Thursday 28 August 2014

My Daughter My Rules!

Assalammualaikum,

Serius tak faham kenapa orang keliling sibuk sangat dengan anak orang. Suka memandai-mandai apa yang parents buat untuk anak dorang.

Macam aku, anak aku Dhafea setakat ni memang tepis sehabis mungkin. Anak aku biar aku yang corakkan. Walaupun hang dah ada anak sepuluh sekalipun, anak hang tetap tak akan sama dengan anak aku. faham? biar aku handle sendiri anak aku. Salah silap biar aku perbetul sendiri, sebab aku yang menangung sakit demam dia siang malam.

Apa yang susah sangat nak faham?

Jangan sibuk boleh?

Paling aku pantang part makan. Ini memang aku jaga tambahan Dhafea kena pantang banyak makanan walaupun sekali sekala aku sendiri yang terbabas. Itu aku yang tanggung. Kalau orang lain yang bagi terbabas aku memang angin sebab aku jugak yang tanggung. hang? "siannya dia.." itu ja lah ayatnya.

Tak payah berzikir kat telinga aku ni yang zaman kegemilangan kanak-kanak anak aku tak akan ada sebab aku tak benarkan dia menikmati jajan. hahahhahaha so funny!

Setakat sekarang walaupun keliling dia ada jajan, aku tak akan bagi. Benda tak ada faedah buat apa nak menikmati. Tak mati pun.

Lol! aku geram sangat.

Habiskan dulu entri ni nanti sambung entri lain, takut aku termencarutss pulak kang..hahahhaha

Till then,

p/s : Ini semua perlukan sokongan daripada suami. Kalau aku tak sempat tengok dia yang akan tengok dan tegur. Syukur!







Monday 11 August 2014

Allergic Ayam

Assalammualaikum,

Dhafea...

Ya..Dhafea Shurafa. budak allergic ayam rupanya.


Dulu first time intro ayam masa 11m kot. Alhamdulillah ok..
Ni naik bintik merah masa 1y2m rasanya, ingat-ingat lupa sebab macam dah lama..hehe buat entri untuk peringatan aku nanti.



Dia ni jenis tak tahan panas confirm akan naik rashes yang heavy, belakang bahu dengan depan.

Kejadian ni, malam tu aku makan ayam KFC..masa tu pun dia dah ada rashes yang heavy sebab cuaca. Malam tu nak tidur tengok-tengok naik ke tangan tapi bukan ruam biasa tu. Ni naik berpintat-pintat. Ini confirm sebab ayam KFC sebab dia capai sikit ayam tu dari mulut aku. Maybe ingredient tu dia kulit dia tak boleh tahan.

Esok tu aku nak pergi kerja tengok-tengok naik makin merah banyak Tapi dia tak mengaru pun. Cuak aku! Terus EL bawak ke klinik doktor cakap Dhafea allergic ayam. Maybe rashes tu selama ini pun disebabkan ayam. Balik sapu ubat. Ok hilang. Selingan dengan bedak sejuk.

Aku ingatkan allergic dengan ayam KFC saja rupanya hujan ditengah hari..................



Paling latest..last week.
Nanti sambung story..lunch time dah habis..huhu