Thursday, 27 June 2013

Perjalanan Breastfeeding : EBM + FM

Assalammualaikum,

Alhamdulillah setakat sekarang aku masih bf Dhafea walaupun masih campur dengan fm. Bukan kehendak aku nak bagi fm. Dan fm pun tak salah. Cuma bila mana susu ibu tu mencukupi apa salahnya bf sendiri baby kita betol dak? haaaa..

Itu la yang terjadi pada aku, sejak Dhafea lahir sampai hari ke 50++ memang bf je belum campur mana² fm. Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan.

Kisahnya terjadi, sebab aku bawak stok daripada kampung dalam cooler beg je lepas tu sepanjang perjalanan jammed keluar rumah pukul 2ptg sampai seremban pukul 2pg. Lama kan? so stok aku tu 70% dah cair tapi masih sejuk. So aku masuk dalam chiller saja, yang lain tu masih beku sikit tapi cair lebih so aku tak berani masuk freezer semula. (Thanks to Dhiera, Zimie & Az yang banyak bagi info cara bawa stok semasa travel. Banyak yang aku tak dapat buat sebab banyak benda menghalang)

So susu yang dah cair tu aku perlu bagi Dhafea minum dalam sehari, dalam 50++oz kot. Masa tu Dhafea sekali minum 2oz je..dah la payah bebenor anak dara aku tu nak minum guna botol, paksa jugak kadang² sampai dia nak termuntah menangis² sekali aku menangis..Kiranya dia lebih rela tidur tanpa menyusu, kau daya tengok anak kau gitu? plzzz aku tak daya, aku df jugak padahal tak sampai seminggu je lagi nak masuk kerja. Senang cerita semua stock tu rosak gitu je. Luluh hati wey..beriya pump.

Time tu la jugak Spectra 3 aku rosak (masih under warranty), manual pump pun tak beli. Aku try pump secara marmet, alhamdulillah dapat la 3oz sekali buat. Akhirnya Dhafea dah boleh guna botol ebm pulak tak ada stok, aku pump every one hour lenguh tangan, merah breast jangan cakap la. Anak dara ni pulak kuat menyusu. Masuk hari ke-3 aku penat..haha aku mintak izin husband nak beli manual pump je, aku beli brand Anakku je dah itu je ada dekat Tesco, sebelum tu aku dah google dulu antara Anakku dan Pureen. Aku pilih Anakku.

Demi nak buat stok aku berfikir² perlu ke aku bagi fm sementara, discuss dengan mak dan husband. Husband izinkan kami pergi beli fm pack paling kecik. Alhamdulillah Dhafea tak confuse tu yang penting. Dalam 3hari jugak mak aku bagi fm je (siang je) sementara aku pump buat stok. Dalam 3hari dia langsung tak poo poo, aku dah risau mak aku cakap sukatan tu kurangkan + bagi ebm jugak. So dia poo poo tapi poo poo dia color hijau kehitaman. Aku cakap stok dah boleh kalau mak nak guna walaupun tak banyak kira cukup kenyang la kan. Lepas tu poo poo dia dah normal semua kekuningan. Lega!

Sekarang stay dengan inlaw, so fm ada balance masih lagi campur ebm tapi pun susah poo poo. Sepatutnya aku dah boleh stop fm tu sebab stok ada belum terputus. Tapi memikirkan maybe susah nak handle ebm kena panaskan dulu dengan Dhafea yang kuat menyusu, jenis tak menyabar nak minum..hihi.

Paling tak best dia susah poo poo, lepas tu kalau poo poo hijau kehitaman. Dah tu merah² muka meneran. Sumpah kesian.

Aku rasa solution yang aku kena buat beli warmer untuk kegunaan harian. Betol tak? sebelum bersalin pun dah nak beli tapi tak sempat...haha

Insya'Allah selagi rezeki tu ada aku tetap bf Dhafea. Sebab aku dulu pun fully bf sampai tadika mak aku cakap..wakakak dasyat!

Aku sikit pun tak menentang fm, malah fm la membantu aku seketika. fm pun tetap susu..rezeki jugak.

Sekian dari ustajah suria...agagag!



Wednesday, 26 June 2013

Kenali Warna Najis Bayi Anda - Normal Atau Tidak

Assalammualaikum,

Hebat title..hiks
Bukan apa untuk rujukan sendiri.

Copy Paste daripada BabyCenter je pun..haha

Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik.

Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi anda. Setelah anda mula menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu formula?

Jika bayi anda meminum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, bagaimanakah kesannya ke atas najis bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit. Dan bagi diri anda pula, ini dapat mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik sahaja bayi anda dapat menyesuaikan diri dengan susu formula, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Apakah kesannya apabila bayi saya sudah mula memakan makanan pejal?

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan dan tidak berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah.

Begitu juga apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang susah untuk dicerna, sehinggalah satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut: jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, pengambilan ubat, kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit
Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah kesukaran membuang air besar dan najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering, sakit perut, kejengkelan, dan kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras. Bayi yang diberi susu badan jarang mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kelembutan najis.

Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.

Najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.

Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah
Palitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.





Tuesday, 25 June 2013

Pengalaman Berada Dalam Wad

Assalammualaikum..

Ini pengalaman masa aku kat wad tapi selepas bersalin. Yang kena admit then discharge tu dah cerita dalam Part 1. Haaaaa Gituuu..ni pun buat entri..kau daya? haha
Sebab malas aku taip panjang² untuk Pengalaman Bersalin Part 1Pengalaman Bersalin Part 2 kang aku sendiri pun berjuling biji mata nak baca.

Selepas 6jam ubat bius pun habis, kiranya aku dapat la rasa kesakitan luka tu. Tapi sesungguhnya sakit oii! aku bangun selepas 8-9jam camtu la..sampaikan ada nurse muda mulut puaka cakap "awak ni kena bangun berjalan, dari pagi saya tengok awak belum turun dari katil lagi" aku buat bodoh je lantak hang la bukan hang yang sakit. Before tu lagi doktor datang check, aku bagitau tak boleh bangun rasa meloya nak muntah. So doktor cakap jangan turun katil kalau nak muntah, nanti effect jahitan. Bengap tak bengap nurse tu.

Lepas 6jam tu lah baru tiub kencing aku kena cabut, budak² pelatih UiTM cuci aku punya bahagian bawah haha sekali dengan dorang pakaikan pad. huhu malu wey tapi dah kau tak berdayakan..ku relakan je lah.

Baby pun dorang mandikan. Aku terbaring je atas katil. Petang baru aku bangun, BF baby pun husband yang tolong angkat letak tepi aku. Petang baru aku bangun g toilet, Ya Allah maha sakit nak turun katil aku gigih lah jugak turun je katil darah pun keluar laju je habis kerusi pelawat tepi tu.haha

Malam tu tidur ok je lagi, baby pun ok asik tidur..tidur..tidur naik boring aku.

Petang tu nurse datang cakap aku kena tukar wad sebab penuh, orang lain nak masuk situ. Berjalan lah aku sambil pegang kain dengan perut azab ooo azab. Baby dorang tolak. Barang² aku semua aku letak atas katil je dorang yang tolak jugak. Masuk wad first class, serius aku tak suka siap mintak tukar balik. Sebab bilik air con, dah tak boleh adjust. Sorang pulak tu bilik paling hujung. Seram! dalam pukul 2pagi baru ada patient sebelah.

Malam tu subhanallah baby meragam tak boleh tidur, sejuk selsema. Off air con panas berpeluh. Tuhan je mengetahui dia tak tidur dari malam sampai pagi termasuk aku, bayangkan bilik kecik tu aku letak dia sekejap aku nak g toilet belum pun sampai toilet dia dah menangis tersedu² terus aku pusing balik. Dah tu aku asik tengok jam nak tunggu masa melawat siap sms husband bagitau datang cepat nak tukar shif, aku tak dapat tidur. hahaha

Doktor datang tengok baby semua cakap aku boleh balik..hoyeaaaah! suka tak terkata. Terus sms husband cakap boleh balik mintak dia prepare apa yang patut. Dia datang je terus aku tidur sedap, sedar² baby nak DF.

Lepas je doktor datang tengok jahitan czer tu, dia buka balutan spray ubat kebenda entah terus boleh balik. Jalan serupa apa lagi, nak menampung perut rasa berketul. Azab lagi, dah sampai bawah baru teringat kenapa lah tak mintak husband sorong aku naik wheelchair je..huhu

Husband settle semua, terus balik seremban..bermula lah berpantang dan baby kena jaundis..

Sambung next entri..haha
(kalau rajin ^^ )


Thursday, 20 June 2013

Berpantang Semasa Breastfeeding

Assalammualaikum..

Tak tahu nak letak title apa, sebenarnya nak tahu apa makanan or minuman yang tak boleh dimakan kalau kita BF baby..

So far aku elak sayuran yang ada unsur² berangin je..tapi pun tak ingat sayur apa..kahkah gila bengong cakap berpantang tapi tak tahu apa ke sayur heh..sebabnya sekarang aku hanya makan sayur sawi dengan ulam-ulaman je pun.

Sekarang ni aku bedal jugak air ais tapi bukan yang ada ais batu la, air yang dalam peti sejuk tu.. oiii dahaga tau, huhu kat opis je air masak. Ikut mak aku air masak pun dia tak bagi, asik air suam panas yang berasap tu.

Nescafe aku minum jugak tapi tak selalu, teh memang tak langsung.

Kalau nak tahu aku lebih berpantang untuk sembuhkan betul² luka czer tu je..banyak yang aku pantang, memula dulu masa dalam pantang terliur tapi bila dah lama tak heran.

Eh larik topik!

Aku dah search makanan yang perlu dielakkan tapi rata² semua mention depend pada tindakbalas baby.

Masa dalam pantang Dhafea selalu kembong, perut tinggi je tapi tak menangis. Kentut poo poo kemain lagi banyak kali. So aku dengan mak aku anggap ok je sebab minyak sentiasa letak kat perut belakang dengan tapak kaki dia.

Boleh uolls shared dengan iolls? hahaha

Maklum lah baru jadi ibu..hihi