :)

p/s : Eh, sepatutnya Wordless Wednesday...hahhaha :P