Thursday 17 July 2014

Anak Tak Mahu Makan

Assalammualaikum,

Dhafea ni sejak minggu lepas makan on off. Kadang dia nak makan kadang langsung tak mau. Berbeza sungguh dengan dulu, yang mana apa saja aku masak suap semua dia bedal. Kalau semangkuk aku masak semangkuk licin..sekarang sesuap dua ja dia makan selebihnya dia geleng kemain tak mau makan.

Sampai aku ada satu masa rasa ralat laaaa..kita balik terkejar-kejar masak untuk dia bangun awal subuh masak tapi dia tak mau. Tapi kejap ja laa lepas tu muhasabah diri karang tak dapat pahala..huhu

Dulu suka nasik lemak boleh makan semangkuk sekarang tak mau, nasik ayam haritu makan banyak sampai satu tahap aku buat nasik ayam untuk dia sorang saja dengan beras segenggam tu buat nasik ayam weyy..gigih tak gigih. Lepas tu tak nak pulak.

Telur lagi la dia reject. Pasta pun dia tak mau dah. Maybe jugak husband cakap aku dah tak blend dah. Aku bagi je seketul-ketul dia pegang bentuk dinasour tu tapi hampeh tak makan dibuat main..haha brokoli pun dipandang sepi, dulu peberet. Carrot ja dia suka, buat la macam mana pun dia akan makan. tapi kalau mix nasik dia kutip carrot saja :P

Semalam aku masak udang masak kari, kemain la buat 2 version untuk anak dengan bapak. sekali 2suap je dia makan. Saja ubah selera dia kononnya. Tapi popia yang aku makan tu dia mintak nak dan habis separuh.. *urut dada ibu Harini bekal kt BS nasik goreng ayam aku redha jugak kalau dia tak mau, dah la kurang susu.ish anak oiii..

Terbaca petua tradisional mandikan anak dengan dengan ramasan air daun kucai atau kaduk untuk tambah selera makan. Daun kucai aku kenal la daun kaduk tak kenal.Maka misi mencari daun kucai is on..kahkahkah

Ok, bai..


p/s : Semalam check up pun berat 8.8kg naik 400gram ja dalam masa 3bulan. BMI mendatar sebab tinggi naik lebih 3cm. Doctor cakap try naikkan 1kg dalam 3bulan ni. 




Tuesday 15 July 2014

FM Pilihan Dhafea Shurafa

Assalammualaikum..

Rasanya sekarang ni entri aku pasal susu sahaja..ya susu, ebm la fm la..haha
Apa boleh buat itu yang sangat bermasalah bagi aku sejak dua menjak ni.

Ok, officially Dhafea accept Dutch Lady akhirnya. Original flavor.

Semalam BS bancuh jugak fm tu bukan sebab ebm tak cukup tapi si Dhafea ni tak nak menyusu sebab botol lain..grr padahal botol dan puting yang sama yang berbezanya tu botong panjang..hahah adoii anak oiii kenapa laaah. Sebab botol yang pendek tu dia sendiri yang sorokkan dalam almari baju dia padahal aku dah masuk beg. ish

Dhafea ni kalau bukan ebm jangan mimpi dia nak minum guna botol. Dia lebih suka cawan, mihmih ibu suka laa awak tak payah bergantung sangat dengan botol, hihi

2kali BS bancuh 2kali habis dia minum..huhu lega mak!

FM tu untuk standby saja in case ebm tak cukup, sekarang kan puasa susu pun puasa.. T__T

Aku memang syak dia akan minum sebab fresh milk Dutch Lady dia minum. Tapi bila habis je fm ni aku nak stop la kot tak pun beli jugak pack kecil ni untuk BS bancuh dengan oat. Aku nak teruskan dia minum fresh milk. Mak boleh tumpang minum..bahaha

Dutch Lady dah la mampu beli, hehe karihome, enfalac+A, dugro, lactogen semua tolak. Tapi Dutch Lady yang dia pilih huhuuu

Alhamdulillah..lega hati..





Thursday 10 July 2014

BM Ke FM

Assalammualaikum..

#PrayForGaza

Sedih aku kalau tengok fb, mostly semua update pasal Gaza. Lagi sedih masing-masing share gambar-gambar bayi, kanak-kanak yang cedera, putus, hancur sana sini. Ya Allah. Bagi aku jangan lah share, aku tak sampai hati. Israel laknatullah!

________________________________________________________________________

Ok, berbalik kepada tajuk.
Ini fresh entri, baru balik dari kedai terus ke rumah BS hantar EBM 4oz (tu ja dapat kalau sekali pam). Tapi g kedai tu sebab beli FM..yesss FM yang kali keberapa aku pun tak ingat! eh baru 4 kot..huhu 1st Anmum, Dugro, Lactogen dan tadi Dutch Lady.

Kisahnya aku memang bekalkan 12oz ja setiap hari untuk Dhafea, itu pun kalau nasib baik habis laah kalau tak 8oz ja dia minum. So semalam BS bagi balik 2botol, aku ingat ada lagi 2 lah sebab sebelum tu aku bagi lebih. Pagi tadi bawa 4oz ja..haha kira 1botol ngeng betul. Buka peti dia aik? 1botol ja tu pun tak sampai 3oz..grrrr.

Itu yang aku pam terus g hantar. Sebenarnya dah lama nak standby Dutch Lady ni tapi asyik lupa. Mula dulu Dutch Lady paling aku letak tepi sebab baca review tak ok untuk baby yang baru nak tukar BM ke FM. Tapi sebab Dhafea boleh minum Dutch Lady yang full cream tu, BS pun cakap why not aku try fm Dutch Lady. So tady aku beli. Lactogen tu dulu pernah minum tapi quick sembelit. Tapi aku try lagi, BS cakap Dhafea langsung muntah semahunya. Luluh hati mak. BS pun tak berani bagi dah..huhu

Yang memusykilkan aku sekarang ni, memang fm ni ada 2jenis ka? dia macam ada 1tahun ke atas, pastu 6bulan hingga 36bulan Rumusan Susulan. Serius aku confuse, itu yang Lactogen tu aku beli 6bulan hingga 36bulan Rumusan Susulan. Tadi Dutch Lady pun camtu tapi aku beli 1tahun ke atas. Sempat menilik perbezaan. Yang aku perasan kcal dia berbeza. 1tahun ke atas lebih banyak so aku pilih yang tu..hihih tak tau betul ke tak.

Itu cerita fm..dulu aku sedih nak perkenalkan fm ke Dhafea. Ye la time tu susu aku masih cukup tapi beli fm sebab lain. Malas nak cerita sini..hehe Tapi sekarang aku bila sebut fm, aku ok..sebab aku fikir positif kesian Dhafea dia masih under 2y susu mesti kena minum tak kan nak tunggu aku balik kerja baru dia nak minum. Pastu aku up lagi untuk positif kan diri, aku nak Dhafea kekal minum susu sampai besar..hahahhahahaa

Macam best ja kan "ibu..nak susu". Pastu aku bancuh susu before dia g school.. bahahhahahaa

ok, bai